You are on page 1of 15

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SK TOH PUAN SHARIFAH HANIFAH Kod Sekolah: KBA 7004

1. Nama Guru : WAN AZNITA BINTI WAN SALIM


2. Judul PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM
PENDIDIKAN
Penulis : Encik Azizi bin Ahmad (Meteor Doc Sdn Bhd)
(2006)
3. Bidang Kemahiran
4. Sinopsis

Sebagai seorang guru anda seharusnya memahami apa yang dikatakan sebagai
pengukuran, pengujian dan penilaian.Ini penting untuk memastikan sama ada objektif
pengajaran dan pembelajaran dicapai oleh pelajar. Pengujian , pengukuran dan penilaian
adalah antara beberapa konsep penting yang harus dikuasai oleh seseorang guru itu.
Dalam dunia pendidikan , penilaian yang sistematik dengan mengambil kira semua faktor
yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperoleh akan membantu guru
dalam membuat sesuatu keputusan dengan tepat.

Tajuk 1
Dalam tajuk ini penulis menghuraikan dengan terperici tentang perkara – perkara berikut
iaitu :
 Kosep pengukuran penilaian dan pengujian
 Aras ukuran - diterangkan tentang skala norminal, sekala sela, sekala ordinal dan
sekala nisbah.
 Tujuan Pengukuran dan penilaian dalam bilik darjah

Tajuk 2
Dalam tajuk ini penulis cuba membawa pembaca untuk lebih memahami tentang objektif
pengajaran secara lebih terperinci lagi . Antara yang disentuh oleh penulis dalam tajuk ini
ialah :
 Maksud objektif pengajaran.
 Objektif domain kognitif – diterangkan mengikut taksonomi objektif domain
kognitif Bloom secara terperinci.
 Objektif domain afektif – diterangkan tentang domain ini yang melibatkan
perasaan , penghayatan dan sebagainya.
 Obejektif Domain Psikomotor –melibatkan pergerakkan anggota fizikal seseorang
 Objektif Domain Sosial – melibatkan proses perhubungan atau komunikasi
dengan orang laian.
Tajuk 3
Dalam tajuk ini penulis membawa pembaca untuk memahami jenis – jenis ujian dan
penilaian yang seringkali kita gunakan dalam sistem pendidikan kita hari ini. Antaranya
ialah :
 Jenis – jenis ujian – ujian pencapaian , ujian kecerdasan, ujian prestasi, ujian
diagnostik, ujian personaliti.
 Jenis – jenis penilaian
- Penilaian rujukan norma, penilaian rujukan kriteria,
- Perbezaan antara Penilaian Rujukan Norma dan Kriteria
- Penilaian formatif dan penilaian sumatif
- Perbezaan Formatif dan Sumatif

 Kaedah Pengukuran
- Kaedah pemerhatian
- Kaedah Lisan
- Kaedah Penulisan
- Kaedah PertimbanganProfessional
- Kaedah Potfolio

Tajuk 4
Dalam tajuk 4 ini pula penulis cuba menerangkan tentang sesuatu yang penting dan
seharusnya difahami oleh seseorang guru iaitu Pembinaan item ujian. Antara perkara
utama yang disentuh dalam tajuk pembinaan item ujian ini ialah :
 Jadual Penentuan Ujian
 Langkah Pembinaan JPU
 Kepentingan JPU
 Contoh JPU
 Langkah – langkah Am Pembinaan item ujian.
 Menyemak item ujian
 Menilai item ujian
 Membuat Kajian Rintis Terhadap Keseluruhan item
 Pembinaan item Ujian
 Pembinaan item subjektif

Tajuk 5.
Dalam tajuk ini perkara utama yang dibincangkan ialah Kesesuain Item dan Ujian. Antara
perkara utama yang dihuraikan oleh penulis di bawah tajuk ini ialah :
 Indeks Kesukaran Item - diberikan formula pengiraan indeks kesukaran item
 Indeks diskriminasi Item - diberikan formula indeks diskriminasi item
 Kebolehpercayaan Ujian - dinyatakan indeks kebolehpercayaan ujian
 Faktor yang Mempengaruhi Kebolehpercayaan.
 Kesahan Ujian
Tajuk 6
Dalam tajuk ini diterangkan pula tentang statistik. Antara perkara yang dibincangkan oleh
penulis berkaitan dengan tajuk ini ialah :
 Pengertian dan Penggunaan Statistik
 Kekerapan , Histogram dan Carta Pai
 Ukuran Memusat dan Ukuran Serakan
 Skor Piawai
 Korelasi Linear
 Regrasi Linear Mudah

Tajuk 7
Pentadbiran Ujian dan Penilaian adalah merupakan perkara pokok yang dibincangkan
dalam topik ini .Antaranya perkara – perkara penting yang dihuraikan di bawah topik ini
ialah dari segi :
 Pentadbiran Ujian
- Arahan Ujian
- Suasana di tempet Peperiksaan

