You are on page 1of 4

Rosli Dhoby merupakan seorang pejuang kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British. Beliau berketurunan Melanau.

Rosli didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949.Faktor yang menyebabkan beliau terpaksa mengakui tuduhan tersebut adalah atas permintaan ibu beliau kerana ibu beliau telah diugut akan ditembak. Selepas beberapa bulan dalam penjara di Kuching, Rosli akhirnya maut di tali gantung pada 2 Mac 1950. Turut sama digantung adalah rakan seperjuangannya Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong.Kematian mereka berempat telah menyebabkan gerakan penentangan anti-kolonialis di Sarawak berakhir secara mendadak. Mereka semua dikebumikan di situ juga, di Penjara Pusat Kuching, tanpa batu nisan di bawah tembok perkarangan penjara.Ini kerana Pihak British bimbang akan kebangkitan semula gerakan penentangan anti-Kolonial yang telah tamat secara mendadak selepas kematian mereka berempat.Setelah 46 tahun bersemadi di Tanah Perkuburan Penjara Kuching, Pada 2 Mac 1996, keempat-empat pejuang kemerdekaan ini dikebumikan semula dengan diberikan pengkebumian negeri di Makam Pahlawan Sarawak,berdekatan dengan Masjid Bahagian Sibu.Ketika itulah,Keempat-empat buah keranda yang mengandungi tinggalan jenazah mereka diselimuti dengan bendera negeri Sarawak,sebagai menunaikan salah satu daripada wasiat Allahyarham Rosli Dhoby

Datuk Hamzah Abdullah adalah mantan Menteri Besar Selangor dari tahun 1949-1949 . Beliau menjadi menteri besar selama beberapa bulan sahaja. Ketika itu baru habis Perang Dunia Kedua dan belum ada pilihan raya. Beliau terlibat sama dengan Nik Ahmad Kamil bin Nik Mahmud ,Datuk Onn Jaafar, Datuk Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz dari Perak dan Zaaba untuk menggubal charter dan perlembagaan bagi parti UMNO yang baru ditubuhkan, dengan persetujuan Kongres Melayu.Zaaba mahu singkatan 'UMO' menyamai 'UN' ditambah 'National' menjadi 'UMNO'.
Tan Sri Nik Ahmad Kamil bin Dato' Nik Mahmud (dilahirkan pada 7 Julai 1907 di Kota Bharu,Kelantan .Beliau dari keluarga bangsawan Kelantan, pernah menjadi Timbalan Menteri Besar Kelantan dan 1

Menteri Besar Kelantan ke-11, menggantikan bapanya Nik Mahmud bin Nik Ismail. Beliau juga merupakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat ke-4. Beliau merupakan salah seorang yang membantu Dato' Onn Jaafar untuk berunding dengan British.

Dato Onn Jaafar (12 Februari 1895 - 19 Januari 1962). Beliau ialah pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Oktober 1946 tetapi tiga tahun kemudian, meletakkan jawatan untuk menumpukan perhatiannya kepada UMNO.

Sejarah Datok Panglima Bukit Gantang, Paduka Seri Sultan Syed Alang Alauddin @ Nai Lang Mempertahankan Serangan Tentera Musuh Bisik Raja Buddha Rama II Chakri Sokho Thai dalam tahun 1821. Dalam meniti sejarah negeri Perak kita pasti akan bertemu dengan satu nama atau gelaran yang terkenal iaitu Datuk Panglima Bukit Gantang. Hari ini pula, gelaran ini masih lagi digunakan dan merupakan gelaran kebesaran negeri Perak Darul Ridzuan. Ia juga merupakan lambang kepahlawanan ketika itu memerangi penjajah demi memelihara kepentingan agama Islam

Datu Mohammad Salleh mengambil tugas bapanya, Datu Balu sebagai ketua kampung di daerah Lingkabo dan Sungai Sugut. Perbelanjaan pentadbiran Datu Mat Salleh adalah daripada pungutan cukai ke atas pedagang-pedagang yang melalui Sungai Sugut pada tahun 1894. Inggeris tidak senang dengan tindakan Mat Salleh itu, lalu menyerang Mat Salleh di Jambongan serta memusnahkan kampung Mat Salleh di Sungai Sugut pada tahun 1896. Datu Mat Salleh bagaimanapun dapat melepaskan diri. Detik perjuangan Datu Mat Salleh menentang pencerobohan dan keganasan Syarikat Berpiagam Borneo Utara bermula pada bulan Julai 1897. Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya menyerang dan membinasakan pejabat
2

