You are on page 1of 72

Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan

Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Tema 4: [Modul Bijak Belajar Sejarah Dunia 2021,


JPN Kedah: MS54] *Boleh juga rujuk buku Modul Efektif
Bincangkan faktor yang menyebabkan tercetusnya Dahagi 2023 S67, MS197
India pada tahun 1857.

Pengenalan
1. Pada tahun 1857, berlaku penentangan terhadap pemerintahan British di India yang dikenali sebagai
Pemberontakan Dahagi India.
2. Dahagi India merupakan pemberontakan yang dilancarkan oleh sepoi-sepoi yang menentang
pemerintahan British di India.
3. Orang India menganggap Dahagi sebagai perjuangan untuk membebaskan negara daripada
pemerintahan British.
4. Selain sepoi, golongan putera raja, nawab, dan pembesar yang kehilangan gelaran, tanah, dan kuasa
turut menyertai pemberontakan tersebut.
5. Dahagi berlaku secara setempat dan hanya melibatkan beberapa buah kawasan tertentu sahaja.
6. Sebahagian besar penduduk tidak terlibat dalam pemberontakan tersebut.
7. Dalam pada itu, bukan semua askar bangkit menentang British.
8. Askar-askar Sikh dan rejimen tempatan yang lain bertindak menyebelahi British.
9. Terdapat beberapa faktor yang mencetuskan pemberontakan Dahagi di India.

Isi 1 Campur tangan dalam adat


1. British telah campur tangan dalam adat resam masyarakat India yang beragama Hindu.
2. Campur tangan British jelas ketara apabila mereka memperkenalkan undang-undang melibatkan adat
dan kepercayaan masyarakat India.
3. Amalan Suttee merupakan adat yang diamalkan oleh penduduk beragama Hindu sejak turun-temurun.
4. Mengikut adat ini, balu yang kehilangan suami dikehendaki mengorbankan diri dengan dibakar
bersama-sama mayat suami semasa upacara pengebumian.
5. Apabila Lord William Bentick menggubal undang-undang penghapusan adat ini, penduduk beragama
Hindu marah dan memberontak.
6. Amalan adat Thuggee merupakan aktiviti merompak dan pembunuhan dilakukan oleh kumpulan-
kumpulan agama atas nama Dewi Kali.
7. Tindakan Lord William Bentick mengharamkan amalan ini telah menimbulkan kemarahan golongan
agama dan masyarakat India.
8. Amalan membunuh bayi perempuan untuk mengelak daripada membayar dowri (hantaran kahwin)
berlaku dalam masyarakat India turun-temurun.
9. Pengharaman adat ini oleh British juga menimbulkan kemarahan masyarakat India.
10. Pengenalan Akta Kahwin Semula balu-balu oleh Lord William Bentick juga dianggap sebagai satu
penghinaan kepada masyarakat India.
11. Tuntasnya, tindakan British campur tangan dalam adat resam masyarakat tempatan melahirkan sikap
anti-British yang mencetuskan peristiwa Dahagi.

Isi 2 Pengenalan sistem pendidikan Barat


1. Tindakan British memperkenalkan perubahan dalam sistem pendidikan turut menimbulkan rasa tidak
puas hati dalam kalangan masyarakat terhadap penjajah.
2. British menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah dan kolej.
3. Malah, bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi dalam bidang pentadbiran serta kehakiman.
4. Jawatan-jawatan penting dalam kerajaan diberikan kepada penduduk tempatan yang berpendidikan
Inggeris.
5. Perubahan ini tidak disenangi oleh penduduk tempatan kerana jawatan tinggi dalam kerajaan dan
tentera tidak diberikan kepada penduduk tempatan.
6. Malah, perubahan yang diperkenalkan oleh British dalam bidang pendidikan dianggap sebagai
percubaan British untuk menyebarkan agama Kristian dalam kalangan masyarakat India.
7. Justeru, pendidikan Barat yang diperkenalkan oleh British turut memainkan peranan dalam
mencetuskan peristiwa Dahagi.

1 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Isi 3 Dasar pengilhakan


1. Dasar pengilhakan yang diperkenalkan oleh Lord Dalhousie merancakkan penentangan penduduk India
terhadap penjajahan British.
2. Menerusi dasar ini, Lord Dalhousie telah merampas hak dan kedaulatan pemerintah tempatan dengan
mengilhakan wilayah-wilayah yang ditadbir oleh mereka.
3. Dasar pengilhakan ini dilaksanakan berpandu kepada tiga alasan iaitu Undang-undang Lesap Waris,
Hak Menakluk Kuasa Agung, dan Salah Tadbir Tempatan.
4. Menerusi dasar ini, Lord Dalhousie bertindak mengilhakan beberapa wilayah seperti Punjab, Karnatik,
Tanjor, Jhansi, Baghat, Jaitpur, Oudh, dan Sambalpur.
5. Dasar ini telah menjejaskan maruah pemerintah tempatan hingga menyebabkan putera-putera raja
tempatan seperti Nana Saheb, nawab dari Karnatik dan Raja Tanjor menyertai penentangan terhadap
penjajah British.
6. Nana Saheb merupakan anak angkat Baji Rao (pemerintah wilayah Peshawar) tidak berpuas hati
dengan tindakan British membatalkan bayaran pencen yang patut diberikan kepadanya serta
merampas tanah milik ayahnya.
7. Manakala nawab menentang tindakan British meletakkan wilayah Oudh di bawah pentadbiran mereka
atas alasan keadaan huru-hara di Oudh dan amalan rasuah berleluasa dalam kalangan pemerintah
tempatan dan menyebabkan tercetus peristiwa Dahagi.

Isi 4 Perasaan dendam sepoi-sepoi India


1. Faktor serta-merta yang menyebabkan Dahagi India tercetus ialah perasaan tidak puas hati dalam
kalangan sepoi-sepoi India.
2. British telah melantik sepoi-sepoi daripada kalangan kaum Brahmin dan Rajput yang terdiri daripada
golongan kasta tinggi di wilayah Oudh.
3. Tindakan British menghantar sepoi-sepoi India ke luar negara menimbulkan kemarahan kerana
tindakan tersebut mencemarkan imej dan maruah mereka yang berkasta tinggi.
4. Malah, terdapat kepercayaan dalam kalangan penganut agama Hindu bahawa kesucian mereka akan
hilang apabila mereka menyeberangi lautan.
5. Perkembangan ini menyebabkan sepoi-sepoi India dari Rejimen 47 yang diarahkan untuk berkhidmat di
Myanmar enggan mematuhi arahan hingga menyebabkan rejimen tersebut terpaksa dibubarkan.
6. Jelas ternyata, perasaan dendam sepoi-sepoi India terhadap British turut memainkan peranan penting
mencetuskan peristiwa Dahagi.

Isi 5 Akta Pengambilan Khidmat Awam


1. Semasa pentadbiran Lord Canning, Akta Pengambilan Khidmat Awam yang memberi kuasa kepada
British untuk menghantar tentera berkhidmat di dalam dan di luar negara diperkenalkan.
2. Akta ini tidak disokong oleh tentera India kerana mereka tidak diberikan elaun tambahan untuk
berkhidmat di luar negara.
3. Selain itu, tentera India juga menentang amalan diskriminasi yang diamalkan oleh pentadbiran British
dalam soal kenaikan pangkat dan jawatan dalam tentera.
4. Tentera India diberi gaji yang lebih rendah dan mendapat layanan yang kurang baik daripada
pentadbiran British.
5. Tuntasnya, perkembangan ini menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan sepoi India terhadap
pemerintahan British.

2 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Isi 6 Isu senapang Riffle Royal Enfield


1. Kemarahan terhadap pentadbiran British memuncak apabila sepoi-sepoi India mendapat tahu bahawa
minyak yang digunakan untuk membersihkan senapang Riffle Royal Enfield mengandungi lemak babi
dan lemak lembu.
2. Selain itu, tersebar berita bahawa sepoi-sepoi India yang menggunakan senapang tersebut perlu
menggigit hujung peluru yang telah disapu dengan lemak babi dan lemak lembu.
3. Perkembangan ini menyebabkan sepoi-sepoi yang beragama Hindu dan Islam merasakan bahawa
pentadbiran British sengaja melakukan hal-hal yang demikian untuk menghina kedua-dua agama yang
menjadi anutan penduduk tempatan.
4. Tegasnya, isu senapang Riffle Royal Enfield membangkitkan kemarahan sepoi-sepoi India yang
bertindak melancarkan serangan terhadap British dan mencetuskan peristiwa Dahagi.

Isi 7 Pengenalan peraturan baharu


1. Penentangan terhadap pemerintahan British juga disebabkan oleh pengenalan dasar dan peraturan
baharu oleh British.
2. Salah satu peraturan yang menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk terhadap pemerintahan British
ialah Akta Penjajahan Punjab 1907.
3. Menerusi akta ini, kerajaan British bertindak meninggikan cukai tanah dan mengenakan bayaran bagi
bekalan air yang disalurkan ke kawasan pertanian.
4. Tindakan ini telah menambahkan beban golongan petani dan mereka terpaksa menanggung hutang
serta hidup dalam keadaan miskin.
5. Selain itu, pihak pemerintah British juga tidak menggalakkan penghasilan barangan oleh penduduk
tempatan.
6. Sebaliknya, mereka menggalakkan kegiatan mengimport barangan dari negara luar.
7. Perkembangan ini telah menjejaskan pendapatan penduduk tempatan yang terlibat dalam sektor
pertukangan dan kemahiran tangan.
8. Sementara itu, penduduk tempatan di wilayah-wilayah yang ditawan oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris
(SHTI) telah kehilangan tanah pusaka mereka.
9. Tanah milik penduduk tempatan dirampas oleh pemerintah British ekoran daripada kegagalan mereka
untuk membuktikan hak milik tanah secara sah.
10. Tuntasnya, pengenalan peraturan oleh pihak British menambah beban dan kesengsaraan hidup
menyebabkan rakyat India melancarkan Dahagi.

Kesimpulan
1. Selepas menumpaskan Dahagi, British melakukan rombakan dalam sistem pentadbiran di India.
2. British membubarkan SHTI dan meletakkan pentadbiran India di bawah pentadbiran Mahkota British.
3. Peristiwa ini juga menyebabkan pemerintahan Moghul di India berakhir apabila Maharaja Bahadur Shah
ditangkap dan dibuang negeri ke Myanmar.

3 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Tema 4: [Percubaan Pahang 2021: Soalan 5]


Sejauh manakah pembaharuan dalam adat yang diperkenalkan kerajaan
British merupakan punca meletusnya Dahagi di India pada tahun 1857?
*Pembaharuan dalam adat sebagai faktor penting/utama, namun *Boleh juga rujuk buku
terdapat juga faktor-faktor lain. Modul Efektif 2023 S67,
Boleh juga disesuaikan menjadi… MS197
Tema 4: [Soalan Cadangan]
Bincangkan perubahan-perubahan akibat campur tangan British di India
sehingga mencetuskan Dahagi India pada tahun 1857.
*Pembaharuan-pembaharuan sosial, politik, dan ekonomi.

Pengenalan
1. Pada tahun 1857, berlakunya penentangan terhadap pemerintahan British yang dikenali sebagai
Dahagi India.
2. Dahagi India merupakan pemberontakan yang dilancarkan oleh golongan sepoi yang menentang
pemerintahan British di India.
3. Masyarakat tempatan di India menganggap Dahagi sebagai perjuangan untuk membebaskan negara
daripada pemerintahan British.
4. Hakikatnya, pembaharuan adat yang diperkenalkan oleh kerajaan British telah mendapat respons yang
sangat negatif daripada masyarakat tempatan, sekali gus menjadi punca meletusnya Dahagi India pada
tahun 1857.
5. Di samping pembaharuan adat yang diperkenalkan oleh kerajaan British, Dahagi India juga meletus
kerana pelbagai faktor lain.
6. Oleh yang demikian, tidak hairanlah Dahagi India yang meletus telah disertai oleh pelbagai lapisan
masyarakat antaranya golongan sepoi, golongan putera raja, nawab, dan pembesar yang kehilangan
gelaran, tanah, dan kuasa.

Isi 1 Pembaharuan adat_faktor penting/utama


1. Penghapusan amalan Suttee;
1.1 Faktor yang menyebabkan muncul rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk di India terhadap
pemerintahan British ialah penghapusan amalan Suttee.
1.2. Amalan Suttee adalah amalan yang diamalkan oleh penduduk beragama Hindu sejak turun-temurun
lagi.
1.3. Mengikut adat ini, balu yang kehilangan suami akan dibakar bersama-sama mayat suaminya semasa
upacara pengebumian.
1.4. Pada tahun 1828, Lord William Bentick merupakan Gabenor Jeneral British di India telah menggubal
undang-undang untuk mengharamkan amalan ini.
1.5. Tindakan British menimbulkan kemarahan penduduk yang beragama Hindu terhadap pemerintahan
British.
2. Penghapusan amalan Thuggee;
2.1 Faktor seterusnya yang mencetusnya peristiwa Dahagi India ialah tindakan British menghapuskan
amalan Thuggee.
2.2 Amalan Thuggee merupakan aktiviti merompak dan pembunuhan yang dilakukan oleh kumpulan-
kumpulan agama yang bersenjata terhadap saudagar dan pengembara.
2.3 Kumpulan ini menjalankan kegiatan mereka, iaitu menyamar dan melakukan pembunuhan atas nama
Dewi Kali.
2.4 Amalan ini menimbulkan ketakutan dan kebimbangan dalam kalangan penduduk, tetapi amalan ini
mendapat sokongan daripada golongan agama.
2.5 Lord William Bentick bertindak mengharamkan amalan ini, menimbulkan kemarahan golongan agama
yang menyokongnya.

4 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

3. Penghapusan amalan bunuh bayi perempuan;


3.1 Diamalkan oleh masyarakat India sejak turun-temurun.
3.2 Mereka menganggap bayi perempuan adalah beban kepada mereka apabila besar kelak.
3.3 Hal ini disebabkan keluarga anak perempuan terpaksa membayar dowri (mas kahwin) yang tinggi
kepada bakal suami mereka.
3.4 Lord William Bentick mengharamkan amalan ini kerana dianggap tidak berperikemanusiaan.
4. Pengenalan Akta Kahwin Semula;
4.1 Lord Dalhousie telah meluluskan Akta Kahwin Semula bagi balu-balu Hindu.
4.2 Mendapat penentangan daripada penduduk tempatan kerana dalam perkahwinan semula adalah tidak
dibenarkan sama sekali dalam masyarakat Hindu.
4.3 Tindakan memperkenalkan akta ini menyebabkan penduduk tempatan menganggap British menghina
amalan tradisi mereka.

Isi 2 Pengenalan sistem pendidikan Barat_faktor sampingan/lain


1. Menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat terhadap penjajah.
2. British menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi sekolah dan kolej.
3. Bahasa Inggeris juga dijadikan bahasa rasmi dalam bidang pentadbiran dan kehakiman.
4. Jawatan-jawatan penting diberikan kepada yang berpendidikan Inggeris.
5. Perubahan ini tidak disenangi oleh penduduk tempatan kerana jawatan tinggi tidak diberikan kepada
penduduk tempatan yang tidak berpendidikan Inggeris.
6. Pendidikan yang disebarkan oleh orang Inggeris dianggap sebagai percubaan menyebarkan agama
Kristian.

Isi 3 Pengenalan teknologi Barat_faktor sampingan/lain


1. Pemerintahan British memperkenalkan sistem perhubungan dan pengangkutan moden seperti
pembinaan landasan kereta api dan sistem telegraf telah mengancam amalan tradisi masyarakat India.
2. Pengenalan sistem pengangkutan darat turut mengancam amalan kasta yang diwarisi sejak turun-
temurun oleh masyarakat India.
3. Masyarakat India hanya dibenarkan menaiki gerabak kelas ketiga manakala kelas pertama dan kedua
pula untuk pegawai-pegawai Inggeris.
4. Perkembangan ini menjejaskan pendidikan masyarakat India daripada kasta tinggi kerana mereka juga
terpaksa menaiki gerabak kelas ketiga bersama dengan penduduk kasta rendah.
5. Pengenalan teknologi Barat dianggap sebagai satu langkah British untuk mencemarkan adat resam
dan agama Hindu.

Isi 4 Dasar pengilhakan_faktor sampingan/lain


1. Dasar pengilhakan yang diperkenalkan oleh Lord Dalhousie merancakkan penentangan penduduk
India terhadap penjajahan British.
2. Menurut dasar ini, Lord Dalhousie telah merampas hak dan kedaulatan pemerintah tempatan dengan
mengilhakan wilayah-wilayah yang ditadbir oleh mereka.
3. Dasar pengilhakan ini dilaksanakan berpandu pada tiga alasan, iaitu Undang-undang Lesap Waris, Hak
Menakluk Kuasa Agung, dan Salah Tadbir Tempatan.
4. Menerusi dasar ini, Lord Dalhousie mengilhakan beberapa buah wilayah seperti Punjab, Karnatik,
Tanjor, Jhansi, Baghat, Jaitpur, Oudh, dan Sambalpur.
5. Dasar ini menjejaskan maruah pemerintah tempatan hingga menyebabkan putera-putera raja tempatan
seperti Nana Sahed, nawab dari Karnatik dan Raja Tanjor menyertai penentangan terhadap penjajah
British.
6. Nana Sahed merupakan anak angkat Baji Rao (pemerintah wilayah Peshawar) tidak berpuas hati
dengan tindakan British membatalkan bayaran pencen yang patut diberikan kepadanya serta
merampas tanah milik ayahnya.
7. Manakala, nawab menentang tindakan British meletakkan wilayah Oudh di bawah pentadbiran mereka
atas alasan keadaan huru-hara di Oudh dan amalan rasuah yang berleluasa dalam kalangan
pemerintah Oudh.

5 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Isi 5 Perasaan dendam Sepoi India_faktor sampingan/lain


1. Dahagi India juga tercetus akibat perasaan tidak puas hati dalam kalangan sepoi-sepoi India.
2. British telah melantik sepoi-sepoi daripada kalangan kaum Brahmin dan Rajput yang terdiri daripada
golongan berkasta tinggi di wilayah Oudh.
3. Tindakan British menghantar sepoi-sepoi India ke luar negara menimbulkan kemarahan kerana
tindakan tersebut mencemarkan imej dan maruah mereka yang berkasta tinggi.
4. Malah, terdapat kepercayaan dalam kalangan penganut agama Hindu bahawa kesucian kasta mereka
akan hilang apabila mereka melintasi lautan.
5. Perkembangan ini menyebabkan sepoi-sepoi India daripada Rejimen 47 yang diarahkan untuk
berkhidmat di Myanmar enggan mematuhi arahan hingga menyebabkan rejimen tersebut terpaksa
dibubarkan.

Isi 6 Kes senapang Riffle Royal Enfield_faktor sampingan/lain


1. Kemarahan tentera terhadap pentadbiran British memuncak apabila sepoi-sepoi India mendapat tahu
bahawa minyak yang digunakan untuk membersihkan senapang Riffle Royal Enfield telah disapu
dengan minyak yang mengandungi lemak babi dan lemak lembu.
2. Selain itu, tersebar berita bahawa sepoi-sepoi India yang menggunakan senapang tersebut perlu
menggigit hujung peluru terlebih dulu yang telah disapu dengan lemak babi dan lemak lembu.
3. Perkembangan ini menyebabkan sepoi-sepoi yang beragama Hindu dan Islam merasakan bahawa
pentadbiran British sengaja melakukan hal-hal yang demikian untuk menghina kedua-dua agama
tersebut.

Isi 7 Pengenalan peraturan baharu_faktor sampingan/lain


1. Penentangan terhadap pemerintahan British juga disebabkan oleh pengenalan dasar dan peraturan
baharu oleh British.
2. Salah satu peraturan yang menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk terhadap pemerintahan British
ialah Akta Penjajahan Punjab 1907.
3. Menerusi akta ini, kerajaan British bertindak meninggikan cukai tanah dan mengenakan bayaran bagi
bekalan air.
4. Tindakan ini telah menambahkan beban golongan petani dan mereka terpaksa menanggung hutang
serta hidup dalam keadaan miskin.
5. Selain itu, pihak pemerintah British juga tidak menggalakkan kegiatan mengimport barangan dari
negara luar.

Isi 8 Akta Pengambilan Khidmat Awam_faktor sampingan/lain


1. Semasa pentadbiran Lord Canning, Akta Pengambilan Khidmat Awam memberikan kuasa kepada
pihak British untuk menghantar tentera berkhidmat dalam dan luar negara.
2. Akta ini tidak disokong oleh tentera India kerana mereka tidak mendapat elaun tambahan.
3. Tentera India juga menentang amalan diskriminasi yang diamalkan oleh pentadbiran Britsh dalam soal
kenaikan pangkat dan jawatan.
4. Tentera India diberi gaji yang rendah dan mendapat layanan yang kurang baik.

Kesimpulan
1. Pendek kata, selain daripada pembaharuan adat yang diperkenalkan oleh British, terdapat pelbagai
faktor yang telah menyumbang kepada ketidakpuasan hati masyarakat di India sehingga meletusnya
Dahagi pada tahun 1857.
2. Pemberontakan Dahagi akhirnya berjaya ditumpaskan oleh kerajaan British.
3. British melakukan rombakan dalam sistem pentadbiran, membubarkan Syarikat Hindia Timur Inggeris
(SHTI) dan meletakkan pentadbiran India di bawah Tanah Jajahan Mahkota British.
4. Selepas Dahagi, British semakin mengukuhkan pemerintahan mereka di India.

6 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Tema 4: [Percubaan Kelantan 2024 Set 1: Soalan 5]


Jelaskan faktor yang menyebabkan tercetusnya Peristiwa Dahagi di
India pada tahun 1857.
Boleh juga disesuaikan menjadi… *Boleh juga rujuk buku Modul
Tema 4: [Soalan Cadangan] Efektif 2023 S67, MS197
Bincangkan perubahan-perubahan akibat campur tangan British di
India sehingga mencetuskan Dahagi India pada tahun 1857.
*Pembaharuan-pembaharuan sosial, politik, dan ekonomi.

Pengenalan
1. Pada tahun 1857, satu pemberontakan terbesar menentang pemerintahan British telah berlaku di India.
2. Pemberontakan ini dikenali sebagai Dahagi India dan merupakan pemberontakan tentera atau sepoi
menentang pemerintahan British di India.
3. Pemberontakan ini merupakan permulaan tindak balas masyarakat India membebaskan negara
daripada cengkaman pentadbiran British.
4. Pemberontakan ini melibatkan golongan sepoi, nawab, dan pembesar yang terkesan akibat penindasan
yang dilakukan oleh British.
5. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan tercetusnya peristiwa Dahagi di India pada tahun 1857.

Isi 1 Pembaharuan adat/sosial_faktor sosial


1. Penghapusan amalan Suttee dan Thuggee yang dianggap kejam;
1.1. Masyarakat India yang beragama Hindu marah dengan tindakan Gabenor Jeneral British di India, Lord
William Bentick yang telah menghapuskan amalan Suttee dan Thuggee.
1.2. Tradisi Suttee merujuk kepada amalan balu akan dibakar bersama-sama mayat suami ketika upacara
pengebumian.
1.3. Amalan Thuggee ialah amalan merompak dan membunuh pengembara oleh kumpulan agama atas
nama Dewi Kali.
2. Amalan membunuh bayi perempuan;
2.1. Masyarakat India juga tidak berpuas hati dengan penghapusan amalan membunuh bayi perempuan
yang dianggap akan memalukan dan menyusahkan keluarga kerana terpaksa menyediakan dowri
(hantaran kahwin) perkahwinan anak perempuan mereka.
3. Penggubalan Akta Kahwin Semula oleh Lord Dalhousie;
3.1 Undang-undang ini dianggap bertentangan dengan tradisi masyarakat Hindu yang menetapkan isteri
‘mesti mati’ bersama-sama suami.
4. Diskriminasi kaum;
4.1 Orang British memandang rendah masyarakat India.
4.2 Sebagai contoh, masyarakat India hanya boleh menaiki kereta api kelas ketiga.
4.3 Kelas pertama dan kedua dikhaskan untuk pegawai Inggeris.
4.4 Masyarakat India yang berkasta tinggi berasa marah kerana menganggap situasi tersebut mengancam
sistem kasta yang mereka amalkan secara turun-temurun.

Isi 2 Isu penggunaan senapang Riffle Royal Enfield_faktor sosial


1. Pengenalan senapang Riffle Royal Enfield menyemarakkan lagi kemarahan dan kebencian sepoi-sepoi.
2. Hujung peluru senapang telah disapu dengan minyak lembu dan babi.
3. Sepoi Hindu dan Muslim menganggap tindakan ini satu muslihat British menentang kebudayaan
mereka dan sebagai langkah mengkristiankan mereka.

7 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Isi 3 Ketidakpuasan hati golongan sepoi_faktor sosial


1. Tentera Benggala yang terlibat dalam Dahagi berasal dari kaum Brahmin dan Rajput yang berkasta
tinggi.
2. Golongan ini tidak suka melakukan kerja berat dan berkhidmat di luar India.
3. Perasaan tidak puas hati bertambah apabila Lord Canning meluluskan Akta Pengambilan Tentera Am.
4. Melalui akta ini, seseorang sepoi boleh dihantar berkhidmat di mana-mana sahaja perkhidmatan
mereka diperlukan.
5. Apabila dihantar berkhidmat di kawasan jauh, sepoi-sepoi ini tidak diberi elaun yang lebih.
6. Sepoi-sepoi ini bimbang bahawa kedudukan dan kasta mereka tercemar jika mereka bekerja di luar
India.
7. Sepoi-sepoi ini juga tidak puas hati dengan dasar diskriminasi antara mereka dan tentera British.
8. Mereka diberi layanan buruk dan gaji lebih rendah.
9. Kenaikan pangkat dalam tentera adalah berdasarkan tempoh perkhidmatan dan bukannya keupayaan
dan kebolehan seseorang calon.
10. Penglibatan British dalam Perang Krimea memberi keyakinan kepada sepoi-sepoi bahawa mereka
dapat mengusir orang British dari tanah air mereka dengan mudah.

Isi 4 Dasar pengilhakan Lord Dalhousie_faktor politik


1. Proses penaklukan dan Undang-undang Lesap Waris yang dijalankan telah menyinggung perasaan
orang India, khasnya pemerintah wilayah-wilayah.
2. Lord Dalhousie telah mengilhakan wilayah-wilayah di India tanpa mempertimbangkan perasaan orang
India.
3. Juga telah mencabar kedaulatan pemerintah tempatan seperti nawab dari Karnatik, dan Raja Tanjor.
4. Tindakan Dalhousie menarik balik pembayaran pencen Nana Saheb, anak angkat Baji Rao selepas
kemangkatan beliau, menyebabkan Nana Saheb begitu benci terhadap pihak British sehingga beliau
sendiri memberi sokongan kepada Dahagi India.

