Marilah kita memanjat kesyukuran kepada Yang Maha Esa kerana dengan limpah izinNya kita dapat berkumpul di dewan ini bagi satu majlis yang akan menjadi satu lagi sejarah bagi warga SMKA dan juga kenangan bagi orang yang kita raikan hari ini.Terlebih dahulu, saya merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas jemputan bagi menyempurnakan MajIis Penyerahan Surat Penghargaan Kerajaan MaIaysia sempena persaraan YB En. Md Ali bin Ahmad, Pengetua Kanan SMKA yang akan bersara wajib pada 17 November 2011.
Tuan-tuan dan puan-puan sekelian,
Pihak JPP dan PPD serta sekolah khususnya sesungguh amat terhutang budi kepada beliau di atas segala sumbangan dan khidmat bakti sepanjang beliau berkhidmat di dalam dunia pendidikan. Sepanjang beliau berkecimpung dalam dunia pendidikan sama ada sebagai guru, pengetua mahupun Pegawai Pelajaran Daerah sumbangan dan jasa beliau amat dihargai. Sebagai pemimpin di sekolah ini sudah pasti beliau mengharapkan yang terbaik bagi sekolah ini dalam semua aspek pendidikan. Sama ada itu tercapai atau tidak warga sekolah ini sahaja yang boleh membuat penilaian yang lebih tepat. Apapun beliau sudah pasti mencuba segala daya upaya untuk menjadikan SMKA salah satu sekolah cemerlang di daerah ini.
Setelah melalui pelbagai tahap kepimpinan beliau ternyata cekal, sabar dan sanggup menghadapi bermacam cabaran dan dugaan dalam dunia pendidikan. Hanya mereka yang pernah melalui fasa- fasa kepimpinan seperti beliau sahaja yang dapat merasai dan memahami betapa bukan mudah untuk menjadi seorang ketua atau pemimpin sesebuah organisasi. Sesungguhnya banyak kejayaan yang telah dicapai sepanjang beliau mencurahkan bakti dalam dunia pendidikan ini. Kejayaan yang diimpi tidak mungkin direalisasikan tanpa adanya seorang pemimpin yang dapat menggembeling dan menyatu idea warga pendidik sehingga membolehkan kejayaan dicapai. Kejayaan yang dicapai bukan sekadar di peringkat negeri malah ia melepasi ke peringkat kebangsaan.
Persaraan seseorang daripada perkhidmatan awam tidak bermakna berakhirnya segala-galanya. Malah ianya, adalah peluang serta langkah permulaan ke suatu suasana yang baru. Saya penuh yakin dan percaya beliau sudahpun membuat persediaan untuk menghadapi alam persaraan. Selain dapat berehat, menambah amal ibadat serta menghabiskan masa bersama keluarga tersayang khususnya cucu-cucu, mungkin akan ada bidang baru yang ingin diceburi. Masa persaraan juga memberi kita peluang untuk meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan melalui pembacaan. Dengan cara ini, saya yakin masa persaraan itu akan merupakan suatu keadaan yang aktif, menyegarkan, dan mencabar seperti semasa kita masih berkhidmat. Ada juga mereka yang sudah bersara mengambil peluang mengisi masa mereka dengan berbakti kepada masyarakat. ni boleh dilakukan dengan menyertai mana- mana persatuan, menjadi ahli aktif jawatankuasa masjid atau sekolah dan badan-badan amal atau NGO yang mungkin memerlukan tenaga sukarelawan atau kepakaran kita.
Ssebagai mewakili warga pendidik khususnya di daerah ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB En. Ali bin Ahmad di atas segala sumbangan dan pengorbanan yang telah beliau curahkan dalam perkhidmatan beliau sebagai seorang pendidik. Marilah kita bersama-sama mendoakan akan kehidupan beliau terus diberkati dan dirahmati Allah dan sejahtera sepanjang masa terutama bersama dengan keluarga. Saya bagi pihak pegawai-pegawai di PPD ingin memohon kemaafan dan keampunan sekiranya sepanjang kita berinteraksi terdapat sebarang kesalahan. Sebagai manusia kita tidak dapat lari daripada membuat kesilapan dan kesalahan.
Hadirin dan hadirat sekeIian,
Sebelum saya mengakhiri ucapan, sekali lagi kalungan terima kasih dihulurkan kepada En Ali bin Ahmad, sesungguhnya segala jasa yang telah tuan curahkan akan kita ingati.Terima kasih Cikgu, Selamat Bersara , Moga Persahabatan Kita Terus Berkekalan