You are on page 1of 9

Dasar Penswastaan Latar Belakang Penswastaan mula mendapat perhatian yang wajar di Malaysia mulai pertengahan tahun 1983

apabila Y.A.B. Perdana Menteri melancarkan Dasar Persyarikatan Malaysia yang juga telah menyentuh peranan pihak swasta dalam pembangunan dan pengurusan negara.

Penswastaan adalah bertentangan dengan pemiliknegaraan (nationalization), iaitu satu proses yang menambahkan pemilikan dan penguasaan Kerajaan dalam ekonomi. Pada dasarnya, pengswastaan melibatkan beberapa kepentingan atau pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta. Rasional

Y.A.B. Perdana Menteri dalam ucapan perasmian conference The Securities Industri in Malaysia pada 28hb April, 1984 menyatakan.... Goverment the world over are notorious for inefficiency when running enterprises, even aided by monopoly and the authority of Government. On the other hand, the private sector is better motivated and generally more efficient. It is hoped that privatisation will improve the economic and general performance of the services, resulting in a more rapid growth of the nation as a whole'. Sektor Awam bukan sahaja terlibat dalam menyediakan dasar utama dan menentukan arah dan penyediaan perkhidmatan tetapi telah juga terlibat secara aktif dalam aktiviti ekonomi dan perdagangan di Malaysia. Saiz sektor awam telah berkembang dengan begitu pesat sekali dalam 10 tahun yang lalu. Perbelanjaan sektor awam telah meningkat dengan begitu besar sekali dari 28% pada tahun 1975 kepada 36% pada tahun 1982 dan ini merupakan satu beban kewangan yang besar untuk ditanggung oleh Kerajaan. Keadaan ekonomi meleset juga menjadi faktor-faktor utama yang membawa kepada Dasar Pengswastaan ini diperkenalkan. Objektif Dasar Pengswastaan diperkenalkan dengan mempunyai objektif seperti berikut: (i) Mengurangkan Bebanan Kewangan Kerajaan Pada masa yang lepas, pihak Kerajaan telah membelanjakan ribuan juta ringgit dalam sektor kesihatan, pertahanan, air, api, jalan keretapi, pelabuhan, lapangan terbang dan sebagainya, dan perbelanjaan tersebut terus meningkat dari masa ke semasa dan kadar pulangan balik kepada Kerajaan adalah lambat dan sangat rendah.

Di samping itu, Kerajaan juga terpaksa menyelenggarakan perkhidmatan dan pelaburan-pelaburan tertentu. Jumlah emolumen merupakan satu item yang terbesar iaitu lebih satu pertiga daripada keseluruhan perbelanjaan mengurus. Perbelanjaan dalam bentuk pindahan juga telah meningkat dengan pesatnya sejak akhir-akhir ini dan sekarang telah menjadi hampir setengah daripada perbelanjaan mengurus. (ii) Meninggikan Kecekapan Dan Penghasilan Kerja Pencapaian kebanyakan daripada perusahaan awam yang terlibat dalam bidang perdagangan dan perindustrian masih tidak memuaskan walaupun mereka mempunyai kedudukan monopolistik dan menikmati berbagai sokongan Kerajaan. Dengan mengswastakan beberapa perkhidmatan Kerajaan yang tertentu, serta dengan kepakaran dan peluang yang lebih baik yang boleh di beri oleh pihak swasta, adalah dijangka perkhidmatan tersebut dapat di tingkatkan dengan lebih baik lagi. (iii) Menggalakkan Pertumbuhan Ekonomi Dan Kekesanan Negara Harta-harta atau kekayaan yang dimiliki oleh negara masih belum diusahakan sepenuhnya. Halangan-halangan yang terdapat dalam sektor awam tidak menggalakkan penggunaan sumber-sumber kekayaan negara ini dengan cekap dan sepenuhnya. Lebih banyak syarikat swasta yang dapat di wujudkan yang dengan secara tidak langsung dapat meninggikan pertumbuhan ekonomi negara. Di samping itu, pihak Kerajaan pula dapat mengecap nikmat bersama dengan mengutip cukai pendapatan dari syarikat-syarikat yang berkenaan. (iv) Pembahagian Sumber Serta Kecekapan Lebih banyak penglihatan Kerajaan dalam ekonomi bermakna lebih banyak penguasaan Kerajaan terhadap sumber-sumber negara. Keputusan pula biasanya dibuat berasaskan pertimbangan yang bukan bercorak pasaran. Sebahagian besar daripada barang-barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Kerajaan mencerminkan nilai pasaran. Harga barangan tersebut adalah berasaskan subsidi dan sumber yang diuntukkan itu untuk pengeluarannya tidak dapat diagihkan dengan cekap. Subsidi dan pengekalan sikap yang berkehendakkan kebajikan, akan menggalakkan rakyat Malaysia terlalu bergantung kepada bantuan Kerajaan. Keadaan ini tidak sesuai dengan kepentingan jangka panjang perseorangan dan negara keseluruhannya. (v) Mempercepatkan Pencapaian Matlamat dasar Ekonomi Baru Dengan memberi lebih banyak peluang kepada pihak swasta, Kerajaan dapat mengwujudkan lebih banyak penyertaan syarikat swasta Bumiputera atau bilangan pengurus-pengurus Bumiputera bagi memenuhi kehendak-kehendak Dasar Ekonomi Baru itu.

