You are on page 1of 13

Kehidupan Peribadi Tunku Abdul Rahman

Dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah yang lebih dikenali

sebagai Istana Pelamin, Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-24. Bondanya Cik Menyelara, seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak berdarah gahara, ialah anak perempuan Luang Naraborirak, seorang pegawai daerah Thailand. Kelahiran Tunku disambut secara biasa sahaja kerana beliau bukan bakal pengganti Sultan Kedah. Pengganti Sultan Kedah, Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid, telah pun berumur 30 tahun ketika itu. Semasa kecil, Tunku dipanggil Awang kerana rupa parasnya yang tidak sesegak adik-beradiknya yang lain. Beliau bebas bermain di luar istana dan pernah membentuk pasukan bola sepak kampung. Tunku biasa mengendap burung dan melastik, serta bermain lumpur sehingga menghidapi penyakit puru di kakinya. Pendidikan Tunku bermula pendidikannya pada 1909 di sebuah sekolah rendah Melayu di Jalan Baharu, Alor Setar. Biasa berbahasa Siam di rumah, beliau belajarbahasa Melayu di sekolah itu. Seorang guru pula datang ke rumahnya untuk mengajar bahasa Inggeris. Tunku kemudian berpindah ke sebuah sekolah kerajaan bahasa Inggeris yang kini dinamakan Kolej Sultan Abdul Hamid. Di sini, beliau belajar di sekolah pada waktu siang dan membaca Al-Quranpada waktu petang. Pada tahun 1913 sewaktu berumur 10 tahun, Tunku dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, abang sulungnya, dan belajar di Sekolah Thebsirintrawat. Pada tahun 1915, Tunku pulang dan meneruskan pendidikannya di Penang Free School. Antara gurunya ialah HR Cheeseman dan SM Zainal Abidin. Seorang yang aktif, beliau menyertai Pengakap dan Kor Kadet. Pada tahun 1919 ketika berumur 16 tahun, Tunku menerima Biasiswa Negeri Kedah untuk melanjutkan pendidikannya di Kolej St Catharine di Universiti Cambridge. Beliau merupakan penuntut pertama untuk menerima pendidikan di United Kingdom dibawah tajaan Kerajaan Negeri Kedah. Ketika Tunku tidak dibenarkan tinggal di asrama St Catharine kerana dasar aparteid masih diamalkan, beliau membantah kepada William Peel,Penasihat British kepada Kedah. Akhirnya, pengetua sekolah itu terpaksa meminta maaf.

Dari segi berpakaian, Tunku agak kebaratan. Semasa beliau dihantar ke England, tiada sepasang pun baju Melayu yang dibawa. Tunku dan keluarganya hanya menempah pakaian Barat di kedai Pritchards di Pulau Pinang. Ketika di England, Tunku amat berlainan dengan Sultan Perak yang berbaju Melayu, siap dengan tengkolok. Mula-mulanya, Tunku mengambil jurusan undang-undang bersama rakannya, Ivor Jenning (Sir), H.V. Davies dan George Brown, tetapi kemudian bertukar kepada jurusan sastera (Sejarah). Beliau suka bersiar-siar dengan motosikal dan kereta mewah, dan melakukan 28 kesalahan trafik jalan raya semasa berada di Cambridge. Tunku tidak dapat menduduki peperiksaan akhir IjazahSarjana Muda Sastera kerana terlupa jadual waktu peperiksaan. Dengan bantuan dan kerjasama daripada sahabatnya, Taib Andak, beliau memperolehi ijazahnya pada tahun 1925. Pada tahun 1927, Tunku dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di Universiti Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu. Beliau lulus semester pertama dalam jurusan undang-undang di Inner Temple pada tahun 1930. Selepas pemulangannya, Tunku bertugas sebagai Pegawai Latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah pada tahun 1931, dan dilantik sebagai Pegawai Jajahan untuk Kuala Nerang pada tahun berikutnya. Beliau dipindahkan ke Pulau Langkawi pada tahun 1935 oleh Clayton, Penasihat British sewaktu itu. Pada tahun 1937, Tunku bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani bersamping bertindak sebagai hakim daerah dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani. Sebuah masjid di Sungai Petani telah dinamakan Masjid Rahmaniah sempena nama Tunku. Pada tahun 1938, Tunku pergi semula ke England buat kali yang ketiga untuk menyambung pelajaran undang-undangnya. Antara temannya ialah Sardon Haji Jubir. Beliau kembali ke Kedah pada tahun 1939 kerana terdapatnya berita bahawa perang akan meletus di Eropah. Pada 1940, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah. Pada 9 Disember 1941, Tunku menyorokkan Sultan Abdul Hamid Halim Syah, ayahandanya yang ketika itu berumur 80 tahun, sewaktu pegawai British hendak membawanya ke India. Bagi beliau, tidak wajarlah seseorang sultan melarikan diri daripada tanah airnya sewaktu peperangan. Berpakaian Tentera Utara Australia, Tunku menculik ayahandanya yang ketika itu bersama dengan Syed Abu Bakar al Idrus, seorang Merinyu