Isi 5 Pentadbiran tidak stabil_faktor politik


1. Inggeris menggantikan sistem pentadbiran lama dengan pentadbiran baharu yang menyebabkan
kesukaran masyarakat India menerima pentadbiran yang berlainan dengan sistem yang telah mereka
alami sejak turun-temurun.
2. Perubahan dalam pentadbiran tanah tidak disukai oleh penduduk India.
3. Suruhanjaya Inam yang dibentuk untuk mengkaji pajakan tanah tanpa sewa telah menyebabkan
Inggeris merampas 20,000 estet di Deccan.
4. Perubahan dalam pentadbiran hasil tanah telah menyebabkan kesusahan dan kesengsaraan kepada
para pemilik dan penyewa tanah.
5. Di wilayah Oudh, Inggeris telah menghentikan bayaran kepada raja dan elaun serta pencen kepada
pegawai-pegawai.
6. Tentera raja dibubar mengakibatkan mereka kehilangan punca pencarian.
7. Sikap angkuh pegawai British dan sukar ditemui menyebabkan rakyat membenci British.
8. Pengenalan undang-undang British yang dianggap asing dan tidak difahami oleh rakyat serta bahasa
Inggeris dijadikan bahasa kehakiman telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan penduduk India.
9. Inggeris juga tidak memberikan jawatan penting (tinggi) dalam perkhidmatan awam dan tentera kepada
orang India.
10. Orang-orang India tidak diberikan apa-apa hak politik, menyebabkan semua lapisan masyarakat India
menentang British.

8 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Isi 6 Penindasan ekonomi_faktor ekonomi


1. Penindasan dalam bidang perdagangan telah berlaku di Benggal sejak ia mula beroperasi.
2. Perdagangan telah lama dimajukan tetapi sektor perkilangan India telah dimusnahkan dengan
mengenakan cukai tarif yang tinggi di England bagi barang-barang India.
3. Ini menyebabkan eksport kapas dan sutera India ke England terhenti tetapi pasaran India pula telah
dibanjiri dengan barangan Inggeris.
4. Ini menyebabkan industri perkilangan India lumpuh.
5. Industri-industri lain juga mengalami nasib yang sama, contohnya industri melebur besi lumpuh kerana
pengimportan besi dan besi waja.
6. Industri desa, iaitu penggabungan pertanian dan industri desa turut musnah.
7. Keadaan ini menyebabkan pekerja-pekerja terlibat terpaksa menukar pekerjaan ke sektor pertanian.
8. India beransur-ansur bertukar menjadi jajahan pertanian untuk kapitalisme Inggeris.
9. Ini bermakna India membekalkan bahan-bahan mentah untuk pengilangan England dan membeli
barangan siap buatan British.

Kesimpulan
1. Dahagi India merebak ke seluruh India.
2. Pihak Inggeris berasa terancam dan cuba melumpuhkan kebangkitan masyarakat India.
3. Pada Julai 1858, Dahagi India berjaya ditamatkan.
4. Maharaja Delhi berserta putera-puteranya ditangkap dan ditembak.
5. Dahagi India menjadi titik tolak permulaan semangat mengusir penjajah daripada tanah India.
6. Walaupun usaha tersebut gagal, tetapi ia telah menjadi detik terpenting dalam sejarah penentangan
masyarakat India terhadap pihak Inggeris.

9 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Tema 4: [Carta Ulasan Sejarah Dunia 2018: MS133]


Faktor tercetusnya Dahagi India 1857. *Boleh juga rujuk buku Modul
*Campur tangan British dalam adat resam sebagai faktor Efektif 2023 S67, MS197
penting/utama, namun terdapat juga faktor-faktor lain.

Pengenalan
1. Dahagi India merupakan pemberontakan yang dilancarkan oleh sepoi-sepoi menentang pemerintahan
British di India.
2. Orang India menganggap Dahagi sebagai perjuangan membebaskan negara daripada pemerintahan
British.
3. Campur tangan British dalam adat resam merupakan salah satu faktor yang menyebabkan tercetusnya
peristiwa Dahagi India pada tahun 1857.
4. Walau bagaimanapun, terdapat faktor-faktor lain yang mencetuskan Dahagi ini seperti faktor politik dan
ekonomi.

Isi 1 Penghapusan amalan Suttee, Thuggee, dan membunuh bayi perempuan_faktor penting/utama
1. Tindakan British melalui Lord William Bentick menentang adat resam yang telah diamalkan sejak turun-
temurun telah menimbulkan kemarahan masyarakat tempatan.
2. Pada tahun 1828, beliau telah menggubal undang-undang yang mengharamkan pengamalan amalan
Suttee.
3. Begitu juga dengan amalan-amalan lain.
4. Tindakan ini menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk yang beragama Hindu
terhadap pemerintahan British di India.
5. Kesannya mereka bangun menentang British atas tindakan tersebut.
6. Adat Suttee (mengorbankan isteri apabila suami meninggal dunia, Thuggee (merompak dan membunuh
atas nama agama), dan amalan membunuh bayi perempuan (kerana menganggap akan menjadi beban
kepada keluarga) merupakan contoh-contoh adat yang telah menjadi amalan sejak dulu lagi.
7. Tindakan British yang tergesa-gesa untuk melakukan perubahan memang telah menaikkan kemarahan
penduduk tempatan.

Isi 2 Dasar pengilhakan_faktor sampingan


1. Dasar ini diperkenalkan oleh Lord Dalhousie iaitu British boleh merampas hak dan kedaulatan
pemerintah tempatan dengan mengilhakan wilayah-wilayah yang ditadbir oleh mereka.
2. Dasar pengilhakan ini dilaksanakan berdasarkan tiga peraturan iaitu Undang-undang Lesap Waris, Hak
Menakluk Kuasa Agung, dan Salah Tadbir Tempatan.
3. Tindakan British ini menjejaskan maruah pemerintah tempatan hingga menyebabkan mereka sama-
sama menyertai penentangan terhadap British.
4. Antara kawasan yang telah dirampas ialah wilayah Punjab, Karnatik, Tanjor, Jhansi, Bhagat, Jaitpur,
Oudh, dan Sambalpur.
5. Kehilangan wilayah dan kuasa pentadbiran telah menaikkan kemarahan golongan pemerintah sehingga
mereka terpanggil untuk menyertai penetangan ini.

Isi 3 Pengenalan pendidikan Barat_faktor sampingan


1. Perubahan yang diperkenalkan oleh British dalam sistem pendidikan menimbulkan rasa tidak puas hati
penduduk tempatan.
2. Ekoran perubahan ini, jawatan-jawatan penting dalam kerajaan diberikan kepada penduduk tempatan
yang berpendidikan Inggeris.
3. Penduduk tempatan menganggap perubahan ini sebagai percubaan British untuk menyebarkan agama
Kristian dalam kalangan masyarakat India.
4. Antara pusat pengajian tinggi yang ditubuhkan ialah Kolej Perubatan Calcutta dan Institut Ephinstone di
Bombay.
5. Tindakan diskriminasi dengan niat yang terselindung ini menyebabkan penduduk tidak berpuas hati
dengan tindakan British ini.

10 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Isi 4 Pengenalan peraturan baru_faktor sampingan


1. Tindakan British memperkenalkan dasar dan peraturan baru melahirkan rasa tidak puas hati penduduk
tempatan.
2. Akta Penjajahan Punjab 1907 yang diperkenalkan oleh British menimbulkan kemarahan penduduk.
3. Dasar dan peraturan baru ini menjejaskan kehidupan penduduk dan menambah beban golongan
petani.
4. Antara tindakan di bawah Akta Penjajahan Punjab ialah kerajaan bertindak menaikkan cukai tanah dan
mengenakan bayaran bagi bekalan air yang disalurkan ke kawasan pertanian.
5. Tindakan ini tanpa memikirkan keadaan rakyat dan hanya mementingkan kepentingan ekonomi British
boleh mengundang masalah.

Isi 5 Perasaan dendam sepoi-sepoi India terhadap British_faktor sampingan


1. Perasaan dendam sepoi-sepoi India daripada kasta Brahmin dan Rajput yang berkasta tinggi juga
menjadi sebab penentangan.
2. Tindakan British menghantar mereka ke luar negara dianggap mencemar kedudukan mereka.
3. Bagi mereka, kasta mereka akan hilang apabila menyeberangi laut.
4. Mereka yang enggan mematuhi arahan tersebut dihukum gantung dan akhirnya British terpaksa
membubarkan rejimen tersebut.
5. Misalnya, anggota Rejimen ke-47 telah dihantar berkhidmat di Burma.
6. Kedangkalan British dalam memahami sensitiviti masyarakat menyebabkan rakyat bangun menentang.

Isi 6 Isu senapang Riffle Royal Enfield_faktor sampingan


1. Faktor ini merupakan pencetus kepada peristiwa Dahagi ini.
2. Kemarahan terhadap pentadbiran British memuncak apabila sepoi-sepoi India mendapat tahu bahawa
minyak yang digunakan untuk membersihkan senapang ini mengandungi lemak khinzir dan lemak
lembu.
3. Selain itu, tersebar berita bahawa sepoi-sepoi India yang menggunakan senapang tersebut perlu
menggigit hujung peluru yang telah disapu dengan lemak khinzir dan lemak lembu itu.
4. Perkembangan ini menyebabkan sepoi-sepoi yang beragama Hindu dan Islam merasakan British
sengaja melakukan hal-hal yang demikian untuk menghina kedua-dua agama yang menjadi anutan
penduduk tempatan.
5. Contoh penentangan yang dilakukan ialah di Meerut apabila sepoi-sepoi enggan menggunakan peluru
tersebut.
6. Kesannya, mereka dibicarakan di mahkamah dan dihukum penjara.
7. Khinzir adalah haram bagi masyarakat Islam manakala lembu adalah binatang suci bagi masyarakat
Hindu.
8. Ketidakacuhan British terhadap perkara ini membawa padah apabila sepoi-sepoi bangun menentang
mereka hingga tercetusnya Dahagi India ini.

Kesimpulan
1. Terdapat pelbagai faktor yang membawa kepada berlakunya Dahagi India.
2. Walaupun tidak dinafikan faktor perbezaan adat menjadi penyumbang kepada tragedi ini, namun faktor-
faktor lain juga tidak kurang pentingnya hingga berlakunya penentangan ini.

11 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Tema 4: [Carta Ulasan Sejarah Dunia 2018: MS134]


Pengukuhan kuasa British di India selepas Peristiwa *Boleh juga rujuk buku Modul Efektif
Dahagi pada tahun 1857. 2023 S68, MS201
*Perubahan oleh kerajaan British selepas Dahagi.
*Kesan Dahagi.

Pengenalan
1. Pada tahun 1857 berlaku penentangan rakyat India terhadap pemerintahan British di India dikenali
sebagai Peristiwa Dahagi.
2. Penentangan ini dicetuskan oleh askar-askar sepoi India yang berkhidmat dengan pihak British.
3. Pemberontakan ini turut mendapat sokongan daripada penduduk tempatan yang bersama-sama
dengan sepoi India dalam usaha mereka untuk menamatkan pemerintahan British.
4. Faktor yang mendorong berlakunya penentangan ini adalah akibat dari rasa tidak puas hati terhadap
dasar pentadbiran Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) yang tidak adil dan tidak menjaga sensitiviti
rakyat India.
5. Tercetusnya Peristiwa Dahagi ini telah menyebabkan pihak British melakukan perubahan bagi
memastikan pengukuhan pemerintahannya di India.

Isi 1 Berakhirnya pemerintahan Moghul di India


1. Pemberontakan Dahagi dapat ditangani dan diselesaikan dengan baik oleh pihak British.
2. Kejayaan ini secara tidak langsung telah menamatkan pemerintahan kerajaan Moghul di India.
3. Maharaja Bahadur Shah iaitu pemerintah terakhir Monghul yang berkuasa dalam pentadbiran di Delhi
telah dibuang ke Burma.
4. Semasa Peristiwa Dahagi, Maharaja Bahadur telah dijadikan simbol untuk menaikkan semangat rakyat
untuk menyokong pemberontakan bagi menamatkan pemerintahan British.
5. Langkah ini telah menyebabkan British dapat memperkukuhkan kedudukannya di India kerana
kurangnya persaingan di peringkat tempatan.

Isi 2 Peralihan kuasa pemerintahan dan pentadbiran British di India


1. Peristiwa Dahagi membuktikan kegagalan SHTI di India.
2. Kerajaan British telah meluluskan Akta Parlimen pada tahun 1858.
3. Akta ini dengan rasminya meluluskan peralihan kuasa pemerintahan dan pentadbiran British di India
secara langsung dari London di bawah kuasa Ratu Elizabeth.
4. Perubahan ini dibuat untuk mengukuhkan kedudukan British di India tidak terancam melalui
pemerintahan secara langsung.

Isi 3 Dasar peluasan wilayah ditamatkan


1. Tindakan SHTI di bawah Lord Dalhousie yang ghairah menjalankan dasar peluasan kuasa dilihat
sebagai sebab utama yang membawa kebangkitan rakyat India menentang British.
2. Lord Dalhousie telah bertindak secara keras dan tegas terhadap pemerintahan wilayah dengan
merampas kuasa ke atas wilayah-wilayah tersebut daripada pemerintahan tempatan.
3. British bertindak menamatkan Doktrin Pengilhakan (Doctrine of Lapse) yang dibuat semasa SHTI
memerintah.
4. Kerajaan British di India telah membenarkan wilayah beraja dikekalkan di kawasan yang tiada waris
yang sah.
5. Usaha mengekalkan wilayah beraja ini melalui pemberian hak autonomi ke atas pentadbiran telah
mewujudkan rasa taat setia golongan pemerintah tempatan ini kepada pihak British.
6. Langkah ini dapat mengurangkan ancaman terhadap kedudukan British di India.
7. British dapat meneruskan usaha mengeksploitasi ekonomi menerusi sistem pentadbiran yang cekap.

12 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Isi 4 Perubahan pentadbiran


1. Kerajaan British telah mewujudkan jawatan baru iaitu Gabenor Jeneral selaku wizurai di India.
2. Pelantikan seorang Gabenor Jeneral yang bertanggungjawab secara langsung dari Pejabat Setiausaha
Negara di London.
3. Langkah ini dibuat untuk menyeragamkan pentadbiran di India dan tidak berlaku perbezaan
pentadbiran atau perundangan antara wilayah atau Presidensi utama seperti Bengal, Madras, dan
Bombay.
4. Penyeragaman ini bagi memudahkan pentadbiran British di India dari segi bidang kuasa dan dasar
yang seragam di seluruh India.
5. Tindakan ini dapat mengurangkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk India.
6. British juga memberikan pengagihan kuasa antara kerajaan pusat dan wilayah atau provinsi.
7. British telah mengambil penduduk tempatan yang berkelayakan untuk menjawat jawatan pentadbiran
rendah.
8. Ini dapat mengelakkan rasa tidak puas hati penduduk terhadap pemerintahan dan pentadbiran British.

Isi 5 Dasar pecah dan perintah


1. Penyatuan penduduk India menentang British semasa Dahagi dilihat satu ancaman kepada kedudukan
British di India.
2. Kerajaan British telah menjalankan dasar pecah dan perintah untuk melemahkan penyatuan penduduk
India.
3. Antara langkah yang diambil oleh kerajaan British di India ialah memberikan keutamaan kepada
golongan yang tidak terlibat dalam pemberontakan Dahagi memegang jawatan penting dalam
pentadbiran dan tentera.
4. Laporan yang dibuat oleh William Hunter menyatakan majoriti yang menyokong gerakan Dahagi adalah
penduduk India Muslim.
5. Penduduk India Muslim dianggap sebagai golongan penentang.
6. Keadaan ini telah menimbulkan perselisihan antara penduduk Islam dan bukan Islam di India.
7. Ini menyebabkan penyatuan penduduk berbilang kaum dan agama selepas Dahagi sukar dijalankan.
8. Ini membolehkan British mengukuhkan kedudukannya di India melalui dasar pecah dan perintah.

Isi 6 Perubahan dalam sistem ketenteraan


1. Kerajaan British di India mengubah struktur ketenteraan selepas Peristiwa Dahagi melalui pembentukan
sebuah Suruhanjaya Peel.
2. Suruhanjaya ini ditugaskan menilai dan menyusun semula struktur ketenteraan British di India.
3. Dari segi keanggotaan dan bilangan tentera pelbagai pangkat telah dirombak semula.
4. Jumlah anggota tentera British berbanding tentera dari India dengan kadar dua orang tentera British
bagi setiap tentera India.
5. British juga mengubah dasarnya dengan memilih anggota tentera India dari pelbagai suku kaum untuk
mengelakkan penguasaan oleh satu golongan utama.
6. British memberi keutamaan kepada golongan yang neutral dari pelbagai kasta dan etnik serta tidak
terlibat dalam Peristiwa Dahagi seperti Punjabi dan Sikh lebih banyak dipilih untuk berkhidmat dengan
tentera British.

Isi 7 Sistem tanah yang baru


1. Bagi memperbaiki sistem tanah sedia ada, kerajaan British telah memperkenalkan Akta Penempatan
Tanah Kekal 1793 untuk memastikan kepentingan tuan tanah dan petani terjamin.
2. Sistem pengutipan cukai tanah yang lebih baik dan sistematik diperkenalkan untuk meningkatkan
perbendaharaan kerajaan British di India.
3. Pelaksanaan sistem talukdar melalui seorang pegawai atau pengutip cukai yang dipanggil talukdar.
4. Talukdar dilantik sebagai tuan tanah yang mempunyai pengaruh dalam kalangan penduduk tempatan.
5. Talukdar ini menjadi orang tengah yang menghubungkan British dengan penduduk setempat.
6. Dasar ini dapat menarik sokongan penduduk tempatan terhadap sistem tanah yang baru.

13 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Kesimpulan
1. Tercetusnya Dahagi ternyata memberikan impak yang amat besar kepada pengukuhan pengaruh
British di India.
2. Langkah-langkah pembaharuan yang dilakukan selepas menggagalkan Dahagi berjaya mengukuhkan
kedudukan British dan secara tidak langsung mengubah pentadbiran di India serta memberi kesan
kepada rakyat India.

14 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Tema 4: [STPM 2018/Ulangan 2017: Soalan 5]


Bincangkan langkah-langkah yang telah dilakukan oleh British untuk
mengukuhkan kedudukannya selepas Peristiwa Dahagi di India pada
tahun 1857.
*Perubahan oleh kerajaan British selepas Dahagi. *Boleh juga rujuk buku
*Kesan Dahagi. Modul Efektif 2023 S68,
ATAU MS201
Tema 4: [STPM 2013: Soalan 5]
“Peristiwa Dahagi yang berlaku di India pada tahun 1857 telah
mengukuhkan cengkaman kuasa British di India”. Bincangkan.
*Perubahan oleh kerajaan British selepas Dahagi.
*Kesan Dahagi.

Pengenalan
1. Pada tahun 1857, berlaku penentangan rakyat India terhadap pemerintahan British di India atau lebih
dikenali sebagai Peristiwa Dahagi.
2. Peristiwa ini merupakan pemberontakan yang dicetuskan oleh sepoi-sepoi India yang berkhidmat
dengan pihak British dan mendapat sokongan daripada penduduk tempatan dalam usaha mereka untuk
menamatkan pemerintahan British.
3. Faktor yang mendorong berlakunya penentangan ini adalah akibat dari rasa tidak puas hati terhadap
dasar pentadbiran Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) yang tidak adil dan tidak menjaga sensitiviti
rakyat India.
4. Tercetusnya peristiwa Dahagi ini telah menyebabkan pihak British melakukan perubahan bagi
memastikan pengukuhan pemerintahannya di India.

Isi 1 Berakhirnya pemerintahan Moghul


1. Kejayaan British untuk menghentikan pemberontakan Dahagi telah menamatkan secara rasminya
pemerintahan Moghul di India.
2. Pada tahun 1857, tentera British berjaya menawan kota Delhi dan menangkap Maharaja Bahadur
Shah, pemerintah terakhir Moghul yang masih menguasai pentadbiran di Delhi yang kemudiannya
dibuang ke Burma.
3. Tindakan ini telah menyebabkan kurangnya persaingan terhadap pihak British untuk meluaskan
kuasanya.
4. Maharaja Bahadur Shah dijadikan simbol untuk menaikkan sentimen rakyat untuk menyokong
pemberontakan bagi menamatkan pemerintahan British.
5. Kegagalan peristiwa Dahagi dan tersingkirnya Maharaja Bahadur Shah dari takhta telah menamatkan
pemerintahan Islam di India dan digantikan dengan sistem pentadbiran Barat di bawah pemerintahan
kerajaan Inggeris.

Isi 2 Pembubaran Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI)


1. Peristiwa Dahagi yang berlaku membuktikan kegagalan SHTI melaksanakan tanggungjawab
pentadbirannya di India.
2. Oleh hal yang demikian, Akta Parlimen 1858 telah meluluskan peralihan kuasa dengan meletakkan
pentadbiran India di bawah kuasa langsung Ratu England.
3. Dengan itu, secara rasminya India menjadi Tanah Jajahan Mahkota Britain.
4. Peralihan ini menyebabkan pentadbiran dan pengubahsuaian pentadbiran dilakukan bagi memastikan
kedudukan British di India tidak terancam.
5. Dasar-dasar kerajaan dan hal ehwal pentadbiran diletakkan di bawah Setiausaha Negara India dan
dibantu oleh sebuah majlis yang terdiri daripada 15 orang ahli.
6. Pentadbiran negara India dijalankan oleh Gabenor Jeneral yang diberi gelaran wizurai.
7. Penyusunan ini menyebabkan sistem pentadbiran di India dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik,
kemas, dan teratur.

15 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Isi 3 Menamatkan peluasan wilayah dalam India


1. Apabila British berjaya menamatkan Dahagi, proses peluasan wilayah dalam India telah dihentikan
untuk memberikan lebih tumpuan kepada pentadbiran.
2. Hal ini kerana tindakan Lord Dalhousie yang begitu ghairah melakukan rampasan wilayah dari
pemerintah tempatan atau wilayah beraja (princely states) turut menyumbang kepada tercetusnya
Dahagi tersebut.
3. British juga telah menarik kembali Doktrin Pengilhakan (Doctrine of Lapse) dengan membenarkan
wilayah beraja dikekalkan di kawasan yang tiada waris yang sah.
4. Pengekalan wilayah beraja ini dengan diberikan sebahagian autonomi pentadbiran ini adalah bagi
mewujudkan rasa taat setia golongan pemerintah tempatan ini kepada pihak British.
5. Tindakan ini juga dapat mengurangkan ancaman dan British dapat memberikan fokus kepada
pentadbiran dari peluasan kuasa.

Isi 4 Memantapkan pentadbiran


1. British telah menubuhkan Majlis Kerja dan Majlis Perwakilan bagi melicinkan pentadbiran di India.
2. British juga telah menyeragamkan pentadbiran di India agar tidak berlaku perbezaan pentadbiran atau
perundangan antara presidensi utama seperti Bengal, Madras, dan Bombay.
3. Penyeragaman ini mengelakkan rasa tidak puas hati dan pemantauan pentadbiran mudah dilakukan.
4. Pengagihan kuasa juga turut dilakukan antara pusat dan provinsi.
5. Pentadbiran turut mengambil penduduk orang India yang berkelayakan untuk jawatan pentadbiran
rendah untuk mengelakkan rasa tidak puas hati penduduk yang boleh menggugat kuasa British.
6. Akta Majlis 1861 dikuatkuasa untuk memberi kuasa kepada Gabenor Jeneral memerintah seluruh India.
7. Pada tahun 1862, golongan bangsawan mula dilantik sebagai ahli perwakilan dalam Majlis
Perundangan meskipun bilangan mereka yang terlibat sangat terhad.
8. Di sini, dapat dilihat kerajaan Inggeris cuba bertolak ansur dalam perkhidmatan awam dan membuka
peluang kepada individu yang benar-benar berkelayakan tanpa mengira kasta, bangsa, dan
kepercayaan.
9. Contohnya, pada tahun 1879 terdapat enam jawatan dalam kerajaan yang diberikan kepada orang
India dan pada tahun 1868, sembilan biasiswa telah ditawarkan kepada pelajar India bagi melanjutkan
pelajaran ke England.

Isi 5 Dasar pecah dan perintah


1. Selepas tamatnya Dahagi, British cuba untuk melemahkan penyatuan penduduk India dengan cara
memberikan keutamaan kepada golongan yang tidak terlibat dalam pemberontakan Dahagi.
2. Contohnya, laporan yang dikeluarkan oleh William Hunter merumuskan golongan majoriti terlibat dalam
Dahagi adalah orang Islam India.
3. Masyarakat Islam dianggap sebagai golongan penentang.
4. Hal ini telah menimbulkan jurang antara penduduk Islam dan bukan Islam di India.
5. Jawatan-jawatan diberikan kepada orang bukan Islam dan bekerja dengan British seperti golongan Sikh
dan Gurkha.

Isi 6 Rombakan dalam sistem ketenteraan


1. Suruhanjaya Peel telah dibentuk untuk menilai dan menyusun semula ketenteraan British.
2. Rombakan bagi meningkatkan jumlah tentera British dari tentera India dengan ratio dua orang tentera
British bagi setiap tentera India.
3. British juga mengambil tentera India dari pelbagai golongan bagi mengelakkan dominasi satu golongan
utama sahaja.
4. Contohnya, golongan yang neutral dan tidak terlibat dalam Dahagi seperti Punjabi, Sikh, dan dari
pelbagai latar kasta dan etnik lebih banyak dipilih untuk berkhidmat dalam ketenteraan British.
5. British mengurangkan penglibatan orang Islam di India dalam ketenteraan.

16 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Kesimpulan
1. Tercetusnya Dahagi ternyata memberikan impak yang amat besar kepada pengukuhan pengaruh
British di India.
2. Langkah-langkah pembaharuan yang dilakukan selepas menggagalkan Dahagi berjaya mengukuhkan
kedudukan British dan secara tidak langsung mengubah pentadbiran di India.

17 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Tema 4: [Modul Sukses Sejarah Dunia 2023/2024, JPN Pulau * Setakat ini tiada rujukan
Pinang: MS82] lain
Bincangkan faktor kegagalan Dahagi India pada tahun 1857.

Pengenalan
1. Dahagi India merupakan pemberontakan yang dilancarkan oleh sepoi-sepoi menentang pemerintahan
British di India pada tahun 1857.
2. Selain sepoi, golongan nawab dan pembesar yang kehilangan gelaran, tanah, dan kuasa turut
menyertai pemberontakan tersebut.
3. Terdapat beberapa isu politik dan sosial yang mencetuskan perasaan tidak puas hati masyarakat
tempatan di India yang akhirnya menyebabkan berlakunya pemberontakan Dahagi pada tahun 1857.
4. Walaupun Peristiwa Dahagi ini berjaya menggugat British, namun ia telah menemui kegagalan.

Isi 1 Tiada perpaduan


1. Tidak wujud perpaduan dalam kalangan pemberontak.
2. Masing-masing berjuang untuk kepentingan peribadi dan mempunyai tujuan lain.
3. Askar-askar India berjuang atas sebab agama dan golongan Brahmin Rajput pula tidak puas hati
kerana mereka percaya kedudukan mereka akan tercemar kalau bertugas di luar wilayah.
4. Manakala Nana Shahib memberontak untuk membalas dendam atas kehilangan tanah dan estet ayah
angkatnya, Baj Rao.
5. Golongan nawab/Muslim pula berjuang untuk memulihkan empayar Moghul.
6. Jhansi Rani pula berjuang untuk mendapatkan wilayah yang dirampas oleh British menerusi Doctrine of
Lapse.
7. Jelaslah, kegagalan Dahagi disebabkan tidak wujud persefahaman dalam kalangan pemberontak itu
sendiri dan gagal menggugat kuasa British.