Strategi Pelaksanaan

Beberapa isu penting perlu diselidiki, dikaji dalam menimbangkan cadangan-cadangan pengswastaan sesuatu perkhidmatan itu. Kabinet telah mengarahkan satu Jawantankuasa ditubuhkan di Unit Perancang Ekonomi (EPU) dengan dianggotai oleh Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Kementerian Kewangan dan Jabatan Awam (PSD) dengan dipengurusikan oleh Unit Perancang Ekonomi bagi menyediakan satu garis panduan yang lengkap untuk memudahkan Kementerian/Jabatan mengswastakan beberapa perkhidmatan di bawah Kementerian/Jabatan masing-masing. Antara isu-isu yang perlu di pertimbangkan ialah: (a) Pemecahan sesuatu khidmat (fragmentation); (b) Soal keselamatan; (c) Perundingan; (d) Implikasi kewangan; (e) Penentuan harga; (f) Implikasi kepada kakitangan; (g) Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru; Berdasarkan kepada angka perbelanjaan dan peruntukan-peruntukan pembangunan awam, sektor swasta pula mengkaji keupayaan mereka dalam mengurus dan mengambilalih harta-harta yang akan diswastakan. Pengawasan dan penilaian yang rapi terhadap perkhidmatan-perkhidmatan yang diswastakan juga merupakan sebahagian dari program pengswastaan. Tingkat kecekapan daya pengeluaran, daya persaingan yang sihat serta tingkat harga yang dikenakan terhadap perkhidmatanperkhidmatan berkenaan perlu diawasi untuk menilai kos dan faedah dari perkhidmatan yang diswastakan. Penutup Kebimbangan-kebimbangan terhadap Dasar Pengswastaan timbul kerana akan berlakunya beberapa pemindahan hakmilik 'national monopoly' yang sepatutnya dikendalikan oleh sektor awam kepada syarikat swasta. Pemindahan itu dikuatiri boleh menyebabkan kenaikan kos, harga dan agihan pendapatan yang tidak serata disebabkan oleh pemonopolian tersebut. Walaubagaimanapun, jika dasar ini dikaji secara mendalam dan dipraktikkan secara sempurna selepas mengambil kira kemungkinan penyalahangunaan kuasa monopoli di atas, ianya akan dapat menyediakan satu perkhidmatan yang lebih cekap, cepat dan murah pada pengguna penggunanya, yang mana secara tidak langsung akan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.

