You are on page 1of 8

PENGGUNAAN MEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH

KOK PANG ING (M20092000861) E-mail: kpi68518@yahoo.com.my

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS FACULTY OF ECONOMICS AND MANAGEMENT 35900 TANJONG MALIM, PERAK

1.0 PENDAHULUAN Media pendidikan merupakan suatu alat atau perantara yang berguna untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini sangat membantu guru dalam mengajar dan memudahkan murid menerima dan memahami pelajaran. Isu media pendidikan yang dibangkitkan di negara Taiwan, Hong Kong, Japan dan Korea Selatan dalam Jurnal yang bertajuk Media Education Across Four Asian Societies: Issues And Themes memang menjadi isu pendidikan di Malaysia juga. Secara umum media pendidikan di Malaysis pada masa kini masih tertinggal dibandingkan dengan negara Asian seperti Taiwan, Hong Kong, Japan dan Korea Selatan, tetapi kerajaan kita dan juga pihak swasta telah sedar kepentingan pendidikan teknologi terhadap pelajar kita dan mereka telah berusaha dalam memajukan media pendidikan di

Malaysia melalui pelbagai cara. Contohnya Program Teknologi Pendidikan melalui televesyen dan radio, projek mega Multimedia Super Coridor (MSC), sekolah Bestari dan lain-lain lagi.

2.0 PELAKSANAAN MEDIA PENDIDIKAN DI MALAYSIA Pelaksanaan media pendidikan di Malaysia adalah berbeza dengan negara Taiwan, Hong Kong, Japan dan Korea Selatan. Walaupun kita tidak secanggih dengan mereka, tetapi kerajaan telah menyediakan kemudahan institusi pendidikan yang menawarkan program berkaitan dengan media dan teknologi komunikasi seperti Universiti Multimedia, Universiti Teknologi Malaysia, Institut Teknologi Mara, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Telekom Malaysia. Dalam sistem pendidikan sekolah rendah walupun tidak mempunyai mata pelajaran media secara khusus namun unsur berkenaan telah diselitkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran(P&P). Kini proses P&P menjadi lebih berkesan, canggih dan mudah difahami. Komputer dilengkapi sistem bunyi serta kamera membolehkan guru menerangkan sesuatu topik dengan lebih jelas. Kecanggihan itu menyuntik semangat serta perhatian murid untuk terus mengikuti sesuatu pengajaran. Selain mewujudkan proses pembelajaran dua hala, menyedari pentingnya peranan media dalam proses pembelajaran harian, menjadi tanggungjawab semua pihak terutama pelaksana dasar memastikan kemudahan media digunakan secara optimum dalam menarik minat pelajar di kelas. Antara pelaksanaan dasar media pendidikan di Malaysia adalah seperti berikut: 2.1 Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP)

Walaupun media pendidkan di Malaysia tidak setanding negara Hong Kong, Taiwan Japan dan Korea Selatan, tetapi sejak awal lagi, kerajaan Malaysia telah memulakan media pendidikan di sekolah. Program Teknologi Pendidikan mula diperkenalkan di dalam sistem pendidikan negara sebelum Merdeka. Melalui penggunaan alat-alat bantu mengajar seperti filem jalur secara terancang, dapat menjelaskan konsep

pembelajaran dan memperkayakan suasana pembelajaran dengan bantuan gambar, teks dan audio. Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) telah memberi perkhidmatan siaran radio, perkhidmatan alat pandang-dengar dan perkhidmatan siaran TV ke sekolah-sekolah. Pada masa kini, TV pendidikan telah diserapkan ke dalam waktu pengajaran dan pembelajaran. Guru dan pelajar akan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran melalui TV pendidikan seperti dirancang mengikut waktu siarannya.

2.2

Penggunaan komputer dalam pendidikan

Pada zaman globalisasi ini, tiada bezanya komputer dalam pendidikan sama ada di Hong Kong, Taiwan, Japan dan Korea Selatan, atau pun di Malaysia. Tetapi tidak dinafikan komputer dalam pendidikan di Japan, Korea Selatan, Hong Kong dan Taiwan lebih maju daripada Malaysia. Komputer dalam pendidikan membolehkan pelajar sekolah menguasai pengetahuan dan kemahiran asas supaya mereka boleh menggunakan kemudahan ini untuk pembelajaran dan persediaan menghadapi cabaran masyarakat yang berasaskan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT). Kesedaran kepada kepentingan teknologi maklumat ini telah mendorong kerajaan untuk menerapkan bidang tersebut sehingga ke peringkat sekolah rendah. Ini adalah kerana selain daripada kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira), satu lagi kemahiran asas yang diperlukan oleh pelajar untuk bersaing di alaf baru ini ialah celik komputer. Seperti apa yang kita ketahui, komputer amat diperlukan dalam pendidikan, banyak maklumat yang boleh dicapai daripada komputer tidak boleh dilakukan oleh manusia itu sendiri dan kemampuan mengutip dan menyimpan maklumat serta pengetahuan hanya dapat dikelolakan dengan cekap oleh komputer. Di samping itu, komputer membolehkan pelajar menganalisis data, menulis laporan, dan melayari Internet untuk mendapatkan maklumat bagi meningkatkan pengetahuan mereka dan lain-lain lagi. Oleh itu, kebolehan dan kemampuan menggunakan komputer dengan cekap dan berkesan dapat membantu pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2.3