 Pemeriksaan Kertas Ujian


- Skema Pemarkahan
- Skema Pemarkahan Holistik
- Skema Pemarkahan Analitik
- Penyelarasan Pemeriksaan Kertas Jawapan.
- Penyelarasan Markah Ujian

 Penilaian
- Penilaian Markah Ujian
- Penilaian Pencapaian

Tajuk 8
Dalam tajuk yang terakhir ini penulis membincangkan pula pelaporan dan isu – isu laian
tentang penilaian. Antara perkara pokok yang dibincangkan tentang isu – isu tersebut
ialah :
 Pelaporan Penilaian
- Penerimaan Laporan Penilaian
- Bentuk Laporan Penilaian
- Contoh pelaporan dan Rekod Penilaian
 Penilaian Kendiri ,Guru dan Piawai
- Penilaian Kendiri
- Penilaian Guru
- Penilaian Piawai
 Isu – isu Berkaitan Pengukuran dan Penilaian.
- Pentadbiran ujian melalui Komputer
- Pengukuran dan penilaian bagi mata pelajaran tertentu
- Pengukuran dan penilain bagi pelajar khas.

5. Nilai Pengetahuan dan Pengajaran

(i) Tujuan mempelajari kaedah pengukuran dan penilaian dalam pendidikan


ialah untuk membantu guru menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan berkesan dan berkualiti.
(ii) Guru perlu menjalankan kajian rintis terlebih dahulu untuk memastikan
item yang dibina sesuai untuk digunakan dan mempunyai kesahan.
(iii) Pembacaan yang luas akan membantu guru untuk menambahkan ilmu
pengetahuan dalam semua aspek pendidikan terutamanya dalam aspek
pengukuran dan penilaian.

6. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi

(i) Seseorang guru haruslah mengetahui maksud pengujian , pengukuran dan


pengujian dalam pendidikan untuk memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran dapat berjalan dengan berkesan.
(ii) Guru seharusnya mengusai aspek dalam jadual penentu ujian agar proses
pengujian dapat ditadbir dengan berkesan.
(iii) Guru seharusnya mahir dalam semua aspek yang berkaitan dengan kaedah
pengukuran dan penilaian dalam pendidikan,

Disediakn Oleh, Di sahkan oleh,


BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SK TOH PUAN SHARIFAH HANIFAH Kod Sekolah: KBA 7004

1. Nama Guru : RUSNAWATI ABU BAKAR


2. Judul PENGAJARAN BERASASKAN KAJIAN MASA
DEPAN.
(Pusat Perkembangan Kurikulum)

3. Bidang Kemahiran

4. Sinopsis

Berupaya menjana P&P yang lebih kreatif dan kritis. Seseorang berupaya membuat
perbezaan masa hadapan dengan membandingkannya dengan situasi masa kini atau yang
telah lalu.

Berupaya mengubah cara berfikir dan cara kerja. Sentiasa berpandangan jauh.
Berupaya membuat perancangan yang lebih terarah dan dapat menambah pengupayaan di
dalam sesuatu tindakan (Prinsip Perancangan Stategik).

Guru dan murid akan lebih yakin dalam mengulas sesuatu kemahiran atau topik yang
dibincangkan. Berupaya menyelesaikan masalah dengan berhemah.

5. Nilai Pengetahuan dan Pengajaran

 Dapat membantu guru menguasai ilmu mutakhir dalam sesuatu bidang yang
hendak disampaikan. Guru dapat menggarap pelbagai unsur pengetahuan bagi
disesuaikan dengan kemahiran atau topik yang hendak disampaikan.
 Dapat memberi peluang kepada murid untuk meneroka kepelbagaian
pengetahuan berkaitan dengan tajuk atau kemahiran yang akan dibincangkan
bersama guru.
 P&P lebih kepada berpusatkan murid.
6. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi

 Dapat membantu guru untuk membuat jangkauan berkaitan dengan sesuatu


kemahiran atau tajuk yang ada dengan keperluan masa depan.
 Murid dapat meluaskan pengetahuan serta menyedari bahawa sesuatu
kemahiran atau topik yang dipelajari tidak ada batas ilmunya. Jika rajin
meneroka pastinya mereka akan berupaya menjana perbezaan antara yang
lalu, kini dan yang akan datang. Sentiasa peka terhadap perkembanagan
semasa dan meransang minda.

