You are on page 1of 3

Laporan Perkhemahan Skim Lencana PKK & PM Lencana Keris Emas, Lencana Jaya dan Rambu PKK dan

Rambu PM, Anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Kuala Selangor dan PPD K. Selangor. Satu perkhemahan telah diadakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia Kuala Selangor. Perkhemahan tersebut ialah Perkhemahan Skim Lencana PKK & PM Lencana Keris Emas, Lencana Jaya dan Rambu PKK dan Rambu PM bagi ahli-ahli pengakap kanak-kanak (Lencana Keris Emas dan Rambu PKK) dan pengakap muda (Lencana Jaya dan Rambu Pengakap Muda). Kursus tersebut telah diadakan pada 11,12 dan 13 November 2011 (JumaatAhad), bertempat di Padang Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Musa, Kuala Selangor. Kumpulan pengakap SK Puncak Alam telah menyertai perkhemahan ini. Seramai tiga orang peserta dari kumpulan kita telah menyertai perkhemahan dengan jayanya. Mereka ialah; 1- Nurul Syasya Binti Meor Sharif (Tahun 4) 2- Aminul Haqim Bin Mohd Nizam ( Tahun 5) 3- Muhammad Iqhwan Fansuri Bin Md. Latiff ( Tahun 5) dan dua orang pemimpin pengakap yang turut sama menyumbang dan menjayakan kursus ialah Tn. Adzwan Bin Adnan, dan Tuan Mohd Nizam Bin Md Yusoff yang telah dilantik menjadi Ahli Pasukan Latihan Daerah. Tahniah! 2 org PKK menerima anugerah paling tertinggi PKK iaitu Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negeri Selangor dan dikalungkan dengan Rambu Biru iaitu Muhamad Iqhwan Fansuri Md Latif dan Aminul Haqim Mohd Nizam manakala seorang lagi dianugerahi dengan tanda cemerlang Lencana Keris Emas iaitu Nurul Syasya Meor Sharif. Turut hadir memantau pergerakan perkhemahan ialah Tuan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kuala Selangor Tuan Haji Muhammed Adzhar Alias. Kem komandan perkhemahan ini ialah Tuan Mohd Ismail Bin Zulkifli. Disertai juga seramai 41 ahli PKK, 75 ahli PM. Seramai 21 PKK menjalani ujian Lencana Keris Emas, 20 orang PKK menjalani ujian Rambu PKK manakala seramai 55 menjalani ujian Lencana Jaya dan 16 orang ahli Pengakap Muda menjalani Ujian Rambu Pengakap Muda. Aktiviti aktiviti yang dijalankan adalah mengikut latihan dan ujian yang telah di gariskan dalam skema samada PKK atau PM ( Rujuk lampiran ). Mereka diuji oleh para pemimpin pasukan latihan daerah, ADCADC dan ahli ahli Pengakap Kelana. Walaupun cuaca tidak menentu iaitu hujan lebat pada pagi dan panas seketika di waktu petang, namun semua peserta menunjukkan semangat pengakap yang tinggi dan tahan lasak. HARI 1 (Jumaat) (petang) Pendaftaran dan dirikan khemah, (malam) Baca Yasin, aktiviti/ceramah. HARI 2 (Sabtu) (Pagi) Aktiviti, (Petang) halangan komando/permainan. (Malam) Malam kebudayaan.

HARI 3 ( Ahad) (PKhidmat masyarakat dan perasmian penutup. Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Tuan Nizamudin Hj. Abd. Majid, Penolong Pesuruhjaya Daerah Bhgn Pentadbiran dan ICT. SYABAS diucapkan kepada mereka semua!

Disediakan oleh:

Disemak oleh :

. (MOHD NIZAM MD YUSOFF) Pemimpin yang menjaga Kumpulan (41) SK Puncak Alam. Tarikh Laporan ditulis : 2 DIS 2011

Lencana Keris Emas

Rambu PKK

Lencana Jaya

Rambu Pengakap Muda

GAMBAR SEKITAR PERKHEMAHAN

(Foto kiri : Dua daripada tiga ahli PKK SK Puncak Alam yang menyertai perkhemahan iaitu Aminul Haqim bin Mohd Nizam dan Muhd Iqhwan Fansuri Md Latiff. Foto kanan : Pintu masuk SK Jalan Raja Musa, K. Selangor)

Para peserta yang berjaya bersama Para pemimpin. Gambar Ihsan kelanasiswa UPSI

You might also like