You are on page 1of 20

RENTAP.

Rentap merupakan seorang pahlawan Dayak (Iban) terkenal dalam sejarah Sarawak.
Dia merupakan salah seorang pemimpin penentang kepada pemerintahan Raja Putih
James Brooke.Rentap mendapat pengalaman berperang daripada pernyertaannya
dalam ekspedisi-ekspedisi perang yang diketuai oleh Orang Kaya Pemamcha Dana
"Bayang" terutamanya ke kawasan-kawasan di sekitar muara Batang Kapuas di
Kalimantan Barat, Indonesia. Rentap telah dilantik sebagai seorang "ayam sabong"
(ketua pahlawan) oleh Dana "Bayang". Sewaktu salah satu expedisi ini, Dana "Bayang"
letah memperolehi sebuah meriam besar yang dinamakan "Bujang Timpang Berang"
yang dicatatkan tahun 1515 daripada pihak Belanda sementara Rentap telah terkenal
dengan keberaniannya melawan dan mengalahkan musuh sebuah perahu dan berjaya
merampas sebilah keris berhulukan emas daripada seorang putera diraja.

Pada 19 Ogos 1844 di Karangan Peris dalam daerah Skrang, Libau RENTAP bersama
pasukannya telah ulung kalinya bertempur dengan pasukan Rajah James Brooke dan
Captain Keppel daripada Tentera Laut DiRaja Inggeris. Pada pertempuran ini, antara
yang terkorban daripada pasukan Brooke ialah Datu Patinggi Ali dan pasukan
perisiknya dari Sarawak yang telah mara duluan daripada pasukan utama kecuali
hanya seorang yang masih hidup dan seorang Inggeris bernama George Steward.

Selepas pertemburan di Beting Maru, pemerintah Brooke telah membina sebuah kubu
di Nanga Skrang dengan tujuan menyekat pergerakan orang-orang Skrang ke arah
Batang Lupar dan seterusnya keluar ke Laut China Selatan untuk bekerjasama dengan
Linggir "Mali Lebu" dari Paku dan Aji Apai Limba dari Padeh bagi mengamalkan
kegiatan mengayau kepala manusia dan membeli barangan keperluan seperti garam
atau menetang pemerintahan Brooke di Sarawak pada ketika itu.

Pada awal tahun 1853, Rentap telah mengetuai pasukan orang Iban yang menyerang
pasukan Brooke di kubu Nanga Skrang yang diketuai oleh William Brereton. Berlakulah
pertempuran yang sengit di antara kedua-dua pihak di Lintang Batang. Semasa
pertempuran itu, seorang menantu Rentap bernama Layang telah membunuh Alan Lee
dengan lembingnya dan Willima Brereton telah tercedera tetap masih dapat melarikan
diri. Rentap dengan segera membawa pasukannya pulang ke ulu Sungai Skrang.
Walau bagaimanapun, pengikut Brooke kemudiannya telah membinasa dan membakar
20 buah rumah panjang tempat kediaman para pengikut Rentap.

Dengan itu, Rentap terpaksa berundur dan membina tempat kediaman di Sungai Lang
iaitu di hulu Sungai Skrang. Semasa mempertahankan kubu ini, pasukan Rentap telah
melaung-laungkan semangat perjuangan mereka yang kental iaitu "Agi Bedarah, Agi
Ngelaban” yang bermaksud "Selagi masih berdarah, Selagi itulah melawan" dan slogan
yang paling terkenal hingga ke hari ini ialah “Agi Idup, Agi Ngelaban” yang bermaksud
"Selagi Hidup, Selagi itulah melawan". Ada beberapa orang dari pasukan Brooke yang
mara menghampiri kubu Rentap telah ditembak dan terkorban. Namun angkatan
Brooke berjaya menyerang rumah panjang Rentap ini pada Ogos 1854 kerana
tembakan meriam merobohkan pagar kayu di sekeling rumah mereka dan pasukan
Rentap hanya ada bedil kecil sahaja untuk membalas tembakan meriam. Rentap sendiri
telah tercedera semasa pertempuran ini. Jadi, Rentap dengan sebilangan pengikut
beliau berundur dan membina kubu di sebuah bukit yang bernama Bukit Sadok.

Kubu Bukit Sadok ini sukar untuk ditakluki kerana kedudukannya di atas puncak bukit
yang tinggi dan dikelilingi oleh tebing-tebing curam yang sukar untuk didaki. Juga hanya
ada satu jalan sempit di atas gaung yang begitu dalam untuk sampai ke kubu Rentap ini.
Sekeliling kubu ini diperkuatkan oleh pagar kayu tebelian yang keras dan setebal dua
kaki. Rentap juga ada sebatang meriam yang besar untuk mepertahankan kotanya,
yang dikenali sebagai "Bujang Timpang Berang". Meriam ini telah dibawa oleh rakan
seperjuangannya iaitu Aji Apai Limba yang merupakan anak kepada Orang Kaya
Pemancha Dana "Bayang". Aji telah terkorban ditembak oleh pasukan Brooke di Sungai
Langit sebelum menyerang Rentap di kubunya di Bukit Sadok.

Kerajaan Brooke telah membuat tiga percubaan untuk menangkap Rentap di Bukit
Sadok. Cubaan pertama adalah dalam Jun 1857. Semasa serangan ini, seorang
anggota pasukan Brooke yang bernama Abang Aing telah ditembak dan terpaksa
dibawa turun ke bawah bukit. Melihat kejadian ini, pasukan Rentap telah menjerit
kegembiraan dan memukul gong mereka.