Isi 2 Pemberontakan tidak menyeluruh


1. Pemberontakan hanya tertumpu di beberapa kawasan yang terhad sahaja dan tidak menyeluruh.
2. Misalnya, kawasan Oudh yang menunjukkan penentangan serta kesetiaan dengan menggulingkan
nawab.
3. Selain itu, bukan semua masyarakat India menyokong Dahagi.
4. Misalnya, kaum Sikh tidak menyokong Dahagi India, malah mereka telah memberikan sokongan
kepada tentera British.
5. Tidak dinafikan, pemberontakan yang tidak menyeluruh dan tidak mendapat sokongan penuh daripada
pelbagai lapisan masyarakat turut menggagalkan Dahagi India.

Isi 3 Dasar toleransi Lord Canning


1. Dasar toleransi Lord Canning telah meredakan kemarahan rakyat India terhadap penjajahan British.
2. Hal ini diperlihatkan mengenai isu tanah di Oudh yang telah ditukar pada tahun 1812 dari Hak
Pengilhakan Tanah Oudh dengan memberi hak kepada golongan petani untuk memiliki tanah sendiri
dan penempatan yang tetap.
3. Pada tahun 1830-an pula, golongan utilitarian telah bertindak memiliki tanah dengan tujuan
membebaskan petani dari kehidupan tradisional.
4. Namun, tindakan mereka hanya membebankan petani dan menindas petani sehingga timbul gerakan
menentang golongan aristokrat.
5. Tindakan Lord Canning bertindak mengarahkan Ketua Pesuruhjaya Oudh memberikan hak kepada
tuan tanah sedikit meredakan kemarahan pihak tuan tanah untuk melakukan pemberontakan di Oudh.
6. Dalam masa yang sama, sepoi-sepoi juga menaruh harapan yang tinggi terhadap perubahan yang
dibawa oleh Lord Canning dalam menjaga kepentingan dan kebajikan mereka.
7. Kebijaksanaan dasar toleransi oleh pihak British dalam menangani kemarahan orang India telah
menggagalkan Peristiwa Dahagi.

18 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Isi 4 Kekurangan kelengkapan tentera


1. Kegagalan Dahagi juga disebabkan kekurangan kelengkapan tentera dan tidak mampu untuk
menandingi kelengkapan tentera British.
2. Misalnya, Bakht Khan yang memimpin tentera revolusi hanya memiliki pedang dan senapang yang
hanya meletup sekali sahaja.
3. Senapang ini perlu diisi peluru setiap kali dan proses ini melambatkan.
4. Tentera British dilengkapi dengan senjata moden seperti meriam yang boleh meletupkan kawasan yang
besar selain adanya penggunaan alat-alat sains seperti telegram dan pos.
5. Penggunaannya membolehkan Inggeris menghantar maklumat dengan cepat dan membolehkan
mereka merancang strategi peperangan.
6. Kekuatan ketenteraan oleh British gagal ditandingi oleh pemberontak Dahagi menyebabkan
pemberontakan ini mudah dipatahkan.
7. Perbezaan kekuatan tentera dan senjata jelas memperlihatkan keupayaan tentera British berbanding
tentera pemberontak dan seterusnya menggagalkan Dahagi.

Isi 5 Ketiadaan pemimpin


1. Perjuangan pemimpin tempatan adalah untuk kepentingan politik masing-masing.
2. Arahan yang diberi hanya tertumpu di Delhi sementara kawasan Timur India tidak dititik beratkan
sehingga menyebabkan British berjaya mematahkan perjuangan.
3. Misalnya, pemerintahan Bahadur Shah dikatakan tidak mampu untuk memerintah kerana usia yang
lanjut dan hanya memerintah pada gelaran sahaja.
4. Arahan yang diberikan tidak diendahkan dan sepoi pula menunjukkan protes kerana tidak dibayar gaji.
5. Bahadur sendiri tidak mempunyai autoriti untuk bertindak dan bersuara.
6. Akhirnya, Bahadur beralih arah kepada British dan mendapatkan perlindungan British.
7. Manakala British pula dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yang cekap dan berkemahiran seperti
Lawrence, Outram, Havelock, dan Neil.
8. Kelemahan kepimpinan dalam kalangan pemberontak memudahkan British mematahkan segala usaha
oleh pemberontak Dahagi.

Kesimpulan
1. Peristiwa Dahagi ini gagal mencapai matlamatnya kerana kelemahan faktor dalaman India itu sendiri.
2. Dahagi India menjadi titik permulaan penentangan masyarakat India terhadap British serta
membangkitkan semangat pemimpin untuk berjuang mempertahankan hak rakyat India.

19 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Tema 4: [Soalan Cadangan]


Bincangkan kesan imperialisme Barat ke atas ekonomi, politik, dan *Setakat ini tiada rujukan yang
sosial di India. tepat
*Kesan penjajahan British di India dari aspek ekonomi, politik,
dan sosial.

Pengenalan
1. Pada abad ke-19 telah menyaksikan peluasan pengaruh kuasa Barat di India hingga menyebabkan
berlakunya perubahan yang besar dalam sistem pemerintahan di India.
2. Keadaan ini berlaku akibat daripada wujudnya masalah dalam pelbagai aspek seperti ekonomi, politik,
dan sosial yang menyebabkan pemerintah India gagal menyekat kemaraan pengaruh luar melalui
perdagangan, politik, dan penyebaran agama.
3. Akibatnya, pengaruh Barat telah memberikan pelbagai kesan ke atas ekonomi, politik, dan sosial India.

Isi 1 Penindasan dalam bidang perdagangan_kesan ekonomi


1. Penindasan dalam bidang perdagangan telah berlaku di Benggal sejak ia mula beroperasi.
2. Perdagangan telah lama dimajukan tetapi sektor perkilangan India telah dimusnahkan dengan
mengenakan cukai tarif yang tinggi di England bagi barang-barang India.
3. Ini menyebabkan eksport kapas dan sutera India ke England terhenti tetapi pasaran India pula telah
dibanjiri dengan barangan Inggeris.
4. Ini menyebabkan industri perkilangan India lumpuh.
5. Industri-industri lain juga mengalami nasib yang sama, contohnya industri melebur besi lumpuh kerana
pengimportan besi dan besi waja.
6. Industri desa, iaitu penggabungan pertanian dan industri desa turut musnah.
7. Keadaan ini menyebabkan pekerja-pekerja terlibat terpaksa menukar pekerjaan ke sektor pertanian.
8. India beransur-ansur bertukar menjadi jajahan pertanian untuk kapitalisme Inggeris.
9. Ini bermakna India membekalkan bahan-bahan mentah untuk pengilangan England dan membeli
barangan siap buatan British.

Isi 2 Diskriminasi dalam bidang ekonomi_kesan ekonomi


1. Dasar ekonomi British dibuat bagi memenuhi kepentingan sektor perindustrian di England.
2. British tidak menggalakkan perkembangan industri tekstil dan perkilangan tempatan.
3. Perusahaan-perusahaan tempatan dikawal.
4. Monopoli perdagangan garam oleh British menjejaskan pendapatan penduduk tempatan.

Isi 3 Penindasan terhadap buruh-buruh India di seberang laut_kesan ekonomi


1. British telah menggalakkan penghijrahan rakyat India ke kawasan lain dalam empayar British.
2. Mereka bekerja sebagai buruh dan menerima layanan yang buruk.
3. Kebajikan dan hak asasi buruh-buruh India di seberang laut tidak dipedulikan.
4. Buruh-buruh ini ditindas dan dikenakan pelbagai undang-undang dan cukai yang membebankan oleh
kerajaan British.

Isi 4 Berakhirnya pemerintahan Moghul/kerajaan Islam_kesan politik


1. Kejayaan British untuk menghentikan pemberontakan Dahagi telah menamatkan secara rasminya
pemerintahan Moghul di India.
2. Pada tahun 1857, tentera British berjaya menawan kota Delhi dan menangkap Maharaja Bahadur
Shah, pemerintah terakhir Moghul yang masih menguasai pentadbiran di Delhi yang kemudiannya
dibuang ke Burma.
3. Tindakan ini telah menyebabkan kurangnya persaingan terhadap pihak British untuk meluaskan
kuasanya.
4. Maharaja Bahadur telah dijadikan simbol untuk menaikkan sentimen rakyat untuk menyokong
pemberontakan bagi menamatkan pemerintahan British.
5. Kegagalan Dahagi dan tersingkirnya Maharaja Bahadur dari takhta telah menamatkan pemerintahan
Islam di India dan digantikan dengan sistem pentadbiran Barat di bawah pemerintahan kerajaan
Inggeris.

20 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Isi 5 Menamatkan penguasaan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) _kesan politik
1. Peristiwa Dahagi yang berlaku membuktikan kegagalan SHTI melaksanakan tangggungjawab
pentadbirannya di India.
2. Oleh hal yang demikian, Akta Parlimen 1858 telah meluluskan peralihan kuasa dengan meletakkan
pentadbiran India di bawah kuasa langsung Ratu England.
3. Dengan itu, secara rasminya India menjadi Tanah Jajahan Mahkota Britain.
4. Peralihan ini menyebabkan pentadbiran dan pengubahsuaian pentadbiran dilakukan bagi memastikan
kedudukan British di India tidak terancam.
5. Dasar-dasar kerajaan dan hal ehwal pentadbiran diletakkan di bawah Setiausaha Negara India dan
dibantu oleh sebuah majlis yang terdiri daripada 15 orang ahli.
6. Pentadbiran negara India dijalankan oleh Gabenor Jeneral yang diberi gelaran wizurai.
7. Penyusunan isi menyebabkan sistem pentadbiran di India dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik,
kemas, dan teratur.

Isi 6 Perubahan pentadbiran_kesan politik


1. British telah menubuhkan Majlis Kerja dan Majlis Perwakilan bagi melicinkan pentadbiran di India.
2. British juga telah menyeragamkan pentadbiran di India agar tidak berlaku perbezaan pentadbiran atau
perundangan antara presidensi utama, seperti Bengal, Madras, dan Bombay.
3. Penyeragaman ini bagi mengelakkan rasa tidak puas hati dan pemantauan pentadbiran mudah
dilakukan.
4. Pengagihan kuasa juga turut dilakukan antara pusat dan provinsi.
5. Pentadbiran turut mengambil penduduk orang India yang berkelayakan untuk jawatan pentadbiran
rendah untuk mengelakkan rasa tidak puas hati penduduk yang boleh menggugat kuasa British.
6. Akta Majlis 1861 dikuatkuasa untuk memberi kuasa kepada Gabenor Jeneral memerintah seluruh India.
7. Pada tahun 1862, golongan bangsawan mula dilantik sebagai ahli perwakilan dalam Majlis
Perundangan meskipun bilangan mereka yang terlibat sangat terhad.
8. Di sini, dapat dilihat kerajaan Inggeris cuba bertolak ansur dalam perkhidmatan awam dan membuka
peluang kepada individu yang benar-benar berkelayakan tanpa mengira kasta, bangsa, dan
kepercayaan.
9. Contohnya, pada tahun 1879 terdapat enam jawatan dalam kerajaan yang diberikan kepada orang
India dan pada tahun 1868, sembilan biasiswa telah ditawarkan kepada pelajar India bagi melanjutkan
pelajaran ke England.

Isi 7 Pelaksanaan dasar pecah dan perintah_kesan politik


1. Selepas tamatnya Dahagi, British cuba untuk melemahkan penyatuan penduduk India dengan cara
memberikan keutamaan kepada golongan yang tidak terlibat dalam pemberontakan Dahagi.
2. Contohnya, laporan yang dikeluarkan oleh William Hunter merumuskan golongan majoriti terlibat dalam
Dahagi adalah orang Islam India.
3. Masyarakat Islam dianggap sebagai golongan penentang.
4. Hal ini telah menimbulkan jurang antara penduduk Islam dan bukan Islam di India.
5. Jawatan-jawatan diberikan kepada orang bukan Islam dan bekerja dengan British seperti golongan Sikh
dan Gurkha.

Isi 8 Rombakan dalam sistem ketenteraan_kesan politik


1. Suruhanjaya Peel telah dibentuk untuk menilai dan menyusun semula ketenteraan British.
2. Rombakan bagi meningkatkan jumlah tentera British dari tentera India dengan ratio dua orang tentera
British bagi setiap tentera India.
3. British juga mengambil tentera India dari pelbagai golongan bagi mengelakkan dominasi satu golongan
utama sahaja.
4. Contohnya, golongan yang neutral dan tidak terlibat dalam Dahagi seperti Punjabi, Sikh, dan dari
pelbagai latar kasta dan etnik lebih banyak dipilih untuk berkhidmat dalam ketenteraan British.
5. Namun, pasukan tentera di Bengal, Madras, dan Bombay telah dikekalkan oleh British.
6. British mengurangkan penglibatan orang Islam di India dalam ketenteraan.

21 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Isi 9 Pembaharuan adat_kesan sosial


1. Penghapusan amalan Suttee;
1.1 Amalan Suttee adalah amalan yang diamalkan oleh penduduk beragama Hindu sejak turun-temurun
lagi.
1.2. Mengikut adat ini, balu yang kehilangan suami akan dibakar bersama-sama mayat suaminya semasa
upacara pengebumian.
1.3. Pada tahun 1828, Lord William Bentick merupakan Gabenor Jeneral British di India telah menggubal
undang-undang untuk mengharamkan amalan ini.
2. Penghapusan amalan Thuggee;
2.1 Amalan Thuggee merupakan aktiviti merompak dan pembunuhan yang dilakukan oleh kumpulan-
kumpulan agama yang bersenjata terhadap saudagar dan pengembara.
2.2 Kumpulan ini menjalankan kegiatan mereka, iaitu menyamar dan melakukan pembunuhan atas nama
Dewi Kali.
2.3 Amalan ini menimbulkan ketakutan dan kebimbangan dalam kalangan penduduk, tetapi amalan ini
mendapat sokongan daripada golongan agama.
2.4 Lord William Bentick bertindak mengharamkan amalan ini.
3. Penghapusan amalan bunuh bayi perempuan;
3.1 Diamalkan oleh masyarakat India sejak turun-temurun.
3.2 Mereka menganggap bayi perempuan adalah beban kepada mereka apabila besar kelak.
3.3 Hal ini disebabkan keluarga anak perempuan terpaksa membayar dowri (mas kahwin) yang tinggi
kepada bakal suami mereka.
3.4 Lord William Bentick mengharamkan amalan ini kerana dianggap tidak berperikemanusiaan.
4. Pengenalan Akta Kahwin Semula;
4.1 Lord Dalhousie telah meluluskan Akta Kahwin Semula bagi balu-balu Hindu.

Isi 10 Pengenalan sistem pendidikan Barat_kesan sosial


1. Pendidikan Barat mula diperkenalkan pada tahun 1854.
2. Matlamat utama kerajaan British memperkenalkan pendidikan Barat adalah untuk melahirkan tenaga
kerja yang murah dan ingin memupuk kesetiaan rakyat.
3. Menjelang tahun 1858 terdapat tiga buah universiti yang didirikan di Calcutta, Madras, dan Bombay.
4. Universiti-universiti ini dibina mengikut model universiti London.
5. Sukatan pelajarannya merangkumi mata pelajaran sejarah, falsafah, politik, undang-undang, dan
kesusasteraan Barat.
6. Kesannya, lahir ramai golongan cerdik pandai dalam kalangan rakyat India yang menjadi peguam,
doktor, guru, dan kerani.

Isi 11 Kemunculan gerakan kesedaran kebangsaan/nasionalisme_kesan sosial


1. Kesedaran kebangsaan atau nasionalisme bermaksud semangat cinta akan negara dan keinginan
untuk membebaskan tanah air daripada penguasaan dan cengkaman kuasa Barat.
2. Di India, kesedaran kebangsaan dapat dilihat sebelum tahun 1857 lagi melalui pertubuhan-pertubuhan
sosioagama.
3. Namun, ramai sarjana berpendapat bahawa Dahagi India 1857 menandakan permulaan kesedaran
kebangsaan rakyat di India.
4. Tokoh-tokoh berpendidikan Barat seperti Raja Ram Mohan Roy, W.C. Banarjee, dan Surendranath
Banarjee menjadi pelopor gerakan kesedaran kebangsaan di India.
5. Pendidikan Barat telah menyedarkan mereka tentang penindasan British.
6. Golongan berpendidikan Barat terdedah dengan pandangan pemikir-pemikir Barat seperti John Locke,
Rosseau, Mazzini, dan Thomas Paine yang menekankan konsep-konsep kebebasan, demokrasi,
persamaan, dan hak asasi individu.
7. Kemuncak kepada kebangkitan ini ialah kemunculan Kongres Kebangsaan India pada tahun 1885.
8. Kongres ini berjaya menyatukan golongan nasionalis bagi mangatur gerakan menentang British di
India.
9. Perjuangan kongres berhasil apabila India berjaya mencapai kemerdekaan pada 15 Ogos 1947.

22 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Isi 12 Perkembangan sistem perhubungan dan pengangkutan_kesan sosial


1. Jalan raya, landasan kereta api, dan sistem pos telah dibina.
2. Peningkatan mobiliti penduduk dari satu tempat ke satu tempat menjadi semakin cepat.
3. Hubungan juga dapat dirapatkan di antara kawasan bandar dan luar bandar.

Kesimpulan
1. Perkembangan pengaruh Barat di India telah memberikan kesan yang besar terhadap ekonomi, politik,
dan sosial negara India.
2. Kuasa Barat telah menetapkan peraturan baharu dan mendesak ia diamalkan menyebabkan
pemerintah India semakin hilang kedudukan dan kedaulatannya di mata dunia.

23 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Tema 4: [Percubaan Kelantan 2024 Set 2: Soalan 5]


Bincangkan faktor yang menyebabkan tercetusnya Pemberontakan
Boxer di China pada tahun 1899. *Boleh juga rujuk buku
Boleh juga disesuaikan menjadi… Modul Efektif 2023 S74,
Tema 4: [Soalan Cadangan] MS219
Bincangkan perubahan-perubahan akibat campur tangan British di
China sehingga mencetuskan Pemberontakan Boxer pada tahun 1899.
*Pembaharuan-pembaharuan politik, ekonomi, dan sosial.

Pengenalan
1. Menjelang tahun 1899, tercetus pemberontakan yang dikenali sebagai Pemberontakan Boxer di China.
2. Pemberontakan ini bertujuan menghalau orang asing dari China dan membunuh orang Cina yang
beragama Kristian.
3. Pemberontakan Boxer merupakan reaksi orang Cina terhadap tekanan yang diberikan oleh kuasa-
kuasa asing terhadap kerajaan China.
4. Malah, anggota gerakan Boxer menganggap orang asing bertanggungjawab terhadap keruntuhan
kerajaan Manchu.
5. Di samping itu, mereka menganggap orang asing sebagai punca kepada segala kepincangan yang
berlaku dalam bidang politik, ekonomi, dan sosial di China.
6. Gerakan Boxer berasal daripada sebuah kongsi gelap Cina yang dikenali sebagai I Ho Chuan
(Persatuan Tinju Keadilan dan Keharmonian).
7. Menjelang tahun 1813, kerajaan mengeluarkan perintah mengharamkan I Ho Chuan kerana persatuan
ini bersifat anti-Manchu.
8. Namun, anggota persatuan ini bergiat secara sulit di wilayah Shantung, Hunan, dan Kiangsu.
9. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya pemberontakan Boxer di China pada tahun
1899.

Isi 1 Sentimen antiorang asing


1. Sentimen antiorang asing dalam kalangan rakyat dan pihak istana merupakan faktor yang
menyebabkan tercetusnya pemberontakan Boxer.
2. Pencerobohan yang dilakukan oleh kuasa-kuasa Barat sejak Perang Candu Pertama (1839 – 1842)
menimbulkan semangat antiorang asing dalam kalangan rakyat Cina.
3. Sentimen antiorang asing meningkat ekoran tindakan kuasa-kuasa Barat yang berlumba-lumba untuk
mendapatkan konsesi di China, malah tindakan kuasa-kuasa Barat merebut konsesi telah menjatuhkan
maruah orang Cina dan mencemar kedaulatan China.
4. Semangat antiorang asing juga menebal dalam kalangan sarjana dan pembesar istana.
5. Tokoh-tokoh istana seperti Maharani Dowager, Putera Chuang dan Kang-I mengamalkan sikap
antiorang asing terhadap kuasa-kuasa Barat dan Jepun di China.
6. Maharani Dowager Tzu His bertindak menamatkan Hak Wilayah Asingan yang diberikan kepada kuasa-
kuasa asing di China.
7. Semangat antiorang asing telah menyebabkan rakyat China dan pihak istana berganding tenaga untuk
mengusir orang-orang asing dari China.

24 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Isi 2 Sentimen anti-Kristian


1. Perjanjian Whampoa dan Konvensyen Peking membenarkan golongan mubaligh Kristian menjalankan
aktiviti keagamaan di pelabuhan-pelabauhan dan kawasan pedalaman.
2. Penyebaran agama Kristian mencemaskan golongan konsevatif yang menganggap ajaran Kristian amat
bertentangan dengan ajaran Confucianisme, Buddhisme, dan Taoisme yang diamalkan sejak turun-
temurun.
3. Di samping itu, mubaligh-mubaligh Kristian juga campur tangan dalam kes-kes mahkamah yang
melibatkan orang Cina yang bukan beragama Kristian.
4. Tindakan mubaligh-mubaligh Kristian campur tangan dalam hal ehwal tempatan telah menimbulkan
kemarahan orang Cina.
5. Selain itu, sikap dan kelakuan orang Cina yang memeluk agama Kristian telah bermusuhan dengan
orang Cina yang bukan Kristian.
6. Tambahan pula, hubungan antara orang Cina yang bukan Kristian dengan orang Cina yang memeluk
agama Kristian menjadi renggang kerana sikap orang Cina beragama Kristian yang tidak menghormati
adat resam yang diwarisi turun-temurun, meninggalkan agama dan kepercayaan asal mereka, enggan
menyertai upacara keagamaan, dan enggan membiayai perayaan keagamaan.
7. Orang Cina yang beragama Kristian dibenci kerana sikap sombong dan menganggap diri mereka lebih
tinggi daripada masyarakat Cina yang lain dan orang Cina yang beragama Kristian dianggap sebagai
pengkhianat bangsa kerana mereka diperalatkan oleh orang asing.

Isi 3 Penguasaan ekonomi oleh kuasa asing


1. Penguasaan ekonomi China oleh kuasa-kuasa asing juga merupakan faktor tercetusnya
pemberontakan Boxer.
2. Kemasukan barang-barang asing telah menyebabkan perusahaan tempatan seperti perusahaan tekstil
dan pertukangan tangan mula merosot dan pasaran tempatan mula dikuasai oleh orang asing kerana
barang-barang buatan Barat lebih murah serta bermutu tinggi berbanding barang tempatan.
3. Tambahan pula, kemasukan pelabur-pelabur asing telah menyebabkan pengusaha-pengusaha
tempatan hilang sumber pendapatan.
4. Akibatnya, bilangan penduduk tempatan yang menganggur turut meningkat.
5. Penguasaan ekonomi negara oleh kuasa-kuasa asing telah menimbulkan perasaan benci rakyat
tempatan terhadap orang-orang asing.

Isi 4 Masalah kewangan


1. Kerajaan China juga menghadapi masalah kewangan dan ekonomi yang serius.
2. Masalah ini timbul kerana kerajaan China terpaksa membelanjakan wang yang banyak bagi membayar
ganti rugi perang kepada kuasa-kuasa Barat.
3. Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan China terpaksa memperkenalkan cukjai-cukai baharu dan
kerajaan juga bertindak menambah cukai yang telah membebankan rakyat pada masa itu.
4. Oleh itu, masyarakat Cina pada masa itu yang terdiri daripada golongan petani dan penganggur
menyertai pemberontakan bagi menghalau orang asing dari negara Cina.

25 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Isi 5 Bencana alam


1. Kejadian bencana alam seperti banjir dan kemarau yang melanda China menyebabkan rakyat China
terpaksa menanggung pelbagai jenis penderitaan.
2. Antara bencana alam yang dihadapi masyarakat Cina pada masa itu ialah banjir yang berlaku pada
tahun 1898 di wilayah-wilayah sekitar Sungai Yangtze dan Sungai Hwang Ho dan pada tahun 1900
berlaku kemarau di bahagian utara negara China termasuk Peking.
3. Bencana alam ini telah menyebabkan kebuluran dan kemusnahan harta benda.
4. Oleh itu, masyarakat Cina menyalahkan orang asing sebagai punca kepada bencana alam yang
melanda negara mereka dan mereka berpendapat projek-projek pembangunan seperti pembinaan
landasan kereta api, pemasangan kabel telegraf, dan pembinaan kilang telah mengganggu
keharmonian alam serta menyinggung perasaan dewa-dewi mereka.
5. Selain itu, penyebaran agama Kristian yang telah dilakukan oleh mubaligh-mubaligh Kristian telah
mengganggu roh nenak moyang dan golongan pendeta.
6. Justeru, masyarakat China berpendapat bencana alam yang melanda negara mereka merupakan
balasan daripada dewa-dewi mereka dan berpendapat orang asing yang menjadi punca kepada segala
penderitaan harus diusir keluar dari China.

Kesimpulan
1. Pemberontakan Boxer berlaku disebabkan oleh penguasaan orang Barat terhadap ekonomi dan
mempengaruhi masyarakat Cina untuk memeluk agama Kristian.
2. Tindakan orang Barat ini menyebabkan masyarakat biasa dan golongan istana bangkit untuk
mempertahankan hak mereka dan menyelamatkan negara mereka daripada terus dikuasai oleh
pengaruh orang asing.
3. Pemberontakan Boxer merupakan asas kepada kejatuhan kerajaan Manchu dan kemunculan kerajaan
republik di China.

26 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Tema 4: [Percubaan Terengganu 2024: Soalan 5]


Jelaskan faktor Pemberontakan Boxer di China pada tahun 1899. *Boleh juga rujuk buku
Boleh juga disesuaikan menjadi… Modul Efektif 2023 S74,
Tema 4: [Soalan Cadangan] MS219
Bincangkan perubahan-perubahan akibat campur tangan British di
China sehingga mencetuskan Pemberontakan Boxer pada tahun 1899.
*Pembaharuan-pembaharuan politik, ekonomi, dan sosial.

Pengenalan
1. Pemberontakan Boxer merupakan tindak balas orang Cina ekoran peluasan kuasa Barat di China.
2. Perasaan anti-Barat bertambah apabila China kalah dalam Perang Candu Pertama, Perang Candu
Kedua, dan Perang China – Jepun yang menyebabkan negara China dibahagi-bahagikan oleh kuasa
Barat.
3. Gerakan ini berasal daripada sebuah kongsi gelap yang dikenali I Ho Chuan dan bergerak secara sulit
di Shantung, Hunan, dan Kiangsu.
4. Pemberontakan Boxer tercetus pada tahun 1899 bertujuan menghalau orang asing dari China dan
membunuh orang Cina yang beragama Kristian.
5. Pemberontakan Boxer meletakkan asas bagi kejatuhan kerajaan Manchu.

