You are on page 1of 3

Bidang Tugas Guru Penolong Kanan Kokurikulum

1) Menentukan objektif gerakerja kokurikulum sekolah tercapai.


2) Bertanggungjawab dalam pelaksanaan dasar gerakerja kokurikulum sekolah.
3) Menyelaras dan meluluskan program tahunan setiap unit gerakerja kokurikulum
4) Memastikan supaya setiap unit gerakerja kokurikulum berjalan dengan lancar, berterusan dan
berkesan.
5) Menyelesaikan masalah yang berbangkit dalam perjalanan aktiviti kokurikulum.
6) Menyelaras dengan pihak sekolah peruntukan dan perbelanjaan aktiviti kokurikulum.
7) Mengawal segala urusan kewangan bagi wang yang dikutip daripada pelajar.
8) Menerima laporan kedudukan stok dan inventori peralatan kokurikulum.
9) Menerima laporan kegiatan unit kokurikulum pada akhir tahun daripada setiausaha
kokurikulum, penolong setiausaha kokurikulum dan penyelaras-penyelaras unit.
10) Memutuskan pengurniaan yang akan diberi kepada pelajar yang mencapai taraf
kecemerlangan dalam aktiviti kokurikulum.
11) Memastikan pelaksanaan dasar Kementerian Pelajaran dalam bidang kokurikulum dilaksanakan.
12) Mengelola, Memantau dan Menyelia kegiatan kokurikulum diperingkat sekolah dan daerah.
13) Mengelola, Memantau dan Menyelia kegiatan kokurikulum diperingkat sekolah , daerah dan negeri.
14) Membantu menyelia kegiatan kokurikulum peringkat sekolah
15) Memastikan konsep kokurikulum difahami oleh warga sekolah.
16) Memastikan kedudukan kokurikulum dalam pendidikan dapat difahami oleh warga sekolah.
17) Menyediakan dasar yang jelas mengenai kandungan kokurikulum di sekolah.
18) Menetapkan status kokurikulum sebagai sesuatu yang diwajibkan ke atas pelajar.
19) Menentukan peruntukkan masa yang mencukupi untuk pelaksanaan aktiviti kokurikulum.
20) Menyediakan garis panduan tugas guru dalam kokurikulum.
21) Memastikan keberkesanan pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah.
22) Memberi kesedaran kepentingan kokurikulum dalam sistem pendidikan

1
Bidang Tugas Guru Penolong Kanan Mata Pelajaran Bahasa
1) Memperoleh sukatan terbaru
2) Mengagihkan sukatan pelajaran kepada ketua panitia
3) Memastikan rancangan pengajaran dibuat dan boleh ditunjukkan pada bila-bila masa.
4) Rancangan pengajaran siap dan dilaksanakan dalam P&P.
5) Membuat pemilihan dan penilaian naskah guru, buku rujukan dan buku kerja pelajar
6) Memastikan buku tersebut dimanfaatkan
7) Menyelaraskan penggunaan ABM dalam P&P
8) Bertanggungjawab:
9) Memperoleh pekeliling format baru peperiksaan
10) Mengagihkan format baru peperiksaan.
11) Mencerap guru mata pelajaran mengikut jadual yang telah ditetapkan pada awal tahun.
12) Memeriksa buku latihan pelajar
13) Membuat laporan kepada Penolong Kanan
14) Menyemak buku rekod mengajar guru
15) Merekodkan penghantaran buku rekod oleh guru- guru
16) Melaksanakan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu merentasi kurikulum
17) Menyelaras penyediaan soalan peperiksaan dan ujian bulanan
18) Melaksanakan peperiksaan
19) Memperoleh markah / keputusan peperiksaan
20) Menyelaras analisis keputusan peperiksaan dan mendokumenkannya
21) Merancang pelan tindakan
22) Membantu program motivasi kecemerlangan pelajar
23) Memastikan ketua panitia merekodkan barang-barang tersebut dalam buku stok dan inventori
24) Membuat anggaran perbelanjaan tahunan, menyelaras dan mengagihkan peruntukan kewangan yang telah
diluluskan dan menyediakan untuk tujuan audit
25) Menentukan keperluan guru bagi setiap panitia
26) Menyemak dan menilai peraturan pekeliling dan manual prosedur kerja dan fail meja dipatuhi
27) Membantu merancang aktiviti panitia sepanjang tahun
28) Menyemak fail panitia
29) Menentukan kelompok pelajar untuk program pemulihan dan pengayaan.
30) Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan guru dalam panitia
31) Merancang kursus perkembangan staf
32) Melaksanakan perkembangan staf
33) Berusaha meningkatkan inovasi dalam penggunaan ABM semasa P&P.
34) Menghasilkan modul P&P yang berkualiti
35) Memperoleh program kokurikulum peringkat negeri dan daerah
36) Mengagihkan jenis-jenis pertandingan yang melibatkan persatuan/ kelab akademik kepada ketua
panitia/guru persatuan/kelab
37) Memastikan program persatuan / kelab akademik dibuat dan boleh ditunjukkan pada bila-bila masa.
38) Memastikan program dilaksanakan oleh persatuan/kelab
39) Bertanggungjawab:
40) Membuat pemilihan aktiviti dan menentukan prosedur pertandingan
41) Membuat laporan dalam buku / fail kokurikulum
42) Mengendalikan aktiviti / pertandingan menulis esei, kuiz, deklemasi sajak, drama, pidato dan lain- lain
43) Menyelaras kursus kepada pelajar seperti motivasi, kepimpinan, teknik menjawab soalan peperiksaan dan
lain- lain
44) Merancang peruntukan kewangan
45) Merancang perbelanjaan mengikut kesesuaian

