You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH SAINS LABUAN MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK TAMBAHAN KALI PERTAMA TAHUN 2012 BIL TARIKH:

MASA TEMPAT : 1/2012 16 JANUARI 2012 : 11.00 PAGI : BILIK MUTIARA

Kehadiran : En. Adnan bin A.Aziz En. Saidi bin Ismail En. Aliakbar bin Asri Pn. Nur Aimi Marlia binti Omar - Penolong Kanan 1 - Guru Kanan Bidang Vokasional dan Teknik - Ketua Panitia Matematik Tambahan / Guru Cemerlang Matematik Tambahan - Guru Matematik Tambahan

Agenda :1.0 Kata Aluan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran Encik Adnan Bin A.Aziz selaku Penolong Kanan 1 dan En. Saidi bin Ismail selaku Guru Kanan Bidang Vokasional dan Teknik Sekolah Menengah Sains Labuan serta ribuan terima kasih kerana dapat menghadirkan diri pada mesyuarat kali pertama 2012. Pengerusi mengalukan kehadiran seorang guru baru di dalam panitia ini iaitu Pn. Nur Aimi Marlia binti Omar. Semoga kehadiran beliau dapat memperkasakan Matematik Tambahan. Tindakan/Makluman : Semua Ahli Panitia 2.0 Kata Aluan Penolong Kanan 1 2.1 Encik Adnan selaku PK1 mengucapkan ribuan terima kasih di atas jemputan yang diterima daripada pengerusi. Beliau memberitahu bahawa terdapat tiga belas softskill yang perlu diterapkan dalam proses pembelajaran dan pengajaran (PdP). Beliau mengharapkan agar guru-guru dapat menghayati piawaian kualiti PdP seperti contoh, peka terhadap keperluan pelajar. Beliau menyatakan bahawa guru perlu mengadakan headcount agar dapat mengetahui potensi pelajar daripada awal dan seterusnya mengatur strategi yang sesuai. Beliau akan menyediakan HC1 untuk pelajar tingkatan tiga dan lima serta bilangan pelajar yang bakal mendapat A, dan guru yang akan mengenalpasti pelajar tersebut. Beliau berharap ahli panitia dapat bekerjasama untuk memastikan prestasi Matematik Tambahan dapat ditingkatkan. Tindakan/Makluman : Semua Ahli Panitia

1.2

2.2

2.3

2.4

3.0

Kata Aluan Guru Kanan Bidang Vokasional dan Teknik

3.1

En. Saidi bin Ismail selaku Guru Kanan Bidang Vokasional dan Teknik mengucapkan ribuan terima kasih di atas jemputan yang diterima daripada pengerusi. Beliau memaklumkan bahawa segala dokumen berkaitan Panitia Matematik Tambahan seperti jadual waktu guru, minit mesyuarat, post-mortem hendaklah diadakan salinan dan diserahkan kepada beliau untuk rujukan akan datang. Beliau berharap Panitia Matematik Tambahan akan terus cemerlang. Kecemerlangan ini harus dibuktikan dengan peningkatan pencapaian dalam SPM. Tindakan/Makluman : Semua Ahli Panitia

3.2

3.3

4.0

Perancangan Panitia Matematik Tambahan 2012 4.1 Pengerusi memaklumkan guru yang mengajar Matematik Tambahan adalah seperti berikut : Ting.4 Sarjana : Pn. Nur Aimi Marlia binti Omar Ting.4 Pendeta : Pn. Nur Aimi Marlia binti Omar Ting.4 Cendekiawan : Pn. Nur Aimi Marlia binti Omar Ting.4 Intelek : En. Aliakbar bin Asri Ting.5 Sarjana : En. Aliakbar bin Asri Ting.5 Pendeta : En. Aliakbar bin Asri Ting.5 Cendekiawan : En. Aliakbar bin Asri Ting.5 Intelek : En. Aliakbar bin Asri 4.2 Pengerusi turut memaklumkan program-program Matematik Tambahan yang telah dirancang untuk dilaksanakan sepanjang tahun 2012 ini. Antara program-program tersebut adalah : NAMA PROGRAM PENYELARAS En. Aliakbar bin Asri En. Aliakbar bin Asri Pn. Nur Aimi Marlia Omar En. Aliakbar bin Asri Pn. Nur Aimi Marlia Omar En. Aliakbar bin Asri Pn. Nur Aimi Marlia Omar Guru Kanan MP En. Aliakbar bin Asri Pn. Nur Aimi Marlia Omar En. Aliakbar bin Asri


4.3

Ujian Terancang Program Perfect Score

Belajar secara berkumpulan (Pelajar Pakar) Kelas Pemulihan Teknik Menjawab Soalan Kelas Malam Anugerah Cemerlang Matematik Tambahan

Manakala, penyelaras setiap tingkatan pula telah ditetapkan oleh pengerusi. Penyelaras setiap tingkatan bertanggungjawab dalam menyediakan latih tubi, cuti-cuti belajar, nota, soalan ujian dan peperiksaan, laporan post mortem, rancangan tahunan dan projek. TINGKATAN GURU Pn. Nur Aimi Marlia binti Omar En. Aliakbar bin Asri

Empat Lima

4.4

Pengerusi memaklumkan bahawa In-House Training akan sentiasa diberikan kepada guru-guru baru dari semasa ke semasa dalam meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran Matematik Tambahan. Bagi meningkatkan prestasi pelajar, dua program akan dilaksanakan. Untuk pelajarpelajar tingkatan empat, pengerusi memaklumkan penggunaan bahasa ketika proses pembelajaran dan pengajaran matapelajaran Matematik ialah Bahasa Melayu. Ini kerana pelajar-pelajar tersebut akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bagi matapelajaran Matematik dalam Bahasa Melayu. Manakala, penggunaan bahasa ketika proses pembelajaran dan pengajaran matapelajaran Matematik bagi tingkatan lima pula ialah di dalam dwibahasa. Seterusnya, pengerusi berharap sesi pembelajaran dan pengajaran akan berjalan dengan lancar dan mengikut Rancangan Pengajaran Tahunan. Sukatan pelajaran tingkatan empat akan dihabiskan selewat-lewatnya hujung bulan Ogos dan akan disambung dengan pengajaran bab tingkatan lima, manakala sukatan pelajaran tingkatan lima haruslah diselesaikan selewat-lewatnya pertengahan bulan Julai 2012.

4.5

4.6

Pengerusi berharap semua program yang telah dirancang akan berjalan dengan lancar. Tindakan/Makluman : Semua Ahli Panitia Pengerusi mengakhiri mesyuarat dengan tasbih kifarah dan surah Al-Asr. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 tengah hari.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

................................. (NUR AIMI MARLIA BINTI OMAR) Setiausaha Panitia Matematik Tambahan SMS Labuan

................................ (ALIAKBAR BIN ASRI) Ketua Panitia Matematik Tambahan SMS Labuan

You might also like