You are on page 1of 14

BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR PPG PJJ UPSI

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR PPG PJJ UPSI

PENDAHULUAN

Tahniah dan syabas kepada saudara/i kerana telah terpilih memasuki Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Buku Panduan Kemasukan Pelajar Program Pensiswazahan Guru (PPG) PJJ ini
disediakan sebagai panduan dan maklumat kepada bakal pelajar mengenai
perkara-perkara yang perlu dilakukan semasa saudara/i melaporkan diri dan
perkara-perkara yang mesti dipatuhi sebaik sahaja saudara/i menjadi pelajar.

Selamat menjadi warga UPSI dan selamat menempuhi alam pengajian tinggi.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR PPG PJJ UPSI

SENARAI SEMAK
(Tanda / di kotak yang berkenaan)

SEMAK STATUS JAYA TAWAR DI URL


1. http://akademik.upsi.edu.my/admission

BELI NO. ID MODUL PJJ UPSI


2. DI BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)

CETAK SURAT TAWARAN ONLINE DI URL


3. http://www.upsi.edu.my/kemasukan/PJJ

MUAT TURUN MODUL PJJ UPSI DI URL


4. http://www.upsi.edu.my/kemasukan/PJJ

ISI DATA PROFIL PERIBADI PELAJAR DI URL


5. http://www.upsi.edu.my/kemasukan/PJJ

MUAT TURUN PELEKAT KENDERAAN


6. http://www.upsi.edu.my/kemasukan/PJJ

EMEL GAMBAR DALAM FORMAT JPG. KE


umpc@siswa.upsi.edu.my
7.
SETUJU TERIMA AKU JANJI DAN IKRAR

8. MAHASISWA UPSI

SEDIAKAN SALINAN DOKUMEN DAN


9. MASUKKAN KE DALAM SAMPUL BERIKUT:

SAMPUL A : SALINAN DOKUMEN AKADEMIK


SAMPUL B : SALINAN DOKUMEN BPG KPM
SAMPUL C : SALINAN BUKU AKAUN BANK

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR PPG PJJ UPSI

PERIHAL UNIVERSITI
Pengenalan

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditubuhkan pada 1 Mei 1997 melalui
Warta Kerajaan P.U.(A) 132 & 133, bertarikh 24 Februari 1997, melalui dua buah
Perintah iaitu Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan
Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997.

Penubuhan UPSI adalah bagi memenuhi keperluan peningkatan pembinaan


sumber daya manusia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan dan bersahsiah
mulia dalam bidang-bidang sains, teknologi, pengurusan serta bidang-bidang
bahasa, kesusasteraan, kesenian dan kebudayaan dengan penekanan khusus
kepada unsur pendidikan.

Lokasi Kampus
UPSI memiliki dua buah kampus pengajian,iaitu Kampus Sultan Abdul Jalil Shah
dan Kampus Sultan Azlan Shah. Sehingga kini, kampus utama UPSI terletak di
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah yang terletak di kawasan bandar Tanjong Malim
iaitu di selatan negeri Perak Darul Ridzuan bersempadan dengan negeri Selangor
Darul Ehsan,manakala Kampus Sultan Azlan Shah di Behrang Ulu masih dalam
perancangan.

Visi Universiti
Menjadi Universiti yang bitara, cemerlang dalam kepemimpinan pendidikan
berlandaskan kegemilangan sejarah serta menerajui perubahan global.

Misi Universiti
Menjana dan menatar ilmu menerusi pengajaran, penyelidikan, penerbitan,
perundingan dan khidmat masyarakat, dalam konteks pembangunan insan untuk
mencapai wawasan negara.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR PPG PJJ UPSI

Fakulti Dan Program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan bagi Program Pensiswazahan


Guru (PPG) PJJ UPSI
Pada Ambilan Mac 2011 ini, UPSI menjalankan program Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan bagi Program Pensiswazahan Guru (PPG) PJJ UPSI dengan usaha sama
Kementerian Pelajaran Malaysia. Fakulti dan program yang terlibat adalah:
SEKOLAH SEKOLAH
FAKULTI KOD PROGRAM PROGRAM
RENDAH MENENGAH
AT05 Pend. Bahasa Melayu
Bahasa Cina Dengan
Bahasa dan Komunikasi AT50
Pendidikan
Bahasa Tamil Dengan
AT62
Pendidikan
Pendidikan dan
AT34 Pend. Sekolah Rendah
Pembangunan Manusia
Pengurusan dan Ekonomi AT08 Pend. Perakaunan

AT23 Pend. Seni


Seni, Komputeran dan
Industri Kreatif Pend. Kemahiran Hidup /
AT31
Teknikal
AT32 Pend. Sejarah
Sains Kemanusiaan
AT33 Pend. Geografi
Sains Sukan
AT03 Pend. Sains Sukan
dan Sains Kejurulatihan
AT14 Pend. Matematik
Sains & Matematik
AT16 Pend. Sains

Sistem Akademik

Universiti mengamalkan Sistem Semester. Satu sesi akademik mengandungi dua (2)
semester iaitu Semester Satu (1) dan Semester Dua (2).

