You are on page 1of 6

E4160 BAB 1

1.0 PENGENALAN

PENGENALAN KEPADA MIKROPEMPROSES

Mikropemproses merupakan satu evolusi teknologi yang dicipta oleh manusia untuk memudahkan proses analisa, perbandingan, pengiraan pantas serta pemprosesan maklumat di dalam kehidupan seharian. Ianya jga dikenali sebagai jantung atau otak kepada satu sistem computer. Mikropemproses merupakan salah satu komponen asas dan penting bagi komputer. Tanpa mikropemproses, maka sesebuah komputer itu tidak akan berfungsi. Namun begitu, fungsi utama mikropemproses bukanlah komputer tetapi ianya digunakan dalam pelbagai bidang untuk mengawal mesin dan peralatan lain. Antara kegunaan mikropemproses adalah seperti sistem komputer, peralatan rumah, automotif, penerbangan, ketenteraan dan lain-lain

1.1

KOMPONEN ASAS SISTEM KOMPUTER Komponen asas sistem komputer terdiri daripada empat bahagian iaitu: i. ii. iii. iv. CPU (Central Processing Unit) Unit Masukan Unit Keluaran Unit Ingatan Unit Masukan Ingatan Utama Unit Keluaran

CPU

Ingatan Sekunder Gambarajah Blok Sistem Komputer i. CPU (Central Processing Unit)

Gambarajah CPU Terdiri daripada ALU, unit kawalan, klok, daftar-daftar, pointer & program counter. Mengawal keseluruhan operasi komputer iaitu melaksanakan kendalian aritmetik dan logik serta mengawal kendalian masukan dan keluaran suatu komputer Membaca suruhan dari ingatan dan melaksanakan suruhan dengan mengarahkan peranti lain melaksanakan operasi seperti dikehendaki oleh aturcara

NAR 9179 Jan2007

E4160 BAB 1

PENGENALAN KEPADA MIKROPEMPROSES

ii. Unit Masukan - Peranti yang digunakan untuk memasukkan arahan/data ke dalam komputer. - Contoh: Keyboard, mouse, kayu ria, suis toggle, pena cahaya, pita magnetik dll iii. Unit Keluaran - Peranti yang digunakan untuk mendapatkan data/maklumat secara paparan, cetakan, bunyi-bunyian dll. - Contoh: printer, monitor, speaker, cd, bacaan LED, light indicator dll iv. Unit Ingatan - Berfungsi untuk menyimpan data dan aturcara. - Kelajuan tinggi tetapi saiz kecil (MB) - Terbahagi kepada dua unit iaitu unit ingatan utama & unit ingatan sekunder. - Unit ingatan utama terdiri daripada ROM dan RAM RAM (Random Access Memory) - Ingatan baca dan tulis, data boleh disimpan dan dibaca, tetapi data akan hilang apabila bekalan diputuskan. ROM (Read Only Memory) - Ingatan baca sahaja, data hanya boleh dibaca dan tidak boleh ditulis di ROM. data yang disimpan tidak akan hilang apabila bekalan kuasa diputuskan - Ingatan Sekunder - Merupakan ingatan sokongan kerana data yang disimpan di RAM bersifat sementara. - Contoh: disket, hard disk, cdr, cdrw dll - kelajuan rendah berbanding ingatan utama, tetapi saiz lebih besar (GB)

1.2

EVOLUSI MIKROPEMPROSES P Data Bus 4-bit 8-bit 8-bit 8-bit 16-bit 16 bit internal, 8 bit ext. 16-bit 32-bit 32-bit 32/64-bit 32/64-bit 64-bit 64-bit 64-bit Address Bus 10-bit 14-bit 16-bit 16 bit 20-bit 20-bit addressable memory 640 bytes 16K 64K 64K 1M 1M No. of transistor 2300 3,500 6,000 6,500 29,000 29,000 clock 108kHz 200kHz 2MHz 5Mz 5MHz 5MHz

