You are on page 1of 6

TRANSKRIPSI FONETIK Pengenalan Transkripsi fonetik ialah alat yang paling berguna bagi ahli-ahli fonetik untuk menerangkan

ujaran. Ahli Fonetik akan mengambil perhatian ke atas bunyi-bunyi ujaran yang dituturkan. Kemudian ahli fonetik akan menilai atau menganalisis bagaimana bunyi-bunyi dihasilkan boleh memberikan perbezaan bunyi. Menurut Danial Jones, transkripsi fonetik ialah system yang tidak taksa ( ambiguous ) dalam menghasilkan penyebutan bagi membantu penulisan. Ia adalah cara yang mudah dan senang bagi menunjukkan susunan bunyi mengikut grafik. Persembahan grafik bagi susunan bunyi hadir di memori visual atau penglihatan dan kemudiannya membantu memori auditoria tau pendengaran. Sebelum mengetahui apa itu transkripsi fonetik, kita harus terlebih dahulu mengetahui prinsip-prinsip asas fonologi. Fonologi ialah penerangan berkaitan sistem dan pola bunyi yang wujud dalam bahasa.Fonologi melibatkanpengkajian bahasa bagi menentukan bunyi-bunyi yang berbeza langsung membina set rumus yang dapat menerangkan mengenai perubahan set. Segmen yang terkecil bagi bunyi yang boleh dikontraskan antara dua perkataan boleh dianggap sebagai fonem. Fonem ialah unit yang abstrak. Fonem boleh dijadikan asas untuk system tulisan ( syarat tulisan abjad ) secara sistematik dan tidak taksa. Selalunya, kita hanya merekodkan kesemua variasi antara bunyi-bunyi yang mempunyai perbezaan. Transkripsi adalah suatu cara pengalihan bentuk bunyi di dalam abjad fonetik (Soeparno, 2002). Selain ada juga yang mendefinisikan bahwa transkripsi adalah ucapan atau pengubahan teks dengan tujuan untuk menyarankan: lafal bunyi, fonem, morfem, atau tulisan sesuai dengan ejaan yang berlaku dalam suatu bahasa yang menjadi sasarannya (Marsono, 1993). Tujuannya untuk mencatat setepat mungkin semua ciri dari ucapan atau seperangkat ucapan yang dapat didengar dan dikenal oleh penulis di dalam bentuk ujaran. Selain itu transkripsi juga digunakan untuk mengetahui perbezaan yang halus dari beberapa ucapan dialek-dialek (Samsuri, 1974).

Abjad fonetik tersebut bersifat konvensional, dan konvensi yang paling luas merupakan konvensi international. Organisasi fonetik international The International Phonetic Association (IPA) telah berhasil menetapkan simbol fonetik international yang disebut The International Phonetic Alphabets (IPA).

Gambarajah 1 The International Phonetic Alphabets (IPA).

Terdapat dua jenis transkripsi, iaitu transkripsi fonetik dan transkripsi fonemik.. 1. Transkripsi Fonetik mentranskripsikan semua bunyi samada yang membezakan erti ataupun yang tidak. Simbol fonetiknya dituliskan di antara dua kurung siku tegak.
2. Transkripsi Fonemik

Hanya mentranskripsikan khusus bunyi-bunyi yang mempunyai erti saja. Simbol fonetik yang dipakai sama dengan transkripsi fonetik akan tetapi dituliskan di antara dua garis miring.
Objek garapan fonologi meliputi dua jenis iaitu (1) fonetik (2) fonemik.

Bahasa

Fonologi

Gramatika

Semantik

Fonetik

Fonemik

Berikut merupakan contoh ejaan fonetis dengan fonemis.


Huruf a e (pepet) e taling i o u Simbol bunyi [a] [e] [] [i] [i] [u]

Jadual 5.1: Simbol Vokal Bahasa Melayu


Huruf b c d g h j k l m n p q r s t v w Simbol bunyi [b] [] [d] [g] [h] [j] [k], [/], [Q] [l] [m] [n] [P] [q] [r] [s] [] [t] [v] [w]

x y z

[z] [Y] [z]

Jadual 5.2: Simbol Konsonan Huruf Gabungan Vokal ai au oi Jadual 5.3: Simbol Diftong Simbol bunyi [ai] [au] [oi]

Konsonan Rangkap

Simbol bunyi

gh ny ng sy th dz akh

[7] [] [] [] [ ] [] [x]

Rajah 5. 4: Konsonan Gandingan dan Rangkap

Mengapa perlu transkripsi fonetik?

Persembahan segmentasi dan autografik berkait rapat. Malah ciptaan abjad bergantung paada analisis terawal ujaran-ujaran bagi sesuatu bahasa ke dalam bentuk siri bunyi-bunyi ujaran yang dikenali. Perbezaan sistem tulisan bagi setiap perkataan yang digunakan. Contoh: Bahasa Inggeris British : night, colour nite, color. bergantung pada bagaimana keakuran sesuatu masyarakat menghubungkaitkan rantaian bunyi sebenar

Bahasa Inggeris Amerika :

Bahasa Inggeris selalu menghadapi masalah dengan penyebutan. Contoh : -ough- mempunyai ejaan yang hampir sama tetapi penyebutan yang berbeza seperti dalam cough, tough,tough dan kadangkala pula ejaan yang tidak seragam tetapi mempunyai bunyi yang sama. Contoh: Whey, neigh, gay Masalah juga timbul dengan penyebutan seperti the yang boleh disebut / / atau / i / . Begitu juga dengan perkataan for yang boleh disebut / f / atau / f /, to yang disebut dengan / / atau / tu: / , sangat sukar ditentukan ejaannya. Haruskah ditulis fer atau ter dan sebagainya yang kelihatan seolah-olah ejaan bagi orang-orang yang tidak berpelajaran tetapi sebaliknya bunyi ini adalah normal. Malah penyebutan ini merupakan bahagian terpenting dalam dialek atau cara penyebutan dalam bahasa Inggeris. Masalah kedua ialah ciri-ciri bunyi seperti tekanan dan nada yang turut menjadi sebahagian daripada ujaran yang juga merupakan cara yang penting bagi pengucapan atau penyebutan bunyi yang betul, kerapnya tidak dapat dipersembahkan.

You might also like