Dasar Penswastaan tidak sepatutnya sampai membebankan rakyat. Penswastaan adalah satu-satunya cara yang amat berkesan untuk menyelesaikan masalah ketidakcekapan dan tidak produktif yang berlaku dalam perkhidmatanperkhidmatan yang diuruskan oleh pihak kerajaan.Rungutan orang ramai terhadap kualiti perkhidmatan awam yang diberikan oleh badan-badan kerajaan sebelum ini telah mendorong pemerintah untuk menswastakan satu demi satu badan-badan kerajaan ini. Walaupun mutu perkhidmatan awam ini bertambah baik selepas ia diswastakan tetapi rakyat terpaksa membayar lebih mahal kepada semua khidmat yang diberi berbanding sebelum ia diswastakan. Sebagai contoh jika bayaran bil telefon sebelum diswastakan sekitar RM25.00 sebulan tetapi setelah beberapa tahun diswastakan untuk penggunaan yang sama harganya telah meningkat menjadi sekitar RM55.00. Dapat diperhatikan ia telah meningkat lebih dua kali ganda. Begitulah juga dengan bayaran elektrik dan air, semua bayaran meningkat apabila diswastakan. Apabila diswastakan, badan-badan ini kena memikirkan tentang keuntungan. Untuk member keuntungan kepada perniagaan, syarikat terpaksa mengenakan cas yang sesuai supaya kerugian tidak berlaku. Sudah tentu pengguna atau rakyatlah terpaksa menanggung cas yang dikenakan itu. Memanglah bagus kalau dasar penswastaan dapat memberikan perkhidmatan yang cekap dan terbaik kepada rakyat tetapi sepatutnya ia tidaklah sampai membebankan rakyat dengan bayaran-bayaran perkhidmatan yang tinggi. Kalaupun bayaran cas perkhidmatan yang dikenakan itu tidak mungkin dapat dikurangkan daripada harga sebelum ianya diswastakan setidak-tidaknya hendaklah sama seperti harga sebelum ini supaya ia tidak menambah beban kepada rakyat. Dasar penswastaan harus dilihat sebagai cara untuk menambah kecekapan kepada perkhidmatan awam tetapi bukannya sampai untuk mencari keuntungan yang akan membebankan rakyat. Keadaan bertambah malang menimpa rakyat jelata bila dasar penswastaan ini telah memperkayakan orang-orang yang memegang kuasa politik di negara ini. Pemimpinpemimpin politik beserta suku sakatnya mempunyai kaitan rapat dan berkepentingan dalam semua projek-projek dan badan-badan kerajaan yang telah disawastakan itu. Mereka mungkin mempunyai hubungan secara langsung seperti menjadi pengerusi atau lembaga pengarah atau secara tidak langsung melalui pemilikan saham yang besar yang khas diperuntukkan kepada mereka. Sejak dasar penswastaan ini rancak berjalan, tidak kedengaranlah lagi pemimpinpemimpin politik yang lantang memperjuangkan perit dan derita yang ditanggung oleh rakyat terhadap bayaran-bayaran mahal yang dikenakan oleh pihak-pihak swasta ini. Kalau dulu pemimpin-pemimpin politik digambarkan sebagai pejuang nasib rakyat tetapi sekarang pemimpin politik seperti menjadi seteru rakyat pula. Ini semua kerana gara-