Dalam tahun 1858, pasukan Brooke buat kedua kalinya menyerang kubu Rentap di
atas Bukit Sadok tetapi tembakan meriam mereka tidak dapat menembusi pagar kubu
Rentap. Jadi, pasukan Rentap telah melaungkan dengan megahnya kepada pasukan
Brooke untuk membawa meriam yang lebih besar lagi pada masa akan datang.
Namun pada tahun 1861, barulah serangan pasukan Brooke yang ketiga kalinya
berjaya menguasai Bukit Sadok setelah membawa sebuah meriam besar yang dikenali
sebagai "Bujang Sadok" untuk menembak dan merobohkan pagar kubu Bukit Sadok.
Sebelum pertempuran ini, pasukan Brooke telah menawarkan pengampunan kepada
abang-abang arwah Aji yang telah ditembak mati oleh pasukan Brooke di Sungai Langit
iaitu Nanang dan Luyoh supaya mereka menyerah diri dan dihukum membayar 40 biji
tempayan rusa. Tawaran yang sama dicadangkan kepada Rentap dengan denda 12 biji
tempayan, musnahkan kubu Bukit Sadok dan meninggalkan kubu itu dengan segera.
Tetapi Rentap menolak tawaran ini walaupun telah diberitahu bahwa pasukan Brooke
ada membawa sebuah meriam yang besar kali ketiga ini. Semua wanita dan kanak-
kanak telahpun diarahkan untuk meninggalkan kubu tersebut. Semasa pertempuran
dengan pasukan Brooke, seorang pengendali meriam Rentap dan beberapa rakannya
telah terkorban kerana terkena tembakan meriam pasukan Brooke. Seterusnya, kubu
dan rumah tempat kediaman Rentap dan orang-orangnya dibakar oleh pasukan Brooke
pada 20 Oktober 1861.
Tetapi Rentap telah berundur ke Bukit Lanjak Entimau yang menjadi punca-punca air
Batang Skrang, Lemanak dan Engkari.

Kemudian beliau turun ke Ulu Entabai iaitu sebuah sungai cawangan kepada Sungai
Kanowit dan Julau di mana beliau membina sebuah kubu di Bukit Stulak. Pada usia
tuanya, Rentap dan pengikutnya berpindah ke Bukit Sibau iaitu kawasan yang terletak
di Ulu Wak, Pakan. Beberapa tahun kemudian, Rentap meninggal dunia di situ pada
usia lebih kurang 70 tahun. Mayat dan keranda Rentap tidak ditanam dalam tanah
seperti biasa tetapi diletakkan dalam sebuah pondok sebagai tanda hormat kepada
seseorang yang dianggap seorang pahlawan dan bangsawan. Setelah daging mayat
beliau telah habis reput, tulang-tulang kerangka beliau telah disimpan di dalam
tempayan oleh kerabat keluarga beliau. Inilah tanda pernghormatan yang paling tinggi
untuk seseorang yang telah berjasa.
Rentap merupakan pejuang sejati kerana beliau tidak pernah tunduk kepada
pemerintahan Brooke sehingga ke akhir hayatnya. Sehingga ke hari ini makam
pahlawan Rentap telah di baik pulih oleh kerajaan negeri Sarawak bagi mengenang
jasanya. Beliau meninggal dunia pada tahun 1863.
MAT KILAU.

Mat Kilau (1847[perlu rujukan]-1970) merupakan seorang pahlawan Melayu yang

berjuang menentang penjajah British di Pahang. Nama penuh beliau adalah Mat Kilau
bin Imam Rasu atau Tok Gajah. Ibu beliau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut
Burau. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau
Tawar, Jerantut, Pahang.[perlu rujukan] Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir
maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai "Dikir Pahang". Hobi Mat
Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras.

Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang
bernama Yang Chik binti Imam Daud, dari Kampung Kedondong. Imam Daud adalah
seorang guru agama yang disegani di daerah Pulau Tawar, Jerantut, Pahang dan juga
merupakan guru mengaji kepada Mat Kilau dan rakan-rakanya. Hasil perkahwinan ini
Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. Setelah berkahwin barulah Mat Kilau
belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat
sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan
menggunakan senjata seperti keris dan parang. Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu
daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak
dituntutnya daripada Haji Montok (Hj.Uthman bin Senik) yang merupakan mufti Pahang
ketika itu.

Mat Kilau juga dikatakan pergi bertapa di Gua Kota Gelanggi yang terletak tidak jauh
dari Pulau Tawar untuk mendalami ilmu yang dituntutnya. Gua tersebut masih ada
hingga kini. Menurut beberapa pendapat orang-orang lama, gua ini boleh
menghubungkan Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah
menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Atas dasar
pungutan cukai yang menindas dan keangkuhan pihak penjajah, Mat Kilau, Dato
Bahaman dan Tok Janggut bersekutu berganding bahu memulakan pemberontakkan ke
atas pihak British. Namun begitu, pihak pemberontak tidak mendapat sokongan Sultan
terhadap pergerakkan penentangan British pada masa itu. Sultan yang pada masa itu
hanya mementingkan darjat dan talian persahabatan dengan pihak British sanggup
mengkhianati bangsa dan rakyatnya sendiri bagi mematahkan pemberontakkan di
Semantan.

Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah
datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford
mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau suka bergaul dengan setiap lapisan
masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi seorang yang luas pandangan dan
mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. Mat Kilau adalah seorang yang jujur
dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya.
Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Pawang Nong, Teh
Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali (khatib), Awang (Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup
sehidup semati dengan Mat Kilau.

Dalam bulan Disember 1969,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu
memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin
Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi
tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung
kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke
Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid,Pulau Tawar Jerantut. Pada hari Jumaat 26
Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk
bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah mebaca Quran dan
kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.

Pengisytiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang

menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8
Januari 1970. Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam
itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari
Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar
Pahang, YAB Tan Sri Haji Yahaya Mohd Seth. Setelah empat hari selepas
pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana
keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun. Walau bagaimanapun fakta
ini dipertikaikan kerana tiada dokumen untuk mengesahkan usia beliau.
YAMTUAN ANTAH.

Yamtuan Antah ibni Almarhum Yamtuan Radin ( 1812 - 1888 ) merupakan Yang di-
Pertuan Besar Negeri Sembilan yang keenam. Memerintah dari 1869 - 1888 dan
memperjuangkan Negeri Sembilan daripada dijajah oleh British pada tahun 1876.
Merupakan ayahanda Yamtuan Radin dan mempunyai anakhanda yang memodenkan
Negeri Sembilan iaitu Tuanku Muhammad Shah.

