You are on page 1of 2

IIUM/312/C/13/13/1/TPPU

24 Mei 2023

KEPADA YANG BERKENAAN

Tuan/Puan,

RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH (R.O.S.) : PELAJAR UNIVERSITI ISLAM


ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM) - SEMESTER 3 SESI 2022/2023

Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar seperti butiran di bawah akan menjalankan R.O.S. Butiran
tersebut adalah seperti berikut:

Nama Pelajar : Nur Akmarissa binti Abdol Rashid


No. Matrik : 2011608
Program : Pengajaran Bahasa Arab sebagai Bahasa Kedua (Kepujian)
Fakulti : Kulliyyah Pendidikan, UIAM
Latihan : Rancangan Orientasi Sekolah (4 minggu)
Tempoh Latihan : 6 Ogos sehingga 7 September 2023

2. Sehubungan itu, adalah disahkan bahawa pelajar di atas merupakan pelajar tahun tiga
Kulliyyah Pendidikan, UIAM yang memohon untuk menjalankan R.O.S. di sekolah tuan/puan.

3. Pihak kami amat berharap pihak tuan/puan dapat menerima pelajar ini untuk menjalani
latihan Rancangan Orientasi Sekolah (R.O.S.) di sekolah tuan/puan.

4. Tuan/Puan diharap dapat mengisi Borang Penerimaan Pelajar UIAM sebagai tanda
persetujuan awal penerimaan pelajar. Surat permohonan dan penempatan pelajar secara rasmi
bersama surat kebenaran daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN) akan diserahkan kepada pihak sekolah semasa pelajar melapor diri.

5. Disertakan perincian mengenai R.O.S dan salinan kad matrik pelajar ini untuk rujukan
pihak tuan/puan.

Kerjasama dan pertimbangan tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih. Sekian.

Saya yang menjalankan tugas,

DR. SYARIFAH ROHANIAH SYED MAHMOOD


Penyelaras,
Unit Latihan Mengajar dan Praktikum,
Kulliyyah Pendidikan, UIAM
LAMPIRAN

MAKLUMAT RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH (R.O.S)

i. Pelajar dalam program ini merupakan pelajar Sarjana Muda Pendidikan, Kulliyyah
Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Pihak sekolah boleh
melantik pelajar-pelajar ini sebagai pembantu kepada guru Bahasa Inggeris/ Bahasa Arab/
Pendidikan Islam (berdasarkan pengkhususan pelajar) di sekolah.

ii. Pelajar-pelajar ini tidak dibenarkan untuk mengajar kerana mereka belum
mempunyai kemahiran yang mencukupi.

iii. Semasa menjalani R.O.S, para pelajar perlu membuat pemantauan di dalam kelas-kelas
(contoh; melihat cara guru mengajar, interaksi di antara guru dan pelajar dll). Mereka juga
perlu menemubual guru-guru dan pelajar-pelajar yang terpilih bagi mendapatkan
maklumat yang diperlukan.

iv. Semua maklumat ini adalah penting bagi para pelajar ini dalam membantu mereka
menyediakan buku log / jurnal sebagai tugasan yang telah ditetapkan oleh Kuliyyah
Pendidikan, UIAM.

v. Sepanjang mereka berada di sekolah, mereka dikehendaki menandatangani jadual


kehadiran setiap hari (Jadual ini akan diberikan kepada pelajar).

vi. Sebarang cuti kecuali cuti sakit dan kematian ahli keluarga terdekat (ibu, bapa, suami/isteri, anak)
perlulah terlebih dahulu mendapatkan kelulusan secara bertulis daripada pihak Kulliyyah Pendidikan,
UIAM.

You might also like