gara pemimpin-pemimpin politik telah mempunyai kepentingan dalam syarikat-syarikat swasta ini. Inilah buruknya akibat bila pemimpin-pemimpin politik terlibat atau berkepentingan dalam perniagaan dan syarikat-syarikat swasta. Keuntungan pada syarikat-syarikat swasta atau perniagaan yang dia terlibat akan juga member keuntungan pada dirinya. Perjuangan untuk membela nasib rakyat atau untuk meringankan masalah rakyat akan jatuh kepada nombor dua. Sebagai Menteri yang bertanggungjawab kepada PLUS syarikat yang membina lebuh raya Malaysia, memang tidak boleh dinafikan Datuk Samy Vellu juga secara tidak langsung ada mempunyai kepentingan dalam syarikat pembinaan lebuhraya ini. Oleh itu setiap kali pihak PLUS memohon kenaikan bayaran tol lebuhraya, Datuk Samy Vellu tidak teragak-agak untuk menyokong permintaan PLUS itu dengan berkata, "permohonan oleh pihak PLUS untuk menaikkan tol itu memang tidak boleh ditolak lagi". Sepatutnya sebagai orang politik tentulah dia terlebih dahulu melihat kepada beban yang ditanggung rakyat di atas kenaikan tol itu tetapi ini tidak berlaku kepadanya. Akhirnya rakyat secara sendirian membuat protes hinggalah kerajaan terpaksa akur supaya kenaikannya dikaji semula. Kajian itu dibuat bukan dengan niat untuk mengurangkan beban rakyat tetapi lebih kepada untuk meredakan marah rakyat. Sebagai untuk menunjukkan perihatin kepada masalah rakyat dan pengguna, maka dibentuklah satu kementerian yang dinamakan Kementerian Hal Ehwal Pengguna yang tugasnya mengambil berat kepada masalah-masalah barang-barang keperluan pengguna. Seperti yang disebut sebelum ini, oleh kerana pemimpin-pemimpin politik dan orang-orang yang memegang kuasa aktif terlibat dalam perniagaan maka peranan kementerian ini untuk menjaga kepentingan pengguna tidak dapat berjalan dengan begitu berkesan. Tugas mereka akhirnya jadi seperti melepaskan batuk ditangga. Mereka tidak mungkin dapat memberi khidmat yang berkesan kerana mereka itu mempunyai kepentingan yang bercanggah. Sebagai contoh semasa perang harga minyak petrol sedang rancak berjalan, berkatalah Datuk Megat Junid menteri hal ehwal pengguna ini, "jika dibiarkan perang harga ini berterusan, syarikat minyak akan rugi dan mungkin tutup". Sebagai menteri hal ehwal pengguna sepatutnya dia sepatutnya suka perang harga itu berlaku kerana pengguna atau rakyat akan menikmati harga petrol yang rendah tetapi sebaliknya dia cuba menjaga kepentingan syarikat minyak.Bukanlah lebih baik dia menjadi Menteri Petrolium saja. Selalu saja kita mendengar pembeli-pembeli rumah marah-marah dan keciwa kerana rumah mereka gagal disiapkan oleh pihak pemaju rumah dalam masa yang telah dijanjikan. Mereka terpaksa membayar pinjaman kepada bank walaupun rumah belum boleh diduduki. Ini sungguh membebankan pembeli kerana dalam masa yang sama

mereka terpaksa membayar sewa rumah. Yang bertambah malang lagi beban biawak hidup yang dipikul oleh pembeli ini bukanlah disebabkan oleh kesalahan pembeli itu sendiri. Ini tidak termasuk rasa tidak puas hati pembeli rumah terhadap kualiti rumah yang dijanjikan, masalah rumah terbengkalai dan sebagainya. Walaupun banyak aduan telah dibuat kepada pihak yang berkuasa seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan namun keadaanya tetap juga tidak berubah dan jawapannya yang biasa diterima oleh pembeli bagi menyedapkan hati mereka ialah, siasatan akan dijalankan. Satu sebab tindakan tegas tidak diambil terhadap pihak pemaju yang tidak bertanggungjawab ini ialah kerana pihak yang memegang kuasa dalam hal perumahan ini juga mempunyai kepentingan dalam syarikat-syarikat pemaju perumahan ini samada secara langsung atau pun secara tidak langsung. Tidak hairanlah kalau nasib pembeli-pembeli rumah ini tidak mendapat pembelaan, dan setiap undang-undang yang digubal lebih berat melindungi pemaju dari membela pembeli. Selagi pihak yang memegang kuasa mempunyai kepentingan dalam projekprojek perumahan selagi itulah pembeli rumah tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya. Jika pihak berkuasa benar-benar ingin melihat pembeli mendapat layanan yang baik kenapa tidak syaratkan kepada pemaju rumah supaya membina rumah dahulu kemudian baru jual. Kalau kereta yang berharga ratusan ribu ringgit boleh dibina dulu kemudian baru dijual kenapa rumah tidak boleh dibuatkan cara ini. Ataupun setidak-tidaknya pihak pemaju dikehendaki membayar bayaran bulanan kepada bank selagi pembeli tidak boleh menduduki rumah tersebut. Dalam masa rakyat sibuk dengan isu nasib buruk hak asasi manusia di Malaysia di akhir-akhir ini, pihak kerajaan BN pula cuba menonjolkan diri sebagai hero hak asasi manusia dengan cuba mencadangkan penubuhan satu suruhanjaya hak asasi manusia peringkat Malaysia. Langkah ini dilihat oleh pengkritik sebagai menutup tindak-tanduk pihak kerajaan yang telah banyak melanggar dan mencabul hak manusia itu sendiri. Pelaksanaan akta ISA yang mana akta seperti ini hanya wujud di tiga negara saja di dunia demokrasi itu jelas menunjukkan tidak prihatinnya kerajaan kita kepada hak asasi manusia. Apakah istimewanya demokrasi negara kita sehingga boleh menghalalkan akta ISA ini. Kepada pemimpin-pemimpin politik dan pemegang-pemegang kuasa seperti Malaysia isu hak asasi manusia adalah merupakan musuh yang boleh menggugat kekuasaan politik mereka. Tidak mungkin ada orang yang ingin mempertahankan musuhnya. Akhirnya