Kesihatan Kedah dan menyembunyikannya di Sedim, dekat dengan Kulim, di bawah jagaan Penghulu Wahab. Tunku Badlishah, Pemangku Raja Kedah, tidak berpuas hati dengan tindakan Tunku yang membelakangkannya sebagai bakal pengganti Sultan Kedah. Pada 19 Disember 1941, Sultan Abdul Hamid dibawa semula ke Alor

Star. Jepun mengiktiraf baginda sebagai Sultan Kedah tetapi pentadbirannya diletakkan di bawah Gabernor dan Tentera Jepun. Sultan Abdul Hamid meninggal pada tahun 1943. Semasa Jepun memerintah, Tunku kekal sebagai Pegawai Jajahan Kulim tetapi ditemani oleh Ohata, seorang pegawai Jepun yang pernah menjaditukang gunting di pekan Alor Star. Tunku menyambung semula pendidikannya di Inner Temple pada tahun 1947. Sewaktu tempoh itu, Tunku bertemu dengan Abdul Razak Hussein. Beliau dipilih sebagai presiden untuk Persatuan Pelajar Melayu Britain, dan Abdul Razak, yang berumur 26 ketika itu, dipilih sebagai setiausaha. Semasa itu, Tunku menyertai "Persatuan Pelajar India Islam" yang menuntut kemerdekaan India. Beliau juga berkempen untuk Lyold George Jurith, seorang calon Parti Liberal. Tunku akhirnya dilayakkan menjadi peguam pada tahun 1949. Seorang yang bersemangat kesukanan, Tunku memulakan pertandingan bola sepak antarabangsa yang digelar "Pesta Bola Merdeka" pada tahun 1957. Pada tahun berikutnya, beliau dipilih sebagai presiden pertama untuk Konfederasi Sepak Bola Asia (AFC), sebuah jawatan yang beliau memegang sehingga 1976. Kerjaya politik Selepas pemulangannya ke Malaya pada tahun 1949, Tunku ditugaskan untuk bekerja di sebuah pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Beliau kemudian meminta perpindahan ke Kuala Lumpurdi mana beliau menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan selepas itu, dilantik sebagai Yang Dipertua Mahkamah Sesyen. Pada tempoh itu, semangat nasionalisme bertambah pengisytiharan hebat di kalangan Union oleh

kaum Melayu di

tengah-tengah

penubuhan Malayan

Britain. Datuk Onn Jaafar mengetuai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk menentangi Malayan Union (sila lihat: Sejarah Malaysia) dan Tunku menyertai partinya. Pada Ogos 1951, suatu krisis di dalam UMNO memaksakan Datuk Onn meletakkan jawatan sebagai presiden parti dan Tunku dilantik sebagai presiden yang baru. Beliau memegang jawatan itu selama 20 tahun.

Sebagai Perdana Menteri Selepas kemerdekaan, Tunku mendominasikan politik Malaya dan memimpin Parti Perikatan ke kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada tahun 1959 dan 1964. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaian Tunku yang teragung. Tunku pertama sekali mencadangkan sebuah persekutuan Malaya,

