You are on page 1of 3

PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN PUASA

Disediakan Oleh : PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SK ORANG KAYA MOHAMAD

1.0 PENGERTIAN PUASA 1.1 Menurut bahasa : Puasa ialah menahan diri daripada melakukan sesuatu seperti makan, minum dan bercakap. Hal ini berdasarkan Firman Allah Taala tentang kisah Maryam AS: Maksudnya : Sesungguhnya aku bernazar untuk puasa daripada bercakap (diam membisu) kerana Allah. (Surah Maryam : 26) 1.2 Menurut syara , Puasa ialah : Menahan diri daripada sebarang perkara yang membatalkannya, bermula dari terbit fajar hingga matahari terbenam dengan niat. Wahai orang-orang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu PUASA sebagaimana yang telah diwajibkan kepada umat yang terdahulu daripada kamu, moga -moga kamu bertaqwa . (Surah Al-Baqarah : 183) 2.0 HUKUM MENINGGALKAN PUASA PADA BULAN RAMADHAN 2.1 Sesiapa yang mengingkari kewajipannya akan menjadi kafir dan disuruh bertaubat sebagaimana orang murtad. Sekiranya dia enggan, hendaklah dijatuhkan hukuman bunuh ke atasnya jika dia telah lama memeluk Islam dan tidak tinggal berjauhan daripada ulama . Sesiapa yang tidak berpuasa tanpa mengingkari kewajipannya, dia menjadi fasiq. Pemerintah wajib memenjarakannya dan menghalangnya daripada makan dan minum pada waktu siang supaya dia berpuasa sekalipun secara zahirnya sahaja.

2.2

2.3 2.4

3.0 HIKMAH PUASA 3.1 Menyedarkan hati orang yang beriman bahawa dirinya adalah sentiasa berada di bawah pemerhatian Allah Taala. Merupakan jalan yang termudah untuk menunaikan hak Allah dan tanggungjawab hamba kepadaNya. Mendidik jiwa dan mengurangkan sifat keras hati yang bersarang dalam diri insan akibat kekenyangan yang berterusan. Merupakan wasilah yang terbaik untuk melahirkan rasa ihsan dan prihatin sesama saudara seaqidah.

3.2

3.3

3.4

4.0 SYARAT WAJIB PUASA RAMADHAN 4.1 4.2 4.3 Islam Mukallaf ( Aqil Berakal ) (Baligh Cukup Umur) Tiada sebarang keuzuran yang menghalang puasa atau mengharuskannya berbuka 4.3.1 Apakah Keuzuran Yang Menghalang Puasa? 4.3.1.1 Haidh atau Nifas pada sebahagian waktu siang 4.3.1.2 Pitam atau gila sepanjang hari. Jika pulih daripada siuman walaupun sekejap dia wajib imsak (menahan diri) sepanjang hari tersebut. 4.3.2 Apakah Keuzuran Yang Mengharuskan Berbuka Puasa? 4.3.2.1 Penyakit yang memudaratkan pesakit 4.3.2.2 Perjalanan yang jauh iaitu tidak kurang daripada 83 km 4.3.2.3 Tidak berupaya untuk berpuasa sama ada disebabkan keadaan terlalu tua atau memiliki penyakit yang tiada harapan sembuh 5.0 SYARAT SAH PUASA RAMADHAN 5.1 5.2 5.3 Islam - Tidak sah puasa orang kafir Berakal atau mumayyiz Tiada sebarang keuzuran yang menghalang puasa - Tidak pitam dan gila yang berterusan sepanjang hari serta tiada kedatangan haidh dan nifas

6.0 RUKUN PUASA RAMADHAN 6.1 Niat Tempat niat adalah di dalam hati . Tidak memadai dengan lisan Malah tidak disyaratkan melafazkannya Dalilnya :

Maksudnya : Sesungguhnya setiap amalan adalah dengan niat Syarat Niat Puasa Ramadhan : Berniat pada waktu malam
 Berniat sebelum terbit fajar - Jika tidak berniat puasa hingga fajar telah terbit, maka niat itu terbatal dan puasa juga turut terbatal

: Maksudnya : Sabda Nabi Sollallahu Alaihi Wa Sallam : Sesiapa yang tidak berniat puasa sebelum terbit fajar, maka puasanya tidak sah. - Riwayat Ad-Daruqutni dan Al-Baihaqi

 Menentukan jenis puasa - Puasa yang diniat hendaklah ditentukan jenisnya . Contohnya berazam dalam hati untuk menunaikan puasa Ramadhan . Jika seseorang berniat puasa sahaja, maka niatnya itu tidak sah.

Maksudnya : Sabda Nabi Sollallahu Alaihi Wa Sallam : Sesungguhnya setiap amalan itu adalah dengan niat, dan sesungguhnya seseorang itu akan dibalas berdasarkan niatnya. Riwayat Ad-Daruqutni dan Al-Baihaqi
 Niat berulang-ulang a Hendaklah berniat puasa untuk hari berikutnya pada setiap malam sebelum terbit fajar . Tidak memadai niat sekali sahaja untuk sebulan . b Puasa Ramadhan bukanlah ibadat yang tunggal tetapi ia adalah ibadat yang berulang-ulang . c Setiap satu ibadat (satu hari puasa) mempunyai niat yang tersendiri. d Puasa sunat tidak disyaratkan berniat pada waktu malam dan menentukan jenis puasanya. e Sah puasa sunat apabila berniat sebelum matahari gelincir dan dengan niat puasa sahaja . .

Maksudnya : Daripada Saidatina A isyah RA berkata bahawa Nabi Sollallahu Alaihi Wa Sallam pulang ke rumahnya lalu Baginda bertanya : Adakah ada makan tengah hari di rumah? Kata A isyah RA : Jika kami memberitahu Baginda bahawa ada makanan, baginda akan makan tetapi jika kami memberitahu Baginda bahawa tiada makanan, lantas Baginda ak menyatakan bahawa Baginda meneruskan an puasanya. 6.2 Menahan Diri Daripada Segala Perkara Yang Membatalkannya 6.2.1 Makan dan minum 6.2.2 Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga melalui ruang yang terbuka 6.2.3 Muntah dengan sengaja 6.2.4 Melakukan hubungan kelamin dengan sengaja 6.2.5 Mengeluarkan air mani dengan sengaja 6.2.6 Haidh dan nifas 6.2.7 Gila dan murtad

You might also like