suruhanjaya hak asasi yang ingin ditubuhkan oleh pihak kerajaan ini hanya akan menjadi kuda tunggangan yang akan menghalalkan pelanggaran dan pencabulan oleh pihak yang berkuasa ke atas hak asasi manusia itu sendiri. Contoh terdekat kita telah melihat BPR sebuah badan yang ditubuhkan bagimemerangi rasuah yang berlaku di Negara ini telah tidak dapat berjalan dengan berkesan bila ada kepentingan yang bercanggah. Oleh kerana adanya pengaruh kuasa politik, BPR tidak dapat menjalankan tugasnya denganbebas. Tambah malang BPR telah digunakan oleh pemimpin politik yang berkuasa untuk mengekalkan kuasanya. BPR boleh diarahkan oleh pemimpin politik ini untuk menyiasat rasuah musuh-musuh politiknya dan sebaliknyaboleh menahan BPR dari menyiasat kes rasuah suku sakat, rakan-rakan dan dirinya sendiri. Walaupun tujuan asal BPR itu bagus untuk membentuknegara yang bersih dari rasuah tetapi oleh kerana dia adalah badan yangdikuasai oleh pemimpin politik yang berkuasa maka BPR tidak dapatmenjalankan tugasnya dengan baik bila bercanggah dengan kepentingan pemimpin politik yang berkuasa. Begitulah juga dengan nasib yang berlaku ke atas makamah negara kita, kita telah menyaksikan peguam negara dan makamah telah menjadi tunggangan pemimpin politik yang berkuasa bagi memperkukuhkan kuasanya.Musuh-musuh politik yang menggugat ditelanjangi dan direka kesalahannya di makamah sementara salah laku rakan dan sekutu politiknya di halang dari dihadapkan ke makamah. Hakim tidak dapat membuat keputusan dengan bebas di makamah sebaliknya hakim hanyalah membaca keputusan yang telah diberikan kepadanya. Walaupun makamah masih dianggap adil kepada rakyat biasa tetapi bila melibatkan pemimpin politik yang berkuasa makamah tidak boleh membuat keputusan yang bercanggah dengan kepentingan pemimpin ini. Bila terhakis kebebasan makamah maka terhakis jugalah keadilan makamah itu. Institusi polis juga tidak terlepas dari diperalatkan untuk menyekat kebebasan bersuara. Pihak polis berkuasa untuk memberi permit kepada pihak-pihak yang ingin mengadakan sebarang perhimpunan atas alasan kesalamatan awam. Kita tahu polis bukanlah satu badan yang benar-benar bebas. Ketua Polis Negara dilantik dengan restu Menteri dan Perdana Menteri. Perhimpunan yang bercanggah dengan kepentingan politik pemimpin yang berkuasa sudah tentu tidak akan mendapat permit polis.