Singapura, Sabah, Sarawak, dan Brunei dalam ucapannya kepada "Persatuan Wartawan Asing Asia Tenggara" pada tahun 1961 di Singapura. Pada 16 September 1963, dengan persekutuan negeri-negeri tersebut kecuali Brunei, beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Bagaimanapun, faktor-faktor perkauman bertambah buruk dengan pemasukan Singapura yang menaikkan bahagian kaum Cina sehingga hampir-hampir 40%. Kedua-dua UMNO dan MCA berasa tegang terhadap daya tarikan Parti Tindakan Rakyat pada waktu itu, diperlihatkan sebagai sebuah parti sosialis yang radikal) Lee Kwan Yew kepada pengundi-pengundi di Malaya. Untuk mengatasi kebimbangan itu, Parti Perikatan mencuba membentukkan sebuah parti di Singapura untuk mencabar kedudukan Lee di sana. Sebagai gerak balas, Lee mengancam bahawa PAP akan menyertai Pilihan Raya Persekutuan 1964 di Malaya, walaupun terdapatnya perjanjian awal bahawa beliau tidak akan berbuat demikian (sila lihat Hubungan PAP-UMNO. Ini membangkitkan kemarahan Tunku yang mendesak supaya Singapura meninggalkan Malaysia. Pada 7 Ogos 1965, Tunku mengumumkan kepada Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur bahawa Parliamen haruslah mengundi untuk menyokong peninggalan Singapura daripada Persekutuan. Dalam perkataannya, Parliamen harus memilih untuk "memutuskan semua pertalian dengan sebuah Kerajaan Negeri yang tidak mempertunjukkan sebarang kesetiaan kepada Kerajaan Pusat" berbanding kaedah yang tidak diingini untuk menindas tindakan PAP. Pemisahan dan kemerdekaan Singapura menjadi rasmi pada 9 Ogos 1965. Pada tahun 1961, Tunku menubuhkan Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) yang memperkumpulkan Malaya, Thailand dan Filipina Perkumpulan ini kemudian digantikan dengan perkumpulan yang lebih besar, iaitu Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), pada 8 Ogos 1967.

Dalam Pilihan Raya Umum 1969, majoriti Parti Perikatan dikurangkan dengan hebat. Perhimpunan-perhimpunan tunjuk perasaan yang mengikuti pilihan raya itu mencetuskan rusuhan kaum pada 13 Mei di Kuala Lumpur. Sebahagian pemimpinpemimpin UMNO yang diketuai oleh Tun Abdul Razak kritis terhadap cara pengendalian krisis itu oleh Tunku, dan MAGERAN, sebuah jawatan kuasa darurat, mengambil alih kuasa dan mengisytiharkan keadaan darurat. Kuasa Tunku sebagai Perdana Menteri dibatasi secara besar, dan pada 22 September 1970, beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Tunku kemudian meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO pada Jun 1971 di tengahtengah penentangan hebat. Kegiatan Islam Selepas menjadikan Islam sebagai agama Malaysia yang rasmi pada 1960, Tunku mengasaskan Pertubuhan Kebajikan Agama Islam (PERKIM), sebuah pertubuhan untuk membantu mualaf Islam untuk menyesuaikan diri kepada penghidupan baru. Beliau memegang jawatan Presiden PERKIM sehingga setahun sebelum kematiannya.

Pada 1961, Malaysia menjadi tuan rumah kepada "Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa" yang pertama, suatu peristiwa yang diperkembangkan daripada gagasan Tunku sewaktu beliau mengadakan pertandingan tahap negeri yang pertama di Kedah pada tahun 1951. Pada 1969, Tunku membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantikkan sebagai Setiausaha Agung yang pertama. Beliau kemudian menubuhkan Bank Pembangunan Islam sebagai sebuah institusi yang khusis di dalam OIC. Tunku juga merupakan Presiden "Majlis Da'wah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik" (RISEAP) dari 1982 sehingga 1988. Laluan ke kemerdekaan Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperolehi kemerdekaan Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak berjaya. Pada tahun yang berikut, pilihan raya persekutan yang pertama diadakan. Parti Perikatan yang pada saat itu merupakan parti campuran UMNO dengan MCA memenangi

51 daripada 52 kerusi yang ditandingi. Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya yang pertama. MIC yang mewakili kaum India kemudian menyertai Parti Perikatan pada tahun 1955. Pada tahun 1955, Tunku membuat lagi satu perjalanan ke London untuk berunding tentang kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya, dan 31 Ogos 1957 diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan. Sewaktu bendera British diturun di Kuala Lumpur pada hari kemerdekaan, Tunku mengetuai orang ramai untuk menyorak "Merdeka!". Gambar-gambar Tunku dengan tangan yang diangkat naik, dan perakaman-perakaman suaranya yang penuh emosi tetapi berazam mengetuai sorakan, kini merupakan lambang kemerdekaan Malaysia yang biasa.

