You are on page 1of 13

Bab 2 - Organisasi Pendidikan Sains

BAB 2 JABATAN DI KEMENTERIAN PELAJARAN YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN SAINS


Pewujudan struktur organisasi di peringkat kementerian, jabatan pelajaran negeri, pejabat pelajaran daerah dan sekolah seharusnya berupaya menghasilkan sinergi untuk mempertingkatkan pelaksanaan pendidikan sains yang cekap dan berkesan. Setiap jabatan mempunyai fungsi, peranan dan tanggungjawab secara khusus. Justeru, warga Kementerian Pelajaran, sama ada yang berada di upstream mahupun downstream, hendaklah termaklum akan fungsi dan peranan jabatan-jabatan berkenaan agar mereka tidak tersalah arah dalam urusan tugas masing-masing. Bab ini menyenaraikan fungsi, peranan dan tanggungjawab jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pelajaran, meliputi bahagian kementerian, jabatan pelajaran negeri, pejabat pelajaran daerah dan sekolah, yang berkaitan dengan pendidikan sains di negara ini. 2.1 Fungsi Bahagian-Bahagian Kementerian Pelajaran 2.1.1 Bahagian Pembangunan Kurikulum i. Menggubal dan membangunkan kurikulum mata pelajaran sains.

ii. Menyebar dan melaksanakan kurikulum mata pelajaran sains. iii. Mengesan dan memantau pelaksanaan kurikulum mata pelajaran sains. iii. Menyediakan bahan sokongan kurikulum mata pelajaran sains. v. Menjalankan penilaian untuk pembangunan kurikulum mata pelajaran sains. iv. Menyediakan spesifikasi peralatan dan bahan sains berdasarkan kurikulum mata pelajaran sains. vii. Menjalankan pemantauan dan bimbingan dalam pengajaran dan pembelajaran sains serta kerja amali. viii. Menjalankan pemantauan peralatan dan bahan sains yang dibekalkan ke sekolah. 2.1.2 Bahagian Pendidikan Guru i. Menyediakan dasar latihan pendidikan keguruan, perancangan pendidikan keguruan dan unjuran keperluan ambilan calon guru termasuk calon guru sains.

ii. Mengurus pengambilan dan penempatan calon guru sains di IPG.

10 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

Bab 2 - Organisasi Pendidikan Sains

iii. Merancang, mereka bentuk, melaksana, dan memantau pelaksanaan kurikulum latihan guru sains. iv. Merancang, melaksana, dan memantau pelaksanaan praktikum guru pelatih sains. v. Merancang dan menyokong pelaksanaan program dan projek pendidikan sains. vi. Melatih guru tentang kemahiran merancang, melaksanakan amali dan mengendalikan peralatan dan bahan sains yang digunakan dalam amali. vii. Melatih guru tentang pedagogical content knowledge untuk pengajaran dan pembelajaran sains yang berkesan. viii. Melatih guru aspek pengurusan, keceriaan dan keselamatan makmal sains. 2.1.3 Bahagian Buku Teks i. Mengurus hal-hal dasar dan pemerolehan buku teks sains.

ii. Mengurus pelaksanaan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dan keperluan pasaran terbuka bagi buku teks sains. iii. Mengurus program penyelidikan dan pembangunan buku teks sains. iv. Menyebar dan melaksanakan penggunaan buku teks mata pelajaran sains secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran serta amali. 2.1.4 Lembaga Peperiksaan i. Menggubal dasar pengujian dan pengukuran pendidikan berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan matlamat kurikulum mata pelajaran sains.

ii. Menggubal alat pengujian dan pengukuran, kaedah pentadbirannya, bentuk pelaporannya dan kaedah pemarkahan menilai murid berdasarkan kurikulum mata pelajaran sains. iii. Menyediakan rubrik untuk mentaksir kompetensi murid dalam kemahiran saintifik, kemahiran berfikir, sikap saintifik dan nilai murni. iv. Menjalankan pemantauan pelaksanaan Penilaian Kerja Amali (PEKA) di sekolah. v. Menjalankan pentaksiran dari segi konten dan kemahiran tentang mata pelajaran sains dalam peperiksaan umum. 2.1.5 Majlis Peperiksaan Malaysia i. Menyediakan peraturan dan skema peperiksaan STPM bagi mata pelajaran Fizik, Kimia, dan Biologi.
PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS11