4-bit 8-bit

16-bit

4004 8008 8080 8085 8086 8088

32-bit

64-bit

80286 80386 80486 Pentium Pentium pro Pentium II Pentium III Pentium IV

24-bit 32-bit 32-bit 32-bit 36-bit 36-bit 36-bit 36-bit 2

16M 4G 4G 4G 64G 64G 64G 64G

134,000 275,000 1.2M 3.1M 5.5M 8.8M 9.5M 42M

8MHz 16MHz 25MHz 60MHz 150MHz 233MHz 650MHz 1.4GHz


NAR 9179 Jan2007

E4160 BAB 1
1.3

PENGENALAN KEPADA MIKROPEMPROSES

Maksud istilah Nibble, Byte, Word, Long Word i. Bit - unit data terkecil. - 1 bit menyimpan satu digit penduaan iaitu 1 atau 0 ii. nibble 4-bit sebagai 1 unit iii. byte 8-bit diolah sebagai 1 unit iv. word 16 bit diolah sebagai 1 unit v. long word 32-bit diolah sebagai 1 unit Byte, Word dan Long Word

Word Word = Long Word Long Word = 1.4 KITAR PENGAMBILAN DAN PERLAKSANAAN - Kitar Ambil adalah proses mengambil suruhan/arahan dari ingatan ke CPU dan mengisikannya kedalam daftar suruhan. - Empat alat daftar yang terlibat: i. PC Program counter ii. MAR Memory Address Register iii. MBR Memory Buffer Register iv. IR Instruction Register - Proses pada kitar ambil & kitar laksana a) Kandungan dalam PC yang mengandungi alamat suruhan akan diambil dan dimasukkan ke dalam MAR. b) Dari MAR, alamat tersebut dihantar ke ingatan utama melalui bas alamat. c) Alamat akan dinyahkodkan oleh dekoder untuk mendapatkan lokasi sebenar arahan d) Unit kawalan akan memberikan permintaan baca ingatan melalui bas kawalan e) Kandungan dalam Word yang telah ditentukan, dimasukkan ke dalam MBR melalui bas data dan seterusnya ke IR. f) Kandungan dalam PC ditambah 1 bagi menunjukkan alamat berikutnya. g) Dalam kitar laksana, kod arahan yang telah diambil akan dinyahkod dan dilaksanakan mengikut jenis arahannya. h) Setelah mikropemproses menamatkan satu kitar suruhan, proses ambil & laksana akan diulang sehingga komputer dimatikan

NAR 9179 Jan2007

E4160 BAB 1
1.5

PENGENALAN KEPADA MIKROPEMPROSES

BINAAN DALAMAN MIKROPEMPROSES

Gambarajah struktur binaan mikropemproses 8085 Struktur dalaman mikropemproses terdiri daripada: - Unit ALU, Unit Kawalan, Set-set alat daftar, Accumulator, Condition Code Register, Program Counter, Stack Pointer & Sistem Pemasaan i. UNIT ALU - Melaksanakan operasi aritmetik dan logik - Jenis arahan/operasi bergantung kepada unit kawalan. - Melibatkan operasi fetch & execute, mengambil data dari ingatan atau masukan lain dan hasil dikeluarkan samada disimpan diingatan semula atau dikeluarkan ke peranti keluaran ii. UNIT KAWALAN - Mengawal keseluruhan pengendalian unit-unit dengan memberikan isyarat pemasaan & kawalan untuk mengarahkan unit-unit lain melaksanakan suruhan dalam aturcara. - Berfungsi untuk mengawal pergerakan keluar/masuk data & arahan dari CPU - Mengawal operasi ALU iii. SET ALAT DAFTAR - Berfungsi untuk menyimpan sementara arahan dan data yang akan dilaksanakan - Antara daftar yg biasa digunakan : i. Daftar Suruhan (IR) - Mengandungi suruhan yang sedang diproses. ii. Daftar Alamat Ingatan (MAR) - Mengandungi alamat kedudukan ingatan yang sedang diproses (baca atau tulis). - Digunakan untuk memegang sementara maklumat-maklumat yang berkaitan dengan alamat. 4
NAR 9179 Jan2007

E4160 BAB 1
-

PENGENALAN KEPADA MIKROPEMPROSES


Antara daftar alamat ialah: a. Penunjuk Segmen b. Alat Daftar Indeks c. Penunjuk Timbunan iii. Daftar Data Ingatan (MDR) - Mengandungi data yang sedang diproses. iii. Daftar Status (SR) dikenali sebagai flag register - Mengandungi bit-bit yang melambangkan keputusan operasi ALU yang terakhir. - bit-bit tersebut itu dikenali sebagai daftar bendera (flag register) iv. Daftar Kegunaan Am - Tempat menyimpan hasil operasi aritmetik dan logik. Juga dikenali sebagai pengumpuk.

