You are on page 1of 12

MEMBINA BAHAN VIDEO & AUDIO UNTUK PENGAJARAN BAHASA MELAYU(M10)

DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD KHAIRUL AMIN B ROMLI NOOR HAMIZAH BT ABDUL RAZAK NUR AIN BT ADNAN

VIDEO
Analog Video analog bukannya seuatu bentuk data yang dikenali oleh komputer ianya merupakan rakaman maklumat yang boleh dilihat sebagai suatu turutan kerangka yang dikodkan sebagai isyarat elektronik yang berterusan secara kadar yang tetap iaitu kadar kerangka pada pita rakaman video (pita bermagnet)

Digital Video digital juga melibatkan turutan kerangka yang berbentuk imej digital yang mungkin di mampatkan

AUDIO
merupakan bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan sistem Komputer mengeluarkan muzik, suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar. Berfungsi untuk membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa.

Membantu meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan dan juga menimbulkan suasana yang lebih menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan. Audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan dan tumpuan terhadap sesuatu isi persembahan.

PRINSIP PEMBINAAN BAHAN VIDEO DAN AUDIO

PENGGUNAAN ELEMEN TEKS


Pastikan teks yang digunakan ringkas tetapi padat. Gunakan typeface dan fon yang bersesuaian. Pastikan teks boleh dibaca dari jarak yang sesuai Pemilihan jenis tulisan dan warna teks bersesuaian dengan kumpulan sasaran (murid) dan suasana persembahan. Pastikan fon yang digunakan sedia ada pada sistem komputer lain.

PENGGUNAAN ELEMEN GRAFIK DAN VISUAL


Grafik merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi dan sebagainya. Grafik merupakan elemen multimedia yang penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat.

Sebagai contoh sekiranya maklumat padat telah dimasukkan dalam bentuk grafik, ia mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat, tepat, menarik dan berkesan Tambahan pula, ia boleh memfokuskan perhatian pengguna terhadap maklumat yang ingin disampaikan.

PENGGUNAAN ELEMEN AUDIO


Audio atau bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan sistem komputer mengeluarkan muzik, suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar. Berfungsi untuk membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa. Penggunaan audio dalam membina bahan P&P bahasa Melayu boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Seringkali bahan audio dan video ini digunakan untuk pengajaran kemahiran Bahasa Melayu. Hal ini supaya dapat meningkatkan motivasi dan menimbulkan suasana yang menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan.

SAMBUNGAN..

PANDUAN MEGGUNAKAN ELEMEN VIDEO


Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan realistik berbanding elemen-elemen multimedia lain. Video berupaya mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat dan juga mempengaruhi perasaan dan emosi para pengguna dengan lebih nyata.

PANDUAN MENGGUNAKAN ELEMEN ANIMASI


Animasi merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya bersifat statik. Hal ini utntuk memberi kesan yang baik terhadap objek supaya kelihatan lebih memberi kesan kepada pengajaran Perkataan atau imej-imej statik untuk diisampaikan dengan lebih mudah dan berkesan. Penggunaan animasi ini boleh menceriakan proses penyampaian, di samping mampu memberi penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian penonton difokuskan kepada isi kandungan yang ingin disampaikan.

SAMBUNGAN
Animasi mampu menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara visual dan juga dinamik bagi membolehkan proses membuat hubungan atau perkaitan mengenai sesuatu konsep atau proses yang kompleks lebih mudah untuk dipindahkan ke dalam minda pelajar dan seterusnya membantu dalam proses pemahaman mereka. Tambahan pula, animasi boleh digunakan bagi menyediakan persekitaran pembelajaran secara maya untuk menangani keadaan di mana persekitaran yang sebenarnya sukar atau tidak boleh disediakan, membahayakan ataupun kemungkinan melibatkan kos yang tinggi.

Sekian terima kasih!!!

You might also like