KEJAYAAN TUNKU ADBUL RAHMAN

Rakyat menyanjung tinggi Tunku kerana mencapai begitu banyak kejayaan dan menyumbang kepada keamanan dan kemerdekaan negara serta penyatupaduan rakyat. Sebelum mencapai kemerdekaan, Tunku sudah yakin bahawa beliau perlu menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan untuk mencapai kemerdekaan dan menyatupadukan rakyat. Ini menyebabkan rakyat berasa terhutang budi dan mengaguminya. Setelah dilantik menjadi presiden UMNO, beliau berikhtiar untuk mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Tetapi, cabaran yang terpaksa dihadapinya ialah untuk menyatupadukan parti-parti kaum yang lain bagi mencapai tujuan ini. Oleh itu, dia membentuk Parti Perikatan dengan menggabungkan UMNO-MCA. Cadangan ini berjaya dan membolehkan Parti Perikatan memenangi Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952 dengan memenangi 51 daripada 52 kerusi. Kejayaan yang menakjubkan ini menarik perhatian MIC untuk menyertai gabungan ini. Tahun 1955 merupakan tahun yang menjadi ujian sebenar bagi Tunku Abdul Rahman. Parti Perikatan perlu memenangi pilihan raya kali ini untuk membuktikan kepada kerajaan British bahawa tanah air kita yang terdiri daripada berbilang kaum sudah sedia untuk merdeka. Tunku telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pilihan majoriti. Beliau membuat lawatan ke hampir seluruh Tanah Melayu tanpa mengira penat

TUNKU SEORANG NEGARAWAN Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah seorang negarawan berjiwa rakyat yang lahir di sebuah istana raja. Sebagai seorang putera raja, Tunku memepunyai karisma yang sangat unik. Beliau tidak dapat dibandingkkan dengan pemimpin-pemimipin dunia yang lain, khsnya dalam kalangan pemimipim-pemimipin dari negara-negara yangbaru muncul dan merdeka selepas Perang Dunia Kedua. Di Asia, pemimpin seperti Presiden Soekarno, Presiden Ayoub Khan dan Presiden Sheikh Mujibul Rahman telah turun dari jawatan masing-masing baik secara paksa ataupun terkorban. Di India, Nehru sendiri membawa jawatannya ke liang lahad. Di Afrika pula, pemimpin-pemimpin seperti Nkrumuh, Abu Bakar Tafewa dan lain-lain kebanyakannya memegang atau meregang kuasa hingga dijatuhkan, dikorbankan atau meninggal dunia. Tidak juga sebenarnya dapat dicari perbandigan dengan Tunku. Di Negara-negara bertamadun, kahsnya Amerikak Syarikat, pemimpin-pemimpin seperti George Washington dan Franklin D. Rooselvet mati sebelum tamat tempoh perkhidmatan masing-masing. Sementara Presiden de Gaulle pula turun dari jawatannya selepas namanya dicemarkan. Kewibawaan Tunku rasanya hanya boleh disamakan dengan Sir Winston Churchill. Kedua-duanya mempunyai banyak persaman misalnya kedua-duanya dating daripada lingkungan diraja. Kedua-duanya mempunyai sense of humor. Kedua-duanya meninggalkan jawatan dalam masa nama masing-masing masih harum dalam kalangan rakyat.Tunku memimpin Negara selama 15 tahun iaitu satu era yang panjang bagi seseorang pemimipin. Sir Winston Churchill bermula sebagai wartawan, manakala Tunku pula masuk kke dunia kewartawanan selepas bersara. Pendeknya kedua-duanya sentiasa dalam lubuk hati rakyat yang dipimipinnya dulu. Lagi lama mereka meninggalkan jawatan, lagi banyak kebaikan yang mereka zahirkan. Tunku mempunyai beberapa kualiti istimewa semulajadi. Amalan hidupnya seperti rakyat biasa bukanlah direka-reka. Kualiti itu sentiasa bersemadi dalam jiwa Tunku sejak kecil lagi. Kualiti itu memberikan harapan masa depan rakyat. Sokongan dan harapan rakyat serta keputusan pilihanraya pertama 1955 merupakan mandat yang mutlak kepada Tunku. Sebagai seorang putera raja, maka kedudukan Tunku memberikan keyakkinan kepada Duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu. Baginda Raja-Raja Melayu yakin bahawa kemerdekaan tidak akan menjejaskan kedudukan Raja-Raja Melayu. Perjuangan Tunku untuk menyatukan rakyat dan mendapat sokongan mereka boleh dikatakan lebih senang daripada mendapatkan keyakinanan Raja-Raja Melayu. Kemerdekaan bermakna memberi kuasa