Disediakan Oleh, Disahkan oleh,

........................................
RUSNAWATI ABU BAKAR
GURU PENOLONG,
SK TOH PUAN SHARIFAH HANIFAH
06300 KUALA NERANG
KEDAH.
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SK TOH PUAN SHARIFAH HANIFAH Kod Sekolah: KBA 7004

1. Nama Guru : RUSNAWATI ABU BAKAR


2. Judul 50 KAEDAH MENDIDIK ANAK CEMERLANG
(Hamudah Jamaludin) Tahun 2007
3. Bidang Kemahiran

4. Sinopsis

Anak adalah lembaran putih di tangan kedua ibu bapanya dan para pendidiknya.
Apabila dituliskan padanya kebaikan maka dia akan tumbuh menjadi baik. Apabila
dituliskan padanya keburukan maka dia akan tumbuh menjadi orang buruk dan perosak.

Oleh sebab inilah, Allah mengutus para rasul. Allah menciptakan mereka terpelihara
dari dosa dan penuh sifat-sifat terpuji. Untuk menciptakan mereka sebagai ikutan yang
soleh serta contoh teladan yang baik sehingga manusia dapat mengikuti mereka, beramal
dengan ajaran mereka dan bertingkah-laku dengan akhlak mereka.

CARA 1
PENDIDIKAN SEUMUR HIDUP
Memperbanyakkan mempelajari al-Quran dan hafazlah ayat-ayat yang mulia hingga
dapat mengingatinya tanpa kitab.Ketika membaca al-Quran tidak boleh lalai atau
berangan-angan tetapi fikir dan renungkanlah makna yang dibaca.

CARA 2
NASIHAT SEORANG AYAH

CARA 3
NASIHAT ALI BIN ABI THALIB R.A
Antaranya
 Berbuat baiklah sebagaimana engkau suka diperlakukan dengan baik.
 Bersungguh-sungguhlah di dalam bekerja.
 Jangan pula keburukan mengalahkanmu daripada kebaikan

CARA 4
PENDIDIKAN SEORANG BAPA SAUDARA
CARA 5
PESAN AL-GHAZALI KEPADA MURIDNYA
Antaranya
 Nasihat itu mudah, yang sukar dalah menerimanya. Kerana nasihat pada perasaan
orang yang mengikuti hawa nafsu adalah pahit.

CARA 6
PESANAN DARI SEORANG AYAH

CARA 7
PESANAN DARI SEORANG IBU
Antaranya
 Jagalah pandangan mata dan penciuman hidungnya.Jangan sampai dia melihatmu
berada pada keburukan.

CARA 8
JADILAH SAHABAT DAN IKUTAN BAGI ANAK

CARA 9
MEMENUHI SEMUA HAK ANAK
Di antara hak paling penting yang wajib kita tunaikan kepada anak adalah
memahaminya dan menasihatinya jika dia melakukan kesalahan.

CARA 10
MEMBUATNYA GEMBIRA DAN TERHIBUR

CARA 11
MENUMBUHKAN SIKAP MAHU JADI PEMENANG

CARA 12
MEMBERI ALAT PERMAINAN YANG SESUAI

CARA 13
MENGAMBIL TAHU SEGALA MASALAHNYA

CARA 14
MENYUNTIK SEMANGAT PERCAYA PADA DIRI SENDIRI

CARA 15
JANGAN SEGAN-SEGAN MEMBERI PUJIAN

CARA 16
MENDORONG BERBUAT BAIK DAN MENJAUHI YANG BURUK

CARA 17
MEMBUDAYAKAN SUKA BERBUAT BAIK
CARA 18
MENGAMBIL KIRA BAKAT DAN KECENDERUNGANNYA

CARA 19
MEMBERI NASIHAT PADA MASA YANG SESUAI

CARA 20
MENJAGA MARUAH DAN HARGA DIRI

CARA 21
MELENYAPKAN SIFAT TAKBUR DAN PENYAKIT HATI LAINNYA

CARA 22
MENYEMAI SIFAT-SIFAT TERPUJI

CARA 23
MENUMBUHKAN SIKAP BEKERJA KUAT DAN BERPADA

CARA 24
IKHLAS DALAM SEGALA TINDAKAN

CARA 25
MEMBERI ARAHAN SECARA BERTAHAP

CARA 26
BERINTERAKSI DENGAN BAHASA YANG SESUAI

CARA 27
MENGAMBIL KIRA TAHAP PEMAHAMANNYA

CARA 28
BERTANYALAH APA MASALAHNYA

CARA 29
BERIKANLAH LATIHAN YANG MENCUKUPI

CARA 30
MENCOTOHI PERIBADI NABI MUHAMMAD S.A.W.