Isi 1 Sentimen antiorang asing


1. Pada abad ke-17, berlaku sentimen antiorang asing apabila China mengalami kekalahan dalam setiap
peperangan.
2. China dicerobohi sewenang-wenangnya bagi merebut konsesi dalam tahun 1895 – 1898 antara kuasa
Jepun, Rusia, Perancis, Jerman, dan British.
3. Kegiatan kuasa asing di konsesi yang diperolehi telah menjatuhkan maruah, kedaulatan, dan keutuhan
China.
4. Keadaan ini telah mewujudkan perasaan antiorang asing kerana rakyat China bimbang negara mereka
menjadi seperti negara India dan Burma yang dijajah oleh kuasa Barat.
5. Rusuhan yang berlaku di Shantung merupakan kesan wujudnya perasaan antiorang asing yang
dicetuskan oleh pertubuhan Ta Tao Hui.
6. Cogan kata yang digunakan dalam rusuhan ini ialah “Bunuh orang asing dan pengkhianat anak negeri”.
7. Pertubuhan ini telah merosakkan landasan kereta api, lombong, dan gereja.
8. Sentimen antiorang asing juga wujud dalam kalangan istana seperti Maharani Dowager, Putera
Chuang, dan Kang-I.
9. Maharani telah merampas kuasa pemerintahan daripada Maharaja Kuang Hsu pada tahun 1898
dengan hasrat unrtuk menamatkan konsesi asing.
10. Sentimen antiorang asing semakin jelas apabial China menolak permintaan Itali yang cuba
mendapatkan konsesi Teluk San Bay di Chikiang pada Februari 1899.
11. Jelaslah, sentimen antiorang asing merupakan faktor utama tercetusnya pemberontakan Boxer.

Isi 2 Sentimen anti-Kristian


1. Perjanjian Whampoa pada tahun 1844 dan Konvensyen Peking pada tahun 1860 yang ditandatangani
oleh China dengan kuasa Barat telah membenarkan penyebaran agama Kristian oleh mubaligh.
2. Ramai orang Cina telah memeluk Kristian dan mereka bertindak tidak mahu menghormati upacara
keagamaan Confucianisme, Taoisme, dan Buddhisme dengan alasan bertentangan dengan ajaran
Kristian.
3. Orang Cina Kristian bersikap sombong dengan meletakkan diri mereka di kelas sosial berdarjat lebih
tinggi daripada orang Cina biasa.
4. Orang Cina menganggap ini suatu penghinaan terhadap mereka dan sebagai murtad.
5. Hubungan bertambah renggang apabila tindakan mubaligh Kristian memberi wang dan bantuan kepada
Cina Kristian di mahkamah.
6. Perkara ini dianggap keterlaluan dan mencabar kedaulatan undang-undang China.
7. Oleh itu, orang Cina Kristian dianggap pengkhianat bangsa kerana mudah diperalatkan oleh orang
asing.
8. Tegasnya, sentimen anti-Kristian telah mendorong orang Cina melancarkan pemberontakan Boxer.

27 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Isi 3 Sokongan istana


1. Kerajaan Manchu memberikan sokongan kepada pemberontak untuk mengusir orang Barat dari negara
China.
2. Maharani Dowager mengarahkan pemimpin tentera dan pegawai-pegawai tentera dan pegawai istana
memberikan bantuan senjata kepada pemberontak.
3. Sokongan daripada pihak istana menggalakkan ahli-ahli Boxer menyerang orang asing dan orang Cina
beragama Kristian.
4. Jelaslah, sokongan golongan istana turut mendorong tercetusnya pemberontakan Boxer.

Isi 4 Penguasaan ekonomi oleh kuasa asing


1. Penguasaan ekonomi negara China oleh kuasa-kuasa asing menimbulkan perasaan benci rakyat
tempatan terhadap orang asing.
2. Kemasukan pelabur-pelabur asing menyebabkan pengusaha-pengusaha tempatan hilang sumber
pendapatan.
3. Barangan Barat dapat dijual dengan harga yang murah kerana cukai yang dikenakan hanya 5% sahaja.
4. Perusahaan kain dan kraf tangan telah terjejas kerana harga kapas asing 1/3 daripada harga kapas
tempatan.
5. Kemasukan barang-barang asing menyebabkan perusahaan tempatan seperti perusahaan tekstil dan
pertukangan kraf tangan telah merosot.
6. Oleh itu, banyak industri tempatan mengalami kerugian dan ramai pekerja tempatan hilang pekerjaan.
7. Ini menyebabkan kadar pengangguran meningkat dalam kalangan penduduk tempatan.
8. Justeru itu, penguasaan ekonomi oleh kuasa asing merancakkan lagi orang Cina melancarkan
pemberontakan Boxer.

Isi 5 Masalah kewangan


1. Pada tahun 1899, China telah mengalami kekurangan perdagangan sebanyak 69 juta tael.
2. Masalah ini tidak dapat diatasi kerana kekurangan wang akibat perang.
3. China terpaksa meminjam daripada pemodal asing.
4. Usaha untuk mengatasi masalah kewangan ini, China terpaksa menaikkan cukai dan memperkenalkan
cukai-cukai baharu.
5. Tindakan China ini telah menambah beban rakyat.
6. Ramai rakyat China menyertai perompak dan kongsi gelap untuk mengatasi bebanan kewangan.
7. Tegasnya, masalah kewangan menjadi pencetus berlakunya pemberontakan Boxer.

Isi 6 Bencana alam


1. Kejadian bencana alam seperti banjir dan kemarau menyebabkan kebuluran dan kemusnahan harta
benda.
2. Apabila berlaku bencana alam, masyarakat Cina menganggap Maharaja China hilang mandat dari
syurga.
3. Oleh itu, mereka menyalahkan orang asing berlaku bencana alam ini kerana tindakan mereka
meneroka tanah-tanah untuk kegiatan ekonomi dan penyebaran agama Kristian telah mengganggu roh
nenek moyang dan golongan pendeta.
4. Projek-projek pembangunan dan pembinaan kilang mengganggu keharmonian alam.
5. Orang Cina menganggap segala penderitaan berpunca daripada kerakusan orang asing.
6. Dengan itu, orang asing perlu dihalau keluar dari negara China.
7. Maka, bencana alam menjadi penyebab untuk mereka menyalahkan orang asing.

Kesimpulan
1. Walaupun pemberontakan ini mendapat sokongan kerajaan Manchu, namun ia menemui kegagalan.
2. Hal ini disebabkan kelemahan strategi, masyarakat Cina tidak bersatu, belenggu krisis kewangan, dan
tekanan daripada kuasa-kuasa Barat.
3. Kegagalan pemberontakan Boxer juga meninggalkan kesan negatif kerana menjadi titik tolak
kemerosotan dan kejatuhan kerajaan Manchu dan kuasa-kuasa Barat semakin rakus menguasai China.

28 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Tema 4: [Percubaan Pahang 2022: Soalan 5]


Sejauh manakah sentimen anti-Kristian dalam kalangan masyarakat
Cina merupakan punca meletusnya Pemberontakan Boxer di China?
*Sentimen anti-Kristian sebagai faktor penting/utama, namun *Boleh juga rujuk buku
terdapat juga faktor-faktor lain. Modul Efektif 2023 S74,
ATAU MS219
Tema 4: [Percubaan Pahang 2024: Soalan 5]
Sejauh manakah sentimen anti-Kristian dalam kalangan masyarakat
Cina merupakan punca meletusnya Pemberontakan Boxer di China?
*Sentimen anti-Kristian sebagai faktor penting/utama, namun
terdapat juga faktor-faktor lain.

Pengenalan
1. Pada tahun 1899, tercetus pemberontakan yang dikenali sebagai Pemberontakan Boxer di China.
2. Pemberontakan ini bertujuan menghalau orang asing dari China dan membunuh orang Cina yang
beragama Kristian.
3. Pemberontakan Boxer merupakan reaksi orang Cina terhadap tekanan yang diberikan oleh kuasa-
kuasa asing terhadap kerajaan China.
4. Mereka menganggap orang asing sebagai punca kepada segala kepincangan yang berlaku dalam
aspek politik, ekonomi, dan sosial di China.
5. Sentimen anti-Kristian dalam kalangan masyarakat Cina merupakan punca meletusnya pemberontakan
Boxer di China, namun terdapat juga faktor-faktor lain menjadi punca meletusnya pemberontakan
Boxer.

Isi 1 Sentimen anti-Kristian


1. Perkembangan agama Kristian yang pesat di China pada tahun 1890-an selepas Perjanjian Whampao
(1844) dan Konvensyen Peking (1860) telah menambahkan lagi kemasukan pengaruh orang asing
dalam kalangan orang China.
2. Melalui kedua-dua perjanjian ini, mubaligh Kristian diberi perlindungan dan dibenarkan menjalankan
kegiatan mereka di negara China.
3. Perkembangan agama Kristian ini dianggap sebagai satu penghinaan terhadap kepercayaan dan
falsafah orang-orang China yang berasaskan Confucianisme, Buddhisme, dan Taoisme.
4. Sentimen anti-Kristian dalam kalangan orang Cina juga wujud disebabkan oleh sikap orang-orang Cina
yang menganut agama Kristian.
5. Mereka tidak lagi menghormati ajaran Confucianisme, enggan menyembah berhala dan enggan
menyertai upacara, perayaan dan hiburan keagamaan dan enggan membayar wang perbelanjaan
untuk membiayai perayaan dan hiburan pada peringkat kampung yang dianggap bertentangan dengan
amalan Kristian.
6. Orang Cina Kristian menyifatkan mereka sebagai kelas sosial yang berdarjat tinggi.
7. Anggapan ini dianggap sebagai satu penghinaan bagi orang Cina.
8. Orang Cina menuduh mereka murtad dan mempersalahkan kuasa Barat atas berlakunya perkara
begitu.
9. Sentimen anti-Kristian juga wujud disebabkan para mubaligh Kristian menggunakan cara yang sangsi
untuk menarik minat orang China menganut agama Kristian.
10. Selain menuntut hak-hak istimewa bagi penganut-penganut agama Kristian, mereka juga memberi
bantuan kewangan dan campur tangan menyebelahi penganut dalam kes-kes mahkamah yang
membabitkan golongan Cina bukan Kristian.
11. Tindakan mubaligh campur tangan dalam hal-hal tempatan dianggap keterlaluan dan mencabar
kedaulatan undang-undang dan kehakiman negara China.

29 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

12. Sentimen anti-Kristian juga wujud apabila tersebarnya khabar-khabar angin bahawa mubaligh Kristian
melakukan perbuatan ganjil dan tidak berperikemanusiaan iaitu mencungkil mata kanak-kanak di
kawasan pedalaman.
13. Oleh itu, orang Cina Kristian dianggap sebagai pengkhianat bangsa kerana mereka telah diperalatkan
oleh orang-orang asing.
14. Orang China berpendapat agama Kristianlah yang bertanggungjawab ke atas perpecahan masyarakat
China.
15. Jelaslah, sentimen anti-Kristian dalam kalangan masyarakat Cina menjadi punca utama meletusnya
pemberontakan Boxer di China.

Isi 2 Wujudnya sentimen antiasing


1. Sentimen antiasing dalam kalangan orang Cina telah bermula sejak awal abad ke-17 lagi apabila orang
asing telah mula memasuki negara China.
2. Kekalahan negara China dalam Perang Candu Pertama (1839 – 1842) dan Perang Candu Kedua di
tangan British dan kekalahannya kepada Jepun dalam Perang China – Jepun (1894 – 1895)
menyebabkan Barat dan Jepun menceroboh negara China sewenang-wenangnya untuk merebut
konsesi.
3. Perebutan konsesi ini menimbulkan kebimbangan kemungkinan negara China akan dibelah bahagikan
oleh kuasa Barat.
4. Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab orang-orang Cina mengusir orang asing keluar dari negara
China.

Isi 3 Semangat antiasing dalam kalangan pihak istana atau sokongan istana
1. Sentimen antiasing ini juga wujud dalam kalangan sarjana ningrat, pembesar istana dan Maharani
Dowager atau balu Tzu His, Putera Chuang dan Kang-I.
2. Maharani Dowager atau Tzu His yang merampas kuasa daripada Kuang Hsu pada tahun 1898 telah
meneruskan dasar antiasing.
3. Baginda berhasrat untuk menamatkan hak-hak kewilayahan asing yang diberikan kepada orang asing
di negara China.
4. Ini dapat dilihat apabila Maharani Dowager telah menolak permintaan Itali untuk mendapatkan San May
Bay di Chi-kiang.
5. Perasaan antiasing ini juga timbul dalam kalangan pegawai istana dan Maharani Dowager juga wujud
kerana pihak Inggeris telah memberi bantuan kepada Kang Yi-Wei dan Liang Chih-Chao melarikan diri
ke Hong Kong.
6. Kerajaan Jepun juga memberi perlindungan kepada mereka dan memberi kebenaran kepada mereka
meneruskan kegiatan mereka menentang kerajaan Manchu melalui akhbar-akhbar yang diterbitkan di
Jepun.
7. Sokongan yang diberi oleh kerajaan Manchu atau istana turut menjadi punca meletusnya
pemberontakan Boxer.
8. Pada 20 Jun 1900, kerajaan Manchu secara rasminya telah memberikan sokongan kepada
pemberontak untuk mengusir keluar orang Barat dari China.
9. Maharani Dowager Tzu His telah mengarahkan pemimpin tentera dan pegawai-pegawai istana untuk
memberikan bantuan senjata kepada pemberontak.
10. Jelaslah, sokongan daripada pihak istana menggalakkan ahli-ahli Boxer menyerang orang asing dan
orang Cina yang beragama Kristian.

30 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Isi 4 Penguasaan ekonomi negara China oleh orang asing


1. Penguasaan ekonomi negara China oleh orang asing selepas pembukaan negara China kepada kuasa-
kuasa Barat telah menambahkan lagi kejayaan orang asing dalam kalangan orang China.
2. Penguasaan ekonomi China oleh orang asing ini telah menyebabkan kemelesetan ekonomi China
akibat kemasukan barangan asing secara berleluasa selepas Perang Candu Pertama.
3. Ia mengancam barangan tempatan kerana barang asing jauh lebih bermutu dan murah.
4. Contohnya, kapas dari luar 1/3 lebih murah daripada kapas tempatan.
5. Oleh itu, industri tekstil dan pertukangan tangan tempatan terjejas.
6. Akibatnya, negara China menghadapi imbangan perdagangan yang defisit sebanyak 69 juta tael pada
tahun 1899.
7. Syarikat asing dan pelaburan dalam perusahaan semakin berkembang di negara China.
8. Akibatnya, pengusaha tempatan menjadi muflis dan para pekerja menghadapi masalah pengangguran.

Isi 5 Masalah kewangan di negara China


1. Kerajaan China tidak dapat menyelesaikan masalah ekonominya kerana kekurangan wang yang
disebabkan oleh kejatuhan ekonominya.
2. Kekurangan wang ini berlaku kerana kerajaan China terpaksa menggunakan banyak wang untuk
membayar ganti rugi perang.
3. Akibatnya, kerajaan China terpaksa meminjam wang daripada negara luar.
4. Tindakan ini menyebabkan modal asing mencurah-curah masuk ke negara China.
5. Dengan ini, punca-punca ekonomi dan pasaran tempatan dikuasai oleh orang asing.
6. Kemerosotan syarikat-syarikat tempatan dan kekayaan yang dieksploitasikan oleh pihak asing
menambahkan rasa benci orang Cina terhadap orang asing.

Isi 6 Perkembangan teknologi moden dalam bidang pengangkutan


1. Kemasukan Barat membawa kepada kemajuan dalam bidang pengangkutan di negara China.
2. Ia telah menjejaskan mata pencarian rakyat China yang bergantung kepada pengangkutan tradisional.
3. Contohnya, penggunaan kereta api dan kapal wap moden secara meluas menjejaskan pencarian orang
Cina terutama mereka yang mengendalikan pengangkutan kuno seperti kereta lembu, kereta kuda
serta tongkang dan sampan.
4. Dalam keadaan pendapatan yang berkurangan, kehidupan mereka semakin sulit kerana terpaksa
menanggung keluarga dan membayar cukai tinggi serta cukai baru yang diperkenalkan oleh kerajaan
Manchu.

Isi 7 Bencana alam


1. Penderitaan orang Cina semakin bertambah akibat kejadian-kejadian bencana alam seperti banjir di
wilayah sekitar Sungai Yangtze dan Sungai Hwang Ho seperti di Shantung, Szechuan, Kiangsi, dan
Ahwei pada tahun 1898.
2. Kemarau juga berlaku China Utara pada tahun 1900.
3. Bencana alam telah menyebabkan kebuluran, kesengsaraan, dan kemusnahan harta benda.
4. Dalam hal ini, timbul kongsi-kongsi gelap dan kumpulan-kumpulan perompak melakukan jenayah.
5. Orang Cina serta pegawai konservatif menyalahkan orang asing atas bencana alam yang terjadi.
6. Mereka berpendapat penerokaan tanah bagi tujuan perlombongan dan pembinaan jalan kereta api oleh
orang asing menyinggung perasaan dewa-dewi kerana telah merosakkan tempat kediaman mereka
serta menjejaskan keseimbangan Ying dan Yang.
7. Malah mereka percaya pengembangan agama Kristian telah menganggu roh nenek moyang mereka.
8. Oleh itu, berlaku bencana alam sebagai balasan.
9. Kerja-kerja pembangunan tersebut merupakan kerja berdosa dan mengacau keharmonian alam
semesta serta merosakkan ketenangan bumi.
10. Untuk mengelakkan kejadian ini berlaku orang asing harus diusir.

31 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Kesimpulan
1. Gerakan Boxer sebenarnya tercetus pada tahun 1900 apabila anggotanya bertindak membunuh
mubaligh Kristian dan orang asing di wilayah Chihli, Shantung, Shensi, dan Manchuria.
2. Gerakan Boxer ini telah berjaya ditumpaskan oleh tentera bersekutu dan China akhirnya terpaksa
menandatangani Perjanjian Protokol Boxer dengan kuasa Barat pada bulan Mac 1901.
3. Pemberontakan Boxer juga telah menjadi asas kepada kejatuhan kerajaan Manchu dan kemunculan
kerajaan republik di negara China.

32 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Tema 4: [Percubaan Kelantan 2023/Ulangan 2022 Set 1:


Soalan 5]
Sejauh manakah sentimen antiasing menyebabkan tercetusnya *Boleh juga rujuk buku Modul
Pemberontakan Boxer di China pada tahun 1899? Efektif 2023 S74, MS219
*Sentimen antiasing sebagai faktor penting/utama, namun
terdapat juga faktor-faktor lain.

Pengenalan
1. Pada tahun 1899, tercetus pemberontakan yang dikenali sebagai Pemberontakan Boxer di negara
China yang dipimpin oleh kumpulan kongsi gelap Cina I-Ho Chuan.
2. Matlamat utama pemberontakan ini adalah menghalau orang asing dari negara China dan membunuh
orang China yang beragama Kristian.
3. Pemberontakan ini adalah reaksi orang China terhadap tekanan yang diberikan oleh kuasa-kuasa asing
seperti Inggeris, Perancis, Jerman, dan lain-lain terhadap kerajaan China.
4. Anggota gerakan Boxer menganggap orang asing sebagai punca kepada segala kepincangan yang
berlaku di negara China.
5. Sememangnya, tidak dapat disangkal lagi bahawa sentimen antiasing merupakan salah satu faktor
penting yang mencetuskan pemberontakan Boxer di China.

Isi 1 Sentimen antiasing


1. Sentimen antiasing merupakan salah satu faktor penting yang mencetuskan pemberontakan Boxer.
2. Sentimen antiasing meningkat ekoran pencerobohan yang dilakukan oleh kuasa-kuasa Barat sejak
Perang Candu Pertama.
3. Tindakan kuasa-kuasa Barat merebut konsesi juga menjatuhkan maruah dan mencemarkan kedaulatan
negara China.
4. Sentimen antiasing bukan hanya menebal dalam kalangan rakyat China sahaja, malah sarjana dan
pembesar serta tokoh-tokoh istana seperti Maharani Dowager, Putera Chuang dan Kang-I juga, yang
berganding bahu untuk menghalau orang asing dari negara China.
5. Jelaslah, sentimen antiasing merupakan faktor penting yang mencetuskan pemberontakan Boxer.

Isi 2 Sentimen anti-Kristian


1. Selain faktor di atas, terdapat beberapa faktor lain yang saling berkait antara satu sama lain yang
mencetuskan pemberontakan Boxer.
2. Sentimen anti-Kristian merupakan salah satu faktor lain yang penting.
3. Sentimen ini lahir ekoran tindakan mubaligh Kristian menyebarkan agama Kristian dalam kalangan
masyarakat China.
4. Penyebaran agama Kristian tidak disenangi oleh orang Cina kerana agama Kristian bercanggah
dengan kepercayaan Confucianisme, Buddha dan Taoisme.
5. Orang Cina yang menganut agama Kristian juga mengasingkan diri mereka daripada masyarakat Cina.
6. Mereka juga meninggalkan beberapa adat lama dan enggan memberi bantuan kewangan untuk
upacara agama di tempat tinggal mereka.
7. Mubaligh Kristian juga memperjuangkan hak-hak istimewa penganut Kristian dan campur tangan dalam
hal ehwal tempatan.
8. Orang Cina yang memeluk agama Kristian dianggap sebagai pengkhianat bangsa kerana mereka
diperalatkan oleh orang asing.
9. Mereka dikhuatiri akan taat kepada ketua agama mereka dan tidak lagi percaya kepada ‘Anak dari
Syurga’ dan tidak mematuhi undang-undang China.
10. Tuntasnya, kebencian terhadap orang Kristian telah mendorong orang Cina melancarkan
pemberontakan Boxer.

33 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Isi 3 Penguasaan ekonomi oleh orang asing


1. Penguasaan ekonomi oleh orang asing juga merupakan faktor meletusnya pemberontakan Boxer.
2. Penguasaan ekonomi negara China oleh kuasa-kuasa asing menimbulkan perasaan benci rakyat
tempatan terhadap orang asing.
3. Kemasukan pelabur-pelabur asing menyebabkan pengusah-pengusaha tempatan hilang sumber
pendapatan.
4. Kemasukan barangan asing menyebabkan perusahaan tempatan seperti perusahaan tekstil/kain kapas
dan pertukangan kraf tangan merosot.
5. Barangan China juga tidak mampu menandingi mutu barangan Barat dan banyak kilang ditutup.
6. Kadar pengangguran juga meningkat dalam kalangan orang tempatan.
7. Orang Cina mempertanggungjawabkan semua ini kepada kehadiran kuasa Barat ke negara mereka
dan memanifestasikan kebencian mereka melalui pemberontakan Boxer.
8. Jelaslah, penguasaan ekonomi tempatan oleh orang asing telah menimbulkan perasaan benci rakyat
tempatan terhadap orang-orang asing.

Isi 4 Masalah kewangan


1. Masalah kewangan yang dihadapi oleh kerajaan Manchu juga mencetuskan pemberontakan Boxer.
2. Kerajaan Manchu menghadapi masalah kewangan yang serius kerana terpaksa membayar ganti rugi
perang kepada kuasa-kuasa Barat semenjak kekalahan mereka dalam Perang Candu Pertama lagi.
3. Bagi menghadapi masalah ini, kerajaan China telah memperkenalkan dan menambah cukai-cukai
baharu yang membebankan rakyat.
4. Perkembangan ini menyebabkan rakyat menyertai pemberontakan bagi menghalau orang asing dari
negara China.
5. Jelaslah bahawa masalah kewangan yang dihadapi oleh Kerajaan China telah mendorong kepada
rakyat China melancarkan pemberontakan.

Isi 5 Bencana alam


1. Bencana alam juga merupakan salah satu faktor meletusnya pemberontakan Boxer.
2. Kejadian bencana alam seperti banjir dan kemarau telah menyebabkan kebuluran dan kemusnahan
harta benda.
3. Masyarakat Cina berpendapat projek-projek pembangunan dan pembinaan kilang oleh kuasa Barat
telah mengganggu keharmonian alam serta menyebabkan kemarahan dewa-dewi.
4. Mereka berpendapat orang asing menjadi punca kepada segala penderitaan dan harus diusir keluar
dari bumi China.
5. Tuntasnya, kepercayaan bahawa bencana alam yang berlaku disebabkan oleh orang asing turut
mendorong orang Cina melancarkan pemberontakan Boxer.

Kesimpulan
1. Pemberontakan Boxer mendedahkan kelemahan dan kepincangan yang wujud dalam kerajaan
Manchu.
2. Pemberontakan ini memberi kesedaran kepada kerajaan Manchu untuk melakukan pembaharuan
sebagai langkah untuk menguatkan diri bagi menghadapi ancaman kuasa-kuasa asing.
3. Pemberontakan Boxer meletakkan asas bagi kejatuhan kerajaan Manchu dan kemunculan kerajaan
republik di negara China.

34 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Tema 4: [Percubaan Kelantan 2019 Set 1:


Soalan 5] *Boleh juga rujuk buku Modul Efektif 2023
Jelaskan kesan pemberontakan Boxer di China pada S75, MS222
tahun 1899.

Pengenalan
1. Gerakan Boxer berasal daripada aktiviti sebuah kumpulan kongsi gelap Cina yang dikenali sebagai I Ho
Chuan yang bermaksud Tinju Keadilan dan Keharmonian.
2. Boxer dipercayai wujud pada akhir abad ke-18 atau awal abad ke-19.
3. Pada peringkat awal penubuhan Boxer, ia bersikap anti-Manchu dan antiorang asing.
4. Slogan perjuangan mereka ialah “Gulingkan Manchu dan Usir Orang Asing.”
5. Pada tahun 1890-an, sikap mereka juga bertukar menjadi “Lindungi Manchu dan Usir Orang Asing.”
6. Perubahan ini berlaku kerana mereka diyakinkan segala masalah yang berlaku di China bukan kerana
dinasti Manchu tetapi akibat daripada kehadiran orang asing.
7. Pemberontakan Boxer yang berlaku pada tahun 1900 dipimpin oleh Chu Hung Teng.
8. Pemberontakan ini bertujuan untuk menghalau orang asing dari China dan membunuh orang China
yang beragama Kristian.

Isi 1 Kemerosotan kerajaan Manchu


1. Kemerosotan kerajaan Manchu semakin jelas apabila pemberontakan yang berlaku telah mendedahkan
kelemahan yang ada dalam kerajaan Manchu.
2. Kuasa-kuasa Barat berlumba-lumba mendapatkan wilayah dan konsesi di negara China.
3. Kebangkitan Boxer menjadi asas bagi perubahan yang berlaku dalam politik dan masa depan negara
China.
4. Bagi memodenkan negara China, dinasti Manchu perlu digulingkan.
5. Gerakan ini memberi peluang kepada golongan revolusioner yang dipimpin oleh Dr. Sun Yat Sen
melancarkan Revolusi China pada tahun 1911 yang berjaya menumbangkan kerajaan Manchu dan
menubuhkan kerajaan republik di China.

Isi 2 Protokol Boxer


1. Pemberontakan Boxer telah menjatuhkan maruah China.
2. Protokol Boxer yang ditandatangani oleh kerajaan China dengan kuasa-kuasa Barat menjejaskan
maruah dan kedaulatan China.
3. Kerajaan China terpaksa tunduk kepada tekanan dan desakan kuasa-kuasa Barat.
4. Antara syarat-syarat Protokol Boxer yang menjejaskan maruah ialah kerajaan China terpaksa
membenarkan kuasa-kuasa asing menempatkan tentera di tempat-tempat yang strategik.
5. Kerajaan China diharamkan mengimport senjata dari luar selama dua tahun.
6. Kerajaan China terpaksa menaik taraf hubungan dengan kuasa-kuasa asing kepada bertaraf kedutaan.
7. Melalui Protokol Boxer, kuasa-kuasa Barat mengukuhkan kedudukan mereka di China.