Sekolah Bestari

Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Hong Kong, Taiwan Japan dan Korea Selatan sejak awal lagi. Dalam konteks pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, melalui Bahagian Pendidikan Guru, telah menjalankan Kursus Dalam Perkhidmatan Bestari selama 14 minggu kepada guruguru di seluruh negara. Dalam kursus ini, guru-guru akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran generik termasuklah kemahiran teknologi maklumat yang seterusnya akan menjadi asas dan keperluan utama dalam pembinaan pakej pembelajaran bestari. Para peserta akan berpeluang menjadikan internet sebagai sumber dan alat penyebaran maklumat yang cepat dan berkesan, E-mel, World Wide Web, teknologi digital, Internet, CD-Rom dan bahan multimedia interaktif menjadi alat atau kemudahan baru dalam sistem pendidikan bersifat bestari.

2.4

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Melalui rancangan pembestarian semua sekolah, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi akan diterap serta diintegrasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mulai tahun 2003, mata pelajaran Sains dan Matematik mulai diajar dalam Bahasa Inggeris. Pusat Perkembangan Kurikulum (2003) menyatakan bahawa mempelajari Sains dan Matematik dalam medium bahasa Inggeris yang dibantu oleh ICT, menyediakan peluang yang lebih besar untuk pelajar meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka.

Pihak kerajaan bersetuju untuk membekalkan peralatan ICT ke sekolah yang merangkumi komputer riba, projektor LCD atau TV, troli dan skrin. Setiap orang guru yang terlibat dengan pelaksanaan PPSMI di kelas-kelas yang berkenaan diberikan komputer riba dan dibolehkan membawa balik ke rumah supaya mereka dapat

membuat persediaan awal sebelum masuk ke bilik darjah. Kelas-kelas juga disediakan dengan LCD dan troli untuk digunakan guru di bilik darjah. Bagi sekolah-sekolah yang tiada bekalan letrik, penggunaan gen-set telah diusahakan. Kementerian Pelajaran Malaysia KPM turut membekalkan teaching courseware (TC) untuk membantu guru mengajar dalam bahasa Inggeris. TC ini adalah perisian multimedia dalam bentuk cakera padat yang boleh digunakan guru untuk menyampai pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris dengan sepenuhnya serta dengan berkesan dalam bilik darjah.

3.0

KESAN NEGATIF MELALUI PENYALAHGUNAAN INTERNET

Media pendidikan telah banyak menyumbang kepada bidang pendidikan Malaysia. Malah, masalah penyalahgunaan internet turut berlaku dan semakin serius. Sejak kebelakangan ini, pelajar menjadikan media sebagai saluran alternatif melakukan aktiviti tidak berfaedah termasuk melayari laman web tidak sesuai dengan usia hingga terikut-ikut dengan perwatakan negatif hingga menjejaskan prestasi dan imej mereka. Isu yang dibangkitkan dalam jurnal juga berlaku pada pelajar kita di mana pelajar telah tergila-gila melayari internet sehingga siang malam. Sekiranya di rumah mereka tidak ada kemudahan internet mereka akan ke kafe siber untuk mendapatkan kemudahan internet. Dalam kafe siber mereka telah banyak membuang masa dan wang ringgit mereka. Portal-portal sosial seperti Myspace, Friendster, Facebook dan bermacam-macam lagi yang wujud umpama cendawan tumbuh selepas hujan telah menjadi kegilaan pelajar-pelajar zaman sekarang Selain daripada portal-portal sosial, permainan

komputer atas talian (Online Games) turut menjadi kegilaan pelajar sekolah masa kini. Penyalahgunaan internet dikalangan pelajar sekolah semakin membimbangkan dewasa ini terutamanya membabitkan pelayaran laman web berunsur lucah yang turut menjadi kegilaan pelajar masakini.

Selain daripada itu, terdapat pihak yang mengambil kesempatan lagi bagi kepentingan diri sendiri. Mereka yang tidak bertanggungjawab ini menyebarkan pelbagai maklumat. Maklumat tersebut pula boleh menimbulkan pelbagai keburukan. Contohnya berita-berita palsu, khabar-khabar angin, gambar-gambar pornografi, lucah dan sebagainya. Perkara-perkara ini tidak sepatutnya dilihat atau ditonton oleh pelajar yang masih mentah dan mempunyai ketahanan mental dan emosi yang lemah. Akibatnya, ia akan melahirkan generasi yang berbudaya negatif seperti vandalisme, seks bebas, black mental dan sebagainya.
4.0