Dengan kejayaan itu pada awal 1875, Residen British pertama dilantik di Sungai Ujong,
PJ Murray dilantik untuk membantu Datuk Kelana memerintah. Pembesar lain di Negeri
Sembilan jelas tidak setuju dengan dasar berkenaan. Bagi mereka, tindakan Datuk
Kelana membawa masuk British ke Sungai Ujong umpama mengundang penjajah untuk
menjajah negeri mereka. Hari berikutnya memperlihatkan Datuk Kelana masih tidak
menghiraukan pandangan pembesar lain. Lalu pakatan pembesar menabalkan
Yamtuan Antah sebagai Yamtuan Seri Menanti yang mana jajahan itu meliputi Terachi,
Ulu Muar, Gunung Pasir dan Jempol. Tindakan Datuk Kelana membenarkan British
bertapak di Sungai Ujong mengeruhkan huubungan antara dirinya dengan pembesar
lain termasuk Yamtuan Antah. Yamtuan Antah akhirnya tidak mengiktiraf Datuk Kelana
sebagai pemerintah Sungai Ujong. Pada pertengahan 1875, di bawah lindungan British,
Datuk Kelana mengisytiharkan Terachi yang terpisah oleh Bukit Putus, sebagai
sebahagian daripada wilayahnya miliknya iaitu Sungai Ujong sekali gus mencetus api
pertelingkahan dengan Yamtuan Antah. Datuk Kelana dan British bertindak melantik
orangnya sebagai pemerintah Terachi dengan anggapan daerah itu sudah menjadi milik
mereka pada November tahun yang sama. Yamtuan Antah yang semakin berang
kemudian memecat Datuk Pemerintah Terachi yang dilantik Datuk Kelana. Residen
British, Murray yang berpihak kepada Datuk Kelana mengganggap perbuatan Yamtuan
Antah itu sebagai mengganggu daerah pemerintahan Datuk Kelana dan melanggar
undang-undang. Pada 27 November 1875, Murray ke Terachi bersama 20 askar
diketuai Leftenan Hixman selain 30 polis dan masing-masing seorang doktor dan
seorang jurubahasa Australia bernama Dominic Daly ke Terachi, tetapi tidak mendapati
tiada kekacauan berlaku di kawasan itu. Sehari kemudian, Murray kembali ke Sungai
Ujong tetapi Daly ditinggalkan di Terachi untuk mengukur jarak antara Kampung
Terachi dengan Kuala Pilah. Di tepi sebatang sungai, Daly bertemu sekumpulan
penduduk seramai 200 orang yang menuntut lelaki asing itu dan orang-orangnya balik
ke Sungai Ujong. Daly ketakutan, dia segera minta bantuan kepada Murray di Sungai
Ujong dan Residen itu segera dimaklumkan kepada Yamtuan Antah.

Kedatangan British itu seolah-olah mencabar kedaulatan Seri Menanti lalu Yamtuan
Antah mengerahkan pasukannya seramai kira-kira 4000 orang supaya bersedia untuk
menghadapi peperangan. Kebangkitan Yamtuan Antah untuk mengusir penjajah itu
turut mendapat sokongan beberapa pembesar antaranya Datuk Siamang Gagap,
Tunku Besar Tampin, penduduk Rembau, Jelebu dan Johol. Seterusnya, pasukan
perang Yamtuan Antah segera mendaki dan menyeberang Bukit Putus untuk memasuki
Paroi. Di situ, Yamtuan Antah mengutus surat amaran kepada Murray supaya tidak lagi
menggangu kedaulatan Seri Menanti dan menceroboh Terachi. Murray yang ketakutan
melihat kebangkitan penduduk dipimpin Yamtuan Antah segera meminta bantuan
kepada Negeri-negeri Selat. Keadaan British di Sungai Ujong semakin genting kerana
mereka khuatir akan penduduk akan menyerang. Hinxman dan askar lain yang berada
di Rasah, segera menggali parit dan membuat kubu pertahanan di sekeliling tapak
perkhemahan tentera mereka. Pada Disember 1875, pasukan Yamtuan Antah yang
seramai 200 orang berjaya menawan Paroi dan mereka membina kubu di situ tetapi di
Sungai Ujong, bantuan British dari Melaka yang terdiri daripada 20 askar diketuai
Leftenan Peyton tiba untuk menentang kebangkitan penduduk. Dengan bantuan
tambahan, Hinxman membawa satu pasukan perang seramai 30 askar, 30 polis dan 6
askar Arab dari Rasah untuk menyerang pasukan Yamtuan Antah di Paroi.
Bagaimanapun, sebaik sampai, pasukan British terlebih dahulu diserang penduduk
menggunakan senapang. Bilangan penduduk tempatan lebih ramai daripada pasukan
Hinxman menyebabkan musuh hampir dapat dikepung dan ditahan. Menyedari mereka
akan kalah, askar British yang ketakutan segera melarikan diri dan balik ke Rasah.
Tentera Yamtuan Antah berjaya menduduki dan bertahan di sebuah rumah di tepi
Sungai Linggi. Pada 5 Disember 1875, British semakin tertekan apabila pasukan
diketuai Hinxman gagal merampas kembali Paroi. Mereka merancang serangan yang
lebih hebat. Menggunakan meriam milik Datuk Kelana, mereka membedil tentera
Yamtuan Antah. Pertempuran hebat menggegar bumi Paroi ketika itu. Selepas satu jam
berbalas tembakan, askar British akhirnya berjaya menyeberangi paya yang terbentang
di hadapan kubu pertahanan Yamtuan Antah walaupun beberapa jasad askarnya
ditembak. Hinxman dan Peyton akhirnya bernekad untuk terus memusnahkan kubu
pertahanan tentera Yamtuan Antah. Mereka membawa satu pasukan seramai 20 askar
British dan Arab menuju ke kubu pertahanan Yamtuan Antah tetapi mereka tersesat
jalan. Dalam kebingungan, mereka terus diburu askar tempatan. Tunku Laksamana
akhirnya dilantik sebagai Yamtuan Seri Menanti. Bantuan tambahan yang diminta
Murray tiba di Sungai Ujong pada 8 Disember 1875. Diketuai Leftenan Gabenor Pulau
Pinang, Anson, lelaki asing itu tiba bersama pasukan perang terdiri daripa 350 askar
British yang dibawa dari Melaka. Kekalahan dalam pertempuran sebelum itu,
menyebabkan British memperkuatkan serangan terhadap tentera Yamtuan Antah di
Paroi. Kali ini, menggunakan beberapa pucuk meriam, mereka membedil kubu
Yamtuan Antah. Selepas melepaskan 10 das meriam, pasukan Yamtuan Antah
terpaksa berundur. Selepas pertempuran hebat itu, mengorbankan 37 askar British dan
Arab selain mencedarakan ramai pihak, akhirnya Paroi dapat dirampas semula oleh
British. Pada 10 Disember 1875, bantuan British terus dibawa masuk iaitu pasukan
askar Gurkha, seramai 250 orang beserta pegawainya seramai 32orang. Pasukan
meriam daripada kapal perang HMS Thistle turut tiba di Sungai Ujong. Dengan
kekuatan tentera itu, Leftenan Kolonal Clay iaitu Ketua Pemerintah Askar Sungai Ujong
merancang menyerang Bukit Putus yang masih berada di bawah kekuasaan pengikut
Yamtuan Antah, daripada pelbagai penjuru. Pada 19 Disember 1875, satu pasukan
perang diketuai Murray bertolak dari Sungai Ujong menuju Bukit Putus melalui Langkap.
Clay pula mengetuai pasukan seramai 280 orang. Akhirnya berlaku pertempuran antara
British dan pejuang tempatan di Bukit Putus dan akhirnya kawasan itu berjaya ditawan
British. Selepas menawan Bukit Putus, Clay bersama pasukannya menuju ke Seri
Menanti. Menyedari kehadiran musuh, Yamtuan Antah dan keluarganya terpaksa
berundur meningggalkan Seri Menanti dan bergerak mencari perlindungan di Johor. Di
negeri itu, Yamtuan Antah bertemu Sultan Johor, Sultan Abu Bakar, Sultan Abu Bakar
kemudian menasihati baginda supaya berdamai dengan British. Dengan pertolongan
Sultan Johor ketika itu, pada Mei 1876, Yamtuan Antah memnbuat pertemuan dengan
Gabenor Singapura iaitu William Jervois. Yamtuan Antah bersama empat pembesar
dari daerah Seri Menanti, Johol dan Inas sekali lagi menemui Gabenor British di
Singapura pada November 1876. Dalam pertemuan itu, pihak British memikirkan
perkara yang adalah lebih baik berdamai dengan penduduk setempat bagi
menunjukkan imej baik mereka. Lalu Kerajaan British bersetuju melantik Yamtuan
Antah sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti. Daerah lain dalam Negeri Sembilan akan
diserahkan di bawah kekuasaan Ketua Daerah masing-masing manakala daerah
Sungai Ujong di bawah kekuasaan British.