Isi 3 Masalah kewangan kerajaan Manchu


1. Pemberontakan Boxer juga menyebabkan wujud masalah kewangan kerajaan Manchu.
2. Kerajaan Manchu menghadapi masalah kewangan kerana terpaksa membayar ganti rugi kepada
kuasa-kuasa Barat, termasuk Jepun.
3. Ganti rugi sebanyak 450 juta tael perlu dijelaskan dalam masa 40 tahun dengan kadar faedah 4%.
4. Kesulitan China membayar ganti rugi ini memberi kesempatan kepada Rusia untuk menduduki wilayah
Manchuria sehingga bayaran ganti rugi diselesaikan.
5. Kegagalan pemberontakan ini memberi peluang kepada kuasa-kuasa Barat mengeksploitasi ekonomi
China dalam bidang perkapalan, perusahaan tekstil, perlombongan besi, dan perkhidmatan kereta api.

35 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Isi 4 Perang Rusia-Jepun


1. Perang Rusia-Jepun meletus akibat pemberontakan Boxer.
2. Semasa pemberontakan Boxer, Rusia mengambil kesempatan untuk meluaskan kuasa dan pengaruh
di Manchuria.
3. Pencerobohan Rusia ini mencetuskan kemarahan Jepun kerana tindakan Rusia bertentangan dengan
kepentingan mereka.
4. Hubungan antara Rusia-Jepun menjadi semakin tegang apabila Rusia cuba meluaskan pengaruh di
Semenanjung Korea.
5. Perselisihan ini mencetuskan Perang Rusia-Jepun pada tahun 1904 – 1905.

Isi 5 Kemunculan gerakan pembaharuan


1. Seterusnya, muncul gerakan pembaharuan setelah pemberontakan Boxer gagal telah menyebabkan
golongan cerdik pandai mendesak kerajaan Manchu untuk melaksanakan pembaharuan.
2. Pembaharuan adalah untuk memodenkan China dan menghapuskan ancaman revolusioner.
3. Perkembangan ini menyebabkan kerajaan Manchu memulakan Gerakan Pembaharuan Ching sebagai
langkah untuk menguatkan diri bagi menghadapi ancaman kuasa-kuasa Barat.
4. Antara bidang yang dimodenkan ialah pendidikan, ketenteraan, perlembagaan, ekonomi, dan sosial.
5. Walau bagaimanapun, gerakan pembaharuan ini gagal menguatkan China daripada pencerobohan
kuasa asing.

Isi 6 Kebangkitan semangat nasionalisme orang China


1. Pemberontakan Boxer juga telah berjaya membangkitkan semangat nasionalisme orang China.
2. Pada peringkat awal, gerakan nasionalisme bercorak anti-Barat tetapi kekalahan kerajaan Manchu
dalam beberapa siri peperangan serta kegagalan rancangan pembaharuan melahirkan perasaan anti-
Manchu.
3. Masalah ekonomi dan kesengsaraan sosial menimbulkan perasaan tidak puas hati rakyat.
4. Rakyat telah menyokong gerakan revolusioner di bawah Dr. Sun Yat Sen yang kemudiannya berjaya
menggulingkan dinasti Manchu melalui Revolusi 1911.

Kesimpulan
1. Pemberontakan Boxer mempengaruhi masa depan politik China.
2. Kegagalan pemberontakan telah mengakibatkan kemerosotan maruah dan kewangan kerajaan China.
3. Kedudukan orang-orang asing di China pula semakin kukuh akibat daripada Protokol Boxer.
4. Kegagalan pemberontakan Boxer juga telah mempercepatkan keruntuhan dinasti Manchu.
5. Akhirnya, dinasti Manchu telah digulingkan oleh golongan revolusioner setelah memerintah selama 300
tahun.
6. Sistem beraja di China telah digantikan dengan sistem republik.
7. Landskap politik China menampakan perubahan yang besar menjelang abad ke-20.

36 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Tema 4: [Percubaan Kelantan 2022/Ulangan 2021:


Soalan 5] *Boleh juga rujuk buku Modul Efektif
Huraikan kesan pemberontakan Boxer terhadap peluasan 2023 S75, MS222
kuasa Barat di China.

Pengenalan
1. Menjelang tahun 1899, tercetus pemberontakan yang dikenali sebagai Pemberontakan Boxer di China.
2. Pemberontakan ini bertujuan untuk menghalau orang asing dari China dan membunuh orang Cina yang
beragama Kristian.
3. Pemberontakan Boxer merupakan reaksi orang Cina terhadap tekanan yang diberikan oleh kuasa-
kuasa asing terhadap kerajaan China.
4. Malah anggota gerakan Boxer menganggap orang asing bertanggungjawab terhadap keruntuhan
kerajaan Manchu.
5. Mereka menganggap orang asing sebagai punca kepada kepincangan yang berlaku dalam bidang
politik, ekonomi, dan sosial di China.

Isi 1 Kemerosotan kerajaan Manchu


1. Kebangkitan Boxer mendedahkan kelemahan dan kepincangan yang berlaku dalam kerajaan Manchu.
2. Kebangkitan Boxer telah meletakkan asas bagi perubahan yang berlaku dalam politik serta masa depan
negara China.
3. Gerakan ini telah memberi peluang kepada Dr. Sun Yat Sen untuk melancarkan revolusi bagi
menumbangkan kerajaan Manchu dan menubuhkan kerajaan republik di China.

Isi 2 Kemerosotan maruah kerajaan Manchu


1. Protokol Boxer yang ditandatangani oleh kerajaan China dengan kuasa-kuasa Barat menjejaskan
maruah dan kedaulatan China.
2. Kerajaan Manchu terpaksa tunduk dengan pelbagai tekanan dan desakan yang diberikan oleh kuasa-
kuasa Barat.
3. Antara syarat Protokol Boxer yang menjejaskan maruah kerajaan China adalah kerajaan China
terpaksa membenarkan kuasa-kuasa asing menempatkan tentera di tempat-tempat yang strategik.
4. Kerajaan China diharamkan mengimport senjata dari luar selama dua tahun dan kerajaan China
menaikkan taraf hubungan dengan kuasa-kuasa Barat ke taraf kedaulatan.
5. Protokol Boxer ditandatangani antara kerajaan China dengan kuasa-kuasa Barat mengukuhkan
kedudukan kuasa-kuasa Barat.

Isi 3 Masalah kewangan kerajaan Manchu


1. Kerajaan China menghadapi masalah kewangan kerana terpaksa membayar ganti rugi kepada kuasa-
kuasa Barat.
2. Tindakan kuasa-kuasa Barat yang mengenakan ganti rugi sebanyak 450 juta tael menambahkan beban
kerajaan China.
3. Tambahan pula, kerajaan China dipaksa membayar ganti rugi tersebut dalam tempoh 40 tahun dengan
kadar faedah sebanyak 4%.
4. Kesulitan yang dihadapi oleh China untuk membayar ganti rugi menyebabkan Rusia menduduki
Manchuria sehingga bayaran ganti rugi diselesaikan.

Isi 4 Perang Rusia-Jepun meletus


1. Pemberontakan Boxer telah meletakkan asas bagi perang antara Rusia dengan Jepun yang tercetus
pada tahun 1904.
2. Semasa pemberontakan Boxer, Rusia mengambil kesempatan untuk meluaskan kuasa dan pengaruh
di Manchuria.
3. Perkembangan ini membimbangkan Jepun kerana tindakan Rusia bertentangan dengan kepentingan
mereka.
4. Hubungan antara Rusia dengan Jepun menjadi semakin tegang apabila Rusia cuba meluaskan
pengaruh di Semenanjung Korea.

37 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Isi 5 Muncul gerakan pembaharuan


1. Pemberontakan Boxer telah memberikan kesedaran kepada kerajaan Manchu tentang kepentingan
memperkenalkan gerakan pembaharuan.
2. Golongan cerdik pandai mendesak kerajaan Manchu melaksanakan pembaharuan yang menyeluruh
seperti dianjurkan oleh Kang Yu-Wei.
3. Perkembangan ini menyebabkan kerajaan Manchu memulakan gerakan pembaharuan sebagai langkah
untuk menguatkan diri bagi menghadapi ancaman kuasa-kuasa Barat.

Isi 6 Kebangkitan semangat nasionalisme


1. Pemberontakan Boxer telah berjaya membangkitkan semangat nasionalisme orang China.
2. Peringkat awal, gerakan nasionalisme bercorak anti-Barat tetapi kekalahan kerajaan Manchu dalam
beberapa siri peperangan serta kegagalan rancangan pembaharuan melahirkan semangat anti-
Manchu.
3. Masalah ekonomi dan kesengsaraan sosial menimbulkan perasaan tidak puas hati rakyat.
4. Rakyat telah menyokong gerakan revolusioner di bawah Dr. Sun Yat Sen yang kemudiannya berjaya
menggulingkan dinasti Manchu melalui Revolusi 1911.

Kesimpulan
1. Pemberontakan Boxer meletakkan asas bagi kejatuhan kerajaan Manchu dan kemunculan kerajaan
republik di China.
2. Pemberontakan Boxer telah menyebabkan kemunculan gerakan pembaharuan.

38 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Tema 4: [Percubaan Pahang 2022: Soalan 6] *Setakat ini tiada


Perang Dunia Pertama telah meninggalkan implikasi yang amat mendalam rujukan lain
terhadap sejarah Eropah. Analisiskan kesan meletusnya Perang Dunia Pertama.

Pengenalan
1. Perang Dunia Pertama meletus bulan Ogos 1914 merupakan peperangan yang melibatkan pihak
Perikatan Bertiga (Triple Alliance) dengan Pakatan Bertiga (Triple Entente).
2. Peperangan ini bermula dengan serangan Jerman ke atas Belgium pada 4 Ogos 1914.
3. Penyertaan Amerika Syarikat pada tahun 1917 menyokong pihak Pakatan Bertiga telah menyebabkan
Jerman dan sekutunya ditewaskan.
4. Perang ini ditamatkan menerusi beberapa siri perjanjian berasingan antara pihak yang menang dengan
yang kalah.
5. Perjanjian Versailles antara Jerman dengan pihak yang menang merupakan perjanjian yang amat
penting dan meninggalkan implikasi yang amat mendalam terhadap sejarah Eropah selanjutnya.
6. Perang Dunia Pertama telah meninggalkan implikasi yang amat mendalam dari aspek politik, ekonomi
dan sosial.

Isi 1 Keruntuhan pemerintahan monarki_kesan politik


1. Perang Dunia Pertama telah melenyapkan pemerintahan monarki.
2. Perang ini menyebabkan sistem pemerintahan beraja di Jerman, Rusia, dan Turki berakhir.
3. Pada tahun 1925, Sultan empayar Turki Uthmaniyah turun daripada takhta ekoran kekalahan Turki
dalam Perang Dunia Pertama.
4. Perkembangan ini menyebabkan empayar Turki Uthmaniyah yang meliputi Poland, Bulgaria,
Czechoslovakia dan Finland berakhir.
5. Sistem pemerintahan beraja berakhir di Jerman apabila Kaiser William II, raja Jerman dibuang negeri
ke Belanda.
6. Pemerintahan beraja juga berakhir di Rusia apabila tercetus Revolusi Rusia pada tahun 1917.

Isi 2 Kebangkitan demokrasi_kesan politik


1. Selepas Perang Dunia Pertama, kerajaan monarki berakhir dan diganti dengan kerajaan bercorak
demokrasi di Eropah.
2. Selain itu, kemunculan kerajaan republik di Rusia, Turki, Jerman, Austria, Poland, Lithuania, Latvia dan
Estonia.
3. Di Turki, kerajaan republik diasaskan oleh Mustafa Kamal Ataturk pada tahun 1923 selepas kerajaan
Turki Uthmaniyah tumbang.
4. Di Jerman, sebuah kerajaan republik didirikan apabila bekas maharaja empayar Jerman dibuang
negeri.
5. Austria menjadi sebuah republik apabila pemerintahan Habsburg dihapuskan.
6. Revolusi Rusia pula telah menumbangkan kerajaan beraja dan muncul kerajaan komunis yang pertama
di bawah pimpinan Vladimir Lenin.

Isi 3 Kemunculan negara-negara baharu_kesan politik


1. Perjanjian Versailles (1919) telah mengubah peta Eropah dan lahir negara-negara baharu yang
ditubuhkan daripada empayar Rusia seperti Poland, Finland, Estonia, Latvia dan Lithuania.
2. Manakala negara baharu yang muncul dari perpecahan empayar Turki Uthmaniyah ialah Lebanon,
Syria dan Iraq.
3. Seterusnya dari empayar Austria-Hungary lahir negara Austria, Hungary, Czechoslovakia dan
Yugoslavia.

Isi 4 Penubuhan Liga Bangsa_kesan politik


1. Kesan yang amat signifikan ekoran meletusnya Perang Dunia Pertama ialah pennubuhan Liga Bangsa.
2. Badan antarabangsa ini ditubuhkan ekoran persetujuan yang dicapai dalam Perjanjian Versailles pada
tahun 1919.
3. Tujuan penubuhan Liga Bangsa untuk memastikan syarat-syarat Perjanjian Damai Paris dipatuhi,
mengekalkan keamanan dunia dan menyelesaikan masalah negara-negara melalui mesyuarat.

39 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Isi 5 Jerman kehilangan wilayah_kesan politik


1. Perjanjian Versailles 1919 telah menyebabkan Jerman kehilangan wilayah dan jajahan takluknya.
2. Wilayah seperti Alsace dan Lorraine telah diserahkan kepada Perancis manakal Euphen dan Malmedy
diserahkan kepada Belgium.
3. Wilayah-wilayah seperti Memel, Lithuania dan barat Prusia diserahkan kepada negara Poland yang
baru diwujudkan.
4. Wilayah Lembah Saar diserahkan kepada Perancis sebagai pampasan perang.
5. Wilayah ini berada di bawah pentadbiran Liga Bangsa selama 15 tahun.
6. Jerman juga dikehendaki mengiktiraf kemerdekaan Belgium, Poland dan Czechoslovakia.
7. Manakala Pelabuhan Danzig dijadikan wilayah merdeka di bawah penguasaan Liga Bangsa.
8. Jerman juga kehilangan sebahagian besar tanah jajahan di Afrika dan rantau pasifik kepada British,
Perancis dan Jepun.
9. Wilayah Shantung dan Kiachow diserahkan kepada Perancis manakala Cameroon dan Togoland
diserahkan kepada Britain dan Perancis.
10. Jerman juga dikehendaki menyerahkan hak istimewanya di China, Thailand, Mesir, Morocco dan
Liberia.

Isi 6 Kekuatan tentera Jerman dilumpuhkan_kesan politik


1. Menerusi Perjanjian Versailles, asas ketenteraan Jerman dihapuskan sama sekali.
2. Melalui perjanjian juga berlaku pelucutan senjata terhadap Jerman.
3. Staf angkatan bersenjata yang menjadi nadi organisasi ketenteraan Jerman dimansuhkan.
4. Selain itu, Jerman dikehendaki menghadkan jumlah tenteranya kepada 100 000 orang sahaja.
5. Perjanjian Versailles juga menghapuskan pangkalan tentera laut di Heligoland dan Dune.
6. Jerman juga dilarang membeli senjata-senjata perang, meriam besar, kereta kebal dan dilarang
menempatkan tenteranya di wilayah Rhineland yang terletak berhampiran Perancis.
7. Perjanjian ini telah melumpuhkan kekuatan tentera Jerman dan menjadikannya negara yang lemah.

Isi 7 Perkembangan semangat kebangsaan_kesan politik


1. Perang Dunia Pertama telah meletakkan asas bagi kemunculan semangat antarabangsa dalam
kalangan bangsa Eropah dan di seluruh dunia.
2. Kesengsaraan dan kemusnahan yang berlaku akibat daripada perang telah memberi kesedaran
tentang kerjasama antara negara bagi memulihkan keamanan dan keharmonian sejagat.
3. Kesedaran ini telah meletakkan asas bagi Persidangan Damai Paris yang diadakan di Paris pada 18
Januari 1919.

Isi 8 Perkembangan nasionalisme_kesan politik


1. Perang Dunia Pertama telah melahirkan sentimen kebangsaan dalam kalangan negara-negara bangsa.
2. Konsep nasionalisme menjadi teras kepada pembentukan negara bangsa.
3. Pengumuman Presiden Woodrow Wilson mengenai hak menentukan nasib sendiri telah mempengaruhi
gerakan nasionalisme di India dan Asia Tenggara.

Isi 9 Kehilangan nyawa_kesan sosial


1. Perang Dunia Pertama menyebabkan ramai anggota tentera dan orang awam terkorban.
2. Perang menyebabkan 10 juta orang anggota tentera terkorban manakala 20 juta orang tentera
tercedera.
3. Dianggarkan lebih kurang 1.3 juta orang awam terkorban dalam peperangan ini.

40 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Isi 10 Semangat perkauman luntur_kesan sosial


1. Semangat perkauman dan perbezaan warna kulit yang menebal dalam kalangan bangsa Eropah mulai
luntur.
2. Sebelum perang, rakyat Britain, Perancis dan Jerman mementingkan keagungan bangsa.
3. Orang Eropah memandang rendah terhadap orang kulit hitam (Afrika dan India)
4. Semasa perang, semua bangsa turut serta dalam perang.
5. Contohnya, tentera India dan Afrika membantu tentera British dalam medan perang.
6. Perkembangan ini menyebabkan perbezaan dan semangat perkauman dalam kalangan bangsa Eropah
mula berkurangan.

Isi 11 Peningkatan peranan wanita_kesan sosial


1. Semasa Perang Dunia Pertama, ramai golongan lelaki terpaksa meninggalkan pekerjaan mereka dan
menyertai tentera untuk mempertahankan negara.
2. Perkembangan ini menyebabkan wujud kekurangan tenaga kerja dalam sektor perkilangan dan pejabat.
3. Golongan wanita diberi peluang untuk mengisi kekosongan pekerjaan dalam sektor perkilangan dan
pengurusan.
4. Perkembangan ini juga menyebabkan skop pekerjaan wanita menjadi lebih luas dan mereka mula
melibatkan diri dalam bidang pembangunan ekonomi dan politik negara.

Isi 12 Institusi pendidikan tidak berfungsi_kesan sosial


1. Institusi pendidikan tidak berfungsi – terpaksa ditutup apabila perang meletus.
2. Institusi dijadikan pusat rawatan kesihatan.
3. Pelajar-pelajar diwajibkan menyertai ketenteraan dan mengambil bahagian dalam peperangan.

Isi 13 Rekaan peralatan perang moden_kesan sosial


1. Semasa Perang Dunia Pertama, banyak peralatan dan senjata telah dicipta.
2. Kepelbagaian penggunaan kapal terbang dan kapal tentera laut menyebabkan berlaku perubahan yang
ketara dalam taktik perang.

Isi 14 Kos perbelanjaan perang yang tinggi_kesan ekonomi


1. Perang Dunia Pertama merupakan peperangan yang memakan kos perbelanjaan yang amat tinggi.
2. Menurut pakar ekonomi, dianggarkan US$ 338 billion dibelanjakan oleh negara-negara terlibat
sepanjang peperangan berlangsung.
3. Purata 80 juta rupee oleh negara-negara terlibat setiap hari.
4. Contohnya, Britain telah membelanjakan sebanyak 15 lac pounds sehingga bulan Mac 1915 dan angka
ini mencecah kepada 60 lac pounds pada tahun 1917 – 1918.

Isi 15 Hutang antarabangsa_kesan ekonomi


1. Perang Dunia Pertama menyebabkan negara-negara Eropah menanggung beban hutang yang tinggi.
2. Britain tanggung hutang yang dianggarkan 74,350 lac pounds, France 1,474,720 lac pounds manakala
Jerman pula sebanyak 1,606,000 lac marks.

Isi 16 Peningkatan cukai_kesan ekonomi


1. Cukai yang tinggi dikenakan terhadap rakyat bagi menanggung perbelanjaan perang yang tinggi.
2. Mata wang kertas juga diperkenalkan.

Isi 17 Peningkatan harga barang_kesan ekonomi


1. Peningkatan harga barang secara mendadak.
2. Berlakunya inflasi.
3. Masalah kebuluran dan kekurangan bekalan makanan.
4. Pihak kerajaan terpaksa mengawal harga barangan.

41 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Isi 18 Pasaran dunia_kesan ekonomi


1. Pasaran dunia mula dikuasai Amerika Syarikat dan Jepun.
2. Sebelum Perang Dunia Pertama, Britain sebagai negara industri menguasai peratus perdagangan
dunia yang terbesar.
3. Kini, Britain kehilangan satu pertiga daripada perdagangan luarnya.

Kesimpulan
1. Tuntasnya, Perang Dunia Pertama telah meninggalkan implikasi yang amat mendalam dari aspek
politik, ekonomi dan sosial.
2. Pelbagai perubahan dalam aspek politik berlaku di Eropah seperti keruntuhan monarki, Jerman
kehilangan wilayah serta muncul negara baharu.
3. Begitu juga dalam aspek sosial, ramai anggota tentera dan orang awam terkorban dan golongan wanita
pula berperanan penting dalam pembangunan ekonomi negara.
4. Di samping itu, dari aspek ekonomi perang tersebut telah menelan kos perbelanjaan yang amat tinggi,
berlaku masalah inflasi dan kebuluran yang amat membebankan rakyat secara keseluruhannya.

42 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Tema 4: [Percubaan Kelantan 2023/Ulangan 2022 Set 1: Soalan *Setakat ini tiada rujukan
6] lain
Jelaskan implikasi Perang Dunia Pertama (1914 – 1918) dari aspek politik
dan ekonomi.

Pengenalan
1. Perang Dunia Pertama tercetus antara tahun 1914 hingga tahun 1918 yang hanya melibatkan negara-
negara Eropah.
2. Pihak yang terlibat dalam perang ini ialah Triple Alliance (Perikatan Kuasa Tengah) yang dianggotai
oleh Jerman, Austria-Hungary dan Itali, dan Triple Entente (Pakatan Bertiga) yang dianggotai oleh
Rusia, Perancis dan Britain.
3. Dalam peperangan ini, Jerman telah berjaya dikalahkan dan terpaksa menerima syarat-syarat
Perjanjian Versailles yang telah ditandatangani.
4. Terdapat pelbagai kesan yang dapat kita lihat khususnya terhadap negara-negara yang terlibat.

Isi 1 Keruntuhan pemerintahan monarki/sistem beraja_kesan politik


1. Perang ini menamatkan sistem beraja di benua Eropah, khususnya di Jerman, Rusia dan Turki.
2. Pada tahun 1925, Khalifah Turki Uthmaniyah turun takhta selepas kepimpinan diambil alih Turki Muda
ekoran kekalahan Turki dalam Perang Dunia Pertama.
3. Perkembangan ini meruntuhkan empayar Turki yang meliputi sebahagian daripada Eropah seperti
Bulgaria, Poland, Finland dan Czechoslovakia.
4. Perang ini juga menyebabkan sistem beraja di Jerman tamat.
5. Dalam keadaan ekonomi dan sosial yang tenat dan keadaan perang yang tidak menentu, Kaiser
William II diturunkan takhta dan dilaporkan dibuang ke Belanda serta mendapat suaka politik di
Belanda.
6. Ekoran ini kerajaan republik telah didirikan di Jerman oleh pemimpin Parti Sosialis Demokrat, Friedrich
Ebert, dengan sokongan tentera dan pentadbir yang sedia ada sehinggalah munculnya Adolf Hitler
yang memerintah Jerman secara mutlak dan kuku besi.
7. Empayar Austria-Hungary turut mengalami kemusnahan apabila Dinasti Habsburg tamat.
8. Berlaku pemberontakan yang dicetuskan oleh bangsa-bangsa yang pernah dikuasai seperti Pole,
Slovak, Czech dan Finn.
9. Di Rusia, perang ini menamatkan pemerintahan Tsar yang memerintah Rusia selama 400 tahun.
10. Pada peringkat awal perang, Rusia sentiasa dikalahkan oleh Jerman yang membuktikan kelemahan
kerajaan Tsar.
11. Malahan golongan tentera, kelas menengah, buruh dan petani turut memandang rendah kepada Tsar.
12. Mereka kemudian menyokong Vladimir Lenin yang berhasrat membentuk kerajaan komunis dan
menyertai revolusi yang diadakan, ekoran daripada rasa tidak puas hati rakyat atas kegagalan Tsar
memulihkan ekonomi selepas tamat perang.
13. Sehubungan itu rakyat telah bangun sehingga mencetuskan Revolusi Bolshevik di bawah pimpinan
Lenin.
14. Tsar Nicholas II terpaksa turun takhta dan meyerah kuasa kepada kerajaan sementara.
15. Malangnya beliau dan keluarganya telah dibunuh dengan kejam oleh golongan pemberontak.
16. Bagi menamatkan perang dengan Jerman dan Austria, Lenin telah menandatangani Perjanjian Brest-
Litovsk, Rusia hilang suku (1/4) wilayahnya di Eropah kepada Jerman dan tiga suku sumber arang batu
dan besi turut diserah.
17. Kejayaan tersebut turut dibantu oleh peranan ejen perisikan Jerman.
18. Jelaslah, Perang Dunia Pertama ini telah mengubah landskap politik di Eropah di mana telah
menamatkan sistem pemerintahan beraja di negara-negara Eropah.

43 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Isi 2 Kemunculan negara-negara baharu_kesan politik


1. Perang Dunia Pertama telah menyebabkan Jerman telah kehilangan kuasa, pengaruh dan sebilangan
besar wilayahnya.
2. Kekuatan Jerman semakin lumpuh.
3. Perjanjian Versailles pada tahun 1919 telah mengubah peta Eropah dan menyaksikan kemunculan
negara-negara baharu.
4. Keruntuhan empayar Rusia telah membentuk negara baharu seperti Poland, Finland, Estonia, Latvia
dan Lithuania.
5. Pemberontakan di Austria oleh penduduk bangsa asing melahirkan Hungary, Romania dan Yugoslavia.
6. Perpecahan empayar Turki Uthmaniyah membebaskan banyak kawasan di bawah pengaruhnya seperti
Syria, Lebanon dan Iraq.
7. Jelaslah, Perang Dunia Pertama menyaksikan empayar utama dunia telah runtuh dan membawa
kepada kemunculan negara bangsa yang baharu.

Isi 3 Kebangkitan ideologi baharu seperti demokrasi dan sosialisme_kesan politik


1. Di Turki, sebuah kerajaan republik telah diasaskan di bawah kepimpinan Mustafa Kemal Ataturk pada
tahun 1923.
2. Selepas Kaiser William II dibuang negeri, Parti Sosialis Demokrat di bawah pimpinan Friedrich Ebert
telah membentuk Republik Weimer sebuah kerajaan demokratik tetapi masih menggunakan khidmat
golongan tentera.
3. Kerajaan-kerajaan republik muncul di negara-negara baharu seperti Czechoslovakia, Poland, Latvia
dan sebagainya.
4. Austria juga menjadi sebuah republik apabila pemerintahan Habsburg dihapuskan.
5. Di Rusia, parti-parti politik ditubuhkan.
6. Golongan pekerja menubuhkan Parti Buruh Demokratik Sosial yang kemudian dikenali sebagai Parti
Komunis.
7. Parti ini kemudian berpecah kepada dua.
8. Golongan Bolsheviks yang dipimpin oleh Vladimir Lenin mencetuskan revolusi yang mengasaskan
komunis yang pertama.
9. Tidak dinafikan, Perang Dunia Pertama telah menyaksikan perkembangan ideologi baharu di
kebanyakan negara Eropah yang telah mengubah pemerintahan negara tersebut.

