You are on page 1of 10

Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya

81

REALITI TREND DAN ISU DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Mariani Md. Nor Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Fakulti Pendidikan Universiti Malaya Over the years, the field of early childhood education has undergone several changes, the most recent change being the move into a system based upon analyzing the issues such as social, curriculum and academic staff. This article reviews some recent trends and issues in early childhood education in Malaysia in the, context of the, overall early childhood community. Drawing from Bronfenbrenner's (1998) dynamic developmental systems theory as the theoretical basis, this article studied direct and indirect influences of environmental factors upon the effectiveness of children's learning process. Individual characteristics, family, peers and school contexts as well as broader cultural influences were all implicated in predicting the effectiveness of children's learning process. This article concludes with a discussion of the most recent reform and its consequences for the early childhood teaching profession.

Pendidikan dan kehidupan adalah satu pakej yang wujud dalam setiap individu baik yang dewasa mahupun kanak-kanak. Ini adalah kerana ianya merupakan satu mekanisma (sama ada tanpa sedar atau dengan sedar) yang dapat mengubah dan seharusnya dapat meningkatkan manusia itu ke peringkat yang lebih matang (Erikson, 1975). Untuk itu pendidikan prasekolah yang merupakan peringkat awal proses pembelajaran amat penting kerana pengalaman di prasekolah dapat memberi persediaan yang boleh membekalkan kanak-kanak dengan kemahiran, keyakinan diri dan sentiasa mempunyai sikap yang positif terhadap individu lain tanpa ada kecenderungan (bias) negatif terhadap yang lain (MacNaughton,2005). Pendidikan prasekolah juga diakui boleh memberi kesan positif seperti sabda Rasulullah s.a.w. bahawa "Kanak-kanak mula bercahaya akalnya pada umur lima tahun...." Ini jelas menunjukkan kanak-kanak telah mempunyai keupayaan untuk menerima sebarang pengetahuan yang diajarkan (Hassan, 1997). Malaysia sebagai salah sebuah negara yang membangun dengan pesat tidak ketinggalan dalam menentukan pendidikan yang diberikan kepada kanak-kanak sebagai pendidikan yang berkualiti. Walaupun banyak usaha yang telah, sedang atau akan dilaksanakan oleh kerajaan yang bertujuan mempertingkatkan kualiti pendidikan prasekolah, kadang-kadang kemudahan yang diberi telah disalahgunakan sehingga menyebabkan berlaku kekeliruan, kecelaruan dan kebimbangan kepada ibu bapa, pendidik dan pengusaha tadika yang tulin matlamatnya. Tidak hairan jika kini terdapat pelbagai matlamat, aktiviti serta kualiti program pendidikan prasekolah (Rohaty, 1994).

82

Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya

Tiga kategori menjadi asas utama perbincangan dalam mengupas artikel ini. Antara focus perbincangan ialah elemen: a) kesansosial, b) kesan kurikulum dan c) persediaan tenaga akademik, dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta kesan terhadap perkembangan kanakkanak secara holistik. Teori Ekologi oleh Urie Bronfenbrenner (1977) dipilih oleh penulis untuk perbincangan seterusnya. Elemen Sosial dan Kesan terhadap Pendidikan Awal Kanak-Kanak Teori Ekologi mengikut Bronfenbrenner (1977) memberi penekanan bahawa individu yang melalui proses pertumbuhan dan perkembangan itu terangkum di dalam sistem persekitaran yang mementingkan interaksi antara satu sama lain (rujuk Rajah 1). Dalam konteks artikel ini, interaksi antara kanak-kanak dengan persekitaran kanak-kanak itu dipercayai boleh mempengaruhi proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Merujuk kepada konsep di dalam teori ini, sama ada kita menyedarinya atau tidak kanak-kanak yang merupakan individu yang berada dalam ruang lingkup mikro (berpusat di tengah) boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Dan dalam konteks di prasekolah khususnya, apa dan bagaimana kesannya harus diteliti terutama dalam hal yang menyumbang kepada proses perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak.