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH PENYALAHGUNAAN INTERNET

Negara Taiwan, Hong Kong, Japan dan Korea Selatan sejak dulu lagi telah menyedari pendidikan serta panduan awal penting supaya pelajar dapat berfikir mengenai baik dan buruknya pengaruh media dan mereka telah mulakan pelbagai dasar pendidikan untuk mengatasi masalah ini. Memandangkan negara kita walaupun kerajaan sudah mengambil langkah seperti penapisan dan mewujudkan peraturan bagi menangani masalah ini, tetapi masih belum melaksanakan dasar pendidikan di institusi pendidikan secara langsung dalam menimbulkan kesedaran di kalangan pelajar supaya mampu menilai kesan dan pengaruh media secara amnya. Menurut jurnal yang dibaca, negara Japan telah mendisiplinkan pelajarnya dalam pemilihan maklumat semasa melayari internet melalui pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kerajaan Korea Selatan pula telah menyedarkan pelajarnya tentang kesan negatif

penyalahgunaan internet dan juga cara-cara mengatasinya melalui pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan. Pelajar dan generasi muda wajar dididik dan dibimbing sama ada oleh guru atau ibubapa melayari laman web yang informatif dan bersifat ilmiah. Mereka sepatutnya mencari maklumat baru atau mendalami pengetahuan. Mereka perlu dilatih sama ada di rumah atau melalui sistem persekolahan supaya lebih bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan masyarakat. Disiplin diri penting untuk memanfaatkan dan menangani

unsur-unsur negatif IT kerana pada akhirnya pelajar sendiri yang perlu membuat pilihan sama ada membuang masa dengan melayari laman yang tidak berfaedah atau memanfaatkan maklumat melalui Internet. Pilihan terletak di tangan mereka sama ada untuk memanfaatkan IT untuk kemajuan diri, masyarakat dan negara atau sebaliknya. 5.0 KESIMPULAN

Media massa mendatangkan banyak manfaat kepada kita tetapi pengaruh negatif dari internet perlu dihindari tidak kira mana-mana satu negara. Oleh itu, kerajaan, ibubapa, pendidik dan anggota masyarakat perlu memainkan peranan supaya pelajar tidak terpengaruhi dengan unsur-unsur yang tidak sishat ini. Pelajar merupakan generasi pewaris negara untuk menyempurnakan Wawasan 2020, Amanah dan tanggungjawab perlu dipikul demi mempertahankan kesejahteraan negara ini. Selain itu, pelajar juga merupakan bakal pendidik generasi akan datang. Apa sahaja bentuk pendidikan yang diperolehi pada hari ini akan diterapkan dalam pendidikan masa hadapan. Lantaran itu, pihak-pihak tertentu perlu mencari jalan terbaik bagi membantu pelajar seperti apa yang telah diusahakan oleh negara Japan, Korea Selatan, Taiwan dan Hong Kong,.

Bibliografi Bicara akademik: pengaruh media. (2009). Diperoleh Julai 23, 2010, daripada http://www.sabahdaily.com/2009/09/bicara-akademia-pengaruh-media/ Hajimin Maslin. (t.t.). Media, teknologi dan masyarakat. Diperoleh Julai 23, 2010, daripada http://www.sabah.net.my/nurfirdaus/universiti/kom3003t3.htm Kebaikan internet. (2009). Diperoleh Julai 23, 2010, http://www.angelfire.com/bug/rangkaian0/kelebihan_internet.htm daripada

Mohd Afendi Daud. (2008). Menangani gejala negative dalam internet. Diperoleh 23 Julai, 2010, daripada http://mazlan66.wordpress.com/2008/05/07/menanganigejala-negatif-dalam-internet/ Muhamad N. Ikhsan. (2005). Prinsip pengembang media pendidikan sebuah pengantar. Diperolehi Julai 23, 2010, daripada http://teknologipendidikan

wordpress.com/2006/03/21/prinsip-pengembangan-media-pendidikan-sebuahpengantar/

Pengajaran pendidikan media melalui sekolah dasar. (2007). Diperoleh Julai 23, 2010, daripada http://www.kidia.org/news/tahun/2007/bulan/05/tanggal/10/id/ 19/ Pengaruh internet terhadap pelajar sekolah. (2009). Diperoleh Julai 23, 2010, daripada http://bicarasosial.wordpress.com/2009/07/26/pengaruh-internetterhadap pelajar-sekolah/ Shukriah Ismail. (2004). Penggunaan internet di kalangan mahasiswa: kajian terhadap pelajar SPI, UTM, 2003-2004. Tesis sarjana muda. Tidak diterbitkan:Universiti Teknologi Malaysia. Teknologi untuk pendidikan bestari. (2008). Diperoleh Julai 21, 2010, daripada http://www.moe.edu.my:8080/web/guest/profil/btp/ Wan Azlinda Wan Mohamed & Nor Hashimah Ab. Hamid. (2002). Persepsi pelajar luar terhadap penggunaan komputer dalam proses pembelajaran. Diperoleh 23 Julai, 2010, daripada http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2002& dt=0108&pub=DuniaPendidikan&sec=Kertas_Kerja&pg=kk_01.htm

You might also like