CARA 31
PERHATIKANLAH TINDAK BALASNYA

CARA 32
PERBANYAKLAH BERDOA UNTUK KEBAIKANNYA
CARA 33
KEMUKAKANLAH CONTOH YANG BERLAKU

CARA 34
MEMBERI AKTIVITI PADA MASA LAPANGNYA

CARA 35
MENGADAKAN AKTIVITI YANG MENCERDASKAN OTAK

CARA 36
MENDIDIK BERTERASKAN NASIHAT

CARA 37
PENGAJARAN DARI GURU

CARA 38
MEMBERI PANDUAN MENUJU TAKWA

CARA 39
MENJELASKAN KEWAJIPAN KEPADA ALLAH DAN RASUL

CARA 40
MEMENUHI TANGGUNGJAWAB KEPADA IBU BAPA

CAR 41
KEWAJIPAN TERHADAP HANDAI DAN TAULAN

CARA 42
ADAB DAN PROSEDUR BELAJAR

CARA 43
PERATURAN MENGULANGKAJI PELAJARAN

CARA 44
TATATERTIB BERSUKAN DAN BERJALAN

CARA 45
ETIKA DAN ATIKET DI DALAM MAJLIS

CARA 46
ETIKA DAN ETIKET MAKAN DAN MINUM

CARA 47
ETIKA DAN ETIKET DALAM MASJID
CARA 48
MENEKANKAN BERSIFAT JUJUR

CARA 49
MENEKANKAN SIFAT BOLEH DIPERCAYA

CARA 50
MENGAWAL DIDI DARI YANG HARAM

5. Nilai Pengetahuan dan Pengajaran


 Dapat membantu guru mendidik murid dengan cara-cara yang ideal dalam
Pandangan Islam.
 Dapat mengetahui tingkah laku seseorang itu.

6. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi


 Guru dapat mempersiapkan murid sebagai generasi masa depan dan abad
mendatang yang penuh dengan cabaran agar dia kelak menjadi orang yang
mantap dalam memikul segala beban dan menjalankan tanggungjawab dan
kemudian dia menjadi ikutan kerana kesucian jiwanya, kebersihan hatinya ,
ketinggian akhlaknya, keindahan tingkah lakunua, keserasian penampilannya
dan kelemah lembutan pergaulannya.

Disediakan Oleh, Disahkan oleh,

........................................
RUSNAWATI ABU BAKAR
GURU PENOLONG,
SK TOH PUAN SHARIFAH HANIFAH
06300 KUALA NERANG
KEDAH.
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SK TOH PUAN SHARIFAH HANIFAH Kod Sekolah: KBA 7004

1. Nama Guru : RUSNAWATI ABU BAKAR


2. Judul BUKU PANDUAN PENGURUSAN PROFESIONAL
SEKOLAH RENDAH
3. Bidang Kemahiran

4. Sinopsis

Cara Pengurusan Sistem Fail supaya kemas dan tersusun mengikut nombor fail yang
dirujuk.
 Pelaksanaan aktiviti seperti yang dirancang dan menilai aktiviti yang talah
dirancangkan.
 Pengurusan sekolah berkaitan buku rekod mengajar dan buku latihan murid.

5. Nilai Pengetahuan dan Pengajaran

a. Guru mempunyai pengalaman untuk mengadakan aktiviti secara bersistem ke


arah memperkembangkan potensi murid dalam bidang kurikulum dan
kokurikulum

6. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi

a. Mengendalikan pengurusan sistem fail dengan kemas.


b. Mengambil tindakan mengurus aktiviti kokurikulum.
c. Melaksana aktiviti dengan terancang.
d. Pengurusan sekolah berkaitan Hal Kokurikulum dan Kokurikulum.
Disediakan Oleh, Disahkan oleh,

........................................
RUSNAWATI ABU BAKAR
GURU PENOLONG,
SK TOH PUAN SHARIFAH HANIFAH
06300 KUALA NERANG
KEDAH.
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SK TOH PUAN SHARIFAH HANIFAH Kod Sekolah: KBA 7004

1. Nama Guru : RUSNAWATI ABU BAKAR


2. Judul KONSEP DAN PELAKSANAAN MASTERY
LEARNING
3. Bidang Kemahiran

4. Sinopsis

 Melatih murid kemahiran belajar dan kemahiran berfikir.


 Mengenal pasti murid yang belum menguasai dan sudah menguasai
apa yang diajar.
 Memastikan murid dapat menguasai satu-satu topik dengan baik
barulah boleh diubah ke tajuk baru

5. Nilai Pengetahuan dan Pengajaran

 Pelajar boleh meransang diri sendiri untuk belajar.


 Menggunakan kaedah mengajar yang berpusatkan kepada murid dan
menarik serta menyeronokkan.

6. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi

 Mastery Learning adalah pendedahan P&P untuk memastikan murid dapat


menguasai apa yang diajar.
 Kejayaan Mastery Learning bergantung kepada kebolehan dan kemahiran
guru.
Disediakan Oleh, Disahkan oleh,

........................................
RUSNAWATI ABU BAKAR
GURU PENOLONG,
SK TOH PUAN SHARIFAH HANIFAH
06300 KUALA NERANG
KEDAH.

You might also like