You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL BIL 1/2012 Hari : Rabu 11.

00 pagi-12 tengahari

Masa :

Tempat: Bilik Pendidikan Seni Visual

KEHADIRAN: Pn. Noriza bt Zainal Abidin (Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual) Pn. Nur Azura Binti Razme Pn. Nooridayu bt Daud TIDAK HADIR : 1. Pn. Akmalliza bt Asad 2. Pn. Siti Haziana bt Abd Aziz 3. Pn. Wendy Chan Kwee Lian LANTIKAN SETIAUSAHA: PN. NUR AZURA BINTI RAZME PERKARA-PERKARA PENTING 1. Semua guru perlu memiliki: a) SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL b) HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL c) RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN PENDIDIKAN SENI VISUAL. Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran Tahunan perlu disimpan di dalam buku rekod mengajar. Huraian Sukatan boleh disimpan di dalam fail. 2. Buku Rekod-Format penulisan di dalam buku rekod perlu diselaraskan. Cadangan format penulisan: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. MASA TINGKATAN MATA PELAJARAN TAJUK OBJEKTIF AKTIVITI BBM REFLEKSI
1

3. BUKU LATIHAN Pendidikan Seni Visual- sebuah buku sahaja.BUKU NOTA Pendidikan Seni- sebuah buku sahaja. Buku latihan dan buku buku nota perlu disemak dari semasa ke semasa. Bilangan buku perlu dihantar untuk semakan seperti bilangan dalam kelas. 4. Guru boleh menggunakan Bilik Pendidikan Seni untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran mengikut jadual masing-masing.

5. KESELAMATAN SEMASA MENGGUNAKAN BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL i. Semua guru harus mengutamakan keselamatan dalam Bilik Pendidikan Seni Visual. ii. Guru mesti berada bersama-sama dengan pelajar sepanjang masa pengajaran dan pembejaran Pendidikan Seni Visual dijalankan. iii. Pastikan pelajar diberi penerangan berkaitan dengan penggunaan setiap alat dan bahan di dalam Bilik Pendidikan Seni Visual. iv. Peralatan yang tajam atau yang merbahaya perlu diawasi supaya pelajar tidak menggunakannya sebagai senjata. v. Pastikan kipas, lampu dipadamkan setelah menggunakan Bilik Pendidikan Seni Visual. vi. Guru perlu mengarahkan semua pelajar dalam kelas menyusun kerusi dan membersihkan Bilik Pendidikan Seni Visual setelah aktiviti selesai dijalankan. vii. Pastikan alat dan bahan yang digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran dikembalikan ke tempat asal. 6. PENCERAPAN Pencerapan untuk semua guru Pendidikan Seni Visual akan dilakukan seperti jadual pencerapan di dalam Buku Panduan Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah 2012. Namun sekiranya ada perubahan daripada pihak pentadbiran sekolah, guru-guru akan dimaklumkan. 7. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengahari dengan ucapan terima kasih daripada Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual.

Disediakan Oleh: ______________________ (NUR AZURA BINTI RAZME Setiausaha Panitia Pendidikan Seni Visual

You might also like