You are on page 1of 2

PEMANSUHAN SUBSIDI TINGKAT EKONOMI NEGARA - MENDAPAT REAKSI POSITIF MASYARAKAT

Penjimatan perbelanjaan kerajaan menerusi pemansuhan subsidi secara berperingkat mulai tahun ini boleh meningkatkan kecekapan ekonomi apabila dana daripada penjimatan itu dapat disalurkan kepada pelaburan produktif. Penjimatan sehingga RM103 bilion dalam tempoh lima tahun itu antaranya boleh digunakan bagi pembangunan prasarana, meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan awam, pendidikan, kesihatan awam serta bagi menjalankan kajian dan penyelidikan (R&D). Sesebuah negara yang mempunyai paras hutang yang tinggi juga menyebabkan pelabur hilang keyakinan terhadap negara itu dan ia sukar mendapatkan pinjaman asing bagi membangunkan negara berkenaan. Pemansuhan subsidi minyak juga akan menyebabkan lebih ramai pengguna beralih menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam berbanding memandu sendiri.

Petrol adalah antara produk yang terlibat dalam pemansuhan subsidi, selain gula

Pelaksanaan pemansuhan subsidi tidak jejas golongan miskin Kerajaan diminta berani melaksanakan cadangan memansuh atau mengurangkan subsidi bagi mengelakkan negara mengalami kerugian, tetapi harus memastikan langkah itu tidak menjejaskan golongan berpendapatan rendah. Jika kerajaan terpaksa menanggung kerugian begitu banyak dan ada mekanisme lain yang lebih menguntungkan, sudah tiba masa untuk memansuhkan subsidi. Reaksi positif

Orang ramai menyambut baik cadangan untuk memansuhkan subsidi secara berperingkat mulai tahun ini bagi membolehkan kerajaan menjimatkan perbelanjaan sehingga RM103 bilion dalam tempoh lima tahun. Kebanyakan rakyat bersetuju dan mahu membantu kerajaan bagi mengurangkan beban hutang negara yang dianggar meningkat menjelang 2019 sehingga boleh mengakibatkan negara muflis.
Sumber: Berita Harian

You might also like