You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN ALAT IMBASAN HARGA MELALUI BAR-CODE PADA MASA JUALAN RUNCIT A.
Pemohon Yang Layak 1. Pemohon adalah terdiri daripada syarikat-syarikat yang sedang bergiat dalam perniagaan runcit dan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Pemohon telah menggunakan alat imbasan harga melalui bar-code pada masa jualan runcit; sekurang-kