You are on page 1of 20

Soalan A 1.0 Pengenalan Memandangkan satu sama lain.

Menurut Misroni ( 2000 : 94 ), faktor penghijrahan penduduk Asia Barat, benua India, Cina dan Siam telah membawa bersama budaya mereka dan tukang tukang khusus dalam pelbagai kesenian, tinggal menetap di negara ini dan bergaul dengan penduduk tempatan. Di sinilah bermulanya daya kreativiti dan penciptaan peralatan muzik tradisinal diantaranya seperti rebab, kompang, rebana dan sebagainya. Dalam konteks muzik di Malaysia, menurut Profesor Madya Tan Sooi Beng & Patricia Matusky ( 1998 : 2 3 ), muzik di Malaysia dikategorikan kepada lima kategori iaitu a. Muzik Klasik Ia melibatkan muzik yang berkait dengan kawasan bandar atau istana. Contoh muzik ini seperti joget gamelan, gamelan Jawa dan nobat. b. Muzik Rakyat Terdapat di kalangan masyarakat desa dan komuniti petani. Contohnya muzik seperti dikir barat yang popular di Kelantan, rodat ( Terengganu ), cak lempung ( Negeri Sembilan ) dan sebagainya.. c. Muzik Sinkretik Ia kerap kali terdapat dalam budaya bandar, dapat juga didengar di kawasan desa yang mana unsur unsur asli daripada muzik rakyat dan klasik digabungkan dengan unsur unsur luar seperti muzik Arab, India, Cina, Portugal dan lain lain negara barat. Cara persembahan pula berasal dari pelbagai sumber seperti rentak zapin, inang, masri, joget, muzik dondang sayang, ghazal dan keroncong. d. Muzik Popular Ia adalah muzik komersial yang disebarkan melalui media massa iaitu piring hitam, radio, TV yang mana ia mengutamakan alat muzik barat dan ciri-ciri muzik barat. e. Muzik Seni Kontemporari Ia merujuk kepada muzik yang berasaskan ciri-ciri muzik barat yang mengutamakan alat-alat muzik barat atau gabungan alat dan ciri muzikal barat serta tempatan. Muzik sinkretik yang menggabungkan unsur unsur muzik luar dan tempatan memberi makna kepada kita bahawa proses muzik multi cultural yan ingin diperkenalkan di negara kita sebenarnya telah lama diimplementasikan dalam konteks muzik di negara ini. Contohnya beberapa lagu asli yang mengandungi frasa yang didapati dalam muzik rakyat Cina seperti
1

Malaysia

terdiri

daripada

pelbagai

kaum, sekaligus

mewujudkan kepelbagaian persembahan tradisional yang unik dan berbeza-beza antara

lagu Mas Merah, manakala lagu Seri Mersing pula mempunyai frasa melodi dari Timur Tengah. ( Tan Sooi Beng & Matusky P. 1998 : 71 ) Muzik genre Ghazal , Dondang Sayang dan Boria adalah termasuk dalam kategori Muzik sinkeretik. Pada hakikatnya persembahan tradisional tempatan memang banyak berbaur dengan unsur-unsur budaya luar. Misalnya ghazal, dondang sayang dan boria .Persembahan genre muzik ini banyak di pengaruhi budaya asing dari Arab, India dan Portugis (Eropah) yang kemudiannya dicorakkan dengan cita rasa tempatan. Genre ketiga-tiga muzik ini menggunakan suara penyanyi sebagai melodi utamanya. Teks nyanyian yang berkisar tentang kasih sayang , unsur-unsur nasihat dan seloka menjadi tema utama dalam persembahan muzik ini. Walaupun begitu, setiap persembahan adalah berbeza-beza antara satu sama lain. Persembahan tradisional tempatan lazimnya dipersembahkan ketika waktu lapang. Ini disebabkan pada zaman dahulu, hiburan moden seperti hari ini tidak ada. Justeru, persembahan sebegini dapat memberi hiburan kepada masyarakat tempatan setelah penat bekerja seharian. Pada hari ini, kebanyakan persembahan tradisional merupakan sesuatu yang menarik dan menghiburkan. Justeru, tidak hairanlah persembahan tradisional bukan sahaja dikenal di kalangan para pelancong yang berkunjung ke negara ini. Tugasan ini akan mengupas berkaitan persembahan tradisional genre Ghazal, Dondang Sayang dan Boria dari aspek sejarah, rentak serta maksud teks lagu dan fungsi alatan muzik yang mengiringi persembahan genre tersebut. 2.0 2.1 Ghazal Pengenalan Persembahan muzik tradisional Melayu di rantau ini banyak dipengaruhi oleh budaya luar termasuklah yang dibawa daripada para pedagang Arab. Ia juga berbaur dengan unsur-unsur ajaran agama Islam yang di anuti. Biarpun begitu,terdapat juga persembahan yang diresapi oleh unsur-unsur Hindu yang dibawa oleh para pedagag India. Semua ini cuba dicorakkan semula dengan mengadunkannya dengan rentak dan irama warisan kebudayaan tempatan.
2

2.2

Sejarah dan Latar Belakang Menurut penulis Adibah Amin, perkembangan ghazal di Malaysia telah dikaitkan

dengan kedatangan wayang Parsi dari India ke Johor pada awal abad kedua puluh. Beberapa pegawai tentera seperti Kolonel Musa, Kolonel Yahya dan Major Lomak yang begitu tertarik dengan muzik ghazal telah mempelajari alat-alat muzik harmonium dan tabla daripada kumpulan Parsi itu. Mereka menyanyikan melodi ghazal dengan senikata pantun asli. Alatalat muzik seperti gambus dan biola ditambahkan. Adibah Amin juga berpendapat bahawa ghazal sangat popular di kalangan orang bangsawan dan orang berpangkat tinggi terutamanya pada dekad 1930-an. Nyanyian ghazal dipercayai bermula pada kurun ke 10. Pada kurun ke 13 , ghazal dibawa masuk ke Negara India semasa India diterokai oleh negara-negara Islam. Nyanyian ghazal yang popular di negeri Johor sebenarnya berasal dari negara Parsi. Kebanyaknya daripada teks lagu nyayian ghazal mempunyai pengaruh dari negara Parsi (Iran) , Pakistan dan India. Pada asalnya ghazal dinyanyikan dalam bahasa Hindi dan Urdu dan diiringi oleh alat muzik bertali yang dikenali sebagai sarenggi, harmonium dan tabla. Bentuk asal ghazal yang berasal dari India masih dipersembahkan oleh komuniti India Muslim Malaysia. Dalam bahasa Hindustan permainan ghazal disebut gamat . Pancaragam gamat menggunakan empat jenis alat bunyian iatu syaringgi , sitar , harmonium dan tabla . Gamat merupakan kesenian masyarakat Hindu di India yang sering diadakan di majlis-majlis besar . Seorang penyanyi perempuan yang handal dan terkenal biasanya dibayar hingga seribu rupee semalam untuk menyanyi dalam persembahan gamat . Gamat juga dimainkan dalam upacara-upacara ibadat mengikut kepercayaan agama masing-masing . Di kalangan kaum Melayu, ghazal paling terkenal di selatan Semenanjung Malaysia khususnya di negeri Johor. Kewujudannya di negeri-negeri lain di Utara Semenanjung iaitu negeri Perak, Kedah dan Pulau Pinang adalah dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu malaui negeri Johor. Pada abad ke 19 , kerajaan Johor telah menjalin huungan yang erat dengan kerajaan Riau Lingga. Catatan sejarah menyatakan bahawa beberapa bangsawan Johor telah berulang-alik ke Riau bagi mempelajari kesenian ghazal dan seterusnya memperkenalkannya kepada Sultan
3

Johor. Sungguh pun ghazal dinyayikan dalam Bahasa Melayu , tetapi gaya lagu dan komposisi ghazal tetap dipengaruhi oleh Hindusta dan Parsi. Nama-nama bangsawan seperti Allahyarham Datuk Bentara Luar dan Mohd Salleh bin Perang sering dikaitkan dengan perkembangan muzik ghazal di Johor. Semasa membuka daerah-daerah baru di Johor , mereka turut memperkenalkan seni ghazal yang dimainkan di rumah-rumah penghulu dan pada hari keramaian. Selain daripada Allahyarham Datuk Bentara Luar , tardapat ramai lagi pembesar istana yang menyumbangkan dan memperkenalkan kesenian muzik ini. Di antaranya ialah Ungku ahmad bin Mohd Khalid , Ungku Mohammad bin Mohd Khalid, Ungku Sulaiman bin Daud, Ungku Abd Aziz bin Abd Majid dan Encik Dapat. Berbeza dengan negeri-negeri lain, ghazal cukup popular di Negari Johor. Ghazal sering dijadikan persembahan utama pada hari keramaian di negeri dan Johor majlis-majlis mempunyai perkahwinan. Justeru, boleh dikatakan setiap bersaing dalam sesuatu pertandingan ghazal. Allahyarham Tuan Haji Musa yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Lomak dianggap oleh peminat peminat ghazal dan masyarakat umum di Johor sebagai tokoh utama atau Bapa Ghazal di negeri itu . Persembahan ghazal adalah suatu cara permainan bunyi-bunyian dan nyanyian sebagai hiburan dalam kesenian Melayu yang ditiru menurut cara orang Hindu . Ghazal mempunyai sejarah yang menarik dan unik. daerah

kumpulan ghazal mereka sendiri . Ada kalanya kumpulan-kumpulan ini akan saling

2.3

Rentak. Rentak dalam nyanyian ghazal adalah berbeza dengan rentak-rentak yang lain. Hal ini

adalah kerana, rentak asal nyayian ghazal adalah bersandarkan kepada rentak yang berasal dari Parsi.

Tal dalam genre ghazal adalah dikenali sebagai

rentak. Tal merupakan perkataan

Hindustan yang bermaksud irama. Tal berperanan sebagai penetapan had atau harakatharakat lagu yang dimainkan mengikut had panjang dan pendek. Tal mestilah dipatuhi agar muzik yang dimainkan sedap didengar dan tidak menyakitkan telinga. Pelbagai jenis Tal dalam sistem Hindustani yang dipraktikkan dalam lagu-lagu ghazal. Antaranya ialah Khirwa yang terdiri dari 8 bit, Dadra 10 bit, dan Teen 16 bit. Kini, kebanyakan Tal-tal muzik ghazal tidak dipraktikkan lagi. Hanya Tal Khirwa dan Dadra sahaja yang masih digunakan. 2.4 Fungsi Alat Muzik Ghazal tidak dimainkan di tempat yang terbuka sebaliknya diadakan ditempat yang khas. Peralatan muzik tradisional ghazal yang berasal dari Parsi adalah terdiri daripada harmonium, biola , gambus, alat muzik bertali sarenggi dan tabla. Di Malaysia alat muzik sarenggi jarang digunakan disebabkan oleh kesukaran mencari pemain sarenggi.Ghazal Melayu yang dipopularkan di Johor menggunakan alat muzik seperti harmonium, satu set alat perkusi tabla , gambus, gitar, tamborin dan violin. Peti harmonium. Merupakan alat muzik tradisional yang berasal dari India. Digelar sebagai penghulu alat muzik dalam permainan ghazal. Berperanan penting dalam persembahan muzik ghazal iaitu bagi memulakan persembahan dan menentukan masa (timming) bagi seorang penyanyi memulakan nyanyian. Tabla. Terdiri daripada dua buah gendang. 1 gendang besar (Bam) dan 1 gendang kecil (Din) Mempunyai massala yang membuatkannya lebih bergema. Meningkah dan mengiringi muzik agar lebih rancak dan enak didengar. Gambus dan Violin. Kedua-dua alat muzik ini berfungsi sebagai alat yang mencoraki latar belakang rentak lagulagu ghazal. Contohnya dalam lagu-lagu Jawa dan Melayu. Kesemua alat ini perlu dituning terlebih dulu. Ghazal mencantumkan alat-alat dan ciri-ciri muzik India, Melayu dan Barat. Skel muzik Baratl yang lazim digunakan ialah skel diatonik major-minor . Ini menghasilkan kedua-dua tekstur belapis muzik Melayu dan harmoni Barat dihasilkan. Harmonium dan biola
5

memainkan variasi melodi penyanyi dengan patah lagu dan bunga-bunga tersendiri. Gitar dan gambus berfungsi mengawal tempo. Juga berfungsi sebagai alat peningkah dan dimainkan semasa biola dan harmonium berehat. Gitar dan harmonium pula bermain not bes dan triad barat. Rentak muzik ringan dari India, rentak asli dan joget Melayu digunakan. Lagu dicipta dalam bentuk strofi iaitu setiap rangkap dinyanyikan dengan variasi melodi yang sama. 2.5 Maksud teks. Persembahan ghazal adalah antara persembahan yang banyak diadakan di Negara kita. Perkataan ghazal diambil daripada perkataan Arab yang bermaksud puisi kasih. Nyanyian ini berasaskan pantun dan puisi yang dinyayikan dalam Bahasa Melayu. Antara lagu ghazal yang popular ialah Sri Mersing, seri Mahligai dan Gunung Banang. Contoh sebahagian teks dari lagu ghazal Sri Mersing Sri Meresing lagulah melayu Dikaranglah oleh biduan dahulu Hatiku runsing bertambahlah pilu Mengenangkan nasib dagang piatu Pantai Meresing jajahan Johor Pantainya indah sudah mahsyur Hatiku runsing dapat dihibur Patah dihati jiwa terkubur Dari teks lagu Sri Mersing di atas jelas menunjukkan keindahan bahasa yang digunakan. Merupakan bait-bait pantun yang dikarang indah dengan pembayang dan maksudnya. Setiap baris perkataan diakhiri dengan bunyi ritma yang sama 3.0 3.1 Dondang Sayang Pengenalan Dondang sayang bermaksud nyanyian kasih. Dondang adalah berasal dari perkataan dendang iaitu nyanyian dan sayang pula bermaksud kasih. Persembahan sayang Daya dondang cukup terkenal di Melaka berbanding di tempat-tempat lain di Negara ini. tarikan serta keunikan persembahan dondang sayang adalah menggunakan konsep
6

pantun dalam seni kata sebagai tema persembahan. Dondang sayang diminati oleh orang Melayu , termasuklah masyarakat Cina Peranakan yang lebih dikenali sebagai Baba dan Nyonya serta masyarakat Serani khususnya di negeri Melaka. Dondang sayang sukar dipersembahkan. Lagu dondang sayang mesti dipelajari bersungguhsungguh kerana mempunyai banyak kelainan dengan lagu-lagu tradisi yang lain. Gelaran yang pernah diberikan kepada lagu dondang sayang ialah penghulu lagu. 3.2 Sejarah dan Latar belakang. Dondang sayang dikatakan berasal dari daerah Riau, Indonesia walaupun ada pendapat yang mengatakan dondang sayang mula dikesan di negeri Melaka. Beberapa penulisan tentang dondang sayang lebih menekankan kepada aspek pantun yang dinyayikan dalam lagu ini tetapi kurang pengkajian berkaitan asal usul lagu dondang sayang itu sendiri. Menurut Tan Sooi Beng (1997) , ada dua teori sejarah asal usul dondang sayang. Pertama dondang sayang dipercayai berasal dari Penyegat, Riau , Indonesia dan yang kedua berasal dari Melaka iaitu zaman kegemilangan kerajaan Melayu Melaka ada abd ke 15. Berhubung asal usul dondang sayang , terdapat beberapa pendapat lain yang menyanggah pendapat sebelumnya. Terdapat pendapat yang menyatakan bahawa dondang sayang wujud pada saat saat terakhir Kesultanan Melayu Melaka iaitu pada akhir abad ke 15. Dipercayai dondang sayang dilahirkan di Pulau Sebang , Tampin , Melaka. Penciptaanya dikatakan dibuat khas untuk meraikan Datuk Temenggung yang melawat daerah tersebut sebagai pembesar negeri dalam pemerintahan kerajaan Melayu Melaka ketika itu. Lantas, para penduduk pun menebang pokok kelapa dan batangnya untuk dibuat rebana dan gendang. Alat-alat tersebut dijadikan alat muzik bagi mengiringi nyanyian dondang sayang. Sementara itu, ada pula pendapat yang menyatakan dondang sayang lahir daripada kesan pengaruh seni lagu yang dibawa oleh Portugis di sekitar kurun ke 16. Malah masyarakat Portugis yeng pernah mendiami negeri Melaka sekian lama didakwa melahirkan lagu tersebut. Ini bersandarkan kepada dua faktor iaitu alat muzik biola dibawa masuk ke rantau ini dari Eropah. Malah kegemaran bersuka ria dan berhibur merupakan cara hidup orang Portugis yang berbeza berbanding kehidupan orang Melayu. Justeru, masyarakat tempatan di
7

Melaka telah mengasimilasikan banyak tradisi dari masyarakat Portugis dalam kehidupan seharian mereka. Suatu hakikat yang harus diakui bahawa genre dondang sayang terus diperkemaskan lagi dengan kedatangan alat-alat muzik barat seperti biola. tradisional yang digunakan ialah rebana , gendang dan gong. Walaupun pelbagai pendapat diutarakan, keistimewaan menyanyikan lagu dondang sayang amat bergantung kepada nyanyian pentunnya. Tanpa dinyayikan dengan pantun , lagu dondang sayang tidak akan meninggalkan kesan kerana dianggap sebagai persembahan yang tidak lengkap. Malah nyayian dalam pantun inilah yang paling menarik perhatian penonton kerana mereka akan tekun mengikuti sejauh mana kebolehan dan kecekapan para penyanyinya bersoal jawab atau pun berjual beli pantun. Cara berjual beli pantun ini juga menguji ketangkasan fikiran si penyanyi keran penyampainya juga harus seiring dengan irama muzik yang berkumandang. 3.3 Rentak Rentak dalam genre dondang sayang selalunya bergantung kepada penyanyi dan teks lagu. Sekiranya teks lagu tersebut berunsur lucu , maka rentak yang dimainkan oleh alat perkusi adalah agak cepat. Sebaliknya, jika teks lagu tersebut berunsur kisah yang sedih , maka alat muzik rebana dan tetawak akan dimainkan dengan tempo yang perlahan. Persembahan dondang sayang bermula dengan gesekan biola dan iringan alt-alat muzik. Kemudian, pantun dondang sayang mula dinyayikan mengikut rentak dan irama paluan gong serta gesekan biola sehingga tamat. Dua buah rebana dipalu dengan rentak yang tersendiri. Salah sebuah daripada rebana itu dipalu dengan seragam untuk menentukan rentak lagu dan sebuah rebana lagi dengan rentak tambahan untuk irama yang lebih mangashikkan. Gong dipalu mengikut rentak rebana. Kedua-dua paluan haruslah beriringan agar rentak muzik berasa canggung pada pendengaran orang ramai. Malah, memberi peluang kepada penyanyi menjual beli pantun dengan selesa. Dalam sesebuah persembahan biasanya ahli-ahli muzik akan duduk berdekatan antara satu sama lain. Pemuzik juga harus mengikut tempo penyanyi. Setiap penyanyi mempunyai temponya sendiri dan semasa menyanyi mereka mengikut tempo sendiri. Oleh itu, pemuzik perlu bersedia dan menukar tempo mengikut penyanyi. Alat muzik

Tetawak atau gong berperanan bagi memastikan lagu tersebut mempunyai tempo yang tetap dan konsisten. Hal ini adalah kerana, keunikan nyayian dondang sayang adalah pada teks lagu tersebut bukanya irama atau rentak lagu. 3.4 Fungsi Alat Muzik. Suatu ensemble dondang sayang , biasanya terdapat empat orang pemain violin, dua orang memainkan rebana dan seorang akan memainkan gong atau tetawak. Pemain violin biasanya akan menjadi ketua kumpulan. Ketua kumpulan memainkan peranan penting dalam ensemble ini bagi memberikan kaunter melodi untuk melodi asal dondang sayang. Irama gesekan biola adalah sebagi pembuka dan pengiring utama kepada nyanyian. Pukulan rebana pula sebagi peningkah yang diselangi dengan paluan gong atau tetawak sebagi pelengkap lagu. Keunikan lagu dondang sayang juga terletak kepada bentuk melodimya. Lagu dondang sayang berasaskan satu melodi sahaja. Ia mempunyai bentu atau form stropik di mana setiap stanza mempunyai tujuh baris vokal. Bentuk muzik adalah berasaskan struktur pantun empat kerat dengan ulangan beberapa baris pantun. Alat muzik yang biasanya digunakan bagi mengiringi nyanyian dondang sayang ialah violin, biola , dua set rebana dan tetawak atau gong. Kadangkala terdapat juga lat muzik lain yang digunakan seperti akordian, seruling dan beberapa lagi violin. 3.5 Maksud Teks. Penyanyi akan memulakan lagunya setelah rentak antara biola dan rebana diselaraskan. Seterusnya pantun dinyanyikan baris demi baris yang biasanya terdiri dari pantun empat kerat. Cara berbalas pantun dalam dondang sayang dapat melahirkan suasana yang gembira. Semasa berbalas pantun salah seorang penyanyi yang gagal menjawab pantun yang dijual kepadanya dikira sebagai kalah. Ini biasanya berlaku dalam sesuatu pertandingan dondang sayang. Bagi persembahan biasa, kedua-dua orang penyayi sudah tahu dan biasa dengan setiap pantun yang dinyayikan. Persembahan dondang sayang boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian. Persembahan dimulakan dengan gesekan biola, kemuadian pantun pengenalan dan seterusnya pantun dijual olaeh pemantun atau penyanyi.
9