Bab 2 - Organisasi Pendidikan Sains

ii. Mengkaji, mengemaskinikan, dan menggubal sukatan pelajaran peperiksaan STPM bagi mata pelajaran Fizik, Kimia, dan Biologi. iii. Menggubal dan menyediakan kertas soalan dan bahan peperiksaan STPM bagi mata pelajaran Fizik, Kimia, dan Biologi. iv. Menyediakan rubrik untuk mentaksir kompetensi pelajar Tingkatan 6 dalam kemahiran saintifik melalui amali yang dijalankan. v. Menyediakan cadangan amali yang menggalakkan murid mempelajari sains dengan mengaplikasikan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir. vi. Menyediakan spesifikasi bahan dan peralatan sains untuk mata pelajaran Fizik, Kimia, Biologi Tingkatan 6. vii. Menjalankan pemantauan pelaksanaan amali untuk mata pelajaran Fizik, Kimia dan Biologi Tingkatan 6. viii. Menjalankan pemantauan peralatan dan bahan sains yang dibekalkan ke sekolah. ix. Menjalankan pemantauan tentang pengurusan dan keselamatan makmal sains Tingkatan 6. 2.1.6 Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti i. Melakukan penaziran sekurang-kurangnya sekali dalam selang tempoh 5 tahun untuk mengupayakan sekolah mencapai kecemerlangan dan standard kualiti pendidikan sains yang tinggi.

ii. Memantau dan membimbing sekolah menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan melaksanakan dasar pendidikan sains negara. iii. Melakukan penaksiran dan penilaian kualiti pengajaran guru dan pengurusan sekolah secara adil, saksama dan profesional. iv. Menjalankan pemantauan dan bimbingan tentang pelaksanaan kerja amali dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan PEKA. v. Menjalankan pemantauan dan bimbingan terhadap peralatan dan bahan sains yang dihantar ke sekolah. vi. Menjalankan pemantauan dan bimbingan tentang pengurusan dan keselamatan makmal dan bilik sains. 2.1.7 Bahagian Teknologi Pendidikan i. Merancang, menyediakan dan menerbitkan bahan pengajaran dan pembelajaran sains dalam pelbagai media.

12 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

Bab 2 - Organisasi Pendidikan Sains

ii. Menyebarkan bahan pengajaran dan pembelajaran sains yang diterbitkan melalui media cetak dan media elektronik. iii. Memantau, menilai dan mengkaji keberkesanan penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains. iv. Memberi khidmat kepakaran dan nasihat bagi menggalakkan penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains. v. Menerbitkan bahan best practices dalam pelaksanaan amali sains. vi. Menerbitkan bahan tentang pengurusan dan keselamatan makmal sains. vi. Menerbitkan bahan tentang teknik pengendalian bahan dan peralatan sains yang betul semasa menjalankan amali sains. viii. Memantau dan memberi bimbingan penggunaan bahan-bahan yang diterbitkan. 2.1.8 Bahagian Pengurusan Sekolah Harian i. Merancang, menyelaras dan memantau program-program berkaitan hal ehwal persekolahan dalam semua aspek terutama sains dan teknologi ke arah meningkatkan kualiti pengurusan pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

ii. Melaksanakan dasar dan mengurus hal ehwal guru sains dalam aspek keperluan guru, penempatan guru dan pertukaran guru. iii. Melaksanakan dasar, merancang, menyelaras dan mengurus hal ehwal murid dalam aspek pembangunan murid, perkembangan personaliti murid dan kebajikan murid. iv. Menguruskan latihan untuk pembantu makmal sains. v. Menguruskan program star rating, bagi makmal dan bilik sains dan menyediakan instrumen penilaian. vi. Mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas dan Surat Siaran berkenaan pengajaran dan pembelajaran sains. vii. Mengumpulkan data daripada JPN untuk pembekalan dan penggantian bahan dan peralatan sains. viii. Mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas dan Surat Siaran berkenaan pengajaran dan pembelajaran sains. ix. Menjalankan pemantauan bahan dan peralatan sains yang dihantar ke sekolah. x. Menjalankan pemantauan tentang pengurusan dan keselamatan makmal dan bilik sains.
PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS13

Bab 2 - Organisasi Pendidikan Sains

2.1.9

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional i. Melaksanakan program pendidikan Teknikal dan Vokasional selari dengan pendidikan sains yang sentiasa relevan dengan keperluan industri dan negara.

