You are on page 1of 3

KEMUDAHAN CUTI UNTUK GURU

a) Cuti Tanpa Rekod (Perintah Am Bab C Perkara 41-46 dan Pekeliling Perkhidmatan Bil.9 Tahun 1991) 1) Untuk menghadiri latihan/khemah tahunan pasukan sukarela (seperti pada LAMPIRAN A Perintah Am) tidak melebihi 30 (+2) hari setahun. 2) Untuk menghadiri latihan/khemah tahunan persatuan/pertubuhan dalam Malaysia sahaja (seperti pada LAMPIRAN B Perintah Am) tidak melebihi 14 (+2) hari (jika lebih, gunakan Cuti Rehat atau Cuti Tanpa Gaji). 2.1) Kemudahan yang sama untuk menghadiri kursus anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Kursus Kesatuan Sekerja yang diluluskan oleh Kementerian Sumber Manusia. 2.2) Bagi kursus ke luar Negeri, pertimbangan JPA. 3) Untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan/luarbiasa, khemah latihan tahunan, seminar dan aktiviti sukan pertubuhan/persatuan di Malaysia. 4) Untuk mengambil peperiksaan (pada hari-hari peperiksaan sahaja). Tempoh/hari lain kelayakan Cuti Rehat / Tanpa Gaji). 5) Untuk mengambil bahagian dalam sukan/olahraga di peringkat Negeri/Antarabangsa tidak melebihi 30 hari. Juga bagi ahli Majlis/Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Negeri/Antarabangsa itu menghadiri mesyuarat AJK. 6) Untuk anggota lelaki semasa isteri bersalin tidak melebihi 7 hari (termasuk hari atau tarikh isteri bersalin). 7) Apabila diminta hadir oleh/di mahkamah (termasuk 1 hari untuk pergi dan 1 hari untuk balik) Pekeliling JPA(S)223/8/3-3. SK4/(11) bertarikh 26.7.1994 i. Diberi kepada ahli-ahli Kesatuan Sekerja semasa menghadiri persidangan perwakilan di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa yang diadakan di dalam negeri dan untuk menghadiri mesyuaratmesyuarat agung tahunan/luarbiasa diperingkat Kebangsaan (tanpa menambah bilangan Hari Cuti Tanpa Rekod yang sudah dibekalkan). Cuti Tanpa Rekod tidak boleh diberi kepada pegawai-pegawai Kesatuan Sekerja untuk menjalankan urusan-urusan Kesatuan Sekerja. Surat ruj. JPA(S) 177/4/3/Klt.2(60), 25 Januari 1985.

ii.

b) Cuti Isteri Bersalin Di Bawah Perenggan 58.2 Pekeliling Perkhidmatan Bil.9 Tahun 1991 1) Kemudahan cuti isteri bersalin sebanyak tujuh hari diberi kepada pegawai-pegawai yang telah kehabisan cuti rehat yang dia berkelayakan pada tarikh isterinya bersalin dan bukannya telah kehabisan semua cuti rehat tahunannya. 2) Pegawai yang berkelayakan cuti rehat kurang dari tujuh hari pada tarikh isterinya bersalin hanya layak diberi cuti tanpa rekod sebanyak baki tempoh itu sahaja. Sebagai contoh, enam hari cuti tanpa rekod diberi sekiranya cuti rehatnya berbaki sebanyak satu hari sahaja, dan satu hari cuti tanpa rekod diberi sekiranya cuti rehatnya berbaki sebanyak enam hari. 3) Cuti tanpa rekod ini hendaklah bermula pada tarikh isteri pegawai bersalin atau pada hari berikutnya sekiranya isteri seseorang pegawai itu bersalin selepas waktu pejabat. 4) Semua hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am yang jatuh dalam tempoh cuti ini hendaklah diambilkira; dan 5) Kemudahan ini adalah tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. 6) Kemudahan cuti tanpa rekod ini juga dipanjangkan kepada pegawai perkhidmatan pendidikan yang diarah bertugas semasa cuti penggal persekolahan. Dalam pada itu, pegawai perkhidmatan pendidikan yang bertugas semasa penggal sekolah juga layak diberi kemudahan ini. c) Cuti Bersalin Untuk Guru 1) Cuti Bersalin Bergaji Penuh Bagi Sandaran Terlatih (GST) Yang Dilantik Ke Jawatan Tetap Kemudahan cuti bersalin bergaji penuh hanya diperuntukan kepada guru wanita yang telah dilantik tetap ke dalam perkhidmatan. Kemudahan ini tidak dipanjangkan kepada anggota sambilan dan sandaran. Guru Sandaran Terlatih wanita tidak juga layak mendapat kemudahan cuti bersalin bergaji penuh mulai tarikh surat rasmi perlantikan tetap mereka dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan walaupun tarikh perlantikan tetap mereka itu di kebelakangkan. Apabila peraturan itu dilaksanakan ianya telah menimbulkan pelbagai masalah. Antaranya ialah mereka tidak layak diberi sebarang cuti dan dalam tempoh tersebut elaun tidak dibayar kepada mereka. Di samping itu, tempoh mereka tidak hadir bertugas kerana bersalin tidak boleh diambil kira bagi tujuan faedah persaraan. Untuk mengatasi masalah tersebut, Jabatan Perkhidmatan Awam melalui suratnya JPA(S)/63/51/2Klt.2/(5) bertarikh 12 Ogos 1994 telah bersetuju agar Guru Sandaran Terlatih perempuan yang dilatih tetap ke dalam perkhidmatan tetap dan tarikh perlantikannya dibelakangkan adalah layak mendapat kemudahan cuti bersalin

bergaji penuh jika tempoh yang dibelakangkan itu meliputi tempoh bersalin. Kemudahan cuti ini adalah berkuatkuasa mulai 1 Oktober 1993. 2) Cuti Bersalin Kepada Cuti Wanita Yang Telah Menggunakan Kelayakan Lima (5) Kali Kemudahan Cuti Bersalin Bergaji Penuh Guru wanita yang telah menggunakan kelayakan lima (5) kali kemudahan Cuti Bersalin dalam tempoh perkhidmatan, sekiranya bersalin anak ke-enam boleh diberi cuti bergaji penuh jika tempoh tersebut jatuh dalam cuti penggal sekolah. Selain dari itu, cuti separuh gaji diperuntukan bagi tempoh 14 hari apabila tempoh cuti bersalin mereka jatuh dalam waktu persekolahan.

You might also like