You are on page 1of 2

TEKS UCAPAN TIMBALAN PELAJARAN DAERAH

SEMPENA PERSARAAN PENGETUA SMKA



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Marilah kita memanjat kesyukuran kepada Yang Maha Esa kerana
dengan limpah izinNya kita dapat berkumpul di dewan ini bagi satu
majlis yang akan menjadi satu lagi sejarah bagi warga SMKA dan
juga kenangan bagi orang yang kita raikan hari ini.Terlebih dahulu,
saya merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas jemputan bagi
menyempurnakan MajIis Penyerahan Surat Penghargaan
Kerajaan MaIaysia sempena persaraan YB En. Md Ali bin Ahmad,
Pengetua Kanan SMKA yang akan bersara wajib pada 17
November 2011.

Tuan-tuan dan puan-puan sekelian,

Pihak JPP dan PPD serta sekolah khususnya sesungguh amat
terhutang budi kepada beliau di atas segala sumbangan dan
khidmat bakti sepanjang beliau berkhidmat di dalam dunia
pendidikan. Sepanjang beliau berkecimpung dalam dunia
pendidikan sama ada sebagai guru, pengetua mahupun Pegawai
Pelajaran Daerah sumbangan dan jasa beliau amat dihargai.
Sebagai pemimpin di sekolah ini sudah pasti beliau mengharapkan
yang terbaik bagi sekolah ini dalam semua aspek pendidikan.
Sama ada itu tercapai atau tidak warga sekolah ini sahaja yang
boleh membuat penilaian yang lebih tepat. Apapun beliau sudah
pasti mencuba segala daya upaya untuk menjadikan SMKA salah
satu sekolah cemerlang di daerah ini.

Setelah melalui pelbagai tahap kepimpinan beliau ternyata cekal,
sabar dan sanggup menghadapi bermacam cabaran dan dugaan
dalam dunia pendidikan. Hanya mereka yang pernah melalui fasa-
fasa kepimpinan seperti beliau sahaja yang dapat merasai dan
memahami betapa bukan mudah untuk menjadi seorang ketua
atau pemimpin sesebuah organisasi. Sesungguhnya banyak
kejayaan yang telah dicapai sepanjang beliau mencurahkan bakti
dalam dunia pendidikan ini. Kejayaan yang diimpi tidak mungkin
direalisasikan tanpa adanya seorang pemimpin yang dapat
menggembeling dan menyatu idea warga pendidik sehingga
membolehkan kejayaan dicapai. Kejayaan yang dicapai bukan
sekadar di peringkat negeri malah ia melepasi ke peringkat
kebangsaan.

Persaraan seseorang daripada perkhidmatan awam tidak
bermakna berakhirnya segala-galanya. Malah ianya, adalah
peluang serta langkah permulaan ke suatu suasana yang baru.
Saya penuh yakin dan percaya beliau sudahpun membuat
persediaan untuk menghadapi alam persaraan. Selain dapat
berehat, menambah amal ibadat serta menghabiskan masa
bersama keluarga tersayang khususnya cucu-cucu, mungkin akan
ada bidang baru yang ingin diceburi.
Masa persaraan juga memberi kita peluang untuk meningkatkan
penguasaan ilmu pengetahuan melalui pembacaan. Dengan cara
ini, saya yakin masa persaraan itu akan merupakan suatu
keadaan yang aktif, menyegarkan, dan mencabar seperti semasa
kita masih berkhidmat. Ada juga mereka yang sudah bersara
mengambil peluang mengisi masa mereka dengan berbakti
kepada masyarakat. ni boleh dilakukan dengan menyertai mana-
mana persatuan, menjadi ahli aktif jawatankuasa masjid atau
sekolah dan badan-badan amal atau NGO yang mungkin
memerlukan tenaga sukarelawan atau kepakaran kita.

Ssebagai mewakili warga pendidik khususnya di daerah ini saya
ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB En. Ali
bin Ahmad di atas segala sumbangan dan pengorbanan yang
telah beliau curahkan dalam perkhidmatan beliau sebagai
seorang pendidik. Marilah kita bersama-sama mendoakan akan
kehidupan beliau terus diberkati dan dirahmati Allah dan sejahtera
sepanjang masa terutama bersama dengan keluarga. Saya bagi
pihak pegawai-pegawai di PPD ingin memohon kemaafan dan
keampunan sekiranya sepanjang kita berinteraksi terdapat
sebarang kesalahan. Sebagai manusia kita tidak dapat lari
daripada membuat kesilapan dan kesalahan.

Hadirin dan hadirat sekeIian,

Sebelum saya mengakhiri ucapan, sekali lagi kalungan terima
kasih dihulurkan kepada En Ali bin Ahmad, sesungguhnya segala
jasa yang telah tuan curahkan akan kita ingati.Terima kasih Cikgu,
Selamat Bersara , Moga Persahabatan Kita Terus Berkekalan

Sekian, terima kasih.

You might also like