You are on page 1of 18

Nama Calon : Tingkatan : No K.P.

: Angka Giliran : Nama Sekolah : Alamat : Tajuk

Guru Penilai : Bi l. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

GEOGRAFI 23/2 KERJA KURSUS ... ... ... AH011K.......... SMK DATO AHMAD JALAN ALANG ISKANDAR 33400, LENGGONG, PERAK : Perkembangan Sistem Perhubungan Telekomunikasi Di Bandar Lenggong, Perak. Encik Osman Bin Said Markah Penuh 1 1 2 2 2 8 2 25 2 2 2 1 25 25 50 Markah Diperoleh

Aspek Tajuk Kajian Senarai Kandungan Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian Rumusan Lampiran Rujukan Penilaian Umum Aspek 1 7 Aspek 9 12 Aspek 8 Jumlah Markah Tahap Pencapaian

.. (Tandatangan Guru)

BIL 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 9.0 10.0 11.0

TAJUK PENGHARGAAN PENDAHULUAN OBJEKTIF KAJIAN KAWASAN KAJIAN PETA LAKAR KAWASAN KAJIAN PETA DAERAH KAEDAH KAJIAN HASIL KAJIAN BAHAN GRAFIK : JADUAL, GRAF DAN PETA MINDA RUMUSAN RUJUKAN LAMPIRAN PENILAIAN UMUM

M/S

1.0 PENGHARGAAN Saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pengetua. Puan Hajjah Sawibatun Islamiah Binti Haji Kamaruddin kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada guru Geografi saya iaitu Cikgu Osman Bin Said yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan.

Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya iaitu .............. kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang ringgit yang telah mereka habiskan demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan. Tidak lupa juga buat rakan-rakan saya iaitu .. , .. dan .. yang telah banyak membantu saya ketika proses soal selidik dan temu bual dilakukan. Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk sekitar Bandar Lenggong yang telah sudi memberikan kerjasama yang baik kepada saya semasa kajian ini dijalankan. Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa dan budi baik kalian semua.

2.0 PENDAHULUAN

Tajuk kajian saya ialah Perkembangan Sistem perhubungan Telekomunikasi di Bandar Lenggong, Perak. Saya memilih tempat kerana ia berada di kawasan tempat tinggal saya. Ini membantu saya mendapat maklumat dengan mudah. Tempoh kajian ini dilaksanakan lebih kurang lima bulan bermula bulan Februari hingga Julai tahun 2011.

30 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Mentakrif konsep dan jenis sistem perhubungan; 3.2 Mengemukakan

faktor-faktor

yang

mempengaruhi

system

perhubungan;
3.3 Mengenalpasti kepentingan sistem perhubungan telekomunikasi; 3.4 Menyatakan dan menghuraikan kesan perkembangan sistem

perhubungan telekomunikasi di kawasan kajian;


3.5 Mencadangkan

langkah-langkah

mengurangkan

kesan

perkembangan sistem perhubungan telekomunikasi;


3.6 Menyatakan rasa syukur dan berbangga dengan kemajuan

perkembangan sistem perhubungan telekomunikasi.

4.0 KAWASAN KAJIAN Saya telah memilih Bandar Lenggong sebagai kawasan kajian saya. Ia terletak dalam Mukim Lenggong dalam Daerah Hulu Perak. Bandar Di-raja Kuala kangsar merupakan Bandar terdekat iaitu kira-kira 53 kilometer atau 30 minit perjalanan dengan menaiki kereta melalui pengangkutan darat iaitu kemudahan jalan raya.

Bandar Lenggong terletak berhampiran dengan Banjaran Bintang Hijau di bahagian barat dengan sebahagian besar adalah kawasan tanah pamah dan beralun. Di antara tanaman komersial yang ada adalah getah, kelapa sawit dan dusun buahbuahan. Selain daripada jalan raya, bandar ini juga mempunyai kemudahan asas yang lain seperti elektrik, air dan perhubungan telefon. Selain itu terdapat juga kemudahan seperti balai polis, balai bomba, pejabat pos, kemudahan bank, klinik, pejabat Pentadbiran Tanah dan Daerah Lenggong, Pejabat Majlis Daerah Lenggong, dewan, sekolah, kedai, padang dan taman permainan.

Keluasan kawasan kajian saya meliputi lingkungan 5 kilometer persegi.