2
46) Menetapkan jenis pengangkutan
47) Memastikan prosedur keselamatan dipatuhi
48) Memperoleh bahan / pekeliling / surat / panggilan kursus / latihan guru / peperiksaan.
49) Mengagihkan tugas- tugas guru di bawah bidang dan kawalannya
50) Memastikan ujian / peperiksaan dijalankan mengikut jadual.
51) Memastikan kursus- kursus dan latihan yang perlu dihadiri oleh guru.
52) Memastikan jenis kursus dalaman untuk guru-guru di bawah kawalannya
53) Memastikan data / maklumat guru dibuat dan boleh ditunjukkan pada bila-bila masa.
54) Memastikan segala jenis perangkaan berkaitan bidangnya siap dan dapat dimanfaatkan
55) Memastikan program rutin dan developmental dijalankan seperti ditetapkan dalam takwim
56) Memastikan tarikh-tarikh program mengikut bidangnya dipatuhi yang melibatkan penetapan mesyuarat /
taklimat / seminar dan lain- lain
57) Memastikan pencerapan guru- guru dilakukan seperti yang ditetapkan
58) Memastikan pencerapan buku latihan dijalankan seperti yang dijadualkan.
59) memastikan guru-guru baru / GSTT dapat menjalankan tugas dengan baik melalui bimbingan yang
berterusan
60) Memastikan anggaran belanjawan dibuat dan boleh ditunjukkan pada bila-bila masa
61) Memastikan perbelan- jaan dibuat mengikut keperluan
62) Memastikan prosedur kewangan dipatuhi
63) Memastikan borang penyemakan stok dan inventori dibuat dan boleh ditunjukkan pada bila-bila masa
64) Memastikan borang senarai semak siap dan dapat dimanfaatkan
65) Memastikan borang senarai semak amalan nilai- nilai murni dibuat dan boleh ditunjukkan pada bila-bila
masa.
66) Borang merit dan demerit dapat dimanfaatkan
67) Memastikan jadual waktu / jadual tugas harian dibuat dan boleh ditunjukkan pada bila-bila masa.
68) memastikan jadual jadual giliran tugas keceriaan dipatuhi
69) Memperoleh maklumat / bantuan berhubung dengan pusat kegiatan guru (PKG), PPD, bahagian dan Pusat
Sumber Pelajaran Negeri (PSPN)
70) Mengagihkan bahan / maklumat / bantuan kepada ketua panitia
71) Memastikan jemputan / surat- menyurat dihantar untuk mengadakan pertemuan profesional. antara GKMP
sekolah- sekolah lain
72) Program dirancang dan disiapkan, dilaksana dan dimanfaatkan.
73) Memastikan borang senarai semak dibuat dan boleh ditunjukkan pada bila-bila masa.
74) Giliran tugas guru yang terlibat dibuat dengan bantuan pelajar / persatuan / kelab
75) Memastikan program dibuat dan boleh ditunjukkan pada bila- bila masa.
76) Borang pemantauan, giliran tugas dan senarai semak siap dan dimanfaatkan.
77) Memastikan jadual waktu ujian / peperik- saan / kegiatan sukan dan penggunaan pusat sumber semasa
P&P dibuat dan disiapkan
78) Menyelia dan memantau mengikut waktu yang ditetapkan.
79) Melaksanakan segala arahan dan tugasan yang diberi oleh pengetua.
80) Memastikan segala arahan diikuti dan dipatuhi

You might also like