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR PPG PJJ UPSI

SYARAT – SYARAT TAWARAN KEMASUKAN


1. Syarat Penerimaan Masuk

1.1 Warganegara Malaysia


1.2 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) yang sedang
berkhidmat di Bahagian /JPN/ PPB /PPD / sekolah menengah / sekolah
rendah dan Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan Kementerian
Pelajaran Malaysia.
1.3 Berumur tidak melebihi 45 tahun pada 1 Mac 2011.
1.4 Telah disahkan dalam jawatan.
1.5 Tidak berdaftar dengan mana-mana institusi pengajian sebagai pelajar
sepenuh masa dan separuh masa / sambilan dengan tajaan KPM.
1.6 Memiliki Diploma Pendidikan/Perguruan atau Sijil Perguruan.

2. Syarat Tambahan

2.1 Mempunyai pengalaman mengajar sebagai guru terlatih secara terus -


menerus lebih daripada 3 tahun.
2.2 Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum
2.3 Mempunyai kesihatan yang baik.
2.4 Mempunyai rekod prestasi perkhidmatan yang baik dalam penilaian
prestasi 3 tahun yang terkini.
2.5 Telah membuat perisytiharan harta tidak melebihi 5 tahun bawah
peraturan 10, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib)1993.

3. Calon Yang Tidak Layak Memohon

3.1 Calon yang masih dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses
tindakan tatatertib.
3.2 Calon yang tidak menamatkan kursus terdahulu tanpa alasan yang
munasabah (Contoh: PGSR, PJJ KPM/OUM).
3.3 Peminjam tegar pinjaman pelajaran Kerajaan.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR PPG PJJ UPSI

4. Anda mesti mengesahkan penerimaan tawaran ini dengan segera melalui


laman web http://www.upsi.edu.my/kemasukan/PJJ. Sekiranya Universiti
tidak menerima pengesahan daripada anda, anda akan dianggap menolak
tawaran.

4.1 Tawaran ini menjadi batal sekiranya :

4.1.1 anda adalah seorang penuntut yang sedang mengikuti


kursus di maktab-maktab perguruan atau institusi-institusi
pendidikan tinggi dalam atau luar negara atau sedang
mengikuti program pendidikan jarak jauh atau
seumpamanya di institusi-institusi pendidikan tinggi
tempatan.
4.1.2 anda gagal melaporkan diri, walaupun anda telah
mengesahkan penerimaan tawaran ini.

4.2 UPSI berhak menarik balik tawaran ini pada bila-bila masa atau
menyingkirkan anda pada mana-mana peringkat tempoh pengajian
apabila didapati kenyataan dan maklumat yang anda berikan
adalah tidak benar.

5. Etika Pelajar
Sepanjang tempoh pengajian, anda dikehendaki:

5.1 mematuhi undang-undang negara dan undang-undang Universiti


iaitu Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Perlembagaan
Universiti, Statut, Kaedah dan Peraturan dan keputusan yang
dibuat oleh pihak berkuasa Universiti dari semasa ke semasa;

2.1 sentiasa memelihara nama baik Universiti dan menjaga harta serta
kemudahan-kemudahan perkhidmatannya dari dirosakkan oleh
sesiapa juga;

2.2 tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan yang menghalang


perjalanan dan urusan Universiti seperti memulaukan kuliah dan
sebagainya atau melibatkan diri dengan kegiatan–kegiatan yang
boleh menjejaskan nama baik Universiti;

2.4 menghormati para pegawai dan pensyarah Universiti;

2.6 menjelaskan semua yuran/bayaran-bayaran yang dikenakan pada


tarikh yang ditetapkan oleh Universiti.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR PPG PJJ UPSI

3. Peraturan Pakaian

Sepanjang tempoh pengajian, anda dikehendaki mematuhi Peraturan


Pakaian yang ditetapkan seperti berikut:

3.1 Peraturan Pakaian Pelajar Lelaki

3.1.1 setiap pelajar hendaklah berpakaian yang sesuai dan kemas iaitu
berseluar panjang dengan berbaju kemeja lengan panjang dan
bertali leher. Bahagian bawah baju hendaklah dimasukkan ke
dalam bahagian seluar pada paras pinggang.;

3.1.2 berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju.