Walaupun pada dasarnya rakyat negara ini boleh bebas berhimpun dan menunjuk perasaan mereka tetapi pemimpin politik yang berkuasa dapat menyekat rakyat dari berhimpun untuk menggugat kedudukannya dengan menggunakan kuasa yang ada

pada polis ini. Akhirnya kebebasan berhimpun di negara kita ini hanya wujud secara teorinya saja, hakikatnya masih terdapat sekatan dan halangannya. Rakyat hanya mempunyai kebebasan untuk berhimpun dan menunjuk perasaan jika berhimpun untuk menyokong pendirian kerajaan. Dengan terhakisnya kebebasan makamah dan institusi polis yang boleh dipertikaikan kewibawaannya maka undang-undang yang boleh menyekat seseorang yang bertanding dalam pilihanraya jika dia melakukan kesalahan yang dijatuhkan hukuman oleh makamah melebihi setahun penjara atau denda melebihi RM2000.00 nampaknya tidak lagi relevan di dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Kerana dibimbangkan undang-undang ini akan digunakan oleh pemimpin yang berkuasa untuk menghalang musuh-musuh politik beliau dari bertanding dalam pilihanraya dengan cara mereka-reka atau megada-ngadakan kesalahan mereka.

Media siaran di Malaysia juga samada yang diuruskan olehkerajaan atau pihak swasta jelas di kuasai oleh pemimpin politik yang berkuasa.Perlantikkan orang-orang yang mengetuai badan-badan siaran ini adalah secara langsung atau tak langsung mendapat restu dari pemimpin-pemimpin politik yang berkuasa. Di samping itu, kebenaran menerbit apa-apa juga media siaran adalah di bawah kuasa Menteri Dalam Negeri yang tidak memungkinkan berita-berita dan pandangan-pandangan yang hendak disiar dan dihebahkan berlawanan dengan kepentingan kementerian ini. Media siaran yang bebas adalah salah satu ciri yang harus ada dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Apalah yang kita hendak banggakan Malaysia sebagai sebuah Negara demokrasi sedangkan dalam masa yang sama pihak pemerintah cuba menghakis semangat demokrasi itu sendiri.

Cukupkah demokrasi itu hanya dengan peti undi saja? Apalah ertinya demokrasi tanpa adanya kebebasan bersuara, tanpa adanya kebebasan untuk berhimpun, tanpa media siaran yang bebas. Malah SPR yang mengedalikan pilihanraya di Malaysia ini pun telah dipertikaikan ketelusannya oleh orang ramai. Dari masalah pengundi hantu, kesalahan pendaftaran yang ketara, pendaftaran dengan kad pengenalan palsu, undi pos yang meragukan hinggalah kepada sistem pengesanannya yang begitu lemah. Selain itu jawatan pengerusi SPR yang bertanggugjawab mengendalikan pilihanraya di Malaysia ini juga dilantik oleh pemimpin politik yang berkuasa yang sudah tentunya sukar untuk dipastikan dia dapat berkecuali atau bebas dalam urusan kerjanya itu. Sikap pemimpin berkuasa di Malaysia tidak mahu menerima pemerhati-pemerhati

antarabangsa untuk memerhatikan perjalanan piliharaya di negara ini juga sungguh menghairankan kita. Apa ruginya kita membenarkan mereka datang untuk memerhati perjalanan pilihanraya kita malah kalau pilihanraya kita dapat diakui oleh mereka itu benar-benar bebas tentulah akan mengharumkan lagi nama Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi yang baik di dunia. Kecualilah kalau pemimpin yang berkuasa ini ingin mengamalkan taktik kotor dalam pilihanraya tentulah dia ada sebab berasa takut untuk menerima pemerhati-pemerhati luar ini.

Pernah di satu ketika semasa isu menghapuskan kekebalan Raja-raja sedang memuncak, berkatalah pemimpin politik yang berkuasa ketika itu, "pemimpin politik kalau tak betul rakyat boleh turunkan dia dengan peti undi atau pilihanraya, tetapi kalau raja buat salah, tidak ada cara kita boleh turunkan dia. Itulah sebab kenapa perlu raja boleh dihadapkan ke makamah". Tetapi dengan berbagai sekatan dan halangan yang dikenakan ke atas rakyat sekarang ini, peluang untuk kita menukar pemimpin politik yang membuat silap melalui peti undi ini amatlah sukar malah hampir mustahil berlaku. Nasib demokrasi di negara kita pada masa mendatang nampaknya semakin sempit dan kabur. Wallahualam.

You might also like