ii. Mempastikan bekalan staf sentiasa mencukupi dan sesuai dengan keperluan institusi pendidikan Teknikal dan Vokasional. iii. Mempastikan kemudahan fizikal (makmal-makmal sains) bagi institusi pendidikan Teknikal dan Vokasional sentiasa mencukupi, lengkap dan selesa serta mengikut piawaian yang ditetapkan oleh pihak agensi pusat. iv. Menguruskan latihan untuk pembantu makmal sains. v. Menguruskan program star rating, bagi makmal sains. vi. Mengumpulkan data daripada JPN untuk pembekalan dan penggantian bahan dan peralatan sains. vii. Menjalankan pemantauan pelaksanaan kerja amali dalam pengajaran dan pembelajaran sains. viii. Menjalankan pemantauan terhadap bahan dan peralatan sains yang dihantar ke sekolah. ix. Menjalankan pemantauan dan bimbingan tentang pengurusan dan keselamatan makmal sains. 2.1.10 Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh/ Kluster i. Memastikan cadangan-cadangan berkaitan pendidikan sains dalam Pembangunan Pendidikan (2001-2010) dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

ii. Menyediakan garis panduan serta kriteria bagi mewujudkan sekolahsekolah yang selaras dengan matlamat Wawasan 2020. iii. Meningkatkan tahap kemudahan fizikal (makmal sains) dan prasarana sekolah bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. iv. Menempatkan guru sains yang memenuhi keperluan negeri dari segi opsyen dan bilangan. v. Meningkatkan keyakinan diri murid dalam bidang akademik, afektif, psikomotor, saintifik dan emosi melalui pelbagai program dan pertandingan. vi. Menguruskan latihan untuk pembantu makmal sains.

14 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

Bab 2 - Organisasi Pendidikan Sains

vii. Menguruskan program star rating bagi makmal sains. viii. Mengumpulkan data daripada JPN untuk pembekalan dan penggantian bahan dan peralatan sains. ix. Menjalankan pemantauan bahan dan peralatan sains yang dihantar ke sekolah. x. Menjalankan pemantauan pelaksanaan amali dalam pengajaran dan pembelajaran sains. xi. Menjalankan pemantauan tentang pengurusan dan keselamatan makmal sains. 2.1.11 Bahagian Pendidikan Islam i. Memastikan murid SMKA mengikuti aliran Sains Tulen atau Sains Teknologi.

ii. Merancang keperluan kelas dan guru, mengurus perolehan dan penyelenggaraan prasarana sekolah termasuk makmal-makmal sains. iii. Meningkatkan dasar 60:40 kepada 70:30 dalam kalangan murid SMKA dalam usaha menghasilkan generasi saintifik dan teknokrat kebangsaan. iv. Melaksana pemantauan, penyeliaan pengurusan dan pentadbiran semua bidang termasuk Bidang Sains dan Matematik di sekolah. v. Menguruskan latihan untuk pembantu makmal sains. vi. Menguruskan program star rating bagi makmal sains. vii. Mengumpulkan data daripada JPN untuk pembekalan dan penggantian bahan dan peralatan sains. viii. Menjalankan pemantauan bahan dan peralatan sains yang dihantar ke sekolah. ix. Menjalankan pemantauan pelaksanaan amali dalam pengajaran dan pembelajaran sains. x. Menjalankan pemantauan dan bimbingan tentang pengurusan dan keselamatan makmal sains. 2.1.12 Bahagian Pendidikan Khas i. Memastikan semua dasar, program dan aktiviti yang dipertanggungjawabkan kepada Bahagian Pendidikan Khas dilaksanakan bertepatan dengan dasar dan Falsafah Pendidikan Khas.

ii. Menyediakan pendidikan sains yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan keperluan khas.
PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS15

Bab 2 - Organisasi Pendidikan Sains

iii. Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dalam bidang sains dengan keperluan khas. iv. Menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran sains yang mencukupi dan terkini. v. Menguruskan latihan untuk pembantu makmal dan bilik sains. vi. Menguruskan program star rating, bagi makmal dan bilik sains. vii. Mengumpulkan data daripada JPN untuk pembekalan dan penggantian bahan dan peralatan sains. viii. Menjalankan pemantauan pelaksanaan kerja amali dalam pengajaran dan pembelajaran sains. ix. Menjalankan pemantauan terhadap bahan dan peralatan sains yang dihantar ke sekolah. x. Menjalankan pemantauan dan bimbingan tentang pengurusan dan keselamatan makmal sains. 2.1.13 Bahagian Kewangan i. Menyelaras, mengurus dan mengawal Anggaran Belanja Mengurus Tahunan Kementerian Pelajaran Malaysia termasuk bidang sains di peringkat negeri dan kementerian.