iv. ACCUMULATOR - Menyimpan data hasil operasi ALU sementara. v. CONDITION CODE REGISTER - Menyimpan bit-bit yang akan menentukan keadaan operasi bagi unit port samaada bertindak sebagai masukan/keluaran vi. PROGRAM COUNTER (PEMBILANG ATURCARA) - Menunjukkan alamat/kedudukan aturcara/suruhan seterusnya dilaksanakan apabila suruhan yang sedang dilaksanakan selesai

yang

akan

vii. STACK POINTER (PENUNJUK TINDANAN) - Merupakan alamat ingatan yang mengandungi 16-bit alamat ingatan teratas tindanan di mana data di letak dan diambil. viii. SISTEM PEMASAAN & KAWALAN - Mengawal koordinasi operasi dalaman mikropemproses dan mengawal operasi ALU dan daftar. - Menerima isyarat dari pengkod arahan bagi menentukan keadaan arahan yang akan dilaksanakan - Maklumat bagi daftar status perlu bagi arahan cabang bersyarat. - Isyarat pemasaan dan kawalan akan dihantar kesemua bahagian mikropemproses bagi menyelaras perlaksanaan arahan. - Litar jam menjana isyarat berkala yang dihantar ke seluruh bahagian sistem, terutamanya unit kawalan. Isyarat berkala ini yang dinamakan denyut-denyut jam merupakan asas masa yang menentukan pergerakan kesemua komponen sistem komputer. - Satu denyut jam memakan satu kitar jam. - Panjang kitar-kitar jam diukur dalam milisaat (ms atau 0.001 saat), mikrosaat (p,s atau 10~6 saat. - Kepantasan komputer diukur dengan nilai salingan kitar jam dalam unit Hertz

NAR 9179 Jan2007

E4160 BAB 1
1.6

PENGENALAN KEPADA MIKROPEMPROSES

SISTEM BAS - Suatu talian yang menghubungkan ketiga-tiga komponen utama komputer. - Terbahagi kepada 3 iaitu: i. Bas Data ii. Bas Alamat iii. Bas Kawalan Bas Data - talian dwihala yang digunakan oleh komponen-komponen dalam sistem bagi mengalirkan data antara CPU dan ingatan, atau CPU & I/O. - saiz adalah 4,8,16,32 bit - mikropemproses 8085 mempunyai 8 talian data, 8086,z8000,68000-16 talian data bus-dan 80386/486 mempunyai 32 talian data. Bas Alamat - talian satu hala yang membawa kod alamat dari CPU ke peranti ingatan/ I/O yang akan menentukan lokasi yang hendak dicapai. - saiz bas alamat menentukan saiz lokasi ingatan yang hendak dicapai. Bagi komputer yang mempunyai 16 talian bas alamat, lokasi ingatan maksimum ialah 216 = 65536. Alamat yang boleh dicapai ialah diantara 0000H hingga FFFFH. Bas Kawalan - Mengandungi isyarat kawalan untuk mengawal operasi keseluruhan sistem. - Berfungsi untuk mengawal pemindahan data di dalam sistem mikropemproses supaya ianya segerak (synchronize). - Isyarat bas kawalan boleh dikeluarkan samada oleh mikropemproses ataupun dari komponen-komponen lain di dalam sistem mikrokomputer. - Talian-talian yang ada termasuklah kawalan baca/tulis, sampukan, reset, DMA dan lain-lain. - Bas kawalan juga terdiri dari talian-talian yang digunakan untuk membuat handshaking(jabat tangan) di dalam penghantaran /pemindahan data secara tak segerak(asynchronous). - Setiap CPU mengandungi set kawalan yang berlainan. Contoh: READ, WRITE & RESET BAS KAWALAN CPU BAS ALAMAT BAS DATA

ROM

RAM

UNIT MASUKAN

UNIT KELUARAN

Gambarajah sistem bas 6


NAR 9179 Jan2007

You might also like