Selepas dua tahun berundur ke Johor, akhirnya Yamtuan Antah kembali ke tanah
airnya, Seri Menanti. Beliau hanya sempat tinggal di bandar diraja itu hanya 11 tahun
apabila pada 1888 beliau meninggal dunia dan beliau dimakamkan di Seri Menanti.

TOK JANGGUT

TOK JANGGUT atau HAJI MAT HASSAN

(i) Latar belakang

– nama sebenar Haji Mat Hassan bin Munas
– dikenali sebagai Tok Janggut kerana beliau menyimpan janggut hingga ke paras dada
– dilahirkan tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan
– mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Makkah
– mahir dalam ilmu persilatan
– menetap di Kampung Nering, Kelantan
– bekerja sebagai petani dan peniaga

♣FAKTOR PENENTANGAN♣
a)British memperkenalkan peraturan cukai tanah yang mewajibkan petani membayar cukai tanah pada tahun 1915.
b)Petani dikenakan pelbagai cukai yang membebankan seperti cukai pokok kelapa yang berbuah,cukai pokok pinang,cukai daun sirih dan ternakan
lembu serta kerbau.
c)Kesukaran membayar cukai kerana pejabat cukai terletak di bandar.Penduduk yang gagal membayar cukai akan di tangkap
dan didenda.Sikap biadap pengawai British yang bertugas menimbulkan kemarahan penduduk terhadap British.
d)Sentimen anti-British meningkat apabila kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam berjihad menentang penjajah Barat.Tok Janggut
menyahut seruan tersebut dengan melancarkan penentangan terhadap British di Pasir Puteh.

:: TOK JANGGUT PEJUANG JIHAD ::

erjuangan tokoh yang nama sebenarnya, Mat Hassan Panglima Munas itu cuba dinafikan, malah perkataan ‘jihad’ yang dilancarkan Tok Janggut
diganti dengan perkataan ‘pemberontakan’ dan ‘penderhakaan’.

Inggeris benar-benar mahu memburukkan nama baik pejuang kebebasan itu berikutan kesan dan pengaruh Tok Janggut yang bukan kecil. Pada
mereka jika tindakan Tok Janggut tidak disekat, maruah sebagai kuasa dunia dan bangsa yang ‘pintar’ akan terjejas.

Mereka mengambil keputusan membunuh Tok Janggut. Apabila tokoh yang juga ulama itu meninggal, mereka sedar ‘aura perjuangan’ Mat Hassan
juga perlu dihapuskan bagi mengelakkan peristiwa itu berulang.

Seterusnya mereka melancarkan perang saraf memburukkan Tok Janggut dan pengikutnya, dengan harapan generasi mendatang menganggap lelaki
itu dan kumpulannya penderhaka dan pengkhianat bangsa dan negara.

Umpama menyelimuti gajah dengan sapu tangan, usaha itu tidak berhasil kerana masyarakat masih menyanjung sumbangan Tok Janggut berserta
sahabat dan pengikutnya terhadap negara.
Walaupun usahanya menentang dan mengusir penjajah dari bumi Melayu tidak kesampaian, semangat cintakan agama, bangsa dan tanah air yang
tertanam kukuh di jiwa tokoh itu masih kekal disanjung sehingga kini.