Lazimya orang yang pandai menyanyikan lagu dondang sayang juga berkebolehan mengarang pantun secara spontan. Sebaliknya orang yang pandai berpantun belum tentu dapat menyanyikan dondang sayang dengan baik. Penyanyi dondang sayang akan lebih ghairah atau bersemangat apabila pantunnya dapat menjawab soalanya . Jawapan yang tepat seakan memberikan ilham baru kepada penyanyi untuk mencipta pantun yang lain untuk mengatasi lawanya. Pada umumnya , tema teks pantun-pantun yang dinyayikan adalah berkisar kepada masalah budi, kasih sayang , kias, ibarat, sindiran dan senda gurau yang disampaikan secara sopan. Pembayang maksud setiap pantun sering diambil dari alam sekeliling atau keindahan alam dan kadang-kala menyebut watak individu yang terkenal dalam masyarakat atau nama tempat. Penggunaan perkataan seperti Ala sayang, Ala dendang, Ala kawan, Cik adik sering digunakan. Contoh teks: Soal Burung putih burung dara Bersama dengan burung kedidi Dari mana datang asmara ala sayang Menjadi idaman pemuda pemudi? Jawab Pancing ikan pakai perahu, Bawa sebilah pisau belati, Kalau Cik Adik hendak tahu , Dari mata turun ke hati. Dua baris yang pertama dikenali sebagai pembayang. Pembayang memainkan peranan penting kerana ia memulakan tempo untuk nyanyian dondang sayang. Teks dalam bahagian pembayang biasanya mengisahkan tentang sesorang atau perkara am. Dua baris teks yang seterusnya dikenali sebagai maksud. Bahagian inilah yang membawa maksud pantun tersebut. Mesej yang ingin disampaikan dalam lagu-lagu dondang sayang adalah terdapat pada dua baris yang terakhir ini. 4.0 Boria
10

4.1

Pengenalan Boria adalah sejenis teater yang amat popular di negeri utara Malaysia, terutama

Pulau Pinang. Secara umumnya asal permainan boria dikaitkan dengan peristiwa Karbala di Parsi. Persembahan boria mempunyai dua segmen iaitu sketsa dan nyanyian. Nyanyian boria diketuai oleh seorang tukang karang (biasanya akan memegang tongkat penunjuk ketika menyanyi). Rangkap karangan boria yang hujung sukukatanya sama setiap rangkap kisahnya berkaitan dengan sketsa yang dipersembahkan. Sailor yang terdiri lebih dari enam orang di belakang tukang karang akan menyanyi dengan mengulangi rangkap pertama nyanyian tukang karang tadi. Alat-alat muzik boria telah berubah mengikut peredaran masa. 4.2 Sejarah dan latar belakang. Dalam suatu kajian berkaitan boria , kesenian ini diadakan telah wujud sejak zaman kerajaan Bani Umaiyah lagi yang diketuai oleh Yazid bin Muawiyah yang juga merupakan musuh ketat kepada Saidina Husain , anak Saidina Ali bin Abu Talib yang juga cucu Rasulullah . Permusuhan antara kedua-dua pihak itu berakhir dengan peristiwa tragis , yakni hingga berlakunya kematian ke atas Saidina Husain dalam suatu peperangan di Karbala . Peristiwa malang tersebut berlaku pada 10 Muharam tahun 62 Hijrah . Sehubungan dengan peristiwa itu , kematian Saidina Husain disambut oleh pengikutpengikut Yazid dengan rasa megah dan riang . Mereka mengadakan perayaan secara besarbesaran dengan menyanyi dan menari beramai-ramai sambil memuji kehandalan pahlawanpahlawan mereka . Justeru , dipercayai bentuk perayaan puak Yazid itulah yang dibawa oleh pengikutpengikutnya yang datang ke Pulau Pinang . Bagaimanapun , kesenian ini telah disesuaikan dengan suasana tempatan . Pada hari ini boria mengalami perubahan dengan syair-syair yang didendangkan tidak lagi bekisar kisah permbunuhan Saidina Hussein r.a sebaliknya diselang selikan dengan peristiwa-peristiwa yang terdapat dalm Kitab Taurat, Injil serta cerita rakyat dari timur.

