You are on page 1of 4

a) Bolehkah anda bayangkan bagaimana hidup di dalam sebuah negara tanpa

kerajaan?

Pada pandangan saya, hidup dalam negara tanpa kerajaan tidak akan membawa kepentingan

dan keuntungan kepada sesiapa. Malahan akan merugikan semua pihak kerana akan wujud

kelompok tertentu untuk mengambil kesempatan menerajui kepimpinan negara dalam

mentadbir negara mengikut corak kepimpinan yang tidak berasas. Di sini jelaslah akan

banyak wujud masalah daripada kebaikannya kerana tiada kerangka institusi yang terbaik

dalam menjaga hak asasi masyarakat dalam sesebuah negara. Keadaan ini akan menyebabkan

berlakunya ketidakstabilan persaingan antara pihak berpengaruh dalam merebut kuasa dan

pengaruh rakyat. Pentadbiran dalam sesebuah negara akan kucar-kacir apabila tiada

pemimpin yang berkaliber dalam menguruskan pentadbiran negara. Ini kerana peranan

kerajaan sebagai pelindung, pengawal, dan pengadil tugas dan kewajipan asasi pemerintah

sementara tugas pembahagi dan pengusaha adalah merupakan peranan baru kerajaan yang

mula dijalankan sejak 20 tahun yang lalu. Kerajaan bertanggungjawab menjaga keamanan

dan pertahanan negara serta memelihara peraturan undung-undang negara.

b) Bagaimana jika ekonomi pasaran yang dikawal oleh kapitalis gagal dilaksanakan
dengan cekap ?

Kegagalan pasaran yang dilaksanakan oleh kapitalis akan menimbulkan kesan negatif kepada

perkembangan ekonomi sesebuah negara. Terdapat kesan negatif yang wujud akibat

kegagalan pasaran dalam ekonomi negara adalah seperti berikut ;

a) Wujud masalah ketidakstabilan ekonomi dalam sesebuah negara iaitu melalui pasaran

ekonomi. Pasaran ekonomi akan mengalami masalah seperti ketidakstabilan harga,

pengangguran dan kadar pertumbuhan ekonomi yang rendah.

1
b) Wujudnya jurang agihan pendapatan dan kekayaan antara masyarakat menyebabkan

struktur ekonomi tidak seimbang

c) Wujudnya halangan kepada persaingan sempurna iaitu barangan homogenus, harga

ditentukan oleh mekanisme pasaran, tiada sekatan masuk dan keluar serta maklumat

yang simetri

d) Menghadapi masalah eksternaliti iaitu wujud kesan sampingan kepada pihak ketiga

yang timbul akibat daripada pengeluaran dan penggunaan sesetengah barangan. Oleh

itu, tindakan untuk menghadapi masalah ini adalah dengan melaksanakan Cukai

Pigouvian dan Teorem Coase

c) Adakah anda berfikir bahawa campur tangan kerajaan adalah tindakan yang
terbaik
untuk membetulkan kegagalan pasaran ?

Pada pandangan saya, campur tangan kerajaan merupakan tindakan terbaik dalam

membetulkan kegagalan pasaran. Hal ini kerana, persaingan yang tidak sempurna akan

dalam pasaran akan mewujudkan monopoli. Oleh itu, kerajaan perlu mengawal kuasa

monopoli dengan menggalakkan lebih banyak kemasukan firma baru ke dalam pasaran.

Selain itu, kerajaan perlu menyediakan barangan awam kerana pihak swasta tidak

menyediakan barangan awam. Barangan awam memerlukan kos yang tinggi dan kerajaan

perlulah menggunakan hasil kutipan membiayai kos penyediaan barangan. Seterusnya,

campur tangan kerajaan juga adalah bertujuan untuk menstabilkan tingkat harga, permintaan

dan penawaran yang sering berubah menyebabkan berlakunya masalah dalam tingkat harga

umum. Kerajaan juga mengawal eksternaliti negatif iaitu melalui penggubalan undang-

undang dan peraturan dikuatkuasakan untuk penggunaan barang CFC yang akan menjejaskan

alam sekitar. Akhir sekali, membaiki agihan pendapatan yang berlaku disebabkan jurang

2
agihan pendapatan yang besar antara golongan kaya dan golongan miskin. Oleh itu, kerajaan

telah menggunakan sistem percukaian dan subsidi untuk pengagihan semula pendapatan.

a) Selepas anda selesai membayangkan bagaimana kehidupan anda akan jadi tanpa
kerajaan, berapa banyak anda bergantung pada perkhidmatan kerajaan setiap hari?
Sekiranya kerajaan diberi fungsi dalam ekonomi, bagaimanakah sumber boleh
diperuntukkan dengan sektor swasta?

Ya, saya amat bergantung dengan penyediaan perkhidmatan oleh kerajaan. Kerajaan pusat

bertanggungjawab dalam menyediakan barangan awam dan perkhidmatan kepada semua

penduduk dalam negara. Manakala Kerajaan Negeri pula bertanggungjawab dalam

menyediakan barangan dan perkhidmatan yang akan memberi faedah terhad kepada

sekumpulan kelompok tertentu di kawasan tertentu. Penglibatan campur tangan kerajaan

pusat dan negeri boleh membantu meningkatkan ekonomi negara. Kebergantungan saya

sebagai seorang pelajar adalah memerlukan prasarana yang baik serta keselesaan di universiti

untuk menuntut ilmu di samping untuk menyertai pelbagai program yang dianjurkan bagi

memperoleh pengalaman untuk digunakan masa hadapan. Selain itu, dalam sektor kesihatan

pula kerajaan telah menubuhkan Klinik 1 Malaysia bagi golongan yang kurang

berkemampuan untuk menggunakan perkhidmatan kesihatan kerajaan bagi keperluan

kesihatan kerana tidak memerlukan kos yang mahal. Seterusnya, dalam sektor perkhidmatan

pula adalah melalui pengangkutan jalan raya seperti kereta api. LRT, Monorel dan teksi telah

membantu ramai rakyat untuk menggunakannya untuk tujuan ke tempat kerja selain daripada

menggelakkan kesesakan jalan raya. Oleh itu, jika kerajaan diberikan fungsi dalam ekonomi,

sumber boleh diperuntukkan dengan sektor swasta adalah melalui penswastaan. Penswastaan

diperkenalkan untuk mengurangkan bebanan kewangan kerajaan, menggalakkan

3
pertumbuhan ekonomi dan kekesanan Negara, meninggikan kecekapan dan penghasilan kerja

serta mempercepatkan pencapaian matlamat Dasar Ekonomi Baru.

Rujukan
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/penafian/1358-maklumat-kenegaraan/dasar-dasar-
negara/254-penswastaan
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/penafian/1533-ingin-tahu-ekonomi-ekonomi-
malaysia/rancangan-malaysia/1359-rancangan-malaysia-keempat

You might also like