Isi 4 Kehilangan kekuasaan Jerman_kesan politik


1. Jerman kehilangan wilayah dan jajahan takluknya.
2. Wilayah Alsace dan Lorainne diserah kepada Perancis.
3. Wilayah Euphen dan Malmedy diserah kepada Belgium.
4. Wilayah Saar yang kaya dengan arang batu diserah kepada Perancis.
5. Wilayah ini (Saar) diletakkan di bawah pengawasan Liga Bangsa bagi tempoh 15 tahun.
6. Perancis dibenarkan menjalankan aktiviti perlombongan di daerah ini.
7. Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati Jerman.
8. Jerman juga perlu mengiktiraf kemerdekaan Belgium, Poland dan Czechoslovakia.
9. Jerman juga hilang tanah jajahannya di Afrika dan Asia kepada pihak pemenang.
10. Cameroon dan Togoland diserah kepada Britain dan Perancis.
11. Jerman juga dilarang membesarkan pasukan tenteranya.
12. Hanya 100 000 tentera sahaja yang dibenarkan.
13. Pangkalan tentera laut Jerman di Heligoland dan Dune dihapuskan.
14. Tentera juga dilarang berada di Rhine yang bersempadan dengan Perancis.
15. Jerman juga dilarang membeli senjata seperti Meriam dan kereta kebal.
16. Tindakan ini menyebabkan rakyat Jerman merasa marah dan berasa terhina dan mula memandang
rendah kepada Kaiser William II.
17. Kekalahan Jerman dalam Perang Dunia Pertama ini telah melemahkan Jerman sebagai antara kuasa
utama tentera Eropah seterusnya menjadikan Jerman negara yang lemah di Eropah.

44 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Isi 5 Penubuhan Liga Bangsa_kesan politik


1. Liga Bangsa ditubuhkan pada tahun 1919 yang berpusat di Geneva.
2. Tujuan penubuhannya adalah untuk menjaga keamanan serta mengelak daripada berlakunya
peperangan.
3. Pertubuhan ini disertai oleh kebanyakan negara Eropah kecuali Rusia dan Amerika Syarikat tidak
menyertainya dan taraf kuasa besar diberikan kepada Britain, Perancis, Itali dan Jepun.
4. Di peringkat awal pertubuhan ini berjaya menyelesaikan masalah sempadan antara Bulgaria dengan
Greece pada tahun 1926.
5. Penubuhan Liga Bangsa diharapkan dapat menyelesaikan masalah antara negara melalui mesyuarat
dan perundingan.
6. Namun demikian, Liga Bangsa gagal menyekat peperangan.
7. Ketiadaan Amerika Syarikat dan Rusia sebagai anggota melemahkan pertubuhan ini kerana
berhadapan dengan masalah yang lebih mencabar pada tahun 1930-an seperti penaklukan Itali
terhadap Habsyah dan penaklukan Jepun ke atas Manchuria.
8. Liga ini akhirnya telah dibubarkan pada bulan April 1945.
9. Jelaslah, perang yang berlaku ini telah membawa kepada kemunculan Liga Bangsa dengan harapan
dapat mengekalkan keamanan dunia selepas tamatnya perang.

Isi 6 Kejatuhan mata wang_kesan ekonomi


1. Jerman dibelenggu masalah kewangan dengan menanggung beban hutang sebagaimana yang
ditetapkan dalam Perjanjian Versailles.
2. Jerman dipaksa membayar US$53 billion.
3. Nilai mata wang Jerman, mark telah menjunam yang menyebabkan berlakunya inflasi.
4. Pada tahun 1942, nilai mata wang Jerman telah berkurang sebanyak 1% berbanding tahun 1914.
5. Pengeluaran industri Jerman juga terjejas.
6. Pengeluaran arang batu dan besi Jerman juga berkurangan daripada jumlah pengeluaran sebelum
perang.
7. Di Perancis, pertempuran yang berlaku di utara Perancis menyebabkan keupayaan pengeluaran
Perancis merosot kepada 70% bagi arang batu, 81% bagi keluli dan 63% bagi besi.
8. Selepas perang tamat, Perancis terpaksa menanggung hutang luar/beban hutang yang amat besar.
9. Maka tidak hairanlah dalam Perjanjian Versailles, wakil Perancis menuntut ganti rugi yang besar
terhadap Jerman.
10. Jelaslah, kemerosotan ekonomi khususnya kejatuhan mata wang merupakan antara kesan yang tidak
mampu dielak apabila berlakunya peperangan.
11. Perkara ini amat merugikan.

Isi 7 Berlakunya inflasi dan kekurangan makanan_kesan ekonomi


1. Peperangan juga telah menyebabkan pengeluaran arang batu dan besi di Jerman turut terjejas.
2. Jerman juga menagalami kekurangan makanan yang menyebabkan kerajaan terpaksa mengenakan
catuan terhadap makanan penting seperti roti, daging, susu yang menyebabkan berlakunya rusuhan
terhadap kerajaan di Berlin dan Leipzip yang melibatkan hampir 300 000 orang pekerja.
3. Di Rusia, timbul masalah dalam sektor pertanian akibat kekurangan buruh kerana enam juta buruh
dalam sektor ini dikerah menyertai pasukan tentera.
4. Keadaan tersebut menyebabkan pengeluaran pertanian terus berkurangan.
5. Keresahan dalam kalangan masyarakat juga berlaku dan mogok yang melibatkan tiga juta pekerja
terjadi pada tahun 1916.
6. Keadaan seperti ini memudahkan rakyat melancarkan revolusi terhadap pemerintahan Tsar.
7. Tuntasnya, perang yang berlaku ini bukan sahaja meninggalkan korban nyawa yang tinggi malah
memberi kesan kepada ekonomi dan juga kekurangan makanan akibat kemusnahan kawasan
pertanian.

45 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Isi 8 Penutupan kilang dan kekurangan bahan bakar_kesan ekonomi


1. Pemerintahan Tsar di Rusia turut menghadapi masalah dalam belanjawan kerana terpaksa
mengagihkan peruntukan dalam bidang pendidikan dan perumahan kepada bidang ketenteraan.
2. Lebih memburukkan keadaan ialah kesan perang yang berterusan menyebabkan kilang yang ditutup
semakin bertambah dan Rusia menghadapi bahan bakar yang serius.
3. Tidak dinafikan kesan ekonomi perang ini menyebabkan banyak industri terpaksa ditutup malah
belanjawan perang juga semakin meningkat.

Isi 9 Sistem pengangkutan terganggu_kesan ekonomi


1. Pada tahun 1916, sistem pengangkutan tidak berfungsi.
2. Kepincangan sistem pengangkutan memberi kesan kepada tentera Rusia yang berada di medan
peperangan kerana bekalan gagal dihantar kepada pasukan yang memerlukan bantuan.
3. Peperangan yang berlangsung ini jelas meninggalkan kesan ketara dalam bidang pengangkutan di
mana kegiatan ini gagal berfungsi disebabkan kemusnahan jaringan jalan perhubungan.

Isi 10 Amerika Syarikat dan Jepun menguasai pasaran dunia_kesan ekonomi


1. Pasaran dunia mula diambil alih oleh Amerika Syarikat dan Jepun.
2. Perkara ini amat dirasai oleh negara-negara Eropah terutamanya Britain, sebuah negara industri yang
sebelum ini menguasai peratus perdagangan terbesar di dunia.
3. Perang Dunia Pertama menyebabkan Britain kehilangan 1/3 daripada perdagangan luarnya.
4. Tuntasnya, penglibatan negara Eropah dalam Perang Dunia Pertama memberi peluang kepada kuasa
Amerika Syarikat dan Jepun untuk muncul sebagai kuasa ekonomi pada masa itu dan mengambil alih
peranan negara Eropah sebelumnya.

Kesimpulan
1. Kesimpulannya, kesan-kesan Perang Dunia Pertama mendorong tercetusnya Perang Dunia Kedua.
2. Hal ini kerana hubungan antarabangsa masih renggang selepas Perang Dunia Pertama tamat.
3. Jerman berasa tidak puas hati terhadap Perjanjian Versailles kerana perjanjian ini dianggap tidak adil
dan telah menjejaskan maruah serta kedaulatan negara Jerman.
4. Itali juga tidak puas hati kerana tidak diberikan tanah jajahan walaupun berada dalam kumpulan
menang.
5. Liga Bangsa juga gagal menyekat pencerobohan Jerman ke atas Austria, Jepun ke atas China dan Itali
ke atas Habsyah.
6. Keadaan ini mendorong kebangkitan pemerintahan diktator di Jerman dan Itali yang mencetuskan
Perang Dunia Kedua.

46 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Tema 4: [Percubaan Terengganu 2023: Soalan 5] *Setakat ini tiada


Perang Dunia Pertama berlaku pada tahun 1914 hingga tahun 1918. Huraikan rujukan lain
kesan perang tersebut terhadap dunia Eropah.

Pengenalan
1. Perang Dunia Pertama tercetus antara tahun 1914 hingga tahun 1918 yang hanya melibatkan negara-
negara Eropah.
2. Pihak yang terlibat dalam Perang Dunia Pertama ialah Triple Alliance (Perikatan Tiga Kuasa) dianggotai
oleh Jerman, Austria-Hungary dan Itali, dan Triple Entente (Pakatan Tiga kuasa) yang dianggotai oleh
Rusia, Perancis dan British.
3. Terdapat pelbagai kesan yang dapat kita lihat dalam politik, ekonomi dan sosial selepas tamatnya
Perang Dunia Pertama tersebut.

Isi 1 Menamatkan pemerintahan beraja/monarki di Eropah_kesan politik


1. Kesan Perang Dunia Pertama dalam bidang politik ialah menamatkan pemerintahan beraja yang
memerintah Rusia selama 400 tahun.
2. Kekalahan yang dihadapi Rusia sebelumnya telah menyebabkan kesetiaan tentera berbelah bahagi.
3. Kerajaan Rusia juga kehilangan sokongan daripada golongan petani dan pekerja kerana tidak membela
nasib mereka ketika ekonomi merosot.
4. Perjuangan melalui revolusi yang disertai oleh kelas menengah, pekerja dan petani berpecah mengikut
perbezaan kepentingan.
5. Walau bagaimanapun, Vladimir Lenin kemudiannya berjaya mendapatkan kepercayaan dan sokongan
daripada golongan pekerja, petani dan tentera untuk menggulingkan Tsar dan seterusnya membentuk
kerajaan komunis pertama di dunia.
6. Di Jerman pula Kaiser Wilhelm II dibuang negeri dan Parti Sosialis Demokrat pimpinan Friedrich Ebert
membentuk sebuah kerajaan republik yang dikenali sebagai Republik Weimer.
7. Walau bagaimanapun, republik ini masih menggunakan khidmat golongan tentera dan pentadbir lama
untuk mengendalikan urusan negara sehinggalah Adolf Hitler berkuasa pada tahun 1933.
8. Manakala di Austria-Hungary, Dinasti Habsburg ditamatkan.
9. Kerajaan Austria-Hungary mengalami kemusnahan apabila Dinasti Hasburg digulingkan.
10. Keadaan ini menyebabkan berlakunya pemberontakan yang dicetuskan oleh bangsa-bangsa yang
pernah dikuasainya seperti Pole, Slovak, Finn, Lithuania dan Czech.
11. Kejayaan pemberontakan tersebut menyebabkan lahirnya negara-negara baharu seperti Yugoslavia,
Czechoslovakia, Finland, Hungary, Latvia, Lithuania, Estonia dan Romania.
12. Di Turki, pemerintahan beraja berakhir apabila sultan turun takhta.
13. Pada tahun 1925, Khalifah Turki Uthmaniyah turun takhta selepas kepimpinan diambil alih oleh Turki
Muda ekoran kekalahan Perang Dunia Pertama.
14. Perkembangan ini meruntuhkan empayar Turki meliputi sebahagian Eropah yang meliputi Poland,
Bulgaria, Czechoslovakia dan Finland berakhir.

Isi 2 Kebangkitan ideologi demokrasi dan sosialis_kesan politik


1. Selepas tamat perang, kerajaan monarki berakhir dan diganti dengan kerajaan bercorak demokrasi dan
sosialis contohnya di Jerman, Rusia, Turki, Austria, Poland dan lain-lain.
2. Kerajaan republik di Turki diasaskan oleh Mustafa Kemal Ataturk pada tahun 1923.
3. Di Rusia pula, kesan Perang Dunia Pertama menyebabkan parti-parti politik ditubuhkan contohnya
pembentukan Parti Buruh Demokratik Sosial yang ditubuhkan oleh golongan pekerja yang
kemudiannya dikenali sebagai Parti Komunis.
4. Demonstrasi diadakan.
5. Antara yang terbesar yang diadakan di ibu negara iaitu Petrograd (kini dikenali sebagai St. Petersburg).
6. Tentera Tsar yang kebanyakan terdiri daripada petani berpaling tadah dan menyertai penunjuk
perasaan.
7. Keadaan ini seterusnya menyumbang kepada kejatuhan kerajaan beraja dan muncul kerajaan komunis
di bawah kepimpinan Vladimir Lenin.

47 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Isi 3 Kemunculan negara-negara baharu_kesan politik


1. Perjanjian Versailles (1919) mengubah peta Eropah dan menyaksikan kemunculan negara-negara
baharu.
2. Negara Poland, Finland, Estonia, Latvia dan Lithuania ditubuhkan daripada empayar Rusia.
3. Perpecahan empayar Turki menyebabkan muncul negara Lebanon, Syria dan Iraq.
4. Keruntuhan empayar Austria-Hungary menyebabkan lahir negara Austria, Hungary, Cezchoslovakia
dan Yugoslavia.

Isi 4 Jerman kehilangan wilayah dan kekuasaannya_kesan politik


1. Selain itu, Perjanjian Versailles telah dimeterai antara dua pihak yang bertujuan untuk menamatkan
Perang Dunia Pertama.
2. Perjanjian ini dilihat tidak adil apabila pihak yang kalah iaitu Jerman yang dipaksa menerima syarat-
syarat perjanjian yang berat sebelah.
3. Jerman telah kehilangan wilayah dan jajahan takluknya.
4. Antaranya wilayah Alsace dan Lorraine yang diserahkan kepada Perancis, Euphen dan Malmedy
diserahkan kepada Belgium dan wilayah Memel, Lithuania dan barat Prusia terpaksa diserahkan
kepada Poland.
5. Jerman juga dikehendaki mengiktiraf kemerdekaan Belgium, Poland dan Czechoslovakia.
6. Jerman juga kehilangan sebahagian besar tanah jajahan di Afrika, dan rantau Pasifik kepada British,
Perancis dan Jepun.
7. Selain itu, Jerman juga terpaksa menyerahkan 12% daripada jumlah penduduknya selain menyerahkan
13% daerahnya termasuk 3/4 hasil besi dan 1/4 arang batu.

Isi 5 Kekuatan tentera Jerman dilumpuhkan_kesan politik


1. Melalui Perjanjian Versailles, kekuatan tentera Jerman dilumpuhkan.
2. Jerman dikehendaki menghadkan bilangan tentera daripada 400 000 kepada 200 000 menjelang 30
September 1919 dan 100 000 menjelang 31 Mac 1920.
3. Jerman juga dilarang menempatkan tenteranya di wilayah Rhineland yang terletak berhampiran
Perancis.
4. Pangkalan tentera di Heligoland dan Dune dihapuskan.
5. Pembelian senjata perang, meriam besar dan kereta kebal dilarang.

Isi 6 Liga Bangsa dibentuk_kesan politik


1. Seterusnya Liga Bangsa dibentuk bagi menjaga keamanan serta mengelakkan daripada berlakunya
peperangan.
2. Liga Bangsa ini ditubuhkan ekoran persetujuan yang dicapai dalam Perjanjian Versailles pada tahun
1919.
3. Tujuan penubuhan Liga Bangsa adalah untuk (1) memastikan syarat-syarat Perjanjian Damai Paris
dipatuhi, (2) mengekalkan keamanan dunia, dan (3) menyelesaikan masalah negara-negara melalui
mesyuarat bukannya peperangan.
4. Hampir kesemua negara Eropah menyertai pertubuhan ini kecuali Rusia dan Amerika Syarikat dan taraf
kuasa besar diberikan kepada Britain, Perancis, Itali dan Jepun.
5. Ketiadaan Amerika Syarikat dan Rusia sebagai anggota telah melemahkan pertubuhan ini dan akhirnya
dibubarkan pada April 1945 apabila pertubuhan ini gagal menghalang penaklukan Itali terhadap
Habsyah.

48 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Isi 7 Masalah inflasi_kesan ekonomi


1. Dari segi ekonomi pula, Jerman mengalami inflasi kesan kekurangan makanan dan catuan bahan
makanan.
2. Hal ini menyebabkan rakyatnya merusuh dan berlaku gerakan antikerajaan pada tahun 1917.
3. Pada tahun 1922, nilai mata wang Jerman, Mark telah menjunam dan pengeluaran industri Jerman
turut terjejas.
4. Di Rusia pula, sektor pertanian mengalami masalah apabila kekurangan tenaga buruh kerana empat
juta daripada mereka dikerah untuk menyertai tentera.
5. Pemerintahan Tsar mengalami masalah dalam belanjawan kerana terpaksa mengalihkan peruntukan
dalam bidang Pendidikan dan perumahan kepada keperluan ketenteraan.
6. Manakala di Perancis, berlaku pertempuran yang menyebabkan keupayaan pengeluaran merosot
kepada 70% bagi arang batu, 81% bagi keluli dan 63% besi.

Isi 8 Hutang antarabangsa yang tinggi_kesan ekonomi


1. Perang Dunia Pertama menyebabkan negara-negara di Eropah menanggung beban hutang yang tinggi
untuk perbelanjaan perang dan pampasan perang.
2. Pada akhir Perang Dunia Pertama, hutang ditanggung oleh British dianggar berjumlah 74 350 Lac
Pounds.
3. Hutang Perancis berjumlah 1 474720 Lac Pounds Perancis, manakala hutang Jerman pula dianggarkan
1 606 000 Lac Marks.

Isi 9 Pasaran dunia dikuasai Amerika Syarikat dan Jepun_kesan ekonomi


1. Penguasaan pasaran dunia mula diambil alih oleh Amerika Syarikat dan Jepun.
2. Keadaan ini amat dirasai oleh negara-negara Eropah terutamanya Britain.
3. Ini kerana sebelum Perang Dunia Pertama, Britain adalah sebuah negara industri yang menguasai
peritus perdagangan dunia yang terbesar.
4. Britain kehilangan satu pertiga daripada perdagangan luarnya.

Isi 10 Mengorbankan banyak nyawa_kesan sosial


1. Kesan sosial Perang Dunia Pertama ialah mengorbankan banyak nyawa tentera dan orang awam.
2. Perang ini telah menyebabkan 10 juta orang tentera terkorban dan 20 orang lagi tentera tercedera.
3. Dianggarkan 13 juta orang awam yang terkorban.
4. Kemusnahan harta benda juga sangat tinggi yang dianggarkan bernilai AS 36 760 juta.
5. Britain kehilangan 750 000 rakyatnya, iaitu 9% daripada jumlah penduduknya lelaki yang berumur 45
tahun ke bawah manakala bilangan yang cedera dianggarkan berjumlah dua juta orang.
6. Selain itu, lebih kurang 1.4 juta rakyat Perancis terkorban dan 3.5 juta yang lain tercedera dan jumlah
ini melibatkan hampir 10% jumlah rakyat lelaki Perancis yang cergas.
7. Tambahan pula, pencemaran udara dan bumi juga berlaku kesan penggunaan senjata kimia yang
meluas dalam pertempuran sengit seperti di Marne dan Somme.

Isi 11 Semangat perkauman luntur_kesan sosial


1. Perang Dunia Pertama menyebabkan semangat perkauman dan perbezaan warna kulit yang menebal
dalam kalangan bangsa Eropah mulai luntur.
2. Sebelum tercetusnya perang, rakyat Britain, Perancis dan Jerman amat mementingkan keagungan
bangsa masing-masing.
3. Orang Eropah amat memandang rendah kepada orang Afrika dan Asia.
4. Semasa perang, semua bangsa turut serta dalam perang.
5. Umpamanya, tentera India dan Afrika membantu tentera British dalam medan perang.
6. Perkembangan ini menyebabkan perbezaan dan semangat perkauman dalam kalangan bangsa Eropah
mula berkurangan.

49 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Isi 12 Peningkatan peranan wanita_kesan sosial


1. Semasa Perang Dunia Pertama, ramai golongan lelaki terpaksa meninggalkan pekerjaan mereka dan
menyertai tentera untuk mempertahankan negara.
2. Perkembangan ini menyebabkan wujud kekurangan tenaga kerja dalam sektor perkilangan dan pejabat.
3. Golongan wanita diberi peluang untuk mengisi kekosongan kerja dalam sektor perkilangan dan
pengurusan.
4. Hal ini menyebabkan skop pekerjaan wanita menjadi lebih luas dan mereka mula melibatkan diri dalam
bidang pembangunan ekonomi dan politik negara.

Isi 13 Institusi Pendidikan tidak berfungsi_kesan sosial


1. Perang yang tercetus menyebabkan institusi pendidikan ditutup.
2. Pelajar diwajibkan menyertai latihan ketenteraan dan mengambil alih bahagian dalam peperangan.

Kesimpulan
1. Perang Dunia Pertama telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam aspek politik, ekonomi dan
sosial terhadap seluruh rakyat di negara-negara yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
2. Perang Dunia Pertama diberi gelaran sebagai “The Great War” kerana peperangan ini telah mengubah
landskap politik Eropah, kemusnahan harta benda yang besar dan jutaan nyawa yang terkorban.
3. Walaupun perang ini telah tamat pada tahun 1918 tetapi ia tidak mampu untuk menghentikan
perang/persengketaan antarabangsa hingga kemudiannya tercetusnya Perang Dunia Kedua.

50 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Tema 4: [Percubaan Terengganu 2019: Soalan 6] *Setakat ini tiada rujukan


Bincangkan kesan Perang Dunia Kedua yang meletus pada tahun 1939 yang tepat.
hingga tahun 1945 dari aspek sosiopolitik.

Pengenalan
1. Perang Dunia Kedua berlaku selepas 20 tahun Perang Dunia Pertama.
2. Sebagaimana Perang Dunia Pertama, peperangan ini juga bermula di Eropah dan kemudiannya
merebak ke negara-negara Asia.
3. Perang Dunia Kedua bermula di Eropah pada tahun 1939 apabila Jerman menyerang Poland.
4. Di rantau Pasifik, Jepun menyerang pangkalan tentera laut di Pearl Harbour, Hawaii pada 7 Disember
1941 dan ini menyebabkan Amerika Syarikat menyertai pihak Bersekutu dalam Perang Dunia Kedua.
5. Antara pihak yang terlibat dalam Perang Dunia Kedua ialah Kuasa Paksi yang terdiri daripada Jerman,
Itali, dan Jepun dan Kuasa Bersekutu (Berikat) yang terdiri daripada Britain, Perancis, Rusia, dan
Amerika Syarikat.
6. Perang Dunia Kedua telah meninggalkan kesan sosiopolitik terhadap negara yang terlibat.

Isi 1 Kematian dan kemusnahan harta benda_kesan sosial


1. Perang Dunia Kedua mengobankan banyak nyawa.
2. Dianggarkan 600 000 rakyat Jerman terkoban akibat serangan bom.
3. Manakala tenteranya berjumlah 500 000 oang terbunuh dalam pertempuran.
4. Kadar kehilangan nyawa yang tinggi juga dialami oleh Rusia.
5. Lebih kurang 7 juta orang awam dan 11 juta orang tentera terkorban.
6. Britain dan negara-negara Komanwel kehilangan 445 000 tentera, lebih separuh daripada jumlah itu
ialah tentera Bitain.
7. Amerika Syarikat pula kehilangan 325 000 orang tentera.
8. Jumlah keseluruhan orang awam dan tentera yang terkorban ialah antara 25 juta hingga 30 juta orang.

Isi 2 Masalah pelarian_kesan sosial


1. Lebih kurang 6 juta kumpulan etnik minoriti Jerman di Czechoslovakia dan Hungary menjadi pelarian.
2. Ratusan ribu pekerja di Eropah Timur yang tidak mahu kembali ke negara asal telah menjadi pelarian.

Isi 3 Perubahan peranan wanita_kesan sosial


1. Penglibatan ramai lelaki dalam perang telah menyebabkan berlaku masalah kekurangan pekerja di
sektor perindustrian dan perkilangan.
2. Golongan wanita mula bekerja dalam sektor perindustrian.
3. Ramai menjadi buruh di kilang-kilang.

Isi 4 Penubuhan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)_kesan politik


1. PBB ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua tamat iaitu pada bulan Oktober 1945.
2. PBB ditubuhkan kerana kegagalan Liga Bangsa memainkan peanan berkesan untuk menghalang
peperangan.
3. Matlamat PBB ialah untuk memelihara keamanan dunia dan menghalang peperangan, menggalakkan
kerjasama antarabangsa dalam bidang sosial dan ekonomi serta memberi bantuan kemanusiaan dan
mencegah wabak penyakit dalam kalangan negara anggota.

51 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Isi 5 Dekolonisasi_kesan politik


1. Selepas Perang Dunia Kedua tamat, penduduk jajahan terutama di Asia dan Afrika bangkit menentang
penjajah.
2. Muncul gerakan untuk membebaskan tahan air daripada penjajah bagi membentuk negara dan bangsa
mereka sendiri.
3. Kemusnahan di negara-negara Eropah telah menjatuhkan maruah negara tersebut dalam kalangan
penduduk di tanah jajahan.
4. Kos peperangan yang tinggi menyebabkan negara-negara Eropah menghadapi masalah kewangan
untuk menguruskan tanah jajahan.
5. Ini menyebabkab negara-negara Eropah memulakan proses dekolonisasi dengan memberikan
kemerdekaan kepada tanah jajahan mereka.
6. Antara tahun 1945 – 1970 banyak tanah jajahan di Asia dan Afrika mencapai kemerdekaan.
7. Contohnya:
Tahun 1947 – India dan Pakistan mencapai kemerdekaan dari British.
Tahun 1945 – Indonesia mencapai kemerdekaan dari Belanda.

Isi 6 Perang Dingin_kesan politik


1. Selepas tamat perang Amerika Syarikat dan Rusia muncul sebagai kuasa besar dunia.
2. Hubungan antara kedua-dua kuasa besar ini menjadi renggang semasa Persidangan Yalta pada tahun
1945.
3. Amerika Syarikat memperjuangkan penubuhan kerajaan demokrasi di Eropah Barat.
4. Rusia berjuang untuk mengasaskan pemerintahan komunis di Eropah Timur.
5. Pertentangan ini menyebabkan hubungan kedua-dua kuasa besar ini semakin tegang sehingga
mencetuskan Perang Dingin.
6. Semasa Perang Dingin belangsung, kedua-dua kuasa besar ini menggunakan pelbagai pendekatan
untuk mengukuhkan ideologi dan pengaruh masing-masing.
7. Perang Dingin berlanjutan hingga keruntuhan negara-negara komunis di Eropah Timur pada tahun
1989.