Kesedaran Mat Hassan terhadap agama, bangsa dan tanah air dipupuk sejak kecil. Beliau dilahirkan di Kampung Saring, daerah Jeram, Kelantan pada
1850. Berikutan ayahandanya berkhidmat sebagai panglima istana, dia turut dibesarkan dalam istana Tengku Seri Maharaja Jeram.

Beliau belajar ilmu agama di Makkah. Ketika berusia 52 tahun dan masih di Makkah, Patani dikuasai Siam. Gurunya, Syeikh Ahmad memberi amanat
supaya muridnya berikhtiar membebaskan jajahan dikenali sebagai Serambi Makkah itu. Ketika itu, Inggeris mula melebarkan penjajahan ke negeri
Melayu di Utara dan Timur Semenanjung selepas berjaya menguasai negeri di pantai Barat Semenanjung.

Perjanjian Bangkok yang dimeterai antara Inggeris dan Siam menyebabkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis diletakkan di bawah kuasa
Inggeris manakala Patani, Menara, Jalor dan Setol di bawah Siam.

Kehadiran Inggeris di Kelantan tidak direstui orang Melayu dan perubahan pentadbiran yang diperkenalkan penjajah ternyata menindas penduduk
watan.

Mat Hassan pulang ke Kelantan tatkala Sultan dan pembesar Melayu di Kota Bharu tidak terdaya melawan Inggeris. Beliau menawarkan diri kepada
Ungku Besar Jeram untuk menubuhkan barisan menentang penjajah itu.

Mat Hassan juga berhubung rapat dengan pejuang Melayu Pahang seperti Tok Gajah, Mat Kilau dan Datuk Bahaman.

Sentimen anti-Inggeris semakin meningkat apabila tercetusnya Perang Dunia Pertama pada Ogos 1914. Kerajaan Kelantan yang berada dalam keadaan
tersepit akibat perjanjian Inggeris-Kelantan 1910 dipaksa menyatakan bahawa mereka menyebelahi England dalam peperangan itu.

Keputusan Kelantan memihak kepada British dan bukan Turki Uthmaniah dalam Perang Dunia Pertama mengecewakan Tok Janggut kerana
bertentangan dengan fatwa Syaikhul Islam, Khayri Effendi, yang mewajibkan umat Islam berjihad menentang British dan sekutunya.

Penindasan menerusi kutipan cukai yang tinggi menyemarakkan lagi kemarahan orang Melayu. Pada mulanya Tok Janggut dan pengikut turut
membayar cukai walaupun tidak berpuas hati.

Kekacauan bermula apabila pejabat jajahan mengambil masa tiga hari untuk mengutip hasil kerana hanya ada seorang petugas hingga menyukarkan
orang kampung. Berikutan itu, Mat Hassan memutuskan tidak membayar cukai dan memulakan kempen penentangan.

Disebabkan tidak sanggup menahan derita, ramai penduduk menyebelahi Tok Janggut dan kesedaran membela agama, bangsa dan tanah air itulah
menjadi prolog kisah perjuangannya.

Pada 29 April 1915, Mat Hassan bermesyuarat dengan pengikutnya di rumah Tok Nik Bas di Kampung Tok Akib mengenai strategi menentang Inggeris
dan memutuskan mengambil alih pemerintahan di Pasir Puteh dan mengisytiharkan jajahan itu merdeka.

Bagaimanapun mesyuarat sulit itu diketahui Pegawai Jajahan Pasir Puteh yang berasal dari Singapura iaitu Latiff, yang kemudian mengeluarkan waran
kepada Ketua Balai Polis, Sarjan Che Wan Sulaiman, untuk menangkap Mat Hassan.

Sarjan Che Wan yang diiringi beberapa anggotanya bertolak ke Kampung Tok Akib pada pagi 29 April bagi memaksa Mat Hassan menyerah diri.
Ketika tiba di kampung itu, Mat Hassan sedang berucap di hadapan kira-kira 1,000 penduduk yang kebanyakannya bersenjata.

Tok Janggut bersetuju mengikut polis ke pejabat jajahan untuk memberi penjelasan mengenai tindakannya. Layanan polis terhadapnya ketika itu
menyebabkan timbul persengketaan. Beliau tidak setuju polis berjalan di belakangnya kerana kelihatan seolah-olah mereka mengawal tindakannya
daripada melarikan diri dan mahu polis berjalan seiring atau di hadapannya.

Bagaimanapun polis tetap berkeras menyebabkan Mat Hassan menikam Sarjan Che Wan dengan kerisnya sehingga mati. Itulah permulaan
peperangan antara Tok Janggut dengan Inggeris.

Tok janggut dan pengikutnya bergerak ke Pasir Puteh menyebabkan pegawai Inggeris di jajahan itu melarikan diri menggunakan bot ke Kota Bharu.
Tok Janggut berjaya menawan Pasir Puteh dan menubuhkan pentadbiran sendiri dan beliau diisytihar Ketua Menteri dan Ungku Besar Jeram sebagai
Raja.

Perkembangan di Pasir Puteh membimbangkan pihak istana di Kota Bharu kerana sebelum ini sultan sudah memberi jaminan bertulis kepada Inggeris
akan memastikan kekacauan tidak berlaku di Kelantan.
Sejurus selepas berunding dengan Langham-Carter, Sultan Muhammad ke-IV mengarahkan Datuk Menteri Mohd Hassan Ismail dan Datuk Bentara
Setia Nik Mahmud Ismail bertolak ke Pasir Puteh untuk berunding dan mereka meminta bantuan Datuk Imam Lebai Kadir.

Ungku Besar dan Tok Janggut menjelaskan kepada Datuk Imam Lebai Kadir bahawa beliau dan pengikutnya tidak berniat menderhaka tetapi
bertujuan menghalau Latiff yang dianggap sebagai penindas.