kepada rajyat dan sebaliknya bagi Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu merupakan perpisahan tradisi iaitu menyerahkan kuasa kepada rakyat. Raja-Raja Melayu pada zaman dulu mempunyai kuasa eksekutif. Dalam proses politik moden, maka Raja-Raja Melayu diasuh untuk berkongsi kuasa dengan rakyat. Dengan adanya proses kewibawaan serta kebijaksanaan Tunku menghadapi proses perubahan itu, maka soal Raja-Raja Melayu tidak mahu berkongsi kuasa dengan rakyat tidak lagi timbul. Malah pihak Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan bersetuju berkongsi kuasa dengan rakyat dibawah Perlembagaan Merdeka. Detik sejarah perjuangan Tunku ini hendaklah diserap dan dipindahkan ke jiwa rakyat dari satu generasi ke satu generasi supaya perjuangan tidak tergelincir dari landasan. Dalam arena politik, soal kebolehan dan kebijaksanaan seseorang merupakan soal kedua. Soal yang pertama dan penting sekali ialah kepercayaan rakyat kepada seseorang pemimpin, kepercayaan yang khususnya dinilai dari segi integriti dan kredibiliti. Tunku bersara dalam keadaan yang tenang dan kesihatan yang baik serta fikiran yang masih segar. Timbul rasa cemburu dalam kalangan pemimpin pemuda kerana pengaruh Tunku yang tidak luntur. Mereka bimbang Tunku akan menerima dan tunduk kepada rakyat untuk memimpin semula dan mereka bimbang kepada stail Tunkku yang tersendiri. Selepas Tunku bersara golongan yang bimbang itu mencipta pula satu gimik order lama. Gimik ini sebenarnya bertujuan hendak memisahkan Tunku dengan pengikutpengikut baru Tun Razak. Mereka lupa bahawa Tun Razak juga adalah seorang rakan seperjuangan Tunku sendiri. Gimik ini order lama dan order baru bukanlah satu gimik baru yang tulen tetapi sebenarnya berpunca dari Indonesia semasa Presiden Soekarno digulungkan dan digantikan oleh Jeneral Suharto. Denagn lahirnya gimik baru dan lama ini dalam kalangan UMNO, maka mulalah timbul riak perbezaan fikiran antara ahli-ahli UMNO pramerdeka dengan ahli-ahli UMNO yang muda. Gimik sedemikian tidak dapat diterima dalam UMNO. Sudah bertahun-tahun UMNO hidup dan akan terus hidup. UMNO memang tidak bergerak atas landasan satu-satu gimik sebaliknya ia berkembang subur atas keperibadian dan identitinya yang tersendiri. Tidak hairanlah kalau Tunku menganggap perbuatan mengada-adakan gimik sebagai kebudak-budakan sahaja. Kepercayaan rakyat terhadap Tunku sebenarnya tidak pernah luntur. Semakin lama Tunkku meninggalkan kerajaan semakin ramailah rakyat menyedari akan kebenaran dan kejujuran perjuangan Tunku. Kesayangan rakyat terhadap Tunku semakin bertamabh menjelang Tunku menyambut hari keputeraan yang ke-80 pada tahun 1983.