ii. Memastikan Anggaran Belanja Mengurus termasuk bidang sains disedia dan diagih mengikut keperluan aktiviti/ program. iii. Memastikan agihan peruntukan termasuk bidang sains dibelanja secara optimum dan berhemah. iv. Menerima dan memproses permohonan pembelian bahan dan peralatan sains yang berharga lebih daripada RM10,000.00 daripada sekolah. v. Memantau perbelanjaan kewangan yang diperuntukan untuk kegunaan dalam pengajaran dan pembelajaran sains seperti PCG. vi. Mengkaji dan membuat semakan semula peruntukan kewangan untuk kegunaan dalam pengajaran dan pembelajaran sains seperti PCG dari masa ke masa.

16 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

Bab 2 - Organisasi Pendidikan Sains

2.1.14 Bahagian Pembangunan i. Menguruskan pelaksanaan projek-projek pembangunan pendidikan (makmal sains) dengan cekap dan sempurna berdasarkan kepada peruntukan dan projek-projek yang diluluskan oleh kerajaan.

ii. Merancang, memproses, mengawal peruntukan pembangunan, melaksanakan serta memantau kemajuan projek serta mengurus keperluan bekalan Kementerian Pelajaran Malaysia. iii. Membina makmal dan bilik sains mengikut norma yang ditetapkan. iv. Membina makmal dan bilik sains mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan aspek keselamatan. v. Menaik taraf makmal dan bilik sains yang sedia ada jika ada permohonan dan keperluan. vi. Memantau keadaan bangunan makmal dan bilik sains terutamanya dari aspek keselamatan dari masa ke masa. 2.1.15 Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset i. Merancang dan mengurus program/ aktiviti perolehan bekalan makmal dan perkhidmatan selaras dengan kurikulum mata pelajaran sains.

ii. Menyediakan bekalan bahan dan peralatan makmal yang mencukupi dan berkualiti bagi memenuhi keperluan pendidikan sains. iii. Memantau dan menilai program/ aktiviti perolehan bekalan makmal dan perkhidmatan, penyelenggaraan prasarana dan aset. iv. Membuat pembekalan peralatan dan bahan sains ke sekolah baru. v. Menguruskan permohonan pelupusan dan hapus kira peralatan dan bahan sains. vi. Menguruskan penggantian peralatan dan bahan sains yang telah dilupuskan dan dihapus kira. vii. Menawarkan kontrak kepada syarikat yang berjaya dalam tender membekalkan peralatan dan bahan sains. vii. Memantau pembekalan bahan dan peralatan sains ke sekolah. 2.1.16 Bahagian Pengurusan Sumber Manusia i. Memastikan Kementerian Pelajaran Malaysia mempunyai struktur organisasi yang mantap dengan bilangan personel, termasuk bagi bidang sains, di tahap optimum untuk mencapai objektifnya melalui pewujudan/ pengisian jawatan mengikut keperluan/ norma yang ditetapkan.

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS17

Bab 2 - Organisasi Pendidikan Sains

ii. Memastikan Kementerian Pelajaran Malaysia mempunyai personel yang kompeten, berdisiplin dan bermotivasi melalui pengurusan sumber manusia yang cekap dan berkesan. iii. Membuat pengambilan pembantu makmal dengan menentukan kelulusan yang sesuai. iv. Membuat pengagihan dan penempatan pembantu makmal mengikut keperluan sekolah di setiap negeri. 2.1.17 Bahagian Perancangan Penyelidikan Dan Dasar Pendidikan i. Merancang dan menyelaras brif piawai sekolah dan institusi pendidikan.

ii. Merancang, menyelaras, memantau dan menilai perancangan dan dasar pendidikan kebangsaan termasuk program-program pendidikan sains. iii. Menentukan kadar PCG bagi setiap mata pelajaran sains. iv. Menentukan norma bilangan makmal dan bilik sains dengan bilangan murid. v. Membuat pemantauan tentang penggunaan PCG di sekolah. 2.1.18 Institut Aminuddin Baki i. Menyediakan program latihan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan yang berkualiti.