Atas cadangan Penasihat British dan sokongan Datuk Bentara Setia dan Datuk Menteri, Sultan Muhammad ke-IV memutuskan menangkap Tok
Janggut dan pengikutnya atas kesalahan menderhaka.

Malah, satu tawaran turut dihebahkan kepada masyarakat bahawa sesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut dan 21 pengikut kanannya akan
menerima ganjaran.

Langham-Carter tidak yakin dengan kemampuan Sultan menghadapi kebangkitan Tok Janggut, selain mengesyaki baginda dan beberapa pembesar
seperti Tengku Chik Penambang bersimpati dengan Tok Janggut.

Beliau meminta Gabenor menghantar bantuan tentera ke Kelantan dan seramai 239 askar Inggeris dihantar ke negeri itu pada 3 Mei 1915.
Bagaimanapun pengikut Tok Janggut mengambil keputusan bijak dengan tidak berdepan pasukan Inggeris yang mempunyai kelengkapan senjata itu.
Sebaliknya, mereka bersembunyi dan selepas seminggu, tentera Inggeris terpaksa kembali ke Singapura.

Selepas mendapat tahu kumpulan Tok Janggut akan kembali menguasai Pasir Puteh, Inggeris kembali membawa masuk tentera Sikh untuk membakar
rumah penduduk kampung. Tindakan itu mencetuskan kemarahan Tok Janggut dan menyerang khemah tentera di Pasir Puteh pada jam 3 pagi, 24
Mei 1915.

Langham-Carter, Pepys, AG Maxwell dan beberapa pegawai Inggeris pula memimpin pasukan Malay State Guides memburu kumpulan Tok Janggut
dan menggeledah rumah Khatib Abu Bakar di Kampung Merbol kerana mengesyakinya bersembunyi di situ.

Khatib Abu Bakar cuba menghalang askar Sikh daripada mencerobohi rumahnya dan akibatnya beliau ditikam mati.

Pasukan Tok Janggut dan tentera Inggeris bertembung di Kampung Dalam Pupoh tidak jauh dari Kampung Merbol dan dengan laungan “Allahu
akbar!”, Tok Janggut dan pasukannya bertempur hebat. Bagaimanapun, Tok Janggut terbunuh bersama ramai pengikutnya.

Mayatnya kemudian diarak sekitar Pasir Puteh sebelum dibawa ke Kota Bharu dan digantung dengan kaki ke atas, kepala ke bawah di Padang Merdeka
sebelum dikebumikan di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan

Haji Abdul Rahman Limbong- Pejuang

Negeri Terengganu
Assalamualaikum

Kali ini hendak mencerita tentang Haji Abdul Rahman

Mari la kita lihat tentang perjuangan beliau di negeri terengganu

LATAR BELAKANG

 Nama sebenar Haji Abdul rahman Limbong bin Haji Abdl Hamid
 Dikenali sebagai Haji Abdul Rahman Limbong kerana beliau sering ke
Limbong, kemaman untuk mengajar agama
 beliau berjuang untuk membela nasib petani yang ditindas -pejuangnya dikenali sebagai
“kebangkitan Tani” di Terengganu

Penjajahan & Campur Tangan Inggeris

Haji Abdul Rahman Limbong juga dikatakan sebagai seorang tuan guru yang sama
masyhurnya dengan Tokku Paloh di masa itu. Oleh kerana itu, tidaklah begitu
menghairankan jika Haji Abdul Rahman Limbong mendapat sambutan yang baik dari orang
ramai yang mengenali beliau. Syed Sagof merpakan murid kesayaangan Haji Abdul Rahman
Limbong. Bahkan lebih dari itu, beliau sentiasa mengharapkan bahawa suatu masa kelak
Syed Sagof akan menggantikan beliau untuk meneruskan perjuangan yang beliau dukung
selama ini.

Untuk itu, mereka merasakan perlu ada penentangan terhadap pihak penjajah Inggeris yang
mana tujuan utama mereka turut campur tangan dalam pemerintahan ialah untuk
menghancur serta meleburkan syariat Islam. Pihak penjajah telah sedikit demi sedikit
menanamkan perasaan bencikan agama kepada golongan atasan serta rakyat sekeliannya. Ini
dilakukan oleh mereka dengan membawakan bentuk kehidupan mewah serta pendidikan
yang secara terang-terangan bertentangan dengan cara hidup beragama.

Para ulama serta tuan guru-tuan guru yang mempunyai jiwa cintakan agama telah bangkit
menyeru rakyat untuk melakukan penentangan terhadap pihak penjajah Inggeris. Sungguh
pun begitu, pada peringkat awal penentangan itu dilakukan bukan dengan bentuk senjata.
Tetapi akhirnya terpaksalah mereka bengkit menentang menggunakan senjata setelah
penentangan secara perlahan tidak berjaya memadamkan pengaruh penjajah yang semakin
hari semakin meningkat.

Sebenarnya, kemasukan pihak penjajah dalam pentadbiran negeri-negeri Tanah Melayu

bertujuan untuk menyerapkan unsur-unsur kehidupan dan kebudayaan mereka ke dalam
kehidupan orang-orang Melayu yang pada ketika itu kuat berpegang dengan agama. Kita
tidak hairan mengapa kehadiran mereka tidak disukai oleh rakyat. Tambahan pula kehadiran
mereka ke negeri-negeri sebelah timur adalah sebagai lanjutan dari Peperangan Salib yang
berlaku selama beberpa abad.

Dalam tahun 1920-an, Inggeris campur tangan untuk mentadbir tanah di lokasi Kuala
Telemong hingga ke Ulu Telemong. Setiap ekar tanah yang dibuka oleh rakyat dikenak an
cukai oleh penjajah Inggeris.

Oleh sebab itulah, Haji Abdur Rahman Limbong dalam hujah-hujahnya di mahkamah
bahawa tanah yang dibuka oleh rakyat itu adalah hak Allah bukannya hak negeri. Mungkin
maksud negeri itu adalah yang ada campur tangan penjajah Inggeris.

