You are on page 1of 1

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya adalah di Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor (Lihat Peta Lakar 1). Kawasan ini merupakan kawasan bekas lombong bijih timah yang telah dibangunkan menjadi sebuah kawasan perumahan. Sebelum pembangunannya, Taman Putra Perdana dipenuhi ladangladang kelapa sawit. Taman Putra Perdana terletak di bawah lingkungan Daerah Sepang. Daerah Sepang pula terletak di bahagian selatan Selangor dan merupakan daerah bongsu bagi Negeri Selangor. Jika dilihat dari pandangan atas, Daerah Sepang adalah berbentuk hulu sebatang keris (Lihat Peta 1) dengan Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban di sempadan sebelah timur dan Daerah Kuala Langat di sebelah baratnya sementara Daerah Petaling menjadi jiran di sebelah utara. Di sebelah selatan pula, Daerah Sepang terbuka menghadap Selat Melaka. Bentuk muka buminya adalah tanah pamah dan beralun. Kawasan ini juga bersaliran baik, bersuhu 27C dan terletak berhampiran dengan Garisan Khatulistiwa. Kini, kawasan ini dilengkapi pandang darat budaya yang lengkap seperti Dewan Orang Ramai, dua buah sekolah rendah, sebuah sekolah menengah, sebuah Pusat Penjaja dan sebuah gelanggang futsal. Pelbagai projek jaringan pengangkutan juga sedang giat dijalankan seperti jalan penghubung ke KLIA dan ke Cyberjaya. Jarak daripada Taman Putra Perdana ke bandar seperti Putrajaya adalah lebih kurang 20 kilometer manakala daripada Cyberjaya pula adalah hampir 30 kilometer.

You might also like