You are on page 1of 23

NUR IZREEN AZMIL NIK MARYAM HANIE NIK NASROOM

Zainal Abidin Ahmad /Za'ba dilahirkan pada tahun 1895 di Bukit Kampung Kerdas, Jempol, Kuala Pilah.

Zaba dilahirkan di sebuah kampung terpencil yang terletak dekat Batu Kikir, Jempol Negeri Sembilan.

Dari sebuah keluarga yang kuat beragama, belajar berkhatam Al-Quran, menghafal Surah Yassin dan berzanji ketika usianya mencecah 7 tahun. Zaba menjejakkan kakinya ke sekolah pada usia 12 tahun di Sekolah Melayu Batu Kikir. Dan bertukar ke Sekolah Melayu Linggi untuk mendalami ilmu pengajian Arab dan Islam lanjut.

Pelajar Melayu pertama dari Negeri Sembilan menghabiskan zaman persekolahannya (Senior Cambridge) dari darjah 1 6 dalam jangka masa enam tahun.

Dapat pendidikan formal dan keagamaannya di sebuah sekolah Melayu di Linggi dan sambung di Institusi St. Paul Seremban dan orang Melayu pertama lulus dengan cemerlang peperiksaan Senior Cambridge Examination

Pada tahun 1917, Zaba berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan tapi tidak kekal lama dan kemudiannya berkahwin dengan Fatimah Umar

Lulus peperiksaan pada 1915 dan jadi guru sekolah di Johor Bahru (1916 1918) dan kemudiannya ke Kolej Melayu Kuala Kangsar (1918 - 1923) Jabatan Pendidikan, Kuala Lumpur (1923), Sultan Idris Guru-guru Kolej, Tanjung Malim (1924 - 1939), Jabatan Maklumat, Singapura (1939 - 1942), Sekolah yang Oriental dan Kajian-kajian Afrika, Universiti London (1947 1951) dan Universiti Malaya, Singapura (1954 1959).

Za'ba mempunyai otak bergeliga dan minat pelbagai.Beliau memiliki bakat dalam penulisan dan seorang pemikir dan gemar membaca

Beliau pengarang prolifik sejak usia 19 tahun. Kebanyakan penulisannya muncul dalam akhbar-akhbar tempatan dan majalahmajalah seperti di Utusan Melayu; Lembaga Melayu; Pangasuh dan Pakar Majalah.

Beliau telah menerbitkan beberapa monographic siri dalam Bahasa Melayu termasuk Bahasa Pelita popular Malay dan Malay Elmu Mengarang. Orang cuma mengaitkan jasa Za'ba dengan ilmu bahasa dan persuratan Melayu. Semasa mengajar di Kolej Latihan Sultan Idris, beliau berusaha untuk menyerapkan syarat-syarat aturan tatabahasa Arab dan Bahasa Inggeris dalam buku-buku teks sekolah dan bahan-bahan bacaan umum dalam Bahasa Melayu.

Di samping itu sumbangannya dalam politik tidak juga harus dilupakan. Beliau antara aktivis dan pemikir yang menghimpun pertubuhan-pertubuhan Melayu pada tahun 1946 di Kuala Lumpur untuk bersatu menubuhkan UMNO dan memperjuang kepentingan orang Melayu yang lebih adil. Beliau amat kena pada tempatnya diberi gelaran patriot dan pendeta.

Za'ba yang meninggal dunia pada 23 Oktober 1973 dan merupakan salah satu budak lelaki kampung yang berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang yang terkemuka muncul dalam sejarah Malaysia.

HASIL KARYA ZABA


Artikel pertamanya yang berjudul Temasya Mandi Safar di Tanjung Kling diterbitkan sebanyak dua kali dalam akhbar Utusan Malaya. Buku pertamanya yang bertajuk Umbi Kemajuan, merupakan menulisan semula karangan rencana keugamaan yang diterbitkan pada tahun 1932. Zaba mula menulis secara aktif semasa beliau menjadi guru sementara di Johor Bahru pada tahun 1916.

Bakat Pendeta Zaba terserlah kerana beliau menyentuh mengenai aspek-aspek bahasa, kesusasteraan, agama, ekonomi, pendidikan dan politik dalam hasil karyanya.

Karyawan yang disegani ini pernah mengarang cerpen, novel dan buku-buku rujukan tatabahasa dalam Bahasa Melayu.

Antara hasil karyanya ialah Journalism in Malaya yang diterbitkan pada tahun 1947, Ilmu Mengarang Melayu (1934), Pelita Bahasa Melayu I, Pelita Bahasa Melayu II dan Pelita Bahasa Melayu III (1958).

Dharma Wijaya menggambarkan Pendeta Zaba sebagai seorang pejuang Bahasa Melayu yang sentiasa ditunjangi oleh ketabahan, kecekalan dan keyakinan.

Perjuangan Zaba lebih menjurus kepada kegiatan keilmuan khususnya dalam pendidikan, penyelidikan dan penulisan, ujar Dharma Wijaya dalam satu teks ucapan.

Zaba pernah berkhimat sebagai seorang guru di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1918. Kerjayanya sebagai pensyarah Bahasa Melayu di Universiti London bermula pada tahun 1947. Kemudiannya, Zaba bersara dari perkhimatan kerajaan ketika berumur 55 tahun. Penulis ulung ini dilantik sebagai pensyarah senior di Jabatan Pengajian Melayu (Malay Study Department (JPM)) di Universiti Malaya, Singapore pada tahun 1953.

Dengan bantuan Ungku Aziz, Zaba menjadi pengasas pembentukan pertubuhan bahasa pelajar dan dua tahun berikutnya, membentuk Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya. Karyawan yang menjadi tulang belakang penggunaan Bahasa Melayu yang kita gunakan kini, menerima gelaran Pendeta secara rasmi pada tahun 1956.

Zaba, merupakan seorang pejuang tanah air yang berani mengetengahkan aspek kemunduran masyarakat Melayu pada zaman pemerintahan British melalui hasil karyanya.

Tindakannya itu pernah mengundang kesangsian pihak British yang pernah mengehadkan hasil karyanya. Zaba duduk dari tempat kedua dari kanan. Gambar ini diambil pada bulan Ogos 1929.

Penulis agung ini suka bergiat aktif dalam perkhimatan masyarakat. Beliau menjadi Penasihat Umum bagi Persaudaraan Sahabat Pena Malaya pada tahun 1937. Pada tahun 1946, pendeta ini dilantik sebagai ahli jawatankuasa bagi Jawatankuasa Penggubal Rang Piagam UMNO di kongres menentang pembentukan Malayan Union. Beliau keluar dari dunia politik selepas Piagam Umno diterima dan diluluskan.

1956: Gelaran Pendeta di Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga 1959: Ijazah Kehormat dan Persuratan dari Universiti Malaya 1973: Ijazah Kehormat dan Persuratan dari Universiti Kebangsaan Malaysia 1962: Panglima Mangku Negara yang membawa gelaran Tan Sri

PANTUN ZA BA
Pantun 6 Kerat Nyiur gading tinggi menjulang, Masak ketupat berisi inti, Buah delima di dalam cawan, Hancur daging berkisi tulang, Belum dapat belum berhenti, Hendak bersama denganmu tuan.

Pantun 8 Kerat Berbutir permata jatuh ke rumput, Jatuh ke rumput berbilang-bilang, Rumpun padi dilanda jangan, Rumput pahit bersela-sela; Dari mata tidaklah luput, Di hati tak mahu hilang, Siang menjadi angan-angan, Malam menjadi mimpi pula.

KESIMPULAN
Za ba merupakan seorang tokoh pendidik, yang mana pada masa yang sama turut membangkitkan semangat kemerdekaan. Sikap beliau yang gigih menuntut ilmu menjadikan beliau satu-satunya pelajar lelaki di Negeri Sembilan yang berjaya menamatkan pendidikan sehingga darjah enam pada zaman tersebut. Sebagai bakal pendidikkita seharusnya mengambil iktibar dan panduan daripada kisah hidup seorang pejuang pendidikan yang bernama Za ba.

You might also like