Rajah 1. Model Teori Ekologi Bronfenbrenner

Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya

83

Berdasarkan teori ini (rujuk Rajah 2), keluarga khususnya ibu bapa merupakan agen sosialisasi paling penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak itu dan sebagai individu terdekat atau berhampiran dengan komuniti kanak-kanak, mereka mempunyai pengaruh besar ke atas tingkah laku kanak-kanak. Sebagai contoh, kajian di dalam dan di luar negara menunjukkan bahawa faktor persekitaran seperti penglibatan ibu bapa secara aktif mempunyai kesan langsung ke atas semua aspek perkembangan kanak-kanak (Mac Naughtori, 2005). Dalam kajian yang Iain pula, Ting (2005) meridapatitahap penglibatan ibu bapa luar bandar berada di tahap yang rendah. Tidak hairan jika sebelum ini Berger (1995) melalui kajiannya menyatakan wujudnya kepelbagaian model peranan ibu bapa untuk membantu proses pembelajaran kanak-kanak di prasekolah. THE FAMILY SYSTEM CHILD AS TARGET

Rajah 2. The Family System - Child Target mengikut Sage (1998) Pengaruh keluarga bukan sahaja berlaku semasa proses mengasuh dan mendidik di rumah tetapi meluas kepada aspek pemilihan tempat untuk anak itu belajar, terutama di peringkat prasekolah. Justeru itu, peringkat pembelajaran prasekolah adalah sasaran utama ibu bapa ini. Menyentuh tentang pendidikan prasekolah, kesedaran telah ditunjukkan bukan sahaja oleh masyarakat malah di peringkat atasan juga. Seperti dinyatakan oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (1998):

84

Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya

Pendidikan prasekolah merupakan peringkat formatif dalam perkembangan kanak-kanak. Oleh itu, program y ang sesuai dapat menggerakkan pemikiran, meningkatkan kreativiti dan membina akhlak yang baik bagi golongan kanak-kanak yang berumur antara 4 hingga 6 tahun... pembangunan minda, penyuburan fizikal, pengukuhan kestabilan emosi dan persediaan untuk hidup bermasyarakat, Berikutan itu, muncul satu fenomena iaitu kehadiran berbagai pihak dan agensi untuk mengendalikan pusat prasekolah. Dengan kewujudan pelbagai model prasekolah, tidak mustahil jika dikatakan akan wujud pula paradigma 'rumah satu tiang seribu atau infinit ' disebabkan kepelbagaian ragam pendekatan dan kurikulum yang digunakan di prasekolah. Pemerhatian penulis ke tadika-tadika semasa penyeliaan pelajar praktikum menunjukkan kebanyakan tadika swasta memberi penumpuan yang lebih kepada aspek kognitif, iaitu, kemahiran 3M. Walau bagaimanapun, tidak kurang juga yang menitikberatkan aspek lain seperti sosial, moral dan keagamaan serta berbagai lagi penekanan yang berbeza. Dapatan dari kajian penyelidikan oleh beberapa pelajar Sarjana Pendidikan Awal Kanak-kanak di bawah penyeliaan penulis menunjukkan situasi di mana apa yang dipelajari oleh bakal guru prasekolah di universiti kadang-kadang sukar untuk dipraktikkan di prasekolah kerana ideologi, pendekatan dan falsafah yang berbeza di antara kedua-dua pihak ini. Secara tidak langsung keadaan ini boleh menjejaskan pula kualiti prasekolah (Nik Asiah, 2005; Rohana Musa, 2005). Malah menyentuh tentang infrastruktur fizikal prasekolah, tidak perlu bukti tertulis, jika dibuat lawatan lokasi untuk setiap tapak prasekolah di sesebuah kawasan bandaraya, didapati jarak antara satu prasekolah dengan satu yang lain harus berada dalam jarak 1 km. Bagaimana pun, peraturan ini tidak begitu dipatuhi memandangkan pertambahan bilangan penduduk yang memerlukan perkhidmatan sedemikian. Atau adakah ini trend masa kini dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak? Jika ini berlaku, adakah memang sepatutnya atau adakah ianya dalam tuntutan bersama oleh ibu bapa dan pengusaha tadika itu. Berdasarkan Rajah 2, secara umumnya komuniti prasekolah harus memikirkan perkara berikut dalam memastikan trend dan isu menjadi suatu realiti. a) Keluarga (The family): Isu pemilihan prasekolah. Apa ciri prasekolah berkualiti yang menjadi pilihan? b) Jaringan sosial (Social network): Harapan ibu bapa: kanak-kanak mempunyai kebolehan mengambil berat tentang orang lain, berkongsi, memahami dan empati terhadap orang lain (Essa, 1996). c) Kepercayaan masyarakat (Society's belief): Persoalan pengurangan perlakuan kanak-kanak terhadap amalan negatif atau anti-sosial atau sebaliknya dengan keuntungan cost-benefit (Schweinhart & Weikart, 1993). d) Perkembangan (Development): Adakah perkembangan boleh berlaku mengikut peredaran masa dan jika ya adakah disebabkan oleh faktor biologi semata-mata atau persekitaran infrastruktur yang wujud dalam komuniti kanak-kanak itu.

Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya

85

Kajian di dalam dan di luar negara banyak meneliti faktor yang mempengaruhi proses pendidikan di prasekolah dari isu persediaan awal hinggalah kepada aspek lain. Dalam satu kajian ke atas faktor yang mempengaruhi transisi dari prasekolah ke sekolah rendah terhadap 177 orang ibu bapa dari 18 buah prasekolah dari seluruh Malaysia (Mariani Md. Nor et al., 2006) didapati faktor seperti bahan pembelajaran, persekitaran yang merangsang pembelajaran kanak-kanak, aktiviti yang sesuai serta guru adalah antara faktor yang signifikan dalam mempengaruhi proses perkembangan kanak-kanak dalam aspek penyesuaian diri. Komumkasi yang baik antara guru dan ibu bapa serta kemudahan sesuai di dalam bilik darjah adalah antara faktor persekitaran yang penting. Pengaruh Kurikulum dan Persekitaran Bilik Darjah dalam Pendidikan Awal Dari model Bronfenbrenner yang telah diubahsuai (Rajah 3), sistem bilik darjah juga didapat memainkan peranan penting dalam mempengaruhi-perkembangan kanak-kanak bukan sahaja di Malaysia sendiri malah di merata dunia. Sistem pendidikan awal kanakkanak dalam konteks bilik darjah merupakan tunjang terhadap apa yang berlaku di persekitaran kanak-kanak itu. Trend dan isu terkini yang sering diperkatakan sekarang adalah bagaimana hendak diwujudkan satu keadaan bilik darjah yang dapat memberi pulangan positif yang maksima kepada pihak kanak-kanak dan ibu bapa.

THE CLASSROOM SYSTEM CHILD AS TARGET

Rajah 3. The Classroom System - Child Target mengikut Sage (1998) Menyentuh tentang sistem persekitaran dalam bilik darjah, fokus terhadap kesan proses pembelajaran kanak-kanak telah membawa kepada kedinamikan perancangan dan

86

Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya

pengurusan dalam bilik darjah prasekolah oleh pihak pengusaha prasekolah khususnya di Malaysia. Sebagai contoh, bahan kurikulum yang diguna pakai di dalara bilik darjah. Kurikulum Kebangsaan Prasekolah di Malaysia diharap sentiasa dapat menjadi garis panduan untuk proses pembelajaran kanak-kanak, Namun demikian, kurikulum ini tidak begitu diguna pakai secara mutlak di prasekolah yang wujud di Malaysia kecuali di prasekolah Annex. Ini tidak seharusnya berlaku, jika isu keseragaman ingin dipraktikkan sebelum kanak-kanak raemasuki alam persekolahan yang formal. Atau adakah amalan sebegini telah menjadi satu trend di negara kita? Isu kurikulum sering menjadi bahan perbincangan dan perdebatan di mana-mana. Malah dalam seminar-seminar yang dianjurkan akhir-akhir ini banyak membincangkan tentang perkara seperti: 1. Objektif prasekolah itu sendiri: Adakah mengikut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan atau gabungan antara beberapa kurikulum cedokan dalam dan luar negara? 2. Apakah tahap kualiti pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia dengan kehadiran kepelbagaian isu dalam konteks bilik darjah terutama dari aspek: a) pendekatan pengajaran b)jenis bahan bantu mengajar yang diguna pakai c) corak pembelajaran kanak-kanak di bilik darjah d) aktiviti harian di bilik darjah e) pengurusan ruang yang interaktif atau sebaliknya f) penilaian yang diguna pakai di bilik darjah.