Haji Abdur Rahman Limbong menegaskan bahawa tanah yang mereka miliki adalah tanah
pusaka peninggalan orang-orang tua mereka yang datang dari Johor bersama-sama dengan
Sultan Zainal Abidin I, Sultan Terengganu yang pertama. Dari riwayat ini dapat kita
membuat kesimpulan bahawa orang-orang Melayu Islam di Hulu Terengganu dalam tahun
1920 lagi, di bawah bimbingan Haji Abdur Rahman Limbong, sudah kenal jati diri, kenal
terhadap haknya, kenal terhadap tanah air, dan kenal terhadap bangsa sendiri.

Setelah menggunakan berbagai tipu helah maka pihak Inggeris telah berjaya turut campur
tangan dalam pemerintahan kerajaan Terengganu yang pada asalnya berasaskan
perundangan Islam. Pihak penjajah sengaja mengenepikan perundangan Islam, sebaliknya
menampilkan undang-undang ciptaaan mereka sendrri. Di samping itu mereka juga telah
membawa unsur-unsur kehidupan serta kebudayaan mereka yang akhirnya berjaya
mengubah akhlak serta kehidupan umat Islam sehingga ke hari ini.
Para ulama yang mempunyai jiwa cintakan agama memberi kesedaran kepada umat agar
kembali semula kepada ajaran Islam. Tetapi seruan mereka hanya mendapat perhatian di
kalangan rakyat berbanding dengan golongan atasan. Sementara itu, peraturan -peratauran
yang dikenakan oeleh pihak penjajah Inggeris cuba mnekan kehidupan masyaraat yang
kebanyakkannya terdiri dari kaum tani yang miskin.

Lama kelamaan pihak penjajah mula meragui Haji Abdul Rahman Limbong serta
menganggap beliau sebagai merbahaya kerana dikatakan menghasut rakyat untuk
menentang kerajaan. Sungguhpun demikian, pihak Inggeris tidak berani mengambil apa-apa
tindakan terhadap beliau. Ini mungkin disebabkan bahawa apa yang beliau lakukan tidak
menampakkan apa-apa kesalahan.

Di samping itu terdapat seorang tokoh ulama yang turut menyeru rakyat menentang pihak
penjajah. Beliau ialah Haji Musa bin Abdul Ghani Minangkabau. Beliau telah menebut
kepaa rakyat bahawa barangsiapa yang membayar pas menebas pas menebas (cukai) dan
hasil-hasil tanah akan termasuk golongan kafir. Beliau juga berkata, ”Barangsiapa yang
tidak mahu mengikut hukum syarak, Nabi tidak mengaku umatnya.”

Penentangan 21 Mei 1928

Akhirnya berlakulah peristiwa penentangan rakyat Terengganu terhadap pihak penjajah.
Puncak kebangkitan rakyat menentang kerajaan ini ialah pada 21 Mei 1928. Kebangkitan
1928 melibatkan konflik berdarah, apabila perkumpulan dan kemaraan petani telah
ditentang oleh pihak kerajaan di Ulu Telemong.

Dalam perkara ini Haji Abdul Rahman Limbong disalahkan sebagai orang yang
bertanggungjawab menimbulkan pemberontakan dan penentangan ini. Oleh kerana itu,
pihak penjajah meneluarkan ancaman untuk menangkap beliau. Untuk meredakan suasana
yang berlaku, maka Haji Abdul Rahman Lombong menyerah diri di Istana Maziah. Tidak
ada seprang pun yang berani mendekati beliau semasa berada di istna tersebut. Beliau
menafikan tuduhan yang mengatakan bahawa beliaulah yang menjadi punca berlkunya
penetangan rakyat terhadap pihak penjajah.

Atas tuduhan tersebut, Haji Abdul Rahman Limbong dihadapkan ke perbicaraan mahkamah.
Perbicaraan tersebut dibuat di padang dan disaksikan oleh pegawai Inggeris serta orang
ramai. Kebetulan pula kerusi yang beliau duduki itu menghadap ke arah kiblat, maka beliau
terus menerus bersolat sepanjang majlis perbicaraan tersebut berjalan.
Akhirnya keputusan diambil oleh pihak Inggeris yang mana Haji Abdul Rahman Limbong
dibuang negeri ke Makkah. Sebelum itu terdapat pihak-pihak yang mensyorkan supaya
beliau dibuang negeri ke China. Tetapi akhirnya keputusan diambil bahawa beliau dibuang
negeri ke Makkah. Dan sememangnya haji Abdul Rahman Limbong sendiri bercadang untuk
menghabiskan sisa-sisa umurnya ke Makkah.

Pembuangan Di Makkah & Wafatnya

Sungguhpun beliau telah dibuang ke Makkah, namun pengajaran dan perjuangan yang
beliau bangunkan masih tetap utuh. Beliau masih tetap mengajar walaupun berada di
Makkah. Ramai murid-murid beliau yang menyambung semula pengajian kepada beliau di
Makkah ataupun menemui beliau sewaktu menunaikan ibadah haji.

Sewaktu beliau di Makkah, pernah beliau meminta kebenaran untuk pulang sebentar ke
Terengganu. Tetapi malangnya permintaan beliau ditolak dengan alasan bahawa beliau nanti
akan menimbulkan semangat kepada rakyat Terengganu. Akhirnya, setelah sekian lama
beliau berkhidmat mengajar berbagai pengetahuan tentang agama di Makkah, maka beliau
pun dijemput oleh Allah SWT untuk mangadapNya. Beliau meninggal dunia pada 14
Jamadilakhir 1348 (1929) kerana menghidap penyakit di dalam perut. Dengan itu
berakhirlah perjuangan seorang ulama yang berpengaruh serta pengajarannya cukup ketara
di dalam kehidupan masyarakat Islam Terengganu sehinggalah ke hari ini.