Sambutan penulis-penulis tanah air mengenai perjuangan Tunku ini meneapti pepatah orang mengantuk disorongkan bantal keran dulu memang kerap para penulis bercanggah pendapat mengenai Tunku. Pendeknya keperibadian dan karisma Tunku akan sentiasa memberi ilham dan topic kepada para penulis. Kemuncak penghargaan kepada Tunku tiba pada maalm Barisan Nasional mengadakan perayaan secara besar-besaran bagi menyambut hari keputeraannya. Jamuan makan malam yang disulami ucapan-ucapan serta filem dokumentari itu membawa kembali para hadirin yang bersam Tunku dulu kebeberapa sudut penting perjuangan Tunku. Ramai juga yang berasa seolah-olah berada dalam zaman perjuangan kemerdekaan dan era pemerintahan Tunku. Sebagai seorang pengasas kemerdekaan, Tunku sudah tentulah merupakan the happiest statement kerana Tunku sendiri dapat melihat tiga orang Perdana Menteri yang mewarisi perjuangannya iaitu Tun Razak, Tun Hussein Onn dan dato Seri Dr. Mahathir Mohammad. Tiga puluh satu tahun yang lampau apabila Tunku memulakan kerjasama pilitik UMNO-MCA bagi mengahdapi pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur, terjalin satu perkahwinan politik yang melahirkan Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional dan tanpa disedari Tunku sebenarnya tealh meletakkan asas kerjasama politik sepanjang suku abad ini. Keberanian Tunku mencipta kerjasama ini tidak boleh dipertikaikan. Pada waktu kaum-kaum di Negeri-negeri Melayu dan negeri-negeri Selat kuat konfrontasi, usaha kea rah kerjasama antara kaum adalah satu perkara yang merbahaya bagi seorang pemimpin yang bergantung kepada sokongan ramai menganjurkannya tetapithe charm and the personality of the Tunku won over everyone. Hari ini kita lihat bertapa langkah Tunku merupakan langkah yang bijak. Sementara di Negara-negara lain di mana penduduknya terdiri daripada berbagai kaum, ketenteraman dan pembangunan diganggu sepanjang masa kerana sengketa kaum. Di Malaysia perselisihan faham antara kaum dalah minimum. Kestabilan politik dan ketenteraman di Malaysia adalah hasil yang terbesar dalam usaha Tunku. Sealgi parti campuarn yang diasaskan oleh Tunku dalam tahun 1952 berkuasa, dasar dan prinsip perjuanagn Tunku akan dikekalkan. Tunku telah menjadi salah seorang yang tokoh yang terpenting dalam sejarah moden Malaysia. Kejayaan belaiu dan kemampuan melibatkan diri secara langsung dalam pilitik Negara kita selama hampir suku abad, sebagai Presiden UMNO, Pengerusi Periaktan, Ketua Menteri dan Perdana Menteri tealh menyebabkan penciptaan saty zaman tersendiri dalam sejarah Malaysia, zaman yang penuh dengan cabaran, zaman yang memulakan satu lagi babk baru dalam sejarah Negara kita. Oleh kerana itu apabila menghargai dan mengingati Tunku kita sebenarnya menghargai dan mengingati sejarah bengsa dan Negara

