BAHAGIAN A
1.
Jelaskan peranan raja di Negeri-Negeri Melayu dari tahun 1800
–
1896.
PENDAHULUAN (3M)
Raja atau sultan memainkan peranan penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu. Sebelum kedatanganpenjajah, sultan memainkan peranan penting dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Namun penguasaan penjajah Britishke atas Tanah Melayu menyebabkan kuasa sultan mulai terhakis. Sebaliknya British mula memainkan peranan dalampolitik, ekonomi dan sosial. Walaupun kuasa sultan kian terhakis pada zaman penjajahan British namun sultan tetapmenjadi unsur penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu.
ISI JAWAPANA. Peranan Raja sebelum penjajahan British
KEDUDUKAN TERTINGGI DAN BERKUASA MUTLAK- Kuasa tertinggi dalam politik di NNM terletak di tangan Sultan/Raja /Yang Di Pertuan Besar. Contohnya SultanPerak,Selangor,Johor,Pahang,Kedah,Kelantan, Perlis,Terengganu dan Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan.- Sultan dianggap sebagai Amirul Mukminin dan Wakil Allah Di Bumi. Melanggar perintah sultan dianggap sebagai
melanggar perintah Allah. “ Wahai Orang
-
Orang Yang Beriman, Taatilah Allah dan RasulNYA dan Ulil Amri”. Ulil Amridirujuk kepada Sultan. Ketinggian sultan sebelum kedatangan kuasa British juga ditunjukkan “….
All power is centered inSultan/
Raja and the powerfull chiefs….”.
- Selaras dengan ketinggiannya sultan dikaitkan dengan daulat. Barang siapa yang engkar arahan atau perintahsultan akan tekena tulah. Daulat sultan diperolehi semasa istiadat pertabalannya. Diri sultan juga suci dan mempunyaidarah putih dan kesucian ini dikaitkan dengan alat-alat,bahasa dan sebagainya yang berbeza-beza mengikut negeri.a)
Alat muzik seperti nobat hanya dimainkan semasa upacara rasmi seperti pertabalan dankemangkatan sultan/raja.b)
Alat-alat kebesaran seperti kayu gamit,puan naga taru,kamala,surat ciri,cap halilintar dan ubar-ubar,mahkota kebesaran,lambang negeri,bantal,langsir yang digunakan atau dipamer semasa pertabalan.c)
Alat senjata seperti pedang,tombak,keris panjang. Alat-alat ini dipercayai menjelma sendiri danmempunyai kuasa sakti sehingga dapat memusnahkan sesiapa yang memegang tanpa keizinan.d)
Penggunaan bahasa istana/dalam seperti beta,beradu,santap,geringe)
Binatang dan buah-buahan tertentu contohnya gading gajah di Pahang, telur penyuTerengganu,buah ketiar,gajah,kerbau balar dan anak
–
anak gampang. Seorang sultan dikurniakan kuasa sakti dan layakmengendalikan makhluk-makhluk ini.f)
Warna/pakaian: warna kuning hanya boleh digunakan oleh sultan dan kerabatnya. Di Johornyacontohnya semasa Majlis Raja bagi orang kebanyakan dikehendaki memakai songkok baldu hitam,baju hitam. Bagi wanitadikehendaki memakai baju kurung Teluk Belanga dengan lengan baju diketatkan sedikit dengan cara dijahit atau disematdengan jarum. Leher baju pula dijahit dengan tulang belut. Leher cekak musang hanya boleh dipakai oleh anak-anak rajadan ahli orang besar-besar.KETUA PENTADBIR /PEMERINTAH- Sultan atau YDPB adalah ketua negeri masing-masing. Mereka mengetuai pentadbiran atau pemerintahan negeri.Secara umumnya sultan mengetuai agama,undang-undang,hubungan luar,ketua angkatan tentera dan lain-lain yangbersangkutan dengan pentadbiran. Contohnya Sultan Johor berperanan melindungi adat Melayu,hakim utama,mengetuaiangkatan perang,mengetuai rundingan dengan ketua-ketua negara yang lain,mempertahankan agama Islam,mengawalekonomi kerajaan dan melantik pembesar-pembesar untuk menjalankan pentadbiran.- Sesuai dengan ketinggian kedudukannya , untuk mentadbir negeri sultan dibantu oleh menteri dan pegawai-pegawai yang dikenali dengan berbagai gelaran mengikut negeri. Contohnya di Perak antara golongan pembesar utamaialah Orang Kaya Dato Bendahara Paduka Raja, Orang Kaya Laksamana, Tun Pikrama Temenggung, Sri Nara Diraja dansebagainya. Di Johor pula contohnya Bendahara amat berkuasa antara tugasnya ialah menjadi ketua menteri, panglimatertinggi angkatan tentera dan ketua adat istiadat diraja. Sementara di Pahang pula sultan dibantu oleh Dato Bendahara,Dato Temenggung, Orang Kaya Indera Segara, Orang Kaya Maharaja Perba, Orang Kaya Indera Syahbandar danpembesar-pembesar lain.- Apabila sultan mangkat bakal waris raja biasanya bergelar Raja Muda/Yang Dipertuan Muda/Tengku Mahkota,Tengku Besar akan dilantik oleh pembesar sebelum jenazah sultan dimakamkan. Dalam adat penggantian, kecuali di Perakputera sulung sultan yang bergelar bakal sultan akan dilantik sebagai pengganti. Di Perak system penggantian mengikutsystem giliran: Raja Di Hilir, Raja Bendahara, Raja Muda dan Sultan. Sebelum campur tangan British di Johor, Johor mengistiharkan Undang-Undang Tubuh pada tahun 1895. Begitu juga dengan Terengganu pada tahun 1911 yangmenyentuh di antara lain tentang penggantian sultan dan perjalanan pentadbiran.