ii. Memupuk budaya kerja yang profesional menerusi pengamal profesional latihan dan pembangunan (master trainer) kepimpinan dan pengurusan pendidikan. iii. Membentuk sinergi jalinan perkongsian ilmu, kemahiran dan pengalaman di kalangan warga IAB yang boleh menyumbangkan ke arah pembangunan dan pembaharuan organisasi pendidikan yang berprestasi tinggi. iv. Pembentukan budaya pembelajaran berterusan melalui mengwujudkan iklim tempat kerja yang boleh menjadi pemangkin ke arah peningkatan ketrampilan individu, pembelajaran kolaborasi, amalan terbaik, perkongsian misi dan visi, serta aplikasi pendekatan sistem untuk penambahbaikan berterusan dan berfikiran terbuka memberikan idea, pandangan serta teguran bagi kemajuan organisasi dan Negara. v. Memberi pendedahan terhadap Pengetua, Guru Besar dan pentadbir sekolah tentang hasrat pendidikan sains khususnya dalam pelaksanaan amali dan kepentingan makmal dan bilik sains. vi. Mendedahkan kepada pentadbir sekolah tentang perbelanjaan PCG secara efektif dan efieien untuk pelaksanaan amali.

18 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

Bab 2 - Organisasi Pendidikan Sains

vii. Melatih pentadbir sekolah aspek pengurusan dan keselamatan makmal dan bilik sains.

2.2

Fungsi Jabatan Pelajaran Negeri Berkaitan Pendidikan Sains i. Merancang, mengurus dan melaksanakan dasar-dasar pendidikan sains yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

ii. Merancang, menyelaras dan mengurus strategi pelaksanaan semua mata pelajaran sains di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. iii. Merancang, menyelia, memantau, mengesan dan membuat pengesahan pelaksanaan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan kurikulum mata pelajaran sains di sekolah. iv. Membimbing dan memberikan panduan kepada guru-guru berkaitan urusan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan kurikulum mata pelajaran sains di sekolah. v. Merancang, menyelaras, mengurus dan menganalisis data dan maklumat berkaitan pelaksanaan program mata pelajaran sains untuk tindakan susulan bagi tujuan penambahbaikan. vi. Unit Pembangunan dan Perolehan di Jabatan Pelajaran Negeri adalah bertanggungjawab menyediakan senarai sekolah yang baru dibina dan sekolah yang mempunyai bilik makmal yang baru untuk dihantar ke Bahagian Pembangunan dan Perolehan Aset (BPPA). vii. Menguruskan latihan untuk pembantu makmal sains. viii. Menguruskan program star rating bagi makmal sains. ix. Mengumpulkan data untuk pembekalan dan penggantian bahan dan peralatan sains. x. Menjalankan pemantauan bahan dan peralatan sains yang dihantar ke sekolah. xi. Menjalankan pemantauan pembelajaran sains. pelaksanaan amali dalam pengajaran dan

xii. Menjalankan pemantauan tentang pengurusan dan keselamatan makmal sains. xiii. Merancang dan melaksanakan tindakan susulan yang sesuai dan efektif untuk peningkatan dan penambahbaikan berdasarkan dapatan pemantauan. 2.3 Fungsi Pejabat Pelajaran Daerah Berkaitan Pendidikan Sains i. Melaksana pemantauan instruksional dalam pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah, pemantauan program-program KPM seperti Dasar 60:40, dasar

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS19

Bab 2 - Organisasi Pendidikan Sains

PPSMI, Protim M3 dan Probim M3 dan pemantauan kolaboratif pengurusan makmal sains sekolah menengah dan sekolah rendah. ii. Menganjurkan kursus-kursus pemantapan pengurusan makmal sains kepada Ketua Bidang Sains dan Matematik, guru-guru sains dan kakitangan makmal sains. iii. Melaksana kajian soal selidik kekerapan membuat eksperimen sains dalam setahun bagi setiap sekolah dalam daerah. iv. Membudayakan kajian tindakan bagi semua mata pelajaran sains dalam daerah. v. Membudayakan program inovasi sains dan teknologi dengan penglibatkan guru sains dan kakitangan makmal sains. vi. Menguruskan latihan untuk pembantu makmal sains. vii. Menguruskan program star rating bagi makmal sains. viii. Mengumpulkan data daripada JPN untuk pembekalan dan penggantian bahan dan peralatan sains. ix. Menjalankan pemantauan bahan dan peralatan sains yang dihantar ke sekolah. x. Menjalankan pemantauan pembelajaran. pelaksanaan amali dalam pengajaran dan

xi. Menjalankan pemantauan tentang pengurusan dan keselamatan makmal sains. xii. Merancang dan melaksanakan tindakan susulan yang sesuai dan efektif untuk peningkatan dan penambahbaikan berdasarkan dapatan pemantauan. 2.4 Peranan dan tanggungjawab Pengetua/ Guru Besar Berkaitan Pendidikan Sains 2.4.1 Organisasi Jabatan Sains i. Mengelolakan Jabatan Sains dengan cara yang berkesan bagi mencapai tujuan.

ii. Menggalakkan penyertaan guru sains di dalam segala aktiviti perancangan dan pengelolaan serta pelaksanaan ke arah mempertingkat taraf pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah. 2.4.2 Pengurusan Tenaga Pengajar i. Melantik guru dalam beberapa bidang tugas berasaskan kepada kebolehan, minat, kelayakan dan sebagainya.

ii. Mengelolakan program perkembangan staf dalam bidang sains.

