You are on page 1of 2

Pendahuluan

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Cogan kata ini menggambarkan kepentingan perpaduan kaum di Malaysia. Hal ini kerana negara kita mempunyai rakyat yang berbilang kaum iaitu kaum Melayu, Cina, India, Iban , Kadazan dan lain-lain lagi. Mereka mengamalkan cara hidup yang berbeza-beza antara satu dengan yang lain . Oleh sebab itu pelbagai usaha perlu dilakukan bagi mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia. Perpaduan kaum berkaitan dengan cogan kata bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Perpaduan kaum membolehkan masyarakat hidup secara bersatu hati. Pergaduhan antara kaum memberikan banyak kesan kepada negara. Banyak usaha perlu dilakukan untuk memupuk perpaduan kaum di negara kita. Pelbagai kepentingan dapat diperoleh melalui perpaduan kaum dalam masyarakat.

Malaysia merupakan Negara yang istimewa. Kepelbagaian masyarakat yang terdiri dari berbilang etnik, budaya dan agama menjadikan Negara ini begitu unik dan mencabar kepimpinan dan pentadbirannya. Usaha-usaha ke arah menghapuskan halangan komunikasi antara masyarakat yang pelbagai ini sering menjadi agenda utama bagi mewujudkan pembinaan masyarakat Malaysia yang bersatu padu.
Isi 1

Penutup

Kesimpulannya, perpaduan kaum mendatangkan pelbagai kebaikan kepada masyarakat dan negara. Kita perlulah bersikap bagai aur dengan tebing untuk menjaga perpaduan kaum. Semua pihak perlulah menyokong segala usaha yang dilakukan kerajaan untuk mengekalkan perpaduan kaum. Sesungguhnya, tanpa perpaduan kaum, negara akan musnah. Sudah terang lagi bersuluh, sekiranya tiada langkah-langkah dilakukan untuk memupuk perpaduan kaum, tidak mustahil masyarakat Malaysia akan berpecah belah. Jika hal ini dibiarkan, sudah tentu generasi akan datang tidak akan hidup dengan aman. Apabila keadaan ini terjadi, usahlah kita sesalkan kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak ada gunanya.

You might also like