PETA DAERAH LENGGONG, PERAK (Print daripada lawan web. Tidak perlu lukis)

Sumber : Laman Web Pejabat Daerah Dan Tanah Lenggong (Tahun 2010) (Tajuk, Bingkai, Petunjuk, Skala dan Arah Mata Angin)

PETA KAWASAN KAJIAN Tajuk : Peta Bandar Lenggong, Perak U

Petunjuk :

Sumber : Pemerhatian kawasan kajian. 5.0 KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan benar. Kaedah yang telah saya gunakan ialah :

Pemerhatian Saya telah memerhati pandang darat fizikal dan budaya di Bandar Lenggong (Lampiran 5) Temu Bual Saya telah mendapatkan maklumat berkaitan tajuk kajian dari 3 orang responden (Lampiran 6). Rujukan Saya telah mendapatkan beberapa bahan rujukan seperti Buku teks dan internet (Lampiran 7).

6.0 DAPATAN KAJIAN

6.1 Konsep Sistem Perhubungan Telekomunikasi. Sistem Perhubungan Telekomunikasi boleh ditakrifkan sebagai perkembangan perhubungan melibatkan penggunaan media cetak dan elektronik di sesebuah kawasan. Contoh sistem perhubungan telekomunikasi ialah seperti telefon tetap, telefon awam, telefon mudah-alih, pos, perkhidmatan internet, akhbar, radio dan televisyen. 6.2 Faktor Yang Mempengaruh Perkembangan Sistem Perhubungan di Bandar Lenggong 6.2.1 Dasar Kerajaan Kerajaan telah merangka dan melaksanakan pelbagai dasar bagi meningkatkan perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia. Penduduk Lenggong misalnya beberpa pelajar sekolah terpilih telah menerima bantuan notebook 1Malaysia bagi meningkatkan kemahiran dan penggunaan teknolgi maklumat. 6.2.2 Kemajuan Teknologi Kemajuan teknologi telah menggalakkan penduduk Lenggong bagi memperolehi peralatan telekomunikasi seperti telefon mudahalih yang mampu dimiliki serta mesra pengguna. 6.2.3 Perkembangan Ekonomi Peningkatan harga getah pasaran turut membantu meningkatkan taraf hidup penduduk Lenggong bagi membeli peralatan telekomunikasi khasnya telefon bimbit. Sesungguhnya saya amat bersyukur kerana Bandar Lenggong mempunyai sistem perhubungan telekomunikasi yang baik.

6.3 Kepentingan Perkembangan Sistem Perhubungan 6.3.1 Pendidikan Guru dan pelajar di sekolah Lenggong didapati menggunakan pelbagai peralatan dan bahan telekomunikasi bagi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Ini termasuklah penggunaan bahan seperti keratan akhbar dan siaran internet bagi tugasan di sekolah mereka. 6.3.2 Peluang Pekerjaan Pembukaan Pusat Jalur Lebar Komuniti dan kedai telekomunikasi seperti kedai telefon bimbit telah menggalakkan lagi

minat golongan muda khasnya menceburi bidang ini mislnya sebagai juruteknik komputer. 6.3.3 Penyaluran Maklumat Pelbagai maklumat terkini seperti teknologi dapat diperolehi dengan mudah dan cepat. Contohnya teknologi terkini pertanian yang dipaparkan melalui siaran televisyen berbayar ASTRO. 6.3.4 Pelancongan Bandar Lenggong yang dikenali sebagai Bandar Warisan Arkeologi khasnya bagi penduduk tempatan kini semakin terkenal dalam kalangan pelancong dalam dan luar negeri melalui pelbagai usaha promosi di internet dan radio. Saya rasa bertuah kerana sebahagian besar penduduk amat memahami tentang kepentingan sistem perhubungan telekomunikasi dalam kehidupan seharian. 6.4 Kesan Negatif Lenggong Perkembangan Sistem Perhubungan Di Bandar

6.4.1 Masalah Sosial Masalah sosial yang paling ketara adalah kesan akibat penyalahgunaan internet bagi memperolehi bahan tidak bermoral dalam kalangan pelajar dan orang muda. Akibatnya ada antara mereka terjebak dalam kegiatan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. 6.4.2 Pencemaran Bahasa Kesan ini muncul akibat penggunaan bahasa rojak dan tulisan ringkas melalui khidmat pesanan ringkas telefon bimbit. 6.4.3 Pembaziran Masa Akibat penggunaan internet tanpa masa dlam kalangan pelajar, mereka banyak menghabiskan masa di pusat perkhidmatan jalur lebar di kedai terlibat bagi tujuan peribadi seperti permainan komputer. 6.4.4 Maklumat Tanpa Batasan Memandangkan kawalan yang sukar, terdapat segelintir penduduk berpendapat maklumat merbak tanpa batasan. Misalnya golongan kanak-kanak dapat melayari internet yang tidak bersesuaian dengan minda mereka. Berdasarkan pengamatan saya, kesan negatif yang timbul daripada perkembangan telekomunikasi tiadk menjejaskan kualiti hidup penduduk ini. 6.5 Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Negatif Perkembangan Sistem Perhubungan Di Bandar Lenggong

