You are on page 1of 6

3.

ANALISIS DATA KESELURUHAN PENGGUNA PLAN RANGKAIAN TELCO

Keputusan soal kaji selidik plan rangkaian telco yang digunakan oleh pelajar PPISMP Semester 3.

PLAN RANGKAIAN TELCO Celcom UOX Celcom XPAX Celcom Blue Digi Easy Digi Prepaid Maxis Youth Hotlink U Mobile Tune Talk Digi Campus

JUMLAH 50 7 2 17 29 4 4 0 3 2

PERATUSAN 42% 6% 2% 14% 25% 3% 3% 0% 3% 2%

Jadual 3.0

Rajah 3.0

Rajah 3.0.1 Berdasarkan kajiian yang telah dijalankan Celcom UOX telah mendominasi carta dengan mencatat pengguna yang paling tinggi iaitu sebanyak 42%. Seramai 50 orang dari lima kelas pengajian menggunakan plan rangkaian ini. Kemudian, penggunaan rangkaian telco kedua tertinggi ialah Digi Prepaid iaitu sebanyak 25%. Kebanyakan pengguna rangkaian ini terdiri daripada bangsa Cina. 29 orang yang kebanyakannya dari kelas Pengajian Bahasa Cina menggunakan plan rangkaian telco ini. Seterusnya, kedudukan ketiga tertinggi ialah pengguna plan rangkaian telco Digi Easy. Plan rangkaian ini mencatat pengguna sejumlah 17 orang iaitu sebanyak 14%. Seterusnya ialah pengguna Celcom XPAX dengan jumlah pengguna sebanyak 7 orang dengan peratusan 6%. Seterusnya, tiga plan rangkaian telco menduduki kedudukan yang sama iaitu plan Maxis Youth, plan Hotlink dan Tune talk dengan peratusan sebanyak 3% diikuti dengan pengguna Digi Campus dan Celcom Blue sebanyak 2 %. Akhir sekali ialah plan rangkaian telco Umobile dengan peratusan sebanyak 0%. Oleh itu, mode bagi plan rangkaian telco yang digunakan oleh pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak Semester ialah plan rangkaian Celcom UOX. Manakala plan rangkaian Umobile menduduki tempat terakhir pilihan pelajar PPISMP Semester 3.

3.1

ANALISIS SEBAB PENGGUNAAN RANGKAIAN TELCO

Jadual dibawah merupakan keputusan keseluruhan bagi sebab pemilihan plan rangkaian telco Pelajar PPISMP Semester 3 Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak.

SEBAB Kadar bayaran yang dicaj lebih murah Ramai rakan menggunakan rangkaian yang sama Menawarkan bonus yang banyak Percuma panggilan dan mesej Tempoh tarikh luput yang panjang Liputan meluas Percuma penggunaan internet Lain-lain Jadual 3.1

JUMLAH 33 20 4 20 18 5 3 15

Rajah 3.1

Rajah 3.1

Berdasarkan kajian yang telah kami lakukan berkaitan dengan penggunaan plan rangkaian telco dalam kalangan pelajar PPISMP

Semester 3, kami mendapati bahawa sebab utama penggunaan sesuatu

plan rangkaian telco adalah bergantung kepada kadar bayaran yang dicaj oleh syarikat komunikasi. Oleh itu, syarikat komunikasi yang menawarkan kadar bayaran yang lebih murah telah menarik minat majoriti pengguna pelajar PPISMP Semester 3. Sebab kedua yang yang paling banyak menarik minat pelajar ialah faktor rakan-rakan. Kebanyakan pelajar memilih plan penggunaan telco adalah kerana ramai rakan menggunakan plan yang sama yang juga boleh menjimatkan kredit untuk menghantar pesanan ringkas dan juga untuk menelefon. Selain itu, faktor percuma

mesej dan juga panggilan menduduki peratusan yang sama dengan faktor ramai rakan mempunyai rangkaian yang sama. Faktor seterusnya yang menarik minat pelajar juga ialah tempoh tarikh luput plan rangkaian tersebut. Semakin panjang tarikh luput semakin ianya menarik minat pengguna terutamanya pelajar. Hal ni juga kerana pelajar tidak perlu untuk menambah nilai kredit setiap minggu kerana tarikh luput yang panjang menyebabkan pelajar boleh menggunakan perkhidmatan plan tersebut tanpa had dan juga boleh menjimatkan wang. Seterusnya sebab lain-lain menjadi pilihan pengguna. Liputan yang meluas menjadi pilihan pengguna yang seterusnya. Hal ini kerana liputan yang meluas

membolehkan penggunanya menggunakan perkhidmatan plan rangkaian tersebut walau di mana jua mereka berada. Kemudian, syarikat

komunikasi yang menawarkan bonus yang banyak kepada pelanggannya menjadi sebab keenam pemilihan plan rangkaian telco bagi pelajar PPISMP Semester 3. Akhir sekali, percuma penggunaan internet telah menarik penguna terutamanya bagi plan rangkaian telco Hotlink.

Kesimpulannya, mode bagi sebab pemilihan plan rangkaian telco ialah

berdasarkan kadar bayaran yang dicaj oleh syarikat komunikasi. Manakala pilihan terakhir pengguna ialah disebabkan factor p[ercuma penggunaan internet. Oleh itu, syarikat komunikasi haruslah bijak dalam menarik minat pelanggan untuk menggunakan plan rangkaian mereka.

You might also like