3. Bagaimana dengan penglibatan ibu bapa serta komuniti setempat: peranan ibu bapa/komuniti? 4. Kurikulum yang diguna pakai: bolehkah dipastikan kebolehan 3M berlaku disamping aspek perkembangan yang lain atau adakah kesinambungan minat belajar dari prasekolah ke sekolah rendah? Dapatan kajian oleh penulis (Mariani et al., 2006) mengenai faktor persekitaran seperti ibu bapa yang mempengaruhi penyesuaian kanak-kanak di bilik darjah prasekolah adalah seperti berikut: a) Bahan Pembelajaran

Kajian mendapati 99.4% ibu bapa berkecenderungan membantu kanak-kanak mendapatkan buku yang sesuai untuk anak-anak mereka berbanding dengan bahan lain. Sementara 84.9% pula menyediakan bahan bantu mengajar elektronik seperti CD Pendidikan dan tidak begitu berminat untuk membelikan bahan mainan atau buku komik walaupun ada unsur-unsur pendidikan. b) Persekitaran Kondusif

Didapati bahawa 98.6% ibu bapa sentiasa menyediakan alat tulis yang sesuai untuk anak-anak mereka. Sebilangan besar juga peka terhadap keperluan ruang (89.5%) dan kemudahan lain (84.0%) untuk anak-anak mereka belajar.

Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malava

87

c) Komitmen Ibu Bapa Kajian mendapati seramai 98.8% ibu bapa sentiasa raenyemak kerja rumah anakanak mereka. Ibu bapa juga didapati sentiasa memilih prasekolah yang tertentu untuk pendidikan anak mereka ini. Lain pula dengan keadaannya di luar negara di mana melalui pemerhatian semasa lawatan sambil belaiar vang dibuat ke Children's Center (2005) 1 di University of Melbourne, Australia, mendapati kebanyakan pusat prasekolah menitikberatkan kerjasama ibu bapa-guru serta mementingkan aspek pendidikan anti-bias kerana fakor kepelbagaian etnik yang wujud. Malah tiada kurikulum kebangsaan yang mereka gunakan; sebaliknya amalan pusat prasekolah lebih menggambarkan keprihatinan mereka terhadap pelbagai pihak bukan sahaja oleh guru malah ibu bapa dalam memastikan perkembangan holistik kanak-kanak itu. Dengan keadaan infrastruktur yang lebih kurang sama di negara kita terutama dari aspek kepelbagaian budaya dan etnik, bolehkah pendekatan yang sama digunakan oleh komuniti pendidik prasekolah di negara kita? Atau mungkinkah persoalan berikut ini dan isu utama perlu diberi perhatian oleh para pendidik di Malaysia, sebagai contoh: 1. Adakah mungkin pendidikan anti-bias boleh dipraktikkan di negara kita memandangkan Malaysia juga mempunyai kepelbagaian sosial (social diversity) yang hampir sama? 2. Bolehkah kerjasama ibu bapa - guru bestari diguna pakai untuk mendapatkan kerjasama yang lebih baik dalam pembentukan anak-anak mereka yang masih kecil selaras dengan matlamat kurikulum prasekolah kebangsaan dan falsafah pendidikan kebangsaan? 3. Sistem penilaian di dalam bilik darjah untuk menilai perkembangan kanakkanak diperlukan bukan sekadar untuk memberi maklumat bagi kepuasan hati dan perasaan ibu bapa, malah untuk melahirkan kanak-kanak selari dengan kehendak dan matlamat Pendidikan Prasekolah. Persoalannya adakah keadaan ini wujud di mana-mana prasekolah di Malaysia? Elemen Guru dan Kesan terhadap Pendidikan Awal Kanak-Kanak Tanpa murid tidak akan ada guru, dan tanpa guru juga segala aspek proses pengajaran dan pembelajaran untuk kanak-kanak tidak akan wujud (rujuk Rajah 4). Kewujudan guru dalam sistem di bilik darjah adalah penting terutama dalam memberikan peluang pendidikan yang sepatutnya berkualiti kepada kanak-kanak. Bagaimanapun guru sebagai 'stakeholders' perlu juga diperhatikan keperluan dan kepuasan hati mereka. Dalam Model Program Endsley dan Bradbard (1981), antara perkara pokok yang dibincangkan adalah hubungan guru dengan kanak-kanak dan hubungan guru dengan ibu bapa. Hubungan guru dan kanak-kanak hendaklah sentiasa mesra, adil dan bertanggungjawab terhadap perasaan dan keperluan kanak-kanak (National Childcare Accreditation Council, NCAC). Guru sebagai sasaran (rujuk Rajah 4) dikelilingi oleh banyak faktor persekitaran lain yang membangkitkan beberapa kekangan dan menyukarkan perhubungan tersebut. 1 Penulis sebagai Visiting Scholar di Center of Equity and Innovation in Early Childhood, University of Melbourne, Australia dari November 2004 - April 2005.