Fesyen rambut tidak keterlaluan dan perlu bersesuaian dan
kemas;

3.1.3 memakai seluar panjang yang bersih, kemas dan sopan. Pakaian
jeans tidak dibenarkan sama sekali;

3.1.4 memakai pakaian sukan yang sesuai semasa bersukan atau


berekreasi;

3.1.5 memakai kasut kulit dan berstoking.

3.2 Peraturan Pakaian Pelajar Perempuan

3.2.1 Setiap pelajar hendaklah berpakaian yang sesuai, seperti


berbaju kurung, kebaya labuh atau pakaian etnik masing-
masing yang sesuai, kemas dan tidak menjolok mata. Baju
mestilah berlengan panjang atau paras siku dan tidak
sendat serta tidak menunjukkan bentuk tubuh badan;

3.2.2 Pelajar Islam digalakkan bertudung tetapi tidak menutup


sebahagian atau seluruh daripada muka (berpurdah);

3.2.3 Memakai seluar yang bersesuaian, bersih dan sopan. Jeans


dan kemeja T tidak dibenarkan sama sekali;

3.2.4 Memakai “make-up”, aksesori dan pewangi secara


sederhana;

3.2.5 Memakai kasut yang menutup jari kaki, lereng kaki dan
tumit,
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR PPG PJJ UPSI

4. Program Yang Ditawarkan


Program yang ditawarkan kepada anda adalah muktamad dan anda tidak
dibenarkan menukar program pengajian. Anda juga tidak dibenarkan
menangguh kemasukan ke UPSI. Menangguh kemasukan dianggap menolak
tawaran.

5. Kuliah
Perjalanan kuliah akan dimaklumkan oleh pihak fakulti semasa hari
pendaftaran.

PERSEDIAAN SEBELUM MELAPOR DIRI

1. Bayaran Yuran Pendaftaran

1.1 Pelajar-pelajar PPG (PJJ) UPSI ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian


Pelajaran Malaysia (KPM).

1.2 Saudara/i hanya perlu membeli modul pengajian jarak jauh di Bank Simpanan
Nasional (BSN) dengan cara membeli ID Modul PJJ UPSI di kaunter-kaunter
BSN seluruh negara. Pembelian ID Modul PJJ UPSI perlu dilakukan pada
setiap semester untuk proses mendapatkan modul pengajian pada semester
berkenaan. Rujuk tatacara pembelian seperti berikut:

BIL TINDAKAN CARTA ALIR PROSES


Ke Bank Simpanan Nasional yang berhampiran
1. KE BSN
dengan anda.
Ke kaunter BSN untuk membeli ID Modul PJJ
2 KAUNTER BSN
UPSI
Sediakan wang berjumlah RM51 dan kad TUNJUK K/P DAN
3.
pengenalan pemohon. BAYAR RM51.00
Terima resit dan ID Modul PJJ dari petugas
4. TERIMA ID MODUL PJJ
kaunter BSN.

Login ke Laman Web semakan iaitu URL


http://www.upsi.edu.my/kemasukan/PJJ LOGIN KE WEB
5. SEMAKAN DAN MUAT
menggunakan ID Modul PJJ yang telah dibeli di
kaunter BSN dan muat turun modul. TURUN MODUL

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR PPG PJJ UPSI

2. Persediaan Pakaian dan Keperluan Lain

Saudara/i dikehendaki membawa pakaian dan keperluan berikut:

2.1 Pakaian semasa melapor diri

Lelaki/Perempuan : Pakaian pejabat

2.2 Pakaian kuliah/tutorial dan urusan rasmi universiti

Lelaki : pakaian pejabat/bertali leher


Perempuan : pakaian pejabat

3. Gambar

3.1 Saudara/i dipohon untuk mengambil gambar dikedai-kedai foto


menggunakan kamera digital dengan mengikut spesifikasi berikut:

3.2.1 Saiz - (width x height) = (263 pixels X 329 pixels) dengan


resolution 72.
3.2.2 Latarbelakang - Biru Laut
3.2.3 Gambar dalam format .JPG
3.2.4 Nama Fail No.matrik. Contoh : D20101037508 (dalam huruf
besar) sila rujuk no. Pendaftaran di surat tawaran online anda.