Pentadbiran Kompeni di Pulau Gaya. Dalam tahun yang sama juga Mat Salleh menyerang dan membakar Pejabat Residen Kompeni di Ambong. Pada bulan Disember 1897, Inggeris menyerang kubu Mat Salleh di Ranau. Mereka tewas dan banyak askar Inggeris terbunuh. Seterusnya pada bulan Januari 1898, Inggeris sekali lagi menyerang kubu Mat Salleh di Ranau dengan angkatan tentera yang lebih besar. Mat Salleh terpaksa mengundurkan diri dan membina kota pertahanan yang baru, yang lebih kuat dan kukuh di kampung Tibabar, Tambunan. Kota utama Mat Salleh di Tambunan ini sangat sukar ditembusi. Kota ini diperbuat daripada batu-bata, kayu serta buluh tidak dapat ditembusi peluru. Setiap penjuru kota dikawal dan terdapat beberapa terowong atau jalan bawah tanah yang rahsia digunakan untuk meminta bantuan-bantuan senjata, makanan dan lain-lain dari luar kota. Jalan rahsia ini juga dijadikan jalan untuk berundur menyelamatkan diri apabila dikepung musuh. Tidak lama kemudian, pihak Kompeni menawarkan perdamaian dan Mat Salleh bersetuju, walaupun ditentang orang-orangnya. Tetapi pada 1899, Kompeni cuba mengambil alih Tambunan daripada Mat Salleh dan menyebabkan peperangan tercetus kembali. Dan akhirnya pada 31 Januari 1900, kota Mat Salleh tumbang akibat serangan hebat Kompeni yang berjaya mematahkan pertahanan Mat Salleh. Dan peristiwa itu menandakan gugurnya Mat Salleh sebagai pejuang bangsa.

Rentap merupakan seorang pahlawan Dayak (Iban) terkenal dalam sejarah Sarawak. Dia merupakan salah seorang pemimpin penentang kepada pemerintahan Raja Putih Brooke. Penentangan Rentap == Pada tahun 1853 Rentap telah mengetuai pasukan orang Iban yang menyerang pasukan British di Skrang yang diketuai oleh William Brereton. Rentap adalah seorang panglima perang orang Iban yang tinggal di ulu Sungai Sekrang. Rentap yang menjadi ketua orang Iban telah menentang pemerintahan Brooke kerana Brooke merancang membanteras amalan kutipan cukai oleh ketua-ketua tempatan yang dianggap lanun olehnya, sedangkan ia merupakan sumber pendapatan tradisi ketua-ketua tempatan. Brooke turut juga mengganggu cara hidup tradisional orang Iban yang mengamalkan kegiatan memotong kepala dengan beberapa pembaharuan. Justeru itu pada tahun 1853, Rentap bersama pasukannya menyerang kubu-kubu di Sungai Skrang. Pihak British telah diserang hendap oleh orang-orang Rentap. Berlakulah pertempuran yang sengit di antara kedua-dua pihak. akibat pertempuran itu seorang menantu Rentap bernama Layang telah membunuh Alan Lee dengan lembingnya. Rentap dengan segera membawa pasukannya pulang ke ulu Sungai Sekrang.

Dalam pertempuran itu pihak British berundur ke pangkalan Merak dan ini menyebabkan Rentap semakin dihormati oleh pengikutnya. Walau bagaimanapun pengikut Brooke telah membinasa dan membakar 20 buah rumah panjang tempat kediaman Rentap. Dengan itu Rentap terpaksa berundur dan membina tempat kediaman di sungai Lang iaitu di ulu Sungai Skrang. Namun angkatan Brooke berjaya menyerang rumah panjang Rentap dan ia dengan sebilangan pengikut berundur dan membina kubu di sebuah bukit bernama Bukit Sadok. Kubu Bukit Sadok ini sukar untuk ditakluki kerana diperkuatkan oleh sebatang merian yang dikenali sebagai "Bujang Timpang Berang". Mulai dari tahun 1875, kerajaan Brooke telah membuat tiga percubaan untuk menangkap Rentap. Namun pada tahun 1861 barulah mereka berjaya menguasai Bukit Sadok setelah membawa beberapa buah meriam yang dikenali sebagai "Bujang Sadok".

You might also like