kita. Dan bagi suatu bangsa yang bertekad untuk terus maju dan kukuh, mengingati serta mempel;ajari sejarah amatalh penting, kerana ia adalah contoh dan teladan. Sejarah membentangkan kepada kita peristiwa suka-duka dn kegagalan serta kejayaan masa lalu. Sejarah juga menjelaskan kepada kita bahawa dunia dan kehidupan manusia terus berubah. Pemimpin akan silih berganti, pergi dan dating, perubahan juga tiada siapa yang dapat menahan. Yang perlu kita lakukan ialah menjalankan ikhtiar supaya perubahan itu dapat dikawal dan dibentuk, sesuai dengan kehendak dan keperluan kita, satu bangsa yang merdeka dan bermaruah. Dalam zamannya Tunku telah menjadi pemimpin gigih yang meneruskan perjuangan kebangsaan yang telah dimulakan menjelang perang dunia kedua dulu. Di bawah pimpinannya maruah dan kemerdekaan Negara dapat ditebus kembali. Sesudah itu, sebagai tokoh politik dan negarawan, Tunku memulakan langkah mengisi kemerdekaan. Lagi sekali di bawah pimpinannya, asas dan infrastruktur yang kukuh bagi menegakkan sebuah Negara moden yang maju, telah dapat dibina. Perjuangan Tunku selepas beliau berpindah ke Kuala Lumpur dan memasuki arena nasional. Perjuangan Tunku bermula lebih awal daripada itu sebenarnya sebelum perang dunia kedua. Setelah kembali ke tanah air selepas ke United Kingdom untuk belajar, Tunkku telah menceburkan diri dalam usaha menolong rakyat. Pada waktu masih kecil nama Tunku sudah pun terkeknal dalam kalangan rakyat Kedah sebagai seorang anak raja yang bersimpati dan dekat dengan rakyat. Pada waktu kita menentang Malayan Union, petisyen yang dihantar kepada Kerajaan British oleh Kesatuan Melayu Kedah, Seberkas dan Kesatuan Pemuda Melayu Kedah ditulis oleh Tunku sendiri. Aktiviti politik pada waktu Tunku masih berkhidmat dengan Kerajaan Kedah tidak menyenangkakn beberapa pihak tapi kepada rakyat, penyertaan Tunku dalam perjuangan rakyat amatlah dihargai. Oleh itu, memanglah kena pada tempatnya apabila TUnku dijemput untuk menjadi Yang Dipertua UMNO selepas UMNO kehilangan ketua. Langakh ini merupakan langkah yang terpenting sekali dalam sejarah Malaysia. Sebagai tanda penghargaan kita yang paling bererti ialah menjadikan kewajipan serta tanggungjawab kita, khususnya para pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional untuk memastikan supaya asas dan infrastruktur yang telah dibina oleh Tunku akan terus kukuh dan kekal. Sekiranya berlaku keretakan atau kerosakan di mana-mana, maka perlualh kita perbaiki dengan mesyuarat dan muafakat bersama. Adalah menjadi kewajipan kiat juga untuk menentang habis-habisan barangsiapa juga yang hendak merosakk dan merobohkan asas dan infrastruktur nasional ini. Salah satu musuh yang paling besar ialah kata-kata,

kegiatan dan tindakan yang boleh menyalakan api perkauman dan yang bertentangan dengan kekpentingan nasional. Tunku tidak pernah bermain-main dengan politik, apalagi politik perkauman. Maka kita janganlah cuba-cuba untuk bermain politik untuk kepentingan diri dan kelompok, untuk memprtahankan kekuasaan dan memperkayakan diri sendiri. Yang teramat mulia tunku adalah seorang putera Malaysia yang tulen. Cita-cita beliau dan tindaktanduk beliau sentiasa mengutamakan kepentingan nasional, lebih daripada kepentingan sempit untuk kaumnya sendiri sahaja. Beliau tidak pernah merasa takut dan sentiasa menerima apa juga kritik dan hukuman, demi untuk perjuangan bangsa dan tanah airnya. Hidupnya sentiasa sederhana, kesenangan dan kebahagiaannya ialah kehidupan dan kebahagiaannya ialah kehidupan yang harmoni, aman dan damai. Inilah antara warisan yang paling berharga ditinggalkan kepada kita apabila beliau dengan senang hati mengucapkan selamat tinggal kepada kegiatan politik secara langsung. Malaysia bertuah mendapat seorang anak watan yang telah menjadi penganjur dan pemimpin dan mempunyai sifat-sifat seorang ketua yang ikhlas, jujur dan bijaksana. Tunku telah muncul pada saat yang penting dalam sejarah perjuangan bangsa kita. Semangat perjuangan yang ditunjukkan oleh Tunku telah dapat menimbulkan kesedaran dan keinsafan pada segenap lapisan rakyat jelata dan mereka telah memberikan sokongan dan berjuang bersama-sama Tunku sehingga tercapai azamdan cita-cita mereka untuk menjadikan satu bangsa yang duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan mana-mana bangsa dalam dunia ini. Kemashyuran nama Tunku bukan sahaja di negara ini bahkan telah tersebar diseluruh penjuru alam. Hal ini telah terbukti dengan jelasnya di sesetengah-sesetengah negara asing, di mana terdapat rakyatnya lebih dulu mengenali nama Tunku daripada nama negara Malaysia. Ringkasnya Tunku telah memainkan peranan beliau sebagai seorang negarawan antarabangsa yang memperkenalkan Malaysia ke seluruh dunia dan mengharumkan nama negara kita sekalipun ianya sebuah negara kecil. Dengan kejayaan Tunku memainkan peranan antarabangsa dengan cara yang bijak itu, Malaysia telah menjadi sbuah negara yang berkesan yang di hormati di kalangan bangsa-bangsa di dunia ini.

THE END

You might also like