Isi 7 Perpecahan wilayah Jerman_kesan politik


1. Perang Dunia Kedua menyebabkan perpecahan Jerman kepada empat zon yang dikuasai oleh Britain,
Perancis, Amerika Syarikat, dan Rusia.
2. Dalam Persidangan Postdam, keempat-empat kuasa besar mencapai kata sepakat untuk
mengamalkan sistem ekonomi yang seragam di zon-zon tersebut.
3. Pada bulan Disember 1946, Britain, Perancis dan Amerika Syarikat menggabungkan zon-zon ekonomi
mereka.
4. Jerman Barat telah mendapatkan bantuan ekonomi daripada Amerika Syarikat melalui Rancangan
Marshall.
5. Rusia membangunkan Jerman Timur sebagai zon komunis.
6. Pada bulan Mei 1949 Persekutuan Republik Jerman ditubuhkan dan ibu kotanya di Bonn.
7. Republik Demokratik Jerman ditubuhkan pada bulan Oktober 1949 dengan ibu kotanya di Berlin.

Isi 8 Perpecahan sempadan negara Eropah_kesan politik


1. Soviet Union meluaskan sempadan hingga meliputi wilayah Jerman, Finland, Poland, Czechoslovakia,
Romania, dan Jepun.
2. Soviet Union mguasai tiga negara – Estonia, Latvia, Lithuania yang tidak memihak kepada mana-mana
pihak dalam Perang Dunia Kedua.
3. Soviet Union berusaha menubuh kerajaan yang berasingan di wilayah yang dikuasai semasa
peperangan berlangsung.
4. Perancis telah bertindak menguasai wilayah Saar dari Jerman.
5. Poland mendapat ganti rugi dengan menguasai wilayah perindustrian di Silesia, Jerman.
6. Jerman telah kehilangan ¼ daripada wilyahnya.

52 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Kesimpulan
1. Perang Dunia Kedua telah meninggalkan kesan yang mendalam ke atas negara-negara terlibat.
2. Walaupun perang telah tamat, namun dunia masih bergolak berikutan kemunculan dua kuasa besar
dunia yang dipimpin oleh Soviet Union dan Amerika Syarikat untuk mengukuhkan kedudukan masing-
masing.

53 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Tema 4: [Percubaan Kelantan 2019 Set 1: Soalan 6] *Setakat ini tiada


Bincangkan kesan Perang Dunia Kedua dari aspek politik, ekonomi, dan rujukan lain
sosial ke atas negara Jepun.

Pengenalan
1. Perang Dunia Kedua tercetus apabila Jerman bertindak melancarkan serangan terhadap Poland pada 1
September 1939.
2. Peperangan ini berakhir apabila Jepun menyerah kalah secara rasmi pada 2 September 1945.
3. Perang ini melibatkan Kuasa Berikat yang terdiri daripada Britain, Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat
dengan Kuasa Paksi yang terdiri daripada Jerman, Itali dan Jepun.
4. Setelah Jepun kalah, Amerika telah menduduki Jepun selama 6 ½ tahun dari 2 September 1945 hingga
28 April 1952.
5. Pendudukan Amerika telah memberi kesan dari segi politik, ekonomi dan sosial ke atas negara Jepun.

Isi 1 Pembubaran angkatan tentera_politik


1. Pendudukan tersebut telah dilaksanakan oleh Amerika Syarikat melalui Jeneral Douglas MacArthur
yang telah dilantik Pemerintah Agung Kuasa-kuasa Berikat (Supreme Commander for the Allied Powers
– SCAP).
2. Salah satu tugas utama SCAP ialah untuk membubarkan angkatan tentera Jepun.
3. Ini adalah untuk memastikan bahawa negara Jepun tidak akan lagi mengancam keamanan dan
keselamatan dunia.
4. Jentera perang Jepun telah dimusnahkan.
5. Angkatan tentera Jepun dan kira-kira 1 300 buah persatuan nasionalis lampau telah dibubarkan.
6. Kilang-kilang membuat senjata telah ditutup.
7. Peperangan diharamkan.
8. Semua tentera dan orang awam Jepun di seberang laut yang berjumlah kira-kira tiga juta telah dibawa
balik ke negara Jepun.
9. Pembicaraan orang Jepun yang dianggap penjenayah perang telah diadakan.
10. Tujuh pemimpin Jepun termasuk Tojo telah digantung dalam bulan Disember 1948.
11. SCAP telah juga menyingkirkan kira-kira 200 000 orang pegawai tentera, kerajaan dan pemimpin
perniagaan yang dipercayai terlibat dengan dasar peluasan negara Jepun.

Isi 2 Pengenalan unsur-unsur demokrasi_politik


1. Pengenalan unsur-unsur demokrasi merupakan kesan terpenting pendudukan Amerika.
2. Satu perlembagaan demokratik baru telah diperkenalkan pada tahun 1947.
3. Negara Jepun telah mengamalkan semula sistem kerajaan berparlimen dengan keunggulan Diet. Diet
yang terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Councillor dijadikan organ kuasa negara yang tertinggi
dan organ perundangan yang tunggal.
4. Diet juga diberi kuasa penuh ke atas hal-hal kewangan.
5. Perlembagaan baru mensyaratkan bahawa Perdana Menteri Jepun harus dipilih dalam kalangan ahli
Diet.
6. Majoriti menteri kabinet juga merupakan ahli Diet.
7. Kuasa kerajaan pusat telah diagihkan dan pilihan raya tempatan digalakkan.
8. Pihak-pihak berkuasa tempatan diberi kuasa yang lebih dalam hal-hal cukai dan perundangan.
9. Kementerian Dalam Negeri yang menguasai polis dan pentadbiran tempatan telah dibubarkan.
10. Perlembagaan baru ini telah menjamin hak-hak asasi seperti persamaan dari segi undang-undang
kebebasan pemikiran, kebebasan akhbar dan hak-hak suami dan isteri yang sama.
11. Orang tahanan politik dibebaskan.
12. Perlembagaan baru Jepun juga mengubah kedudukan Maharaja Jepun yang dianggap sebagai suci.
13. Maharaja Jepun dijadikan hanya lambang negara dan perpaduan rakyat Jepun.
14. Baginda tidak lagi mempunyai sebarang kuasa berkaitan dengan pentadbiran negara.
15. Kerajaan Jepun telah menjadi sekular.
16. Parti Liberal Demokratik telah muncul sebagai parti yang paling penting dan berpengaruh.
17. Menjelang pertengahan tahun-tahun 1950-an, negara Jepun telah mencapai semula paras ekonomi
sebelum perang.

54 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Isi 3 Akta Pembaharuan Tanah 1946_pemulihan ekonomi


1. Pemulihan ekonomi merupakan kesan jangka panjang pendudukan Amerika yang penting.
2. Beberapa pembaharuan ekonomi yang bertujuan menggalakkan pembahagian pendapatan yang lebih
luas dalam kalangan rakyat Jepun telah diperkenalkan.
3. Pihak berkuasa pendudukan telah melaksanakan satu program pembaharuan tanah yang bertujuan
menambahkan pemilikan tanah oleh petani-petani.
4. Melalui Akta Pembaharuan Tanah 1946, pihak berkuasa pendudukan telah membeli tanah-tanah
kepunyaan tuan-tuan tanah tidur (absentee landlords).
5. Tanah-tanah ini kemudiannya dijual dengan harga rendah kepada petani-petani.
6. Program tersebut tamat dilaksanakan pada tahun 1950 dan telah membolehkan tiga juta orang petani
memperolehi tanah seluas lima juta ekar.
7. Ia juga berjaya menstabilkan ekonomi luar bandar.

Isi 3 Monopoli ekonomi golongan zaibatsu_pemulihan ekonomi


1. Pihak berkuasa pendudukan telah juga mengambil langkah-langkah untuk menghapuskan monopoli
ekonomi negara Jepun oleh golongan zaibatsu.
2. 83 buah syarikat induk zaibatsu telah dibubarkan.
3. Harta-harta zaibatsu telah dibekukan.
4. Ahli-ahli keluarga dan eksekutif zaibatsu telah disingkirkan.
5. Pihak berkuasa pendudukan telah menggalakkan penubuhan kesatuan-kesatuan sekerja.

Isi 4 Akta Kesatuan Sekerja 1945_pemulihan ekonomi


1. Akta Kesatuan Sekerja 1945 telah memberi pekerja-pekerja hak mogok dan berunding secara kolektif.
2. Bilangan ahli kesatuan sekerja telah meningkat dengan pesat.
3. Menjelang tahun 1949, kira-kira 6.5 juta orang pekerja telah menyertai kesatuan sekerja.
4. Dasar ekonomi pihak berkuasa pendudukan telah berubah selepas tahun 1948.
5. Akibat Perang Dingin antara dunia Barat dan Timur, langkah-langkah telah diambil untuk mengukuhkan
negara Jepun sebagai sekutu dunia Barat untuk menentang komunisme.
6. Pembayaran ganti rugi perang oleh negara Jepun telah dihapuskan.
7. Amerika Syarikat telah memberi bantuan ekonomi dan mempergiatkan langkah-langkah untuk
memulihkan ekonomi negara Jepun.
8. Perdagangan eksport negara Jepun telah digalakkan.
9. Dalam tahun-tahun 1960-an pula, ia telah muncul sebagai kuasa ekonomi yang utama di dunia.

Isi 4 Dasar hubungan luar berasaskan ekonomi dengan Amerika Syarikat_pemulihan ekonomi
1. Dasar luar negara Jepun adalah berasaskan pada hubungan yang erat dengan Amerika Syarikat dan
prinsip susunan dunia perdagangan yang aman dan terbuka.
2. Menjelang tahun 1980, negara Jepun telah muncul sebagai kuasa ekonomi yang ketiga terbesar
(selepas Amerika Syarikat dan Rusia) di dunia.

Isi 5 Penyusunan semula sistem pendidikan_sosial


1. Pihak berkuasa pendudukan telah menyusun semula sistem pendidikan Jepun dengan berasaskan
model Amerika Syarikat.
2. Prinsip-prinsip yang mempengaruhi penyusunan semula pendidikan Jepun ialah demokrasi,
kebebasan, pengagihan kuasa pusat, pendidikan massa, kepelbagaian dan internasionalisme.
3. Pendidikan wajib dari enam tahun ke sembilan tahun.
4. Kursus-kursus lama mengenai etika yang telah menggalakkan perkembangan faham ketenteraan telah
digantikan dengan kursus-kursus sosial.
5. Pentadbiran pendidikan diletakkan di bawah kerajaan tempatan.
6. Beberapa universiti telah ditubuhkan di peringkat prefecture.
7. Buku-buku teks telah ditulis semula dan kaedah-kaedah pengajaran baru diperkenalkan.
8. Penekanan dalam buku-buku teks diberi ke atas aspek demokrasi dan hak-hak individu.

55 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Isi 6 Pengaruh budaya Barat_sosial


1. Bilangan penduduk Jepun di kawasan-kawasan bandar telah bertambah dengan pesat.
2. Satu kelas pertengahan yang baru telah muncul.
3. Masyarakat Jepun semakin dipengaruhi oleh kebudayaan Barat.
4. Kadar pertumbuhan pendudukan Jepun telah merosot.
5. Pergaulan antara lelaki dan wanita telah menjadi lebih bebas.
6. Perasaan “kekitaan” masih kuat dalam kalangan orang Jepun.

Kesimpulan
1. Pada keseluruhannya, pendudukan Amerika di negara Jepun telah berjaya dan diterima baik oleh
rakyat Jepun.
2. Ia telah membantu negara Jepun memulihkan ekonominya dan mengamalkan sistem kerajaan
berparlimen.
3. Pada 8 September 1951, Amerika Syarikat dan 47 buah negara lain telah menandatangani satu
perjanjian perdamaian dengan negara Jepun di San Francisco.
4. Melalui perjanjian ini, Jepun mencapai semula kemerdekaannya pada 28 April 1952 tetapi terpaksa
menggugurkan segala tuntutan ke atas bekas koloni-koloninya.

56 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Tema 2: [Percubaan Kelantan 2020: Soalan


5] *Boleh juga rujuk buku Modul Efektif 2023 S86,
Huraikan kesan Perang Dunia Kedua terhadap MS254
Jerman.

Pengenalan
1. Perang Dunia Kedua tercetus apabila Jerman melancarkan serangan terhadap Poland pada tahun
1939.
2. Dalam peperangan tersebut, Britain, Rusia, Perancis, dan Amerika Syarikat membentuk pakatan yang
dikenali sebagai Kuasa Berikat.
3. Jerman, Itali, dan Jepun mewujudkan pakatan yang dikenali sebagai Kuasa Paksi.
4. Peperangan ini berakhir apabila pasukan tentera Berikat berjaya menewaskan tentera Jerman.
5. Perang ini meninggalkan kesan dari aspek politik, ekonomi, dan sosial terhadap negara Jerman.

Isi 1 Perpecahan Jerman_kesan politik


1. Jerman dibahagikan kepada empat zon selepas tamat Perang Dunia Kedua.
2. Zon-zon ini dikuasai oleh Britain, Perancis, Amerika Syarikat dan Soviet Union.
3. Keempat-empat kuasa besar mencapai kata sepakat untuk mengamalkan sistem ekonomi yang
seragam di zon-zon tersebut.
4. Britain, Perancis dan Amerika Syarikat menggabungkan zon-zon mereka sebagai satu zon ekonomi
dan dikenali sebagai Jerman Barat.
5. Jerman Barat mendapat bantuan ekonomi daripada Amerika Syarikat melalui Rancangan Marshall.
6. Soviet Union membangunkan Jerman Timur sebagai zon komunis.
7. Perkembangan ini menyebabkan wujud perpecahan yang agak ketara antara Jerman Barat dan
Jerman Timur.

Isi 2 Kehilangan wilayah_kesan politik


1. Perang Dunia Kedua menyebabkan Jerman kehilangan sebahagian besar wilayah kepada pihak
yang menang.
2. Soviet Union meluaskan sempadannya hingga meliputi wilayah-wilayah di Jerman.
3. Rusia berjaya menguasai wilayah-wilayah Jerman di rantau Baltik selepas Perang Kedua.
4. Manakala Perancis pula menguasai wilayah Saar daripada Jerman dan wilayah tersebut diletakkan di
bawah kawalan ekonomi Perancis.
5. Jerman kehilangan satu perempat daripada wilayahnya dalam Perang Dunia Kedua.

Isi 3 Hukuman jenayah perang_kesan politik


1. Selepas tamat perang, perbicaraan terhadap penjenayah perang diadakan di Nuremberg.
2. Terdapat 13 perbicaraan terhadap orang Jerman diadakan antara tahun 1945 hingga 1947.
3. Terdapat 177 orang Jerman dihadapkan ke mahkamah pengadilan atas tuduhan jenayah perang dan
keputusan perbicaraan tersebut, didapati seramai 25 orang dijatuhkan hukuman mati, 20 orang
dikenakan hukuman penjara, manakala 35 orang dibebaskan.

Isi 4 Ganti rugi perang_kesan ekonomi


1. Selepas tamat perang, negara-negara yang menang menuntut ganti rugi daripada negara yang kalah.
2. Britain dan Perancis menuntut ganti rugi perang daripada Jerman.
3. Kedua-dua negara tersebut mendapat bekalan arang batu secara percuma sebagai ganti rugi daripada
Jerman.
4. Di samping itu, Jerman dikehendaki membekalkan tenaga buruh paksa kepada Britain dan Perancis
sebagai ganti rugi perang.
5. Amerika Syarikat menjambil alih semua aset milik syarikat Jerman yang beroperasi di negaranya
sebagai ganti rugi.
6. Amerika Syarikat juga mendapat hak cipta bagi semua jentera dan mesin-mesin yang dihasilkan oleh
saintis Jerman.

57 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Isi 5 Kehilangan nyawa_kesan sosial


1. Perang Dunia Kedua merupakan peperangan yang mengorbankan banyak nyawa dalam sejarah
manusia dan dianggarkan sekurang-kurangnya 600,000 rakyat Jerman terkorban dalam perang ini.
2. Jumlah kematian yang tinggi disebabkan oleh wabak penyakit, pembunuhan, dan masalah kebuluran.

Kesimpulan
1. Perang Dunia Kedua telah menyebabkan negara Jerman hilang kedaulatan kepada pihak yang
menang.
2. Jerman dibahagikan kepada zon-zon yang dikuasai oleh Britain, Perancis, Amerika Syarikat, dan
Soviet Union.
3. Jerman dibahagikan kepada dua negara iaitu Jerman Barat dan Jerman Timur yang mengamalkan
sistem politik yang berbeza.

58 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Tema 4: [Percubaan Terengganu 2022: Soalan 6] *Boleh juga rujuk buku Modul
Perang Dingin telah menyebabkan berlakunya peningkatan kerjasama Efektif 2023 S89, MS265
ketenteraan dalam kalangan negara di dunia. Bincangkan.

Pengenalan
1. Perang Dingin merujuk kepada konflik antara negara-negara komunis yang diketuai oleh Soviet Union
dan negara-negara Barat lain yang diketuai oleh Amerika Syarikat.
2. Kedua-dua kuasa besar ini bersaing antara satu sama lain menggunakan pelbagai pendekatan seperti
diplomatik, ekonomi, politik, psikologi, dan ketenteraan untuk mengukuhkan ideologi dan pengaruh
masing-masing.
3. Permusuhan antara Eropah Barat dan Eropah Timur menyebabkan kerjasama dalam ketenteraan
diadakan bagi mempertahankan kepentingan masing-masing.

Isi 1 Kemunculan perikatan tentera


1. Selepas Perang Dunia Kedua Soviet Union muncul sebagai kuasa ketenteraan paling kuat.
2. Kebangkitan ini menyebabkan negara-negara Eropah Barat mewujudkan perikatan tentera seperti
Persetiaan Dunkirk dan Perjanjian Brusells.
3. Persetiaan Dunkirk diadakan oleh Britain dan Perancis untuk menghadapi ancaman Jerman dan Soviet
Union.
4. Perjanjian Brusells pula ditandatangani oleh Britain, Perancis, Belgium, Belanda, dan Luxembourg yang
bertujuan untuk menjalin kerjasama dalam bidang ketenteraan dalam kalangan negara-negara Eropah
Barat.
5. Jelaslah bahawa kewujudan kedua-dua perjanjian ini iaitu Persetiaan Dunkirk dan Perjanjian Brusells
membawa kepada kemunculan perikatan tentera.

Isi 2 Penubuhan NATO


1. Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) ini ditubuhkan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya untuk
membendung perkembangan ideologi komunis.
2. NATO memainkan peranan mempertahankan negara anggotanya daripada ancaman komunis.
3. Amerika Syarikat menempatkan tenteranya di Eropah Barat mulai tahun 1949 untuk menyekat
penyebaran komunis.
4. Matlamat utama lain NATO ialah mewujudkan sistem pertahanan bersama yang melibatkan semua
negara anggota, mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara anggota, dan membendung
pengaruh komunis yang diterajui oleh Soviet Union.
5. Negara lain yang menjadi anggota NATO ialah seperti Britain, Perancis, Belgium, Belanda, dan
Luxembourg.
6. Penubuhan NATO ini merupakan satu komitmen padu negara Eropah Barat untuk mewujudkan
kesepakatan bersama dalam membanteras komunis.

Isi 3 Pakatan Warsaw


1. Soviet Union mengadakan satu pakatan ketenteraan dengan negara-negara satelitnya yang dikenali
sebagai Pakatan Warsaw.
2. Negara anggota Pakatan Warsaw ialah Soviet Union, Albania, Bulgaria, Hungary, Poland, Romania,
Czechoslovakia, dan Jerman Timur.
3. Tujuan utama pakatan ini ialah untuk menjalin bantuan ketenteraan kepada negara-negara anggota.
4. Pakatan ini juga membolehkan Soviet Union mengukuhkan kedudukannya di Eropah Timur kerana
dapat menempatkan tenteranya di negara-negara tersebut.
5. Jelaslah bahawa Pakatan Warsaw ini usaha berterusan Soviet Union mengadakan pakatan ketenteraan
bersama negara Eropah Timur.

59 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Isi 4 Penubuhan Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (SEATO)


1. Ditubuhkan pada tahun 1954.
2. Perang Dingin menyebabkan Pakatan Tentera Antikomunis ini ditubuhkan.
3. SEATO merupakan pertubuhan keselamatan pertama yang ditubuhkan antara kuasa-kuasa Barat
dengan Asia bagi membendung kemaraan pengaruh komunis ke kawasan Pasifik Barat dan Asia
Tenggara.
4. SEATO memberi tumpuan bagi menyekat peluasan pengaruh komunis dari China ke Asia Tenggara.
5. Negara-negara yang menjadi anggota pakatan ini ialah Amerika Syarikat, Australia, Britain, Perancis,
New Zealand, Filipina, Thailand dan Pakistan.
6. Penubuhan Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (SEATO) ini merupakan uasaha berterusan negara-
negara Eropah Barat yang diketuai Amerika Syarikat bagi membendung pengaruh komunis di rantau
Asia Tenggara.

Kesimpulan
1. Perang Dingin menyebabkan wujud pakatan ketenteraan bagi mempertahankan kepentingan masing-
masing.
2. Negara-negara Eropah Barat di bawah pimpinan Amerika Syarikat menjalinkan kerjasama ketenteraan
menerusi NATO dan SEATO.
3. Negar-negara Eropah Timur di bawah pimpinan Soviet Union pula mewujudkan kerjasama melalui
Pakatan Warsaw.
4. Pakatan ketenteraan dapat mengimbangi kekuatan kedua-dua pihak dalam menghadapi ancaman
musuh.

60 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Tema 4: [Percubaan Terengganu 2024: Soalan 6]


Bincangkan kesan Perang Dingin terhadap politik dunia
pada abad ke-20. *Boleh juga rujuk buku Modul Efektif
ATAU 2023 S91, MS269
Tema 4: [STPM 2014/Ulangan 2013: Soalan 6]
Bincangkan kesan Perang Dingin terhadap politik
antarabangsa.

Pengenalan
1. Perang Dingin merujuk kepada keadaan tegang yang wujud antara Amerika Syarikat dan Soviet Union.
2. Perang Dingin dapat dikesan ketika Perang Dunia Kedua sedang berlangsung.
3. Walaupun dinamakan perang, ketegangan yang berlaku antara kedua-dua kuasa besar tersebut tidak
melibatkan pertempuran bersenjata.
4. Hubungan ini menjadi tegang ketika Persidangan Yalta dan Persidangan Potsdam diadakan.
5. Perang Dingin bermula secara rasmi apabila Presiden Harry Truman mengisytiharkan Doktrin Truman
pada tahun 1947.
6. Perang Dingin berlanjutan hingga tahun 1980-an dan telah meninggalkan kesan yang amat mendalam
dalam politik dunia.

Isi 1 Kemunculan perikatan tentera


1. Selepas Perang Dunia Kedua, Soviet Union muncul sebagai kuasa militer yang paling kuat.
2. Soviet Union menguasai kawasan seluas 180 000 batu persegi dengan penduduk berjumlah tiga
million.
3. Kebangkitan Soviet Union dalam bidang ketenteraan mengancam keselamatan negara-negara di
Eropah Barat menyebabkan negara-negara ini menubuhkan perikatan tentera.
4. Antara perikatan tentera yang diwujudkan adalah Perikatan Dunkirk dan Perjanjian Brusells.
5. Perikatan tentera ditubuhkan untuk menjalin kerjasama dalam bidang ketenteraan dan ekonomi dalam
bidang kalangan negara-negara Eropah Barat.

Isi 2 Penubuhan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO)


1. NATO ditubuhkan oleh Amerika Syarikat bagi menyekat fahaman komunisme.
2. NATO ditubuhkan secara rasmi pada 4 April 1949 apabila 12 negara menandatangani Perjanjian
Atlantik Utara di Washington.
3. Menerusi perjanjian ini, semua negara bersatu di bawah kepimpinan Amerika Syarikat untuk
membendung ancaman komujnis.
4. Amerika Syarikat menempatkan pasukan tenteranya di Eropah Barat mulai tahun 1949.
5. Selepas penubuhan NATO, penyebaran pengaruh komunis di Eropah berjaya dibendung.

Isi 3 Pembentukan blok dunia


1. Perang Dingin menyaksikan negara-negara mula mewujudkan blok dunia.
2. Blok dunia ialah negara-negara yang sehaluan yang bertindak bersama menjaga kepentingan
anggotanya.
3. Blok ini muncul dalam pelbagai bentuk berdasarkan aspek ekonomi, politik, dan geografi.
4. Berdasarkan perbezaan ideologi, muncul dua blok utama iaitu blok kapitalis dan blok komunis.
5. Dari segi politik blok kapitalis menekankan pemerintahan demokrasi manakla blok komunis
menekankan pemerintahan komunis.
6. Dari segi ekonomi pula, blok kapitalis mengamalkan sistem ekonomi bebas manakala blok komunis
mengamalkan sistem ekonomi yang dikawal oleh kerajaan.
7. Dari segi sosial, blok kapitalis mengutamakan kebebasan individu manakala blok komunis mengawal
kebebasan individu.

61 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Isi 4 Kemunculan negara-negara berkecuali


1. Blok kapitalis dan blok komunis berusaha mempengaruhi negara-negara dunia ketiga dengan
menawarkan bantuan pertahanan dan ekonomi.
2. Negara-negara dunia ketiga tidak mahu memihak kepada blok komunis datau blok kapitalis kerana
mengamalkan sikap berkecuali.
3. Pada bulan September 1961 Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) ditubuhkan yang dianggotai
oleh negara-negara membangun di Asia, Afrika, dan Amerika Selatan.
4. Matlamat utama NAM untuk mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong blok kapitalis atau blok
komunis.

Isi 5 Pakatan Warsaw


1. Soviet Union mengadakan satu pakatan ketenteraan dengan negara-negara satelitnya yang dikenali
sebagai Pakatan Warsaw.
2. Pakatan ini melibatkan negara-negara komunis yang terletak di Eropah Timur.
3. Negara-negara yang terlibat dalam pakatan ini adalah Soviet Union, Albania, Bulgaria, Hungary,
Poland, Romania, Czechoslovakia, dan Jerman Timur.
4. Pakatan Warsaw menjamin bantuan ketenteraan kepada negara-negara anggotanya.
5. Pasuakan tentera ditubuhkan di bawah kepimpinan komander tertinggi tentera Rusia.
6. Pakatan ini mengukuhkan kedudukan Rusia di Eropah Timur dengan menempatkan tenteranya di
negara-negara Eropah Timur.

Isi 6 Penubuhan Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (SEATO)


1. Perang Dingin menyebabkan Pakatan Tentera Antikomunis yang dikenali sebagai SEATO ditubuhkan.
2. SEATO merupakan pertubuhan keselamatan pertama ditubuhkan antara kuasa Barat dan Asia.
3. Tujuannya untuk membendung kemaraan pengaruh komunis ke kawasan Pasifik Barat dan Asia
Tenggara.
4. SEATO juga memainkan peranan menyekat peluasan pengaruh komunis dari China ke Asia Tenggara
dan terlibat dalam usaha menamatkan pemberontakan yang dicetuskan oleh komunis di Asia Tenggara.

