You are on page 1of 13

BAHASA MELAYU

Tatabahasa - Imbuhan Awalan - Imbuhan Akhiran - Imbuhan Apitan

IMBUHAN
Merupakan tambahan dalam perkataan pada kata dasar. Terbahagi kepada lima, iaitu: Imbuhan awalan Imbuhan akhiran Imbuhan apitan Imbuhan sisipan Imbuhan pinjaman Bertindak sebagai pelengkap kepada struktur ayat dari segi kegrammatisan.

IMBUHAN AWALAN
Terletak di awal kata dasar. Contoh:
ber. ter. di. per. ke. men.

Contoh ayat imbuhan awalan


1. Rumahnya terletak di hujung Jalan Kampong Menteri. 2. Perompak itu telah ditangkap. 3. Dia telah menyimpan wang di Bank Baiduri sejak sembilan tahun lalu.

IMBUHAN AKHIRAN
Terletak di akhir kata dasar. Contoh:
. an .. i .. kan

Contoh ayat imbuhan akhiran


1. Saya sudahi ucapan ini dengan rasa terima kasih. 2. Sikap tolong-menolong antara satu dengan lain adalah amalan yang baik. 3. Hantarkan kuih ini ke rumah jiran sebelah.

IMBUHAN APITAN
Terletak di awal dan di akhir kata dasar. Contoh:
ber.an men.i di.kan per.an ke.an men.kan

Contoh ayat imbuhan apitan


1. Dia tidak suka mempermainkan perasaan orang lain. 2. Rashid telah menyelesaikan latihan yang diberi oleh cikgunya. 3. Manusia dijadikan oleh Tuhan sebagai hambanya yang beriman.

IMBUHAN SISIPAN
Tidak banyak dan terletak di tengahtengah kata. Contoh:
ei er em

Contoh ayat imbuhan sisipan


1. Dia menggeletar kerana amat takut. (daripada perkataan getar) 2. Terdapat banyak kemuncup di padang itu. (daripada perkataan kuncup) 3. Roda jentera itu dipenuhi gerigi. (daripada perkataan gigi)

IMBUHAN PNJAMAN
Juga dikenali sebagai imbuhan asing. Terdiri dari penambahan hadapan atau belakang kata dasar Contoh:
man wan wati pra tata maha

Contoh ayat imbuhan pinjaman


1. Seniwati Sarimah telah berlakon dalam beberapa buah filem. 2. Buku tatabahasa itu dibelinya di Kedai Buku Bismi. 3. Setiap pelajar pasti mahu menjadi mahasiswa.

- TAMAT Terima Kasih dan Selamat mencuba latihannya

You might also like