88 Masalah Pendidikan 2006. Universiti Malaya

Rajah 4. The Classroom System - Teacher Target mengikut Sage (1998)

Selain dari hubungan guru dengan kanak-kanak, aktiviti pengajaran-pembelajaran di bawah kelolaan guru juga penting dalam memastikan perancangan program yang berkesan untuk perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Bagaimanapun apa jua perancangan yang dibuat, aktiviti itu harus selaras dengan falsafah, matlamat dan objektif pengalaman yang sesuai (Rohaty, 2003). Untuk merancang, setiap elemen dan aspek yang diambil kira haruslah yang terkini. llmu pengetahuan yang cukup mantap perlu dipunyai oleh mereka yang terlibat sebagai pendidik di prasekolah. Tidak hairan jika program yang melahirkan guru prasekolah yang berkualiti juga wujud bak cendawan tumbuh. Sehingga kini, terdapat banyak IPTS yang menawarkan kursus berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak. Ada di antara institusi pengajian tinggi ini menawarkan modul lain dari yang lain bertujuan menarik pelajar mengambil kursus ini. Ada yang menawarkan mod pengajaran sahaja dan ada yang menggabungkannya dengan mod keusahawanan.

Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya

89

Trend terkini di Malaysia ialah penggunaan DAP (Developmentally Appropriate Programme). Jika di luar negara pendekatan ini telah lama digunakan, di Malaysia ia ibarat bunga yang baru mekar. Dan dalam kemekaran inilah isu yang timbul pula ialah adakah DAP yang diamalkan itu sesuai untuk konteks persekitaran prasekolah tertentu, Atau hanya setakat seronok kerana telah menggunakan kaedah terkini dan boleh dibanggakan. Banyak salah faham mengenai DAP juga telah berlaku. Pengalaman penulis dalam penyeliaanpelajarpfaktikuni (2003) mendapati konsep DAP kadang-kadang telah disalah ertikan, Akhir-akhir ini juga wujudnya trend dan isu mengenai penggunaan DAP yang diiringi dengan penilaian tradisional iaitu 'paper and pencil test', Malah ada di antara anak-anak ini yang telah dihantar ke pusat tuisyen bertujuan untuk mendapatkan keputusan yang baik dan mendapat kelas aliran terbaik pula bila masuk ke sekolah rendah. Persoalan yang ingin dibawa sekarang, adakah ini sesuai dengan objektif pendidikan prasekolah dan adakah ini yang dnnginkan oleh semua pihak. Kesimpulan Trend dan isu pendidikan awal kanak-kanak tidak akan ada noktah perbincangan kerana trend tetap berubah dan isu tetap diperkatakan. Kehadiran penulis di salah sebuah pusat perkembangan kanak-kanak di Melbourne dan Persidangan CEIEC, University of Melbourne, Australia bertemakan Honoring the child, honoring equity 4: Pushing the boundaries for change di sana memberi cetusan minda untuk menulis artikel ini. Sernasa lawatan banyak isu telah dibincangkan di meja bulat bersama dengan pakar pendidik kanak-kanak di sana merangkumi bukan sahaja aspek pengurusan, sosial, kepelbagaian budaya malah emosi kanak-kanak itu sendiri seperti contoh dalam isu dengan tajuk berikut: Cries in the dark - why children don't tell; Constructing a pedagogy built on welcoming and hospitality; Children growing up in conflict; Exploring diversity and promoting family engagement; Inclusive curricula: Challenges in teaching and learning. Yang penting pihak tertentu yang terlibat dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak perlu memikirkan apa yang harus dilakukan berdasarkan pengalaman, aspek teori dan komuniti di persekitaran sesebuah prasekolah itu. Persekitaran kanak-kanak itu banyak mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan mereka dalam proses pembelajaran yang merangkumi keluarga, jaringan sosial, masyarakat dan aspek pendidikan itu sendiri. Memandangkan bukan sahaja penglibatan guru, pihak NGO, atau pihak yang tertentu malah penglibatan ibu bapa dianggap memang signifikan dalam proses pendidikan kanakkanak, maka Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai pihak yang bertanggungjawab perlu memasukkan elemen sesuai yang boleh memberi skop yang lebih meluas untuk keberkesanan proses pembelajaran kanak-kanak di prasekolah, Perkara ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya memandangkan trend yang wujud dan banyak isu yang sentiasa nadir dalam sistem pendidikan prasekolah di Malaysia.