20 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

Bab 2 - Organisasi Pendidikan Sains

iii. Memberi nasihat kepada guru suipaya menghasilkan kerja yang berkesan. iv. Menyelesaikan masalah kerja guru. v. Menyelaraskan rancangan pengajaran guru. vi. Menyemak buku rancangan mengajar guru. vii. Memberi nasihat dan bimbingan kepada guru baru/sementara dengan kerjasama guru kanan sains. 2.4.3 Pengurusan Kakitangan Makmal i. Menyediakan senarai tugas kerja yang jelas, lengkap dan sistematis bagi kakitangan makmal dengan kerjasama Guru Kanan Sains.

ii. Mengawasi dan meniliti kerja-kerja kakitangan makmal dengan kerjasama Guru Kanan Sains. iii. Mengadakan perjumpaan/mesyuarat dengan kakitangan makmal. iv. Memberitahu JPN mengenai kekosongan jawatan kakitangan makmal. 2.4.4 Pengurusan Kurikulum Sains i. Mengetahui bahan/ sumber yang boleh membantu pelaksanaan kurikulum sains.

ii. Merancang dan menentukan pelaksanaan kurikulum sains berasaskan Peraturan Kursus Pengajian Sekolah seperti jadual waktu, guru dan kelas. iii. Meniliti dan menilai kerja murid. iv. Merancang dan menyelaraskan proses penilaian melalui ujian dan peperiksaan. v. Mengetahui dan mengikuti perkembangan aktiviti-aktiviti panitiasains dengan tujuan memberikan bimbingan ikhtisas. vi. Menguatkuasakan pekeliling-pekeliling dari JPN dan KPM, berhubung dengan keselamatan makmal. 2.4.5 Pengurusan Ko-kurikulum Sains i. Mengetahui bahan-bahan sumber yang boleh membantu pelaksanaan Ko-kurikulum sains.

ii. Merancang dan menentukan pelaksanaan ko-kurikulum sains. iii. Meneliti dan menilai program ko-kurikulum sains.
PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS21

Bab 2 - Organisasi Pendidikan Sains

iv. Meneliti dan mengawas perkembangan kegiatan ko-kurikulum sains. v. Menguatkuasakan pekeliling-pekeliling dari JPN dan KPM, berhubung dengan kegiatan ko-kurikulum sains. 2.4.6 Pengurusan Bekalan, Peralatan dan Kemudahan Makmal i. Mengetahui keadaan bekalan dan peralatan sains di sekolah.

ii. Melengkapkan makmal-makmal dengan bekalan dan peralatan yang berpatutan. iii. Membahagikan wang peruntukan sains secara adil bagi setiap mata pelajaran sains. iv. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan berdasarkan keperluan dan kedudukan kewangan. v. Menggalakkan perhubungan yang berkesan dalam kalangan murid. 2.4.7 Pengurusan Perhubungan Guru-Pelajar i. Menyelenggarakan rekod murid serta meniliti laporan berkala guru mengenai kemajuan murid.

ii. Membantu guru mengurus masalah pembelajaran murid dan menggalakkan tindakan diambil berasaskan kepada sebab dan musabab dan bukan simptom. iii. Menggalakkan perhubungan yang berkesan di antara murid dengan murid. 2.4.8 Perhubungan dengan JPN/ PPD i. Mengetahui dan menggunakan saluran-saluran yang ada di JPN untuk membuat permintaan, aduan atau mendapatkan penjelasan.

ii. Mengeksploitasikan perkhidmatan yang ada di JPN untuk membantu melaksanakan program, projek dan sebagainya dengan tujuan untuk memajukan pelaksanaan kurikulum sains. 2.4.9 Pengurusan Perhubungan Awam i. Menggunakan PIBG/ masyarakat menyelesaikan masalah sekolah. setempat bagi membantu

ii. Mengadakan sistem perhubungan yang berkesan di antara sekolah dan pihak ibubapa berkaitan dengan pelajar.

22 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

You might also like