Demikianlah beliau yang dengan ketokohannya menjadi seorang ulama, dapat menjadi
contoh serta teladan kepada generasi para ulama selepas beliau. Dan tidak sepatutnya para
ulama hanya mendiamkan diri tanpa membuar sesuatu untuk kepentingan agama.
Sepatutnya hendaklah diketahui, bahawa perjuangan yang dilaksanakan oleh Haji Abdul
Rahman Limbong ialah untuk menegakkan kesucian agama dari pengaruh-pengaruh Barat
yang menjejaskan keimanan umat Islam di waktu itu.
Dato' Bahaman

Dato' Bahaman

1868-1931

Dalam darah keturunan Melayu mengalir semangat kepahlawanan Dato' Hang Tuah.
Semangat ini takkan pernah hilang dan luntur. Inilah yang dibuktikan oleh Dato' Bahaman
ketika bangkit mengetuai penentangan terhadap British di negeri Pahang pada tahun 1892.
Tanpa gentar dan takut Dato' Bahaman menentang pelaksanaan Undang-Undang barat yang
telah mengetepikan adat resam orang Melayu.Pada usianya 24 tahun, Dato' Bahaman(Orang
Kaya Semantan) dengan lantangnya menyuarakan bantahan terhadap pelaksanaan undang-
undang tersebut serta ketidakadilan terhadap masyarakat Melayu pada waktu itu. Semangat
keperwiraan Dato' Bahaman amat dikagumi dan walaupun tanpa kekuatan senjata yang
mencukupi, beliau tetap berupaya mempertahankan orang Melayu di negeri Pahang.

Nama sebenar Dato' Bahaman ialah Abdul Rahman Bin Tuanku Imam Nuh berasal dari Bangkinang, Indonesia.
Beliau mahir dalam seni pertahankan diri sehingga diberi gelaran Seman Tahan kerana dapat menyelesaikan
masalah secara fizikal dan intelektual. Sejarah penentangan Dato' Bahaman berpunca daripada tindakan
provokasi C.E.B Desborough(Pemangku Pemungut Hasil Semantan) yang telah menangkap anak buah Dato'
Bahaman atas tuduhan mengumpul hasil hutan tanpa kebenaran dan tidak membayar cukai.

Pembinaan balai polis di Lubuk Terua dianggap satu pencerobohan ke atas tanah orang Melayu dan
menggangu kegiatan mereka menyebabkan Dato' Bahaman bangkit menentang peraturan yang menyusahkan
kehidupan masyarakat tempatan.

Tindakan pertama yang diambil oleh Dato' Bahaman ke atas pasukan keselamatan penjajah British yang
dipimpin oleh Desborough di Lubuk Terua sehingga berjaya membunuh 3 orang polis bersenjata lengkap dan
mencederakan beberapa orang yang lain. Dalam serangan tersebut, Dato' Bahaman berjaya melepaskan
pengikut beliau yang ditahan oleh British. Dato' Bahaman seterusnya memimpin sepasukan pejuang Pahang
menyerang pelbagai kemudahan milik British seperti memusnahkan gudang-gudang bekalan makanan serta
barangan kepunyaan Syarikat Lombong Bijih di daerah Bentong dan Raub. Keupayaan Dato' Bahaman
mengalahkan pasukan polis British telah menyemarakkan semangat perjuangan dalam kalangan orang Melayu
untuk menentang British walaupun perlu berjuang dalam keadaan serba kekurangan dan hanya berbekalkan
kehebatan gerak langkah Silat Melayu.

British melakukan serangan tindak balas ke atas kedudukan Dato' Bahaman dan pengikutnya serta menabur
pelbagai fitnah dengan mendakwa bahawa Dato' Bahaman menulis surat kepada Residen Selangor, W.E
Maxwell meminta supaya Semantan disatukan dengan Selangor. Tujuannya supaya masyarakat setempat
membenci Dato Bahaman. Namun begitu usaha yang dilakukan British menemui kegagalan setelah usaha
menyebarkan propaganda tidak berjaya, Inggeris mencari helah yang lebih halus dengan menggunakan nama
Sultan Pahang.

Dato' Bahaman telah dianggap sebagai penderhaka sehingga diperintahkan oleh Sultan untuk menjawab segala
tuduhan yang dibuat oleh British di Istana Pahang. Namun, Dato' Bahaman dengan bijaksana tidak
berkompromi tipu muslihat British, sebaliknya bersembunyi di dalam hutan satu strategi untuk mengumpul
kekuatan serta menyusun langkah seterusnya. Setelah usaha menggunakan kuasa Istana gagal, British
bertindak balas dengan menahan pengikut Dato' Bahaman.

Dengan kehebatan dan kelicikan Dato' Bahaman, beliau berjaya membebaskan pengikutnya yang ditahan
walaupun dikawal rapi oleh pihak British sehingga menimbulkan rasa takut kepada pihak British untuk
menggunakan tenteranya sendiri bagi menyerang Dato' Bahaman dan pengikutnya kerana bimbang kehilangan
anggota mereka. British kemudian bekerjasama dengan Tengku Mahmud yang mengetui 200 askar Melayu. Ini
disebabkan askar Melayu tidak mahu bekerjasama dengan askar Sikh. Namun British tetap menghantar
sepasukan 60 orang tentera Sikh yang diketui oleh Kapten Summer dan Hugh Clifford dan usaha itu tetap
mengalami kegagalan.

Usaha terakhir yang dilakukan oleh British untuk menghapuskan Dato' Bahaman dan pengikutnya tidak lagi
dengan menggunakan kekuatan tentera sebaliknya British telah melancarkan perang saraf di mana satu
propaganda yang dinamakan 'Gerakan Sultan' pada 22 Januari 1892 di mana baginda Sultan dikatakan akan
menghantar hadiah kepada sesiapa yang memberi maklumat sehingga Dato' Bahaman ditangkap atau dibunuh,
namun tetap gagal.

Dato' Bahaman bersama pengikutnya melakukan serangan balas dan dapat menawan semula Lubuk Terua.
Tindakan itu membangkitkan kemarahan British yang kemudian menghantar 300 askar Melayu yang diketui
oleh Tengku Ali, Clifford dan Wise(Majistret di Temerloh) yang cuba menggunakan askar orang asli untuk
menjejaki Dato' Bahaman, namun orang asli Pahang tidak mahu bekerjasama dengan Inggeris kerana
menganggap Dato' Bahaman sebagai saudara mereka.

You might also like