11

Di Malaysia , boria mula bertapak pada kurun ke 19 di Pulau Pinang. Pada peringkat awal , boria di Pulau Pinang dimainkan dari sebuah rumah ke sebuah rumah . Di beberapa tempat lain , terdapat kumpulan boria yang mengadakan persembahan pada bulan puasa bertujuan mengejutkan orang bangun dari tidur untuk bersahur . Ada juga kumpulan boria yang mengadakan persembahan pada 9 Muharam hingga 10 Muharam secara besar-besaran . Hari tersebut dinamakan hari Karbala , sempena dengan Perang Karbala yang mengorbankan dua orang cucu Rasulullah iaitu Hasan dan Husain . 4.2 Rentak Persembahan boria merangkumi seni muzik , tarian, lakonan dan teks yang berunsur komik. Ensemble boria mempunyai seorang ketua, penyanyi korus dan para pemuzik. Persembahan dimulakan dengan sketsa komik. Sketsa ini kemudianya diikuti oleh sebuah tarian yang diiringi oleh penyanyi korus dan penyanyi solo. ( Kementerian Kebudayaan , Kesenian dan Pelancongan Malaysia). Muzik boria dipegaruhi oleh muzik popular barat dan tempatan. Ia menggunakan rentak popular barat iaitu cha-cha, slow rumbha, mambo dan fox trot. Muzik boria juga menggunakan set dram/ bongo/ kongga untuk menghasilkan rentak barat. Terdapat unsur rentak aslli seperti inang, joget dan zapin. Menggunakan gong dan rebana untuk hasilkan rentak asli. Walaupun terdapat unsur muzik barat, gaya nyanyian merupakan gaya tradisi Melayu yang memberi penekanan pada penghujung frasa. Rentak dalam lagu boria adalah bergantung kepada kisah yang akan disampaikan. Terdapat dua segeman dalam persembahan boria iaitu sketsa dan nyanyian. Seorang ketua yang di kenali sebagai tukang karang akan mengetuai nyanyian boria. Tukang karang biasanya akan memegang tongkat penunjuk ketika menyanyi. 4.3 Fungsi Alat Muzik . Muzik boria berbentuk strofik dan melodi yang sama digunakan oleh tukang karang serta sailors. Walau bagaimanapun, muzik ini mula berubah pada tahun 1950-an Sehinggan tahun 1990-an, tambahan muzik pembukaan dan penutup dibentuk untuk menyediakan penari masuk dan meninggalkan pentas. Kebanyakan melodi muzik boria dibentuk berdasarkan skel diatonik. Ia menggunakan meter empatan. Teksturnya adalah homofonik. Harmoni yang digunakan ialah kod asas I,iv, v/ Kadang kala alat saksofon juga digunakan.
12

Alat muzik yang digunakan oleh kumpulan boria pada masa dahulu terdiri daripada biola , maracas dan tabla . Keupayaan para pemuzik untuk untuk membawa irama yang dapat mengiringi nyanyian tukang karang adalah merupakan aspek yang sangat penting. Oleh itu, kadang kala alat muzik yang digunakan hanyalah gendang dan violin. Walau bagaimanapun, sekiranya lebih banyak alat muzik digunakan maka semakin baiklah persembahan boria tersebut.Violin, gambus , marwas , tabla , gendang , akordian dan harmonika adalah di antara alat muzik yang sering digunakan. Kumpulan boria masa kini pada umumnya diiringi oleh sebuah pancaragam biasa yang kebanyakan adalah kugiran. 4.4 Maksud Teks. Bentuk persembahan boria terbahagi kepada beberapa bahagian yang terdiri daripada bahagian pembukaan atau permulaan , bahagian tarian atau nyanyian dan bahagian penutup . Dalam bahagian permulaan , boria dimulakan dengan suatu lakonan pendek yang menjadi tema keseluruhan pantun atau syair yang akan dinyanyikan oleh tukang karang . Lakonan ini lebih merupakan perbualan sahaja . Isi lakonan atau perbualan adalah tentang sesuatu perkara yang berlaku dan lakonan biasanya diselitkan dengan unsur jenaka . Sebaik sahaja selesai sketsa itu , bermulalah tarian dan nyanyian . Kumpulan ini diketuai oleh seorang juara yang dipanggil sebagai Tukang Karang yang bertindak sebagai pemimpin dan penyanyi utama dalam persembahan mereka . Pada masa dahulu , pantun-pantun dikarang dengan bebas dan berunsur lucu . Pada masa ini , biasanya tema pantun atau syair telah ditetapkan terlebih dahulu . Lazimnya , pantun-pantun yang dikarang berisi nasihat dan pujian kepada sesuatu perkara . Penggunaan ritma yang sama pada akhir perkataan bagi setiap rangkap dapat memberi impak yang puitis dan harmoni dalam persembahan boria. Contohnya petikan teks dari persembahan kumpulan Boria Anak Tanjung di bawah : Kalimah bismillah bermula kata Alhamdulillah bersyukur kita Perihal Pulau Pinang tajuk cerita Boria Anak Tanjung membawa berita

13

Lainlah buluh lainlah parang Lain dahulu lain sekarang Perubahan Pulau Pinang yang cukup terang Boria Anak Tanjung cuba menerang