Isi 7 Perlumbaan senjata


1. Perang Dingin mencetuskan perlumbaan senjata antara Soviet Union dengan Amerika Syarikat.
2. Kedua-dua kuasa besar berlumba-lumba untuk menghasilkan pelbagai jenis peralatan perang.
3. Hal ini menyebabkan berlaku persainagan dalam bidang teknologi dan ketenteraan.
4. Senjata yang dihasilkan seperti kereta perisai, meriam antipesawat, artileri, pesawat pengebom, kapal
selam, pesawat pengintip, grenad roket, peluru berpandu balistik, dan senjata nuklear.
5. Penemuan roket menyebabkan mereka terlibat secara langsung dalam perlumbaan angkasa lepas.

Kesimpulan
1. Perang Dingin melambangkan perpecahan politik antara blok komunis dengan blok kapitalis.
2. Negara-negara yang terbentuk semasa Perang Dingin adalah berasaskan geopolitik.
3. Perang ini berlanjutan hingga tahun 1980-an dan tamat apabila berlakunya perpecahan dalam
Kesatuan Soviet pada tahun 1989.

62 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Tema 4: [STPM 2016/Ulangan 2015: Soalan 6] *Setakat ini tiada rujukan


Terangkan kaedah perjuangan Mahatma Gandhi dalam menuntut lain
kemerdekaan di India.

Pengenalan
1. Mahatma Gandhi atau nama sebenarnya ialah Mohandas Gandhi.
2. Dilahirkan pada 2 Oktober 1869 di Ponbandar.
3. Beliau merupakan keturunan bangsawan India yang berasal daripada keluarga kelas pertengahan
kasta Ban.
4. Ayahnya, Karamchandia pernah menjawat jawatan Diwan atau Perdana Menteri di Ponbandar dan
Rajkot.
5. Mahatma Gandhi merupakan seorang yang bersifat sederhana dari segi penampilan dan pemikiran.
6. Terdapat tiga prinsip perjuangan Mahatma Gandhi yang terkenal iaitu satyagraha, ahimsa, dan
swadesi.
7. Mahatma Gandhi seorang pejuang antikekerasan.
8. Bagi beliau, melakukan kekerasan tidak dapat menyelesaikan masalah sebaliknya menimbulkan
masalah lain.

Isi 1 Perarakan Garam


1. Usaha besar ke arah pembebasan tanah air berlaku pada bulan Mac 1930 apabila Mahatma Gandhi
bertindak mengadakan gerakan penentangan awam dan peristiwa ini dikenali sebagai Perarakan
Garam.
2. Kerajaan British yang memonopoli pengeluaran garam telah menaikkan harga garam dan tindakan
tersebut menimbulkan kesukaran terutamanya golongan bawahan.
3. Mahatma Gandhi telah melakukan Perarakan Garam dari Ahmadabad menuju ke pantai Gujerat.
4. Perarakan ini dikenali sebagai Perarakan Dandi kerana Mahatma Gandhi dan pengikutnya memulakan
perjalanan tanpa memakai kasut dari Sabarmati Ashram menuju ke pantai Dandi di Gujerat.

Isi 2 Persidangan Meja Bulat


1. Di London, satu desakan agar kerajaan British mengadakan perdamaian dengan INC dengan
mengadakan satu persidangan.
2. Persidangan ini dikenali sebagai Persidangan Meja Bulat.
3. Pada tahun 1930, Persidangan Meja Bulat yang pertama diadakan di London yang dihadiri oleh raja-
raja India, orang Islam, Hindu, Kristian, dan Sikh.
4. Namun begitu, persidangan ini gagal mencapai kata sepakat dengan INC.
5. Pada tahun 1931, British telah bekerjasama dengan INC dan menganjurkan Pakatan Gandhi-Irwin
(Persidangan Meja Bulat kedua).
6. Berdasarkan pakatan tersebut, Mahatma Gandhi bersetuju membatalkan kempen melanggar perintah
awam.
7. Sebagai balasan, British menarik balik segala tindakan kekerasan dan memberi jaminan untuk
membebaskan nasionalis India yang ditahan.

Isi 3 Pembentukan Akta Kerajaan India 1935


1. Persidangan Meja Bulat ketiga diadakan bagi menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan
perlembagaan.
2. Kerajaan British mencadangkan usul-usul yang kemudiannya dikenali Akta Kerajaan India 1935.
3. Berdasarkan Akta Kerajaan India 1935, dicadangkan penubuhan sebuah persekutuan India dan
memberikan kuasa autonomi kepada wilayah-wilayah jajahan British.
4. Melantik Gabenor Jeneral yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal luar negeri, pertahanan, dan
keagamaan.
5. Mengadakan pilihan raya umum pada tahun 1937.

63 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Kesimpulan
1. Jalan menuju kebebasan yang diharungi oleh India berjalan penuh ranjau dan duri.
2. Bagaimanapun, semangat kental yang ditunjukkan oleh Mahatma Gandhi dalam menghadapi tekanan
Barat dan mengatasi maslah perpaduan rakyat India yang mencecah ratusan juta sepatutnya dihargai
oleh generasi hari ini.

64 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Tema 4: [Soalan Cadangan] *Setakat ini tiada rujukan


Huraikan perjuangan Mahatma Gandhi dalam mencapai kemerdekaan di lain
India.

Pengenalan
1. Mahatma Gandhi atau nama sebenar beliau Mohandas Karamchand Gandhi dilahirkan pada 2 Oktober
1869 di Pobandar, India merupakan dari keluarga keturunan kelas pertengahan kasta Ban.
2. Ayahnya bernama Karamchandia pernah menjawat jawatan sebagai Diwan (Perdana Menteri) di
Pobandar dan Rajkot.
3. Mahatma Gandhi merupakan seorang yang bersifat sederhana dari segi penampilan dan pemikiran
beliau.
4. Terdapat tiga prinsip perjuangan Mahatma Gandhi yang terkenal iaitu satyagraha, ahimsa, dan
swadesi.
5. Mahatma Gandhi seorang pejuang antikekerasan.
6. Beliau berpendapat, kekerasan tidak akan dapat menyelesaikan masalah sebaliknya menimbulkan
masalah.
7. Terdapat beberapa usaha yang telah diperjuangkan oleh Mahatma Gandhi dalam menuntut kebebasan
India dari British.

Isi 1 Gerakan memulaukan institusi dan barangan buatan British 1919


1. Gerakan pembebasan India oleh Mahatma Gandhi berlaku sekitar tahun 1919 dalam satu insiden
apabila pihak British mengarahkan tentera menembak kumpulan penunjuk perasaan seramai 20 ribu di
bandar Amritsar.
2. Akibatnya, seramai 400 orang penunjuk perasaan terkorban dalam insiden itu manakala 1000 orang
lagi cedera.
3. Bermula dari tragedi ini, matlamat perjuangan Mahatma Gandhi jelas iaitu mendapatkan kemerdekaan
India.
4. Antara tindakan pertama Mahatma Gandhi ialah merayu semua penjawat awam yang berketurunan
India supaya berhenti kerja dengan pihak British.
5. Tindakan kedua Gandhi ialah merayu kepada semua penuntut berbangsa India khususnya supaya
berhenti dari sebarang institusi pendidikan tajaan British.
6. Seterusnya, beliau juga merayu kepada semua tentera berketurunan India yang bertugas dengan
regimen tentera British supaya meninggalkan kem atau pos tempat mereka bertugas.
7. Seruan Gandhi yang keempat ialah menyeru kepada semua warga India supaya tidak membayar cukai
yang dikenakan oleh kerajaan British.
8. Akhir sekali, Gandhi menyeru seluruh rakyat India supaya memulaukan semua barang buatan British.
9. Jelaslah bahawa gerakan pemulauan institusi dan barangan British merupakan pemicu kepada
perjuangan kemerdekaan Mahatma Gandhi yang seterusnya.

Isi 2 Perarakan Garam 1930


1. Sekitar tahun 1930, British telah meluluskan Akta Garam, justeru dalam akta ini menyebutkan adalah
melanggar undang-undang British kepada mana-mana rakyat India yang mengusaha, menghasilkan,
dan seterusnya menjual garam tanpa mendapat kebenaran rasmi dari British.
2. Selain itu, penjualan garam juga dikenakan cukai oleh British dan ini menimbulkan kemarahan kepada
rakyat India terutama yang berpendapatan rendah.
3. Ini menyebabkan Mahatma Gandhi bertindak mengadakan gerakan penentangan awam dan peristiwa
ini dikenali sebagai Perarakan Garam.
4. Mahatma Gandhi telah melakukan perarakan garam sejauh 390km dari bandar Ahmadabab menuju ke
pantai Gujerat.
5. Perarakan ini juga dikenal sebagai Perarakan Dandi kerana Mahatma Gandhi dan pengikutnya
memulakan perjalanan tanpa memakai kasut dari Sabarmati Ashram ke pantai Dandi di Gujerat.
6. Tegasnya, usaha Mahatma Gandhi dan perarakan ini merupakan langkah awal dalam pembebasan
India dari belenggu British.

65 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Isi 3 Persidangan Meja Bulat 1930 – 1931


1. Di London, satu desakan agar kerajaan British mengadakan perdamaian dengan India National
Congres (INC) atau Kongres Kebangsaan India dengan mengadakan satu persidangan.
2. Persidangan ini dikenali sebagai Persidangan Meja Bulat.
3. Pada tahun 1930, Persidangan Meja Bulat yang pertama diadakan di London yang dihadiri oleh raja-
raja India, pemimpin Islam, Hindu, Kristian, dan Sikh.
4. Namun begitu, persidangan ini gagal mencapai kata sepakat dengan INC.
5. Pada tahun 1931, British telah bekerjasama dengan INC dan menganjurkan Pakatan Gandhi – Irwin
(Persidangan Meja Bulat Kedua).
6. Berdasarkan pakatan tersebut, Mahatma Gandhi bersetuju membatalkan kempen melanggar perintah
awam.
7. Sebagai balasan, British menarik balik segala tindakan kekerasan dan memberi jaminan untuk
membebaskan nasionalis India yang ditahan.
8. Justeru, Persidangan Meja Bulat berjaya mendesak pihak British untuk membebaskan para nasionalis
India yang dalam tahanan politik.

Isi 4 Pembentukan Akta Kerajaan India 1935


1. Persidangan Meja Bulat Ketiga diadakan bagi menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan
perlembagaan.
2. Kerajaan British mencadangkan usul-usul yang kemudiannya dikenali sebagai Akta Kerajaan India
1935.
3. Berdasarkan Akta Kerajaan India 1935, dicadangkan penubuhan sebuah persekutuan India dan
memberikan kuasa autonomi kepada wilayah-wilayah jajahan British, melantik Gabenor Jeneral yang
bertanggungjawab ke atas hal ehwal luar negeri, pertahanan, dan keagamaan, dan mengadakan pilihan
raya umum yang pertama pada tahun 1937.
4. Tegasnya, pembentukan Akta Kerajaan India merupakan landasan yang jelas ke arah pembentukan
kerajaan sendiri di India.

Kesimpulan
1. Kesimpulannya, jalan menuju kebebasan yang diharungi oleh India berjalan penuh ranjau dan duri.
2. Walau bagaimanapun, semangat kental dan tidak kenal erti putus asa yang ditunjukkan oleh Mahatma
Gandhi sepatutnya dihargai oleh generasi pada hari ini.

66 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Tema 4: [Soalan Cadangan] *Setakat ini tiada rujukan


Bincangkan peranan Mahatma Gandhi dalam perjuangan kemerdekaan lain
India.

Pengenalan
1. Dilahirkan pada 2 Oktober 1869 dalam keluarga ortodoks Hindu.
2. Melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Britain.
3. Memulakan perkhidmatan dalam bidang guaman di Bombay.
4. Beliau melancarkan penentangan terhadap dasar Apartheid dan undang-undang diskriminasi oleh
kerajaan Afrika Selatan terhadap orang India dan penduduk berkulit hitam di Afrika Selatan.
5. Setelah kembali ke India, beliau memulakan perjuangan untuk membela nasib petani-petani yang hidup
dalam kesengsaraan.

Isi 1 Gerakan Satyagraha


1. Menyarankan agar bangsa India terus memperjuangkan kemerdekaan kerana perjuangan
kemerdekaan dibenarkan dalam sistem demokrasi yang diamalkan oleh penjajah British.
2. Berjaya membakar semangat perjuangan rakyat India untuk membebaskan tanah air.
3. Menyeru rakyat India tidak mematuhi undang-undang baru yang melarang rakyat menentang penjajah
yang termaktub pada Akta Rowlatt.
4. Rakyat India diminta mengadakan bantahan dan tidak bekerja pada 30 Mac 1919 yang diisytiharkan
sebagai Hari Bantahan.
5. Mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat India.
6. Tunjuk perasaan, mogok dan pemberontakan telah diadakan di seluruh negara.

Isi 2 Pergerakan Khilafat


1. Beliau menyokong pergerakan ini dan menggunakan peluang ini untuk memupuk perpaduan dalam
kalangan orang Hindu-Islam.
2. Menggunakan pertubuhan ini untuk merapatkan hubungan antara Kongres dan Liga Islam bekerjasama
untuk melancarkan penentangan terhadap kerajaan British.

Isi 3 Pergerakan Tidak Bekerjasama


1. Memulakan pengembaraan ke seluruh negara untuk mendapatkan sokongan rakyat untuk Gerakan
Tidak Bekerjasama.
2. Mendapat sokongan padu orang ramai terutamanya kakitangan kerajaan dan peguam.
3. Mereka memulau dengan bertindak meletak jawatan masing-masing, memulau dewan perundangan
dan sekolah dengan meninggalkan perkhidmatan mereka untuk mengambil bahagian.
4. Melalui slogan Swadeshi, beliau menyeru orang ramai menggunakan barangan buatan tempatan
5. Slogan dilaungkan di seluruh negara dengan memulau barangan dari Barat.
6. Kerajaan British mengambil tindakan tegas dengan menangkap dan memenjarakan orang ramai dan
pemimpin-pemimpin yang terlibat.
7. Ini menyebabkan rakyat terus menentang tindakan kerajaan dengan kempen tidak bekerjasama
menjadi lebih agresif sehingga tercetus insiden Chauri Chaura yang menyebabkan sebuah balai polis
dibakar.
8. Pergerakan ini dibatalkan apabila gerakan bertukar menjadi ganas.
9. Beliau ditangkap dan dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun.

Isi 4 Bantahan dan mogok lapar di penjara


1. Menarik perhatian rakyat dan diikuti oleh pengikut-pengikut Gandhi.
2. Kebimbangan British terhadap pengaruh beliau kerana kekuatan tentera British tidak berguna.
3. Ini kerana tidak ada penentangan bersenjata daripada pengikut Gandhi.

67 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Isi 5 Perarakan Garam


1. Kerajaan British yang memonopoli pengeluaran garam telah menaikkan harga garam.
2. Tindakan ini menimbulkan kesukaran terutamanya golongan bawahan.
3. Beliau bersama pengikutnya memulakan perarakan tanpa memakai kasut dari Sabarmathi ke Dandi
sebagai tanda memprotes undang-undang yang mewajibkan rakyat membeli garam daripada kerajaan.
4. Perarakan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan di seluruh India kerana diikuti oleh jutaan
orang awam.
5. Menyebabkan Jawatankuasa Kerja Kongres memulaukan barang-barang asing seperti kain dan
minuman keras.

Isi 6 Anugerah Perkauman


1. Pilihan raya berasingan akan diadakan bagi golongan kelas rendah dalam masyarakat India
2. Dianggap cubaan untuk memecahbelahkan masyarakat Hindu.
3. Membantah dengan menulis surat kepada Setiausaha Kerajaan India supaya menarik balik
pelaksanaan Anugerah Perkauman.
4. Akhirnya ditarik balik kerajaan British akibat mogok lapar yang dilancarkan beliau.
5. Beliau menerima Pakatan Poona dan bersetuju membatalkan mogok lapar.

Kesimpulan
1. Persidangan Meja Bulat pada 1932 untuk menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan perlembagaan.
2. Usul-usul yang dikemukakan dalam persidangan terlebut diluluskan sebagai Akta Kerajaan India.
3. Akta ini telah menjadi asas kemerdekaan India.

68 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Tema 4: [Percubaan Kelantan 2019 Set 2: Soalan 6] *Setakat ini tiada rujukan
Bincangkan penglibatan United Kingdom dari aspek politik dan ekonomi lain
dalam Komanwel.

Pengenalan
1. Pertubuhan Komanwel ditubuhkan pada tahun 1931 dan merupakan salah satu organisasi yang
penting.
2. Keanggotanya terdiri daripada bekas tanah jajahan British yang telah mencapai kemerdekaan.
3. Pada akhir tahun 1950-an, kebanyakan bekas tanah jajahan di Afrika, Asia, Carribean, dan Pasifik yang
mencapai kemerdekaan memilih untuk menyertai Komanwel.
4. Negara-negara ini yang mempunyai latar belakang sejarah yang sama melalui pengalaman dijajah oleh
British dibenarkan memilih jenis kerajaan sama ada berbentuk republik, monarki, atau menerima
monarki British.
5. United Kingdom telah banyak memberi sumbangan dalam Komanwel.

Isi 1 Sebagai pengasas dan ketua Komanwel_aspek politik


1. Penglibatan United Kingdom dalam Komanwel yang utama ialah menubuhkan Pertubuhan Komanwel.
2. United Kingdom boleh dianggap sebagai “pengasas” dan “ketua” Komanwel.
3. Penubuhan ini berjaya menjaga dan mengawal negara-negara bekas tanah jajahannya daripada tanah
jajahannya lenyap begitu sahaja.
4. Hanya empayar British sahaja yang berjaya mewujudkan sebuah pertubuhan yang disertai oleh negara-
negara bekas tanah jajahannya yang dahulu pernah ditakluki tetapi kini mempunyai status yang sama
dengan Britain.

Isi 2 Memerintah tanah jajahannya berkerajaan sendiri_aspek politik


1. United Kingdom dalam Komanwel telah memerintah tanah jajahannya ke arah berkerajaan sendiri
seterusnya memberi kemerdekaan.
2. Buktinya, bekas tanah jajahan British tidak dipaksa untuk menyertai Komanwel dan keahliannya dalam
Komanwel adalah bebas, iaitu boleh menarik diri daripada Komanwel pada bila-bila masa.
3. Misalnya, Myanmar meninggalkan Komanwel pada tahun 1948 dan Republik Ireland meninggalkan
pertubuhan ini pada tahun 1949.
4. Negara-negara anggota juga disyaratkan supaya bersedia untuk bekerjasama dengan ahli-ahli demi
kepentingan bersama.
5. Semasa Persidangan Perhubungan Komanwel di Lahore, Pakistan pada tahun 1954, dua syarat lagi
dicadangkan, iaitu mempunyai sistem parlimen dan berkemampuan untuk mentadbir negara.

Isi 3 Pengekalan legasi monarkinya_aspek politik


1. Penyertaan keanggotaan dalam Komanwel juga secara tidak langsung mengekalkan legasi monarki
United Kingdom.
2. Pengekalan legasi ini memberi pengiktirafan kepada Queen (Raja Inggeris) sebagai ketua negara dan
mengekalkan keunikan Komanwel.
3. Oleh itu, keanggotaan dalam Komanwel bukan secara automatik dan bekas tanah jajahan British tidak
semestinya diterima terus menjadi anggota setelah mencapai kemerdekaan.
4. Sesebuah negara bekas tanah jajahan British perlu memohon untuk menjadi ahli Komanwel.
5. Malahan, syarat seterusnya ialah negara-negara anggota yang berhasrat untuk menukarkan status
monarki menjadi republik, maka negara tersebut mestilah memaklumkan kepada negara-negara
anggota yang lain.
6. Kesannya, lebih kurang 16 buah negara anggota Komanwel memilih untuk mengakui Queen (Raja
Inggeris) sebagai ketua negara.

69 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Isi 4 Pengekalan model Barat_aspek politik


1. Sumbangan United Kingdom dalam penubuhan Komanwel adalah dengan memperkenalkan sistem
sosial, ekonomi, dan politik berdasarkan model Barat.
2. Penerapan sistem undang-undang, birokrasi, ekonomi, dan lain-lain ini menjadikan struktur pentadbiran
negara-negara Komanwel lebih kemas dan berkesan.
3. Keselarasan struktur politik, sosial, birokrasi serta sistem ekonomi yang sudah sebati dan menjadi
tradisi kepada negara Komanwel menyebabkan mereka lebih cenderung mengekalkan hubungan baik
dengan United Kingdom.

Isi 5 Memberi bantuan ekonomi_aspek ekonomi


1. United Kingdom ini juga menjalankan tanggungjawab untuk membangunkan tanah jajahannya,
termasuk wilayah-wilayah yang diamanahkan kepadanya yang ketinggalan dari segi ekonomi.
2. Oleh itu, Komanwel telah mengambil langkah yang wajar dengan bekerjasama secara multilateral
dalam bidang ekonomi dalam kalangan bekas tanah jajahannya akan mengukuhkan ekonomi negara-
negara berkenaan.
3. Buktinya, negara Komanwel mengeksport lebih 50 peratus daripada teh, bijih timah, jut, getah, minyak
sawit, dan koko dunia.
4. Malahan, negara Komanwel juga menyumbang separuh daripada keluaran aluminium dunia.

Isi 6 Mewujudkan Rancangan Colombo_aspek ekonomi


1. United Kingdom telah memujuk Amerika Syarikat, Kanada, dan Jepun untuk mewujudkan Rancangan
Colombo pada tahun 1950.
2. Rancangan ini yang bertujuan memberi bantuan kewangan, teknikal, dan biasiswa kepada negara-
negara kurang maju.
3. Dalam bidang ekonomi, bantuan pembangunan tanah dan pertanian serta pengekalan kaedah
pertanian moden telah disumbangkan.
4. Buktinya, beberapa negara anggota Komanwel seperti India, Fiji, Sri Lanka, dan Tanah Melayu
menikmati faedah daripada program ini sama ada dalam bidang pendidikan, dan pembinaan
infrastruktur, iaitu jalan raya, kereta api, serta sistem pengairan.

Kesimpulan
1. Sumbangan United Kingdom dalam Komanwel berjaya mewujudkan kerjasama dalam bidang ekonomi,
pelajaran, teknikal, dan lain-lain.
2. Kerjasama yang wujud ini telah menyebabkan negara-negara anggota tidak meninggalkan Komanwel.

70 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Tema 4: [Percubaan Terengganu 2021: Soalan 6] *Boleh juga rujuk buku Modul Efektif
Bincangkan faktor yang mendorong penubuhan Pertubuhan 2023 S100, MS296
Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Pengenalan
1. Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) ditubuhkan pada 4 April 1949.
2. Ibu Pejabat NATO terletak di Paris.
3. NATO ditubuhkan untuk mewujudkan sistem pertahanan bersama melibatkan semua negara anggota.
4. Pertubuhan ini juga berperanan memelihara kedaulatan negara-negara anggota dan membendung
pengaruh komunis yang disebarkan oleh Soviet Union.
5. Penubuhan NATO menonjolkan Amerika Syarikat sebagai kuasa besar yang memainkan peranan
utama dalam pertahanan dan keselamatan di Eropah Barat.

Isi 1 Menyekat komunisme


1. Faktor utama penubuhan NATO adalah membendung penyebaran fahaman komunisme yang diterajui
oleh Rusia.
2. Rusia berjaya menyebarkan dan mengukuhkan pengaruh komunis di negara-negara Eropah Timur
selepas Perang Dunia Kedua.
3. Perkembangan komunis di negara-negara Eropah Timur membimbangkan Amerika Syarikat dan
Britain.
4. Perkembangan ini mendorong Amerika Syarikat dan Britain menubuhkan NATO sebagai benteng
menyekat penyebaran fahaman komunis.

Isi 2 Menyekat dasar ketenteraan Rusia


1. Faktor seterusnya yang mendorong penubuhan NATO ialah menyekat dasar ketenteraan dan peluasan
pengaruh Rusia di Eropah.
2. Rusia mengukuhkan kedudukan dan kekuatan tentera di negara-negara Eropah Timur yang
prokomunis.
3. Rancangan Rusia mengukuhkan kekuatan tentera bagi mengukuhkan kedudukan dan pengaruh
menimbulkan kebimbangan Amerika Syarikat.
4. Dengan demikian, NATO diwujudkan bagi mengadakan pakatan tentera untuk menghadapi ancaman
Rusia.

Isi 3 Menghalang kebangkitan Jerman


1. Kebangkitan Jerman selepas Perang Dunia Kedua merupakan salah satu faktor yang mendorong
penubuhan NATO.
2. Kebangkitan Jerman melahirkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Eropah seperti Britain
dan Perancis.
3. Negara-negara Eropah mahu menyekat kebangkitan Jerman yang dikhuatiri akan mencetuskan
pergolakan dunia.
4. Dalam konteks ini, pakatan tentera seperti NATO dapat menyekat kebangkitan Jerman sebagai kuasa
tentera yang mengancam kestabilan politik di benua Eropah.

Isi 4 Penglibatan Amerika Syarikat


1. Penubuhan NATO bertujuan melibatkan secara langsung Amerika Syarikat dalam hal ehwal
ketenteraan dan politik di benua Eropah.
2. Penyertaan Amerika Syarikat dalam NATO bertujuan memastikan pertubuhan ini memainkan peranan
dengan lebih efektif dan berkesan.
3. Contohnya, tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di Jerman dan Turki selepas Perang Dunia
Kedua supaya komunisme dapat disekat.

71 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)
Modul Himpunan Topik Tumpuan Terpilih @ HIMPUN Berdasarkan Koleksi Soalan Sebenar, Koleksi Soalan
Percubaan Negeri-negeri, dan Modul Negeri-negeri | Sejarah Dunia STPM

Isi 5 Mengambil alih peranan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)


1. Penubuhan NATO bertujuan untuk mengatasi ketidakyakinan Eropah terhadap kemampuan PBB dalam
menangani konflik dunia.
2. PBB dilihat tidak berupaya memainkan peranan sebagai pertubuhan yang boleh mengekang sebarang
konflik dengan berkesan.
3. Dalam hal ini, kelemahan utama PBB dalam menangani sebarang konflik adalah kerana badan dunia
tersebut tidak memiliki pasukan tentera sendiri.
4. Perkembangan ini mendorong penubuhan NATO yang memiliki pasukan tentera bagi menjamin
keselamatan dan kedaulatan negara anggota.

Kesimpulan
1. Tuntasnya, NATO memainkan peranan sebagai badan bagi mempertahankan keselamatan dan
pertahanan negara-negara anggota.
2. Keadaan politik yang tidak menentu ketika era Perang Dingin menyebabkan kerjasama dalam bidang
ketenteraan amat diperlukan.
3. NATO yang ditubuhkan pada era awal Perang Dingin tidak dibubarkan meskipun Perang Dingin sudah
berakhir.
4. Sebaliknya, era pasca Perang Dingin menyaksikan NATO terus wujud dan kuasa-kuasa besar dunia
yang berada dalam pertubuhan ini terus menyusun strategi sesama sendiri bagi mengukuhkan
pengaruh masing-masing.

72 Disusun oleh; cikgu@ebbysensei | SMK Tengku Indra Petra | Dikemas kini pada 31 Disember 2023 (Ahad)

You might also like