6.5.1 Kuat kuasa Undang-undang Satu langkah awal adalah meningkatkan penguatkuasaan undang-undang siber sediada. Misalnya orang ramai boleh membantu pihak berkuasa menyalurkan maklumat jika terdapat kedai jalur lebar melebihi had masa pembukaan kedai mereka sehingga lewat malam. 6.5.2 Peranan dan Pemantauan PBT Pihak Majlis Daerah Lenggong sebagai pihak berwajib perlu sentiasa memantau premis perniagaan agar tidak menyalahgunakan premis mereka. 6.5.3 Peranan Dan Pemantauan Ibu Bapa Ibu bapa pula semestinya turut memantau aktiviti anak-anak mereka supaya mempunyai jati diri bagi menggelakkan penyalahgunaan peralatan misalnya bagi tujuan mendapatkan maklumat sesuai dengan umur dan keperluan anak-anak. 6.5.4 Kempen Kesedaran Masyarakat setempat pula turut mengambil peranan bagi melaksanakan kempen kesedaran dalam kalangan penduduk mereka. Misalnya Kempen kesedaran melibatkan pihak polis.
Daripada langkah-langkah yang disarankan kerjasama semua pihak perlu

wujud agar kesan buruk sistem perhubungan telekomunikasi tidak berterusan.

7.0 BAHAN GRAFIK 7.1 JADUAL Jadual 1 : Faktor Yang Mempengaruhi Sistem Perhubungan Telekomunikasi Bil Potensi Jumlah (Orang) 1 Dasar kerajaan 3 2 3 4 Kemajuan teknologi Perkembangan ekonomi Kemudahan asas 3 2 1 0

5 Petempatan baru Sumber : Borang Soal Temubual

7.2 PETA MINDA Peta Minda Menunjukkan Cadangan bagi Mengatasi Kesan Negatif Perkembangan Sistem Perhubungan Telekomunikasi Di Bandar Lenggong. Penguatkuasaan Undang-undang Pemantauan oleh Majlis Daerah Lenggong

Cadangan bagi Mengatasi Kesan Negatif Perkembangan Sistem Perhubungan Telekomunikasi Di Bandar Lenggong

Kempen Kesedaran Sumber : Borang Temubual

Pemantauan Oleh Ibu Bapa

8.0 RUMUSAN

Berdasarkan kajian saya dan rakan-rakan sekumpulan dapat diperhatikan bahawa perkembangan sistem perhubungan telekomunikasi di Bandar Lenggong berlaku dengan pesat sejajar dengan era telekomunikasi semasa. Terdapat pelbagai system telekomunikasi seperti telefon tetap, telefon udah-alih, internet, radio, televisyen dan penerbitan bahan bercetak. Ini bermaksud penduduk mendapat pelbagai manfaat daripadanya dalam meningkatkan kemudahan prasarana di bandar ini dan seterusnya dapat meningkatkan kegiatan ekonomi pada masa kini dan pada masa akan datang. Responden juga dilihat faham halangan atau masalah yang mereka alami memang wujud dan memerlukan pendekatan seperti usaha meningkatkan kesedaran tentang baik buruknya penggunaan peralatan telekomunikasi. Saya menyedari betapa bertuahnya penduduk serta responden di kawasan kajian mempunyai pelbagai kemudahan telekomunikasi bagi meningkatkan kualiti kehidupan mereka. Saya berharap kemajuan yang ada di kawasan kajian tersebut dapat dipertingkat dan diperbaiki dari masa ke semasa.

9.0 RUJUKAN Khaw, A.S.; Habibah, H.L dan Tan, K.L. (2004). KBSM Geografi Tingkatan 3. PTS Publications And Distributors Sdn. Bhd. Encik Razali bin Ahmad, Ketua Kampung Lenggong. http://tanah.perak.gov.my/peta/huluperak.html Google maps Address Lenggong, Perak

10.0 LAMPIRAN 1. Senarai Semak 2. Surat Pengenalan Diri / SMKDA 3. Surat Kebenaran Ibu Bapa 4. Surat Kebenaran Lawatan / interview 5. Borang Pemerhatian 6. Borang Temubual (3 responden) 7. Lain-lain

11.0 Penilaian Umum

You might also like