You are on page 1of 2

Encik Patrick Jet Anak Kadom Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Lubok Assam

YB Dato Sri Tiong King Sing Ahli Parlimen P216 Bintulu. 11 Januari 2012 Yang Berhormat, MEMOHON SUMBANGAN PEMBELIAN SET PA SISTEM KEGUNAAN SEKOLAH. Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. UNTUK

2. Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah kami memohon jasa baik yang berhormat agar dapat untuk menyumbang set PA Sistem seperti berikut : i) ii) iii) iv) v) vi) Amplifier Speaker Mikrofon dan wayar DVD Player Mic Stand Televisyen

3. Sebagai makluman pihak tuan , set PA Sistem tersebut amatlah diperlukan bagi melaksanakan segala aktiviti sekolah seperti majlis rasmi, mesyuarat, kuiz, pertandingan akademik, perhimpunan sekolah, aktiviti PIBG dan sukan sekolah.Set PA system yang sedia ada telah rosak ditenggelami air akibat banjir pada 26 Disember 2011 yang lalu. 4. Sehubungan dengan itu, saya mewakili pihak sekolah memohon jasa baik yang berhormat sekiranya dapat menghulurkan sumbangan bagi menjayakan aktiviti sekolah seperti dinyatakan di atas. 5. Kerjasama dan keperihatinan dari pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian,harap Maklum. " SOKONGAN ANDA KEJAYAAN BERSAMA" Yang Benar, . ( PATRICK JET ANAK KADOM )

Penolong Kanan Pentadbiran SK.LUBOK ASSAM ,JULAU.

You might also like