You are on page 1of 8

DAHAGI INDIA Dahagi merupakan rusuhan sepoi menentang pemerintahan British di India.

[] Namun, Dahagi bukan satu pemberontakan kebangsaan menentang pemerintahan asing. Dahagi berlaku secara setempat dan hanya melibatkan beberapa buah kawasan tertentu sahaja, manakala sebahagian besar penduduk tetap tidak terlibat. Pihak British menyangkal kenyataan bahawa ia adalah satu rusuhan kebangsaan atas sebab-sebab bahawa India tidak wujud sebagai sebuah negara pada masa itu. Inggeris juga berpendapat, pemberontakan ini hanyalah berlaku disekitar Qudh dan Rohilkand dan bukannya melibatkan kebangsaan seluruh untuk India.[] Pemberontakan India ini merupakan permulaan perjuangan Mereka

membebaskan

daripada

pemerintahan

British.

menganggap rusuhan sepoi sebagai perang kemerdekaan yang pertama di India. [] Orang India menganggap Dahagi India yang tercetus pada tahun 1857 merupakan gerakan antipenjajah.[] Ia berlaku ketika wujudnya perasaan tidak puas hati sosial dan politik.[] Gerakan menentang penjajahan British di India atas sebab konflik antara nilai Barat dengan nilai tempatan.[] Peristiwa Dahagi penting bagi sejarah India kerana ia merupakan pemberontakan terbesar di India. Pemberontakan ini merupakan satu rusuhan golongan tentera atau sepoi menentang Inggeris di India [] Malah, bukan semua sepoi bangkit menentang British. Selain itu,mereka yang tidak puas hati dengan Inggeris tutur sama terlibat dalam pemberontakan ini. Mereka itu terdiri daripada golongan tentera, golongan putera raja, pembesar dan nawab yang jelasnya telah menggangu gugat kepentingan mereka yang selama ini dikecapi sebelum kedatangan Inggeris.[] Peristiwa ini dianggap penting oleh orang India kerana pemberontakkan ini dikatakan titik permulaan perjuangan kebangsaan menentang penjajah serta menganggap pemberontakan ini sebagai perang kemerdekaan.[] Apa yang jelas sekali perjuangan mereka sebenarnya berdasarkan kepentingan masing-masing. Ini boleh dilihat berdasarkan askar-askar Sikh dan rejimen tempatan yang lain menyebelahi pihak British.[]

the t.o.p joker 2011

Sebab-sebab tercetusnya Dahagi Sebab utama yang mencetuskan peristiwa ini adalah perasaan dendam sepoi-sepoi. Ini sebenarkan merupakan sebab serta merta yang mencetuskan Dahagi India.[] Perasaan dendam sepoi ini tercetus berdasarkan empat isu utama iaitu; a. Tentera yang berkasta tinggi berkhidmat di luar India Ini melibatkan golongan tentera dari Benggala yang terdiri daripada kaum Brahmin dan Rajput yang berkasta tinggi. Mereka ini dari wilayah Qudh dan barat laut India. Mereka tidak suka bekerja berat dan bimbang kasta mereka akan tercemar sekiranya mereka berkhidmat di luar India.[] Apabila Inggeris mengarahkan mereka berkhidmat di luar India bermakna mereka ini telah mencemar kedudukan dan pandangan tinggi masyarakat India terhadap mereka. Imej mereka sebagai golongan berkasta tinggi terjejas. b. Akta pengambilan tentera am Menurut akta ini sepoi-sepoi India akan dihantar ke mana-mana sahaja mereka diperlukan atau wilayah-wilayah yang jauh tanpa diberi elaun. Tindakan ini sudah tentu menimbulkan perasaan tidak puas hati Tindakan Inggeris ini sebenarnya untuk mengimbangi bilangan tentera India dan Eropah. c. Amalan diskriminasi dalam tentera Sepoi-sepoi India menerima gaji dan layanan yang jauh lebih rendah daripada apa yang diterima tentera Inggeris.[] Selain itu, sistem kenaikan pangkat berdasarkan mengikut tempoh perkhidmatan bukan berdasarkan kepada kebolehan. Ini menimbulkan perasaan kecewa dalam kalangan sepoi India. Masalah disiplin yang serius berlaku dalam tentera akibat pemindahan pegawai-pegawai yang berkebolehan untuk mengisi jawatan-jawatan awam.[] d. Masalah senapang

