You are on page 1of 2

Meninggikan Kecekapan Dan Penghasilan Kerja Pencapaian kebanyakan daripada perusahaan awam yang terlibat dalam bidang perdagangan

dan perindustrian masih tidak memuaskan walaupun mereka mempunyai kedudukan monopolistik dan menikmati berbagai sokongan kerajaan. Mungkin kerana sokongan dari pihak kerajaan menyebabkan agensi awam ini kurang produktif dalam menjalankan peranan mereka. Melalui Dasar Penswastaan ini, tindakan mengswastakan beberapa perkhidmatan kerajaan yang tertentu, serta dengan kepakaran dan peluang yang lebih baik yang boleh diberi dan disediakan oleh pihak swasta.

Peningkatan produktiviti sektor swasta dijangka dapat ditingkatkan dengan lebih baik lagi. Selain itu, layanan yang diberikan juga memuaskan hati pelanggan dan meningkatkan lagi keselesaan pengguna menggunakan perkhidmatan tersebut.

Pembahagian Sumber Serta Kecekapan Lebih banyak penglibtan kerajaan dalam ekonomi bermakna lebih banyak penguasaan kerajaan terhadap sumber-sumber negara. Keputusan pula biasanya dibuat berasaskan pertimbangan yang bukan bercorak pasaran. Sebahagian besar daripada barang-barang dan perkhidmatan yang

dikeluarkan oleh Kerajaan mencerminkan nilai pasaran. Harga barangan tersebut adalah berasaskan subsidi dan sumber yang diperuntukkan itu untuk pengeluarannya tidak dapat diagihkan dengan cekap. Subsidi dan pengekalan sikap yang sentiasa mengharapkan bantuan kebajikan, akan menggalakkan rakyat Malaysia terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan. Keadaan ini tidak sesuai dengan kepentingan jangka panjang perseorangan dan negara keseluruhannya. Matlamat untuk melahirkan generasi yang berdikari dan mampu meningkatkan potensi diri tentu tidak akan tercapai jika rakyat Malaysia masih terlalu mengharap perlindungan dari kerajaan semata-mata. Rujukan MALAYSIA KITA, Panduan dan Rujukan Untuk Peperiksaan Am Kerajaan. (2010). Kuala Lumpur : International Law Book Service

Mok Soon Sang (2007). Kursus Induksi Perkhidmatan Awam dan Kenegaraan. Selangor : Multimedia-ES Resources Sdn. Bhd.

You might also like