You are on page 1of 3

Tepung pelita

Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )

 1 cawan tepung beras


 1 cawan gula
 5 cawan air
 4 sudu besar tepung beras(ratakan)
 1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
 4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
 sedikit kapur dan sedikit garam

Cara-cara

1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan
ketepikan.
3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
7. Sejukkan

Kuih lapis
bahan-bahan ( loyang besar utk 40 org )

 1 cawan tepung beras


 1/2 cawan tepung gandum
 1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)
 1 st garam
 2 paket santan serbuk
 1 st minyak masak
 3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.
 4 cawan air

Cara-cara

1. Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam


dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air
dalam kukusan.
2. Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau
rata.
3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu
lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
4. Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak
plastik cling. Masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.
5. Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit.
Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
6. Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari
kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
7. Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Utk lebih kemas,kuih ini
blh dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)
8. * Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn
minyak

Donut
Bahan-bahan ( 18 biji - saiz besar )

 3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)


 1/4 cawan air suam
 1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
 1/2 cawan gula halus
 1 sudu kecil garam
 2 biji telur
 1/3 cawan shortening/butter
 5 cawan tepung gandum
 Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit
atau sehingga berbuih.
2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan
sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli
doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik
sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread
maker macam buat roti.
4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2
inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy),
bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-
tengah degan jari.
5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali
ganda.
6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang
keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
7. Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.

Donut gebu
Bahan-bahan ( 25-30 biji )

 1 kilo tepung gandum


 1 paket yeast ( jenama Mauripan)
 1 1/2 mug air suam
 1 sudu kecil gula
 5 sudu besar planta
 1 sudu besar kentang lecek
 gula halus/gula icing

Cara-cara

1. Bancuh yis dengan air suam dan gula.


2. Kacau sampai berbuih dan ketepikan sebentar hingga yis mengembang
3. Gaul tepung, susu tepung, dan planta hingga berderai (jd ala-ala breadcrumbs)
4. Masukkan bancuhan yis tadi.
5. Gaul / uli hingga sebati. Mula-mula adunan akan melekat skit kt tangan, tp teruskan
menguli hingga dah x melekat lagi.
6. Biarkan doh naik sebenter baru canai untuk diterap guna acuan donut.
7. Biar naik lagi, then baru goreng.
8. Bila warna donut tu cantik, perang skit, baru angkat dan toskan minyak.
9. Gaul dengan gula atau tuang coklat.

Tag

donut kuih-muih
Apam Balik
Sumber: Buku Resipi Selera Perantau Email this Recipe Print this Recipe
Hits: 11607 Rating: 5.12 Review: 1

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum ½ camca kecil baking powder


½ cawan gula 1 cawan kacang tanah (dimesin)- bahan tabur
½ camca kecil soda bikarbonat 1 tin jagung - bahan tabur
1 camca kecil pewarna kuning 1 cawan gula - bahan tabur
1 biji telur Sedikit mentega
1 ½ cawan air

Cara:

Mesin gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda, air, baking powder dan pewarna kuning. Mesin lagi
hingga sebati. Masukkan tepung dan mesin lagi supaya ianya tidak bergentel. Ambil satu senduk dan tuangkan ke
dalam kuali kemudian nipiskan. Tutup kuali sebentar. Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi.
Masaklah hingga kekuningan

You might also like