the t.o.p joker 2011

Inggeris telah memperkenalkan senapang Rifle Royal Enfield. Masalahnya di sini ialah peluru yang digunakan hendaklah digigit terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam senapang. Namun begitu, di percayai bahawa peluru tersebut telah disapu dengan minyak babi dan lembu. Suasana ini telah menyentuh isu keagamaan dan kebudayaan tradisional mereka yang membabitkan sepoi Hindu dan Muslim yang seterusnya menganggap ini sebagai satu muslihat British untuk menentang kebudayaan-kebudayaan tradisional mereka dan beranggapan bahawa Inggeris cuba untuk mengkristiankan mereka. [] Walaupun Inggeris telah menarik balik peluru tersebut namun ini tidak dapat menamatkan kemarahan penduduk India, akhirnya mereka ditangkap dan dipenjarakan. Pemberontakan ini juga disebabkan pembaharuan sosial yang dilakukan oleh Lord William Bentick di India yang pada anggapan dan pemikiran barat sebagai tradisi kuno dan merugikan telah membawa kepada penentangan terhadap Barat.[] Pembaharuan sosial yang dilaksanakan termasuklah penghapusan beberapa adat yang dikatakan terlalu kontroversi antaranya; a. Amalan Sutee Ini berkaitan dengan pengorbanan diri balu-balu Hindu apabila si suami meninggal dunia. Dalam upacara pembakaran si suami, si isteri akan turut sama dibakar bersama-sama suami mereka yang telah mati. Malah terdapat balu-balu ini dipaksa untuk melakukan amalan ini oleh sanak saudara kerana ingin memiliki harta simati. Bagi Inggeris tindakan ini tidak berperikemanusiaan dan dianggap satu perbuatan jenayah. Oleh itu Inggeris menghapuskan amalan ini melalui pembentukan undangundang pada tahun 1929. b. Amalan Thugee Ini berkaitan rapat dengan kumpulan agama yang bersenjata. Mereka ini akan menjalankan rompakan dan pembunuhan di jalanan. Mereka ini akan menyamar diri

the t.o.p joker 2011

dan mencekik sampai mati ke atas pengembara-pengembara atas nama Dewi Kali c. Menghapuskan amalan membunuh bayi perempuan Amalan ini sebenarnya bagi mengelakkan ibubapa menanggung derita dan malu daripada pemberian dowri kepada suami apabila anak perempuan itu berkahwin kelak. Amalan ini sebenarnya merupakan adat turun temurun yg dilakukan masyarakat India d. Meluluskan Akta Kahwin semula Bagi penganut agama Hindu, seseorang yang ditinggalkan oleh si suami adalah dilarang untuk berkahwin semula. Dengan adanya akta ini bermakna telah melanggar adat tradisi masyarakat India. Meskipun idea-idea radikal Inggeris ini baik dan bertujuan memperbaiki kehidupan orang India, tetapi ia tidak diterima oleh masyarakat tempatan kerana masih berpegang teguh kepada tradisi dan adat resam yang diwarisi turun-temurun. Manakala, pengenalan teknologi Barat mengancam kedudukan sistem kasta dan dianggap sebagai satu langkah mencemarkan agama Hindu.[] Teknologi Barat yang diperkenalkan oleh Inggeris ialah pembinaan jalan keretapi dan telegraf. Masalah yang timbul di sini ialah tetang amalan Inggeris yg tidak membenarkan orang India menaiki keretapi kelas satu dan dua.[] Amalan diskriminasi ini sebenarnya telah menjatuhkan maruah masyarakat India yang berkelas tinggi. Perubahan sosial ini menimbulkan kepercayaan bahawa pihak British cuba untuk mengkristiankan orang India. Ini menyebabkan penduduk tempatan menyertai Dahagi untuk mengusir orang asing dari tanah mereka. Selain itu, di wilayah-wilayah yang ditawan oleh Syarikat Hindia Timur, banyak keluarga telah kehilangan tanah dan menjadi miskin akibat kegagalan mereka membuktikan hak milik mereka secara sah. Tanah-tanah itu kemudiannya diambil alih oleh pihak British.[]

the t.o.p joker 2011

Penyebaran sistem pendidikan British dan penghapusan sistem pendidikan Hindu dianggap sebagai percubaan British mengkristiankan penduduk tempatan. Orang India risau akan berlaku perubahan terhadap kehidupan, kedudukan dan adat resam mereka jika sistem pendidikan British ini disebarkan dalam kalangan rakyat. Perasaan tidak puas hati semakin memuncak akibat pembubaran tentera asli selepas satu wilayah diambil alih oleh pihak British. Dasar Pengilhakan Lord Dalhousie merupakan sebab politik yang terpenting. Beliau telah mengilhakan wilayah-wilayah tanpa menghiraukan perasaan orang India.[] Ini merupakan satu cara mudah bagi Inggeris menguasai India.[] Ada tiga alasan yang digunakan oleh Inggeris untuk menakluki beberapa wilayah India berdasarkan Doctrine of Lapse iaitu; i. Undang-undang Lesap Waris telah menafikan hak-hak tradisional dari segi perwarisan. Orang India terlalu marah dengan tindakan British yang menduduki wilayah-wilayah yang tiada pewaris sah. ii. Hak menakluk kuasa Agung iii. Penyalahtadbiran pemerintah tempatan Melalui dasar ini Inggeris berjaya mengilhakan wilayah Punjab, Karnatik, Qudht, Tanjur, Satera, Jhansi, Baghat, Jaitpur dan Sambalpur. Walaupun Dalhousie percaya bahawa pemerintahan British adalah paling baik bagi orang India tetapi doktrin tersebut telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pemerintah India malah menjatuhkan maruah pemimpin tempatan. Ini dapat dilihat daripada penentangan yang melibatkan golongan putera-putera raja yang memerintah seperti Nawab dari Karnatik, Raja Tanjor, dan Nana Sahib. Nana Sahib tidak puas hati dengan tindakan Inggeris membatalkan bayaran pencen yang sepatutnya diterima, malah perasaan dendam itu menjadi bertambah hebat lagi