Soalan B. Keindahan muzik tradisional semakin terpinggir disebabkan oleh kebanjiran budaya-budaya asing dan muzik moden. Muzik pop seperti rock, rap, salsa dan heavy metal semakin digilai oleh generasi muda. Generasi muda dewasa ini semakin tidak mengenali dan berminat dengan khazanah muzik tradisional kita. Justeru itu, usaha-usaha perlu dilakukan bagi melestarikan genre-genre muzik tradisional kita khususnya ghazal, dondang sayang dan boria. Berdasarkan senario tersebut, langkah-langkah berikut dicadangkan bagi melestarikan genre muzik tradisional tersebut agar lebih positif dan cenderung kepada perkembangan yang lebih sihat lagi. i. Pertandingan realiti. Sudah menjadi trend masa kini rancangan realiti sangat menarik minat masyarakat. Justeru , pertandingan nyanyian realiti ghazal, dondang sayang dan boria dilihat dapat mempopularkan genre muzik tersebut . Contohnya rancangan realiti TV Akademi Fantasia, ramai bakat baru dapat dicungkil dan diberikan pendedahan tentang muzik dan teknik-teknik nyanyian yang betul. Anak muda yang mempunyai minat terhadap muzik genre tradisional ini diberikan pendedahan tentang muzik tradisonal khususnya ghazal, dondang syang dan boria. Pendedahan dari peringkat mencipta teks atau pantun yang betul , muzik dan persembahan genre tersebut mesti dilakukan dengan sistematik dan terancang. Perancangan rapi harus dilakukan dengan disertai oleh promosi yang menarik dan meyeluruh. Media elektronik seperti televisyen, radio dan media cetak boleh membantu

mempromosikan pertandingan realiti tersebut. Dengan cara demikian bakat-bakat muda dapat dicungkil dan secara tidak langsung dapat menarik dan memupuk minat generasi muda terhadap genre muzik ghazal, dondang sayang dan boria tersebut.
14

ii. Kajian Semula Kurikulum Pendidikan Muzik Kurikulum pendidikan muzik di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah perlu dikaji semula agar mewujudkan aspek budaya tradisional. Pendedahan tentang muzik tardisional perlu dimasukkan kedalam kurikulum Pendidikan Muzik. Genre muzik ini seharusnya mempunyai kesinambungan dari peringkat rendah ke peringkat menengah rendah dan seterusnya ke peringkat menengah tinggi. Jika di peringkat sekolah rendah tumpuan adalah kepada pengetahuan asas muzik, adalah dicadangkan pendidikan di peringkat menengah rendah menjurus kepada pengkhususan sebagai persiapan melangkah ke peringkat lebih tinggi dan seterusnya menghadapai peperiksaan asas di peringkat sekolah menengah. Kajian semula kurikulum ini juga adalah untuk memberi laluan kepada perancangan kurikulum khusus seni muzik di peringkat universiti agar institusi pengajian tinggi (lPT) dapat melahirkan graduan yang memenuhi ke hendak pasaran semasa.
iii. Pengwujudan Sekolah Seni

Kementerian Pelajaran telah mewujudkan sekolah seni di Johor dan Sarawak dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan sebagai sekolah perintis. Hal ini merupakan satu hasrat yang murni, dan dapat mengembangkan bakat dan minat anak muda dalam pelbagai genre muzik. Seharusnya genre muzik tradisional seperti ghazal , dondang syang dan boria tidak dipinggirkan. Hal ini adalah kerana dengan cara ini dilihat dapat menyemarakkan dan memupuk generasi muda agar menghargai budaya kita. Dalam konteks ini adalah diharapkan sekolah seni dapat diwujudkan di semua negeri untuk member lebih banyak ruang dan peluang kepada pelajar yang cemerlang dalam bakat dan seni untuk mendapat pendidikan formal dalam bidang ini, sepertimana pewujudan sekolah vokesional bagi mereka yang cenderung kepada bidang vokesional. iv. Mengatasi Masalah Kekurangan Guru Muzik Tidak dinafikan masalah pelaksanaan pendidikan seni muzik secara menyeluruh di

semua peringkat pendidikan dipengaruhi oleh kekurangan guru muzik yang khusus dan mahir. Kekurangan ini perlu diatasi dengan segera dengan memberi insentif seperti biasiswa atau pinjaman kepada pelajar muzik dan guru muzik sedia ada serta belum terlatih untuk melanjutkan pelajaran seni muzik di dalam dan luar negara.
15

Khidmat pakar-pakar muzik tradisional lama atau otai dalam ghazal, dondang sayang dan boria juga boleh digunakan bagi menurunkan ilmu genre muzik tersebut kepada generasi pelapis. v. Mengatasi kekurangan alat muzik. Pembelajaran seni muzik perlu seiring antara pendekatan secara teori dan secara amali. Bagaimanapun, pendekatan secara amali sering dibebani oleh kekurangan peralatan muzik. Dalam hal ini Kerajaan perlu menyediakan peruntukan setiap tahun kepada Kementerian Pelajaran khusus untuk pembelian peralatan ini. Disamping itu, pihak sekolah juga wajar mengambil inisiatif sendiri untukmendapatkan sumber kewangan bagi menampung peruntukan Kerajaan. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memainkan peranan penting membantu Kerajaan melaksana projek yang boleh menjana tabung sekolah ke arah pencapaian hasrat murni ini. vi Memantapkan Pendidikan Seni Muzik dalam aktiviti Ko-Kurikulum. Kementerian Pelajaran juga disarankan mewajibkan setiap sekolah menengah menubuhkan sebuah Kelab Kebudayaan. Mungkin masalah yang timbul ialah kekurangan kepakaran atau guru dalam mengajar genre ghazal , dondang sayang dan boria. Oleh itu, adalah disarankan agar Kementerian Kebudayaan membekalkan tenaga pengajar tersebut ke sekolah sekolah menengah bagi membimbing dan membantu guru dalam aktiviti Kelab Kebudayaan. Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan juga perlulah mengadakan pertandingan Ghazal, dondang sayang dan boria dari peringkat sekolah, daerah dan seterusnya ke peringkat kebangsaan. Dengan cara ini, secara tidak langsung ia dapat melestarikan muzik dan budaya tradisional kita. vi. Penyelidikan berkaitan Muzik Tradisional Pemeliharaan muzik tradisi melalui kaedah pendidikan diterajui oleh ASWARA di bawah KeKKWa. Usaha ini wajar diteruskan, malah perlu dikembangkan agar pembelajarannya meliputi lebih banyak lagi muzik tradisi yang terdapat di negara ini. Selain daripada ASWARA,Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), sebagai agensi pelaksana aktiviti kebudayaan dan kesenian KeKKWa, juga mengendali beberapa siri bengkel jangka pendek merangkumi pendidikan mencipta teks atau pantun genre
16