90

Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya

Rujukan Berger, E. H. (1995). Parents as partners in education: Families and schools working together. Columbus, OH: Prentice Hall. Bronfenbrenner, U. (1977). Toward an experimental ecology of human development. American Psychologist, 32,513-531. Bronfenbrenner, U., & Morris, P. A. (1998). The ecology of developmental processes. Dalam W. Damon (series Ed.) & R. Lerner (Vol. Ed.), Handbook of child psychology: Vol I, Theoretical models of human development (pp. 993-1028), New York: Wiley. Endsley, R. C, & Bradbard, M. R. (1981). Quality day care: A handbook of choices for parents and care givers. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall. Erikson, E. H. (1975). Life history and the historical moment. New York: Norton. Essa, E. (1996). Introduction to early childhood education (2nd ed,). Albany, NY: Delmar. Hassan, L. (1997). Asas-asas Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: DBP. MacNaughton, G. (2005). Doing Foucault in early childhood studies: Applying poststructural ideas. New York: Routledge. Mariani Md. Nor, Ananda Kumar a/1 Palaniappan, Adelina Asmawi, Ahmad Zabidi Abdul Razak,RafizaAbdulRazak,ZahariIshak,etal. (2006). Faktormempengaruhitransisi kanak-kanak dari rumah melalui prasekolah ke sekolah rendah. Pembentangan Poster dalam Ekspo Penyelidikan Fundamental 2006. Universiti Malaya. Mohd Najib Tun Razak (1998), Garis panduan kurikulum pendidikan prasekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Asiah (2005). Persepsi guru-guru prasekolah terhadap pelaksanaan pendekatan bertema dalam pengajaran dan pembelajaran prasekolah di Negeri Kelantan. Laporan Projek Sarjana Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Rohana Musa (2005). Pentaksiran di Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia di Daerah Kota Bharu, Kelantan. Laporan Projek Sarjana Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Rohaty Mohd Majzub. (1994). Penaksiran, penilaian dan penyelidikan dalam bidang pendidikan prasekolah. Dalam Siti Rahayah Ariffm & Tajul Ariffin Noordin (pnyt.), Asas-asas pendidikan (ms. 95-127). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia Rohaty Mohd Majzub (2003, Disember 26). Pendidikan prasekolah: Cabaran kualiti. Syarahan Perdana Jawatan Profesor. Bangi: UKM. Schweinhart, L., & Weikart, J. D. (1993, November). Success by empowerment: The High Scope Perry Preschool Study through ages 2-7. Young Children, 49(1), 54-59. Sharifah Md. Noor (2000). Keberkesanan sekolah: Satu perspektif Sosiologi. Serdang: Penerbitan Universiti Putra Malaysia. Ting Len Siong (2005, Jun 30), Penglibatan ibubapa pelajar luar bandar dalam membantu anak belajar di rumah. Kertas penyelidikan yang dibentangkan di Seminar Penyelidikan Maktab-Maktab zon Timur di Kota Bharu.

You might also like