the t.o.p joker 2011

apabila tanah dan estet ayah angkatnya, Baji Rao dirampas oleh Inggeris.[] Atas alasan itulah Nana Sahib mengetuai Dahagi diKanpur dan dikatakan bertanggungjawab ke atas pembunuhan orang British secara beramai-ramai di situ. Pada keseluruhannya, golongan pemerintah yang tidak berpuas hati dengan pemerintahan British telah menyokong Dahagi.[] Pembaharuan Pentadbiran Inggeris turut mencetusnya pemberontakan ini. Suruhanjaya Inam adalah kajian terhadap Pajakan Tanah tanpa sewa. Melalui dasar ini Inggeris menyebabkan 20 000 estet di Deccan jatuh ke tangan Inggeris. Tindakan ini telah menjejaskan pendapatan penduduk yang selama ini menggunakan sistem lama. Malah Inggeris telah mengubah pentadbiran hasil tanah yang sudah tentunya memberi kesan kepada pemilik dan penyewa tanah. i. Pengenalan undang-undang British dan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa kehakiman juga ditentang oleh penduduk tempatan ii. Pembatalan jawatan tinggi kepada penduduk India. Ini bermakna jawatan ini hanya diberi kepada orang Inggeris dalam perkhidmatan awam dan tentera. Ini sudah tentu menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan mereka yang terlibat.[] Sebab kegagalan Dahagi Faktor utama kegagalan Dahagi adalah disebabkan ketiadaan tujuan yang sama dalam kalangan pemberontak. Walaupun orang tempatan dan sepoi mengambil bahagian dalam Dahagi tetapi semuanya bertempur bagi kepentingan-kepentingan mereka sendiri kecuali beberapa orang.[] Contohnya; a. Rani Jhansi berjuang untuk hak-hak asasi seseorang putera. b. Nana Shahib berjuang untuk membalas dendam atas kehilangan tanah dan estet ayah angkatnya, Baji Rao.

the t.o.p joker 2011

c. Orang Muslim berjuang untuk memulihkan Empayar Moghul. d. Sepoi-sepoi berjuang disebabkan pelbagai faktor seperti agama mereka terancam, membalas dendam peribadi seperti kehilangan kedudukan atau kerana bayaran upah yang rendah. Pemberontak-pemberontak daripada golongan lain tidak mempunyai tujuan positif kesuali rasa benci yang sama terhadap British. Dahagi yang berlaku terhad di sesuatu kawasan dan tidak melibatkan orang Sikh yang tetap setia kepada British. Malah, sikap tolak ansur Lord Canning telah meredakan perasaan sepoi-sepoi dan meredakan tentang mereka. Kekurangan pucuk pimpinan di kalangan pemberontak menjadi satu rintangan besar kepada pemberontak-pemberontak. Kesan-kesan Dahagi Kesan terpenting ialah penghapusan Syarikat Hindia Timur (SHTI) pada tahun 1858. Ini berpunca daripada perletusan Dahagi yang telah membuktikan SHTI tidak berkebolehan untuk memerintah India yang begitu luas. Mengikut Akta Kerajaan India tahun 1858, SHTI dimansuhkan dan keputusan telah diambil untuk memindahkan pentadbiran kerajaan India terus kepada Kerajaan Mahkota iaitu, tanah besar England. Gabenor Jeneral menerima gelaran Wizurai. Ratu Victoria membuat satu pengumuman pada tahun 1858. Menurutnya, putera-putera tidak akan kehilangan hak-hak dan perjanjian-perjanjian yang wujud dengan mereka akan dipelihara. Ratu turut bertolak ansur dalam hal agama dan menyakinkan mereka bahawa mereka yang layak untuk memegang jawatan awam akan diberikan peluang tanpa mengira kasta ataupun kepercayaan. Pengampunan umum telah dijanjikan kepada semua pemberontakan kecuali mereka yang terlibat dengan pembunuhan beramai-ramai rakyat British. Undang-undang Warisan yang menjadi pertikaian turut dimansuhkan kerana Ratu telah mengisytiharkan kami tidak inginkan sebarang pelanjutan milik-milik wilayah kami pada hari ini.

the t.o.p joker 2011

the t.o.p joker 2011

You might also like