SAVE AS atau RENAME


D20101037508
3.3 Saudara/i WAJIB mengemelkan gambar tersebut dalam bentuk
‘softcopy’ ke alamat emel ini umpc@siswa.upsi.edu.my. Sila nyatakan
maklumat ini bersama emel tersebut:

1. Nama
2. No. Kad Pengenalan

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR PPG PJJ UPSI

4. Sijil dan Salinan Sijil

4.1 Saudara/i dikehendaki membawa sijil-sijil asal dan salinan sijil-sijil


akademik/dokumen lain yang telah disahkan, hanya sijil-sijil/dokumen
yang disahkan sahaja diterima untuk urusan pendaftaran.

4.2 Saudara/i diWAJIBKAN untuk menyediakan tiga (3) jenis sampul surat
untuk dimasukkan dokumen-dokumen yang berkaitan seperti tertera
dalam jadual di bawah:-

SAMPEL DOKUMEN TINDAKAN

SAMPUL A
i. Salinan Kad Pengenalan Saudara/i dikehendaki :
A4 Size ii. Salinan Surat Beranak
SAMPUL A iii. Salinan Transkrip 1. Labelkan sampul
AKADEMIK Sijil/Diploma Perguruan dengan label
iv. Salinan Diploma SAMPUL A
Perguruan (AKADEMIK) di
HASSAN v. Salinan Kad OKU (jika sudut atas kanan
821005026035 berkenaan) sampul.
DXXXXXXX 2. Catatkan nama, no.
K/P dan No.
Pendaftaran Pelajar
(No. Matriks) di
tengah sampul
surat
SAMPUL B i Salinan Asal Surat Saudara/i dikehendaki :
Lantikan Pertama (dari
A4 Size PPPBS) 1. Labelkan sampul
SAMPUL B ii Salinan Asal Surat dengan label
BPG KPM Pengesahan Jawatan SAMPUL B (BPG
(PPPBS). KPM) di sudut atas
iii Salinan Cetakan Surat kanan sampul.
HASSAN Kelulusan (Sementara) 2. Catatkan nama, no.
821005026035 dan Surat Tawaran K/P dan No.
DXXXXXXX Pembiayaan (Sementara) Pendaftaran Pelajar
(No. Matriks) di
tengah sampul
surat

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR PPG PJJ UPSI

GAMBARAN BAHAN TINDAKAN

SAMPUL C Salinan buku bank/slip Saudara/i dikehendaki :


pembukaan akaun.
9 X14 1. Labelkan sampul
SAMPUL C Contoh: dengan label
AKAUN BANK SAMPUL C (AKAUN
BANK) di sudut atas
kanan sampul.
HASSAN 2. Catatkan nama, no.
821005026035 K/P dan No.
DXXXXXXX Pendaftaran Pelajar
(No. Matriks) di
tengah sampul
surat

Saudara/i dikehendaki
membuka akaun bank
(mana-mana bank di
Malaysia) dan
menyerahkan satu salinan
Buku Bank/Slip Pembukaan
Akaun di Kaunter
Bendahari pada hari
pendaftaran.

Jika telah mempunyai


akaun bank (mana-mana
bank di Malaysia) sebelum
ini tidak perlu lagi
membuka akaun baru.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR PPG PJJ UPSI

PENDAFTARAN DAN SESI TAKLIMAT


PENDAFTARAN

Saudara/i dikehendaki mendaftar diri pada tarikh, tempat dan masa yang
dinyatakan dalam Surat Tawaran.

SESI PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT

1. Sesi pendaftaran akan diadakan selama satu (1) hari sahaja.

2. Sesi pendaftaran merangkumi dua sesi iaitu Pendaftaran Kemasukan dan Sesi
Taklimat oleh pihak UPSI dan BPG, KPM.

PETA KE UPSI DAN LOKASI PENDAFTARAN

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


BUKU PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR PPG PJJ UPSI

PERTANYAAN
Sekiranya saudara/i mempunyai kemusykilan mengenai tawaran ini sila hubungi:

Pejabat Perkara No.Telefon

05- 4506929
Bahagian Hal Ehwal - Surat Tawaran
05- 4506932
Akademik - Tarikh Lapor Diri
05- 4506930

Unit Peningkatan - Cuti Belajar


Akademik, Bahagian - Perjanjian Pembiayaan
03-88841323/1223
Pendidikan Guru - Berhenti/ Tukar Opsyen/Tukar
(BPG) tempat

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

You might also like