muzik tradisional, pendidikan bermain alat muzik secara amali, serta pembuatan alat muzik melalui projek industri budaya. vii. Menghasilkan jenama muzik Malysia. Khazanah rentak muzik tradisional Malaysia seperti ghazal, zapin, joget, inang, asli, etnik Sarawak dan Sabah dan sebagainya, mampu dijadikan jenama muzik Malaysia jika pandai disesuaikan dengan rentak kontemporari antarabangsa. Niche ini kurang diterokai oleh pencipta lagu tanahair mungkin kerana tidak mahu menanggung risiko dan dikhuatiri tidak mendapat sambutan. Namun demikian, Malaysia harus mempunyai identiti muziknya tersendiri dan perlu diusahakan secara eksperimental pada peringkat awal, dan selanjutnya dijadikan satu identiti kepada negara ini. Pendekatan ini juga secara tidak langsung akan memberi satu nafas dan pemangkin baru kepada industri muzik Malaysia dalam memberi kesan positif . viii. Aktiviti Penggalakan

Bagi menggalakkan kecenderungan dalam muzik tradisi di kalangan rakyat Malaysi terutama generasi muda, beberapa siri pertandingan muzik tradisi harus dilaksanakan sama ada yang berbentuk muzik secara keseluruhan atau mengiringi artis dalam pertandingan nyanyian. Sebagai contoh, pertandingan muzik tradisi iaitu muzik ghazal, muzik dondang sayang , dan muzik boria. Pertandingan Bintang Asli Remaja anjuran KeKKWa yang sewaktu ketika dulu, hendaklah diteruskan kerana pertandingan nyanyian seperti ini memerlukan muzik tradisi sebagai pengiring artis. Secara tidak langsung pertandingan ini dapat menghidupkan semula persembahan muzik tradisi di samping membuka ruang dan peluang yang lebih banyak ke arah penciptaan lagu-Iagu berlandaskan muzik tradisi. ix. Aktiviti Penyemarakan Kegiatan muzik tradisi boleh terbantut seandainya tiada usaha jitu ke arah menyemarakkannya ke seluruh pelosok negara. Setakat ini muzik tradisi hanya popular diluar-Iuar bandar dan amat jarang sekali diketengahkan di bandar-bandar. Persembahan dibandar seringkali hanya tertumpu kepada majlis-majlis rasmi kerajaan melibatkanpembesar-pembesar negara sahaja, dan amat kurang dipersembahkan secara konsert. Persembahan atau konsert dari artis-artis ternama dimestikan mendendangkan sekurang-kurangnya sebuah lagu dari genre ghazal atau dondang sayang atau boria. Begitu
17

juga dalam penghasilan album mereka , dimestikan memuatkan sekurang-kurangnya sebuah lagu genre tersebut. Pihak radio pula dimestikan untuk memutarkan lagu genre tersebut . Justeru sebagai agensi kerajaan, Istana Budaya dilihat perlu memberi lebih banyak peluang kepada persembahan muzik tradisi dengan penganjurannya secara eksklusif, selaras dengan pentas Istana Budaya yang bertaraf dunia. Di samping itu adalah wajar persembahan dilangsungkan secara keliling di bandar-bandar utama negara untuk memberi peluang kepada masyarakat menikmati muzik tradisi dalam bentuk penganjuran yang eksklusif.

Kesimpulan. Memandangkan Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, sekaligus

mewujudkan kepelbagaian persembahan tradisional yang unik dan berbeza-beza antara satu sama lain. Malah keunikan inilah yang menjadikan persembahan tradisional bersifat majmuk, yang suatu daya tarikan kepada perlancong asing untuk datang ke negara ini. Apatah lagi dalam persembahan tertentu, ia tidak mungkin dapat disaksikan di negaranegara lain. Genre muzik ghazal, dondang sayang dan boria adalah merupakan genre muzik tradisi yang amat menarik dan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Teks nyanyian yang mempunyai pengajaran dan maksud tertentu disertai dengan tarian dan melodi yang menarik perlu diserapkan kepada generasi muda. Hari ini, genre muzik ini semakin terpinggir dengan kemunculan muzik popular dan moden. Generasi muda semakin tidak mengetahui muzik tradisional ini sedangkan ia adalah merupakan budaya kita yang perlu dipelihara. Satu usaha

18

yang bersepadu dan perancangan pembangunan seni muzik genre ghazal , dondang sayang dan boria perlu dilakukan.

(5048pp)

Rujukan.

19

20

You might also like