You are on page 1of 2

JID 2012 FONOLOGI (MINGGU KEEMPAT)

Terminonologi

Fon
Fon merupakan bunyi yang dikeluarkan dalam bentuk ujaran iaitu yang merupakan suatu yang
berterusan dan tidak berputus-putus. Bunyi-bunyi tersebut dipenggal-penggal kepada unit-unit
kecil yang dikenali sebagai bunyi penggalan. Setiap penggal bunyi itu dipanggil fon. Setiap fon
itu dimasukkan dalam kurungan [ ] bagi menandakan ianya 1 bentuk bunyi. Fon-fon yang
mempunyai ciri-ciri fonetik yang sama, dapat digolongkan ke dalam fonem yang sama.
Contoh: kereta - [k] [e] [r] [e] [t] [a].

Alofon
Fon-fon yang menjadi anggota dalam 1 fonem dipanggil alofon. Contoh: fon [p] mempunyai 2
cara sebutan yang berbeza.
Paya - /p/
Sapa - /p/
Atap - /p7/ >>> fon [p] tidak berbunyi
Penyebaran alofon fonem /p/ itu lengkap dalam semua lingkungan. (ada pada awal, tengah
dan akhir kata).

Fonem
Fonem merupakan suatu unit bahasa yang diwujudkan bagi kemudahan deskripsi sistem
bunyi/fonologi. Ia merupakan golongan-golongan bunyi yang mempunyai persamaan ciri-ciri
fonetiknya. Golongan-golongan ini hendaklah berkontras dengan golongan-golongan lain.
Fonem ditulis dalam kurungan / /. Ini adalah untuk membezakannya daripada fon/bunyi kerana
fonem melambangkan 1 keluarga bunyi. Terdapat 3 kaedah mendeskripsi fonem:-
1. Analisis Deskriptif
2. Analisis Fitur Distingtif
3. Analisis Prosodi

-Analisis Deskriptif: Terbit daripada kaedah tradisional yang mendeskripsikan struktur


bahasa termasuklah bunyinya. Bunyi yang didengar itu dipenggal-penggalkan dan diberi
lambang. Seterusnya, bunyi-bunyi tersebut digolongkan kepada fonem atas dasar
persamaan ciri-ciri fonetiknya.
Penyebaran alofon
Penyebaran alofon ini adalah saling melengkapi sebab sifat fonetik yang sentiasa
menyesuaikan dirinya dengan lingkungan di mana ia dipakai. Contoh perbezaan dapat dilihat
dalam perkataan [pagi] dan [bagi]. Perbezaan di sini tidak begitu besar sehingga menjadi bunyi
yang berbeza.

Pasangan terkecil berkontras


Pasangan terkecil perkataan yang mempunyai bentuk fonetik yang sama di mana 2 bunyi itu
dapat dikontraskan. Istilah terkecil ini bermaksud sesuatu perkataan itu masih belum menerima
imbuhan. Kontras pula bermaksud di mana 2 bunyi itu dapat membezakan erti 2 perkataan itu.
Kalau bunyi itu berkontras, atau membezakan erti, maka ternyata lah 2 bunyi itu terdiri daripada
2 fonem yang berlainan. Contoh: [pagi] dan [bagi], [tepu] dan [tebu]. Kontras ini berlaku
disebabkan ciri fonetik yang berlainan. Ciri yang dapat membezakan fonem dapat dibahagikan
kepada 3: -
1. Keadaan pita suara
2. Daerah sebutan
3. Cara sebutan

You might also like