You are on page 1of 3

Biodata Za'ba | Zainal Abidin Ahmad

aynora nur Friday, October 11, 2013 1 comment

Zainal Abidin Ahmad (16 September 1895 - 23 Oktober 1973), juga dikenali
sebagai Zaaba merupakan seorang sasterawan dan pemikir Melayu keturunan
Minangkabau yang giat menulis sekitar tahun 1940-an. Berdasarkan pencapaiannya
dalam bidang kesusasteraan, beliau merupakan salah seorang budak kampung yang
berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang tokoh yang terkemuka dalam sejarah
Malaysia.

Beliau merupakan seorang cendekiawan Melayu yang dihormati dan selama hampir 40
tahun, aktif dalam kegiatan penulisan termasuk penterjemahan. Aktiviti beliau juga
tertumpu kepada penerbitan buku sekolah dan bacaan umum di Biro Penterjemahan,
Maktab Perguruan Sultan Idris.
Merujuk kepada wikipedia, Za'aba dilahirkan di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir,
Negeri Sembilan, Zaaba menerima pendidikan awalnya di sebuah sekolah Melayu di
Linggi. Beliau menyambung pembelajarannya di Institusi St. Paul Seremban dan
merupakan orang Melayu pertama menduduki peperiksaan Senior Cambridge dan lulus
peperiksaan pada 1915.
Zaaba memulakan kerjayanya sebagai guru sekolah di Johor Bahru pada tahun 1916,
dan kemudiannya bertukar ke:
1918: Kolej Melayu Kuala Kangsar

1923: Jabatan Pendidikan, Kuala Lumpur


1924: Kolej Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim
1939: Jabatan Maklumat, Singapura sehingga 1942
1942: Pusat Pengajian Kajian Timur dan Afrika, Universiti London sehingga 1951
1954: Universiti Malaya, Singapura sehingga 1959.
Zaaba adalah seorang yang gemar membaca dan memiliki bakat dalam bidang
penulisan. Kebanyakan hasil penulisannya muncul dalam akhbar-akhbar tempatan dan
majalah-majalah seperti Utusan Melayu, Lembaga Melayu, Pangasuh, dan Pakar
Majalah. Beliau telah menerbitkan beberapa siri monograf dalam bahasa Melayu,
termasuk Bahasa Pelita, dan Ilmu Mengarang. Hasil penulisannya yang lain termasuk
Cerita-cerita Shakespeareyang diterbitkan oleh Percetakan Gudang Chap, Singapura.

Hasil karya Za'aba


Artikel pertamanya yang berjudul Temasya Mandi Safar di Tanjung Kling diterbitkan
sebanyak dua kali dalam akhbar Utusan Malaya.
Buku pertamanya yang bertajuk Umbi Kemajuan, merupakan menulisan semula
karangan rencana keugamaan yang diterbitkan pada tahun 1932.
Zaba mula menulis secara aktif semasa beliau menjadi guru sementara di Johor Bahru
pada tahun 1916.
Bakat Pendeta Zaba terserlah kerana beliau menyentuh mengenai aspek-aspek
bahasa, kesusasteraan, agama, ekonomi, pendidikan dan politik dalam hasil karyanya.
Karyawan yang disegani ini pernah mengarang cerpen, novel dan buku-buku rujukan
tatabahasa dalam Bahasa Melayu.
Antara hasil karyanya ialah Journalism in Malaya yang diterbitkan pada tahun 1947, Ilmu
Mengarang Melayu (1934), Pelita Bahasa Melayu I, Pelita Bahasa Melayu II dan Pelita
Bahasa Melayu III (1958).

Seorang penulis yang bernama Dharma Wijaya menggambarkan Pendeta Zaba


sebagai seorang pejuang Bahasa Melayu yang sentiasa ditunjangi oleh ketabahan,
kecekalan dan keyakinan.
Perjuangan Zaba lebih menjurus kepada kegiatan keilmuan khususnya dalam
pendidikan, penyelidikan dan penulisan, ujar Dharma Wijaya dalam satu teks ucapan.
Buku mengenai Zaba.
Untuk menghargai sumbangan pendita Zaba dalam bidang penulisan, Universiti Malaya
menamakan salah sebuah perpustakaannya sempena namanya (Perpustakaan
Peringatan Zaba) untuk mengenang jasa beliau kepada perkembangan Bahasa Melayu.
Tan Sri Dr. Haji Zainal Abidin bin Ahmad atau Za'ba meninggal pada 23 Oktober 1973
ketika berusia 78 tahun.
- See more at: http://www.mykarya.com/2013/10/biodata-zaba-zainal-abidinahmad.html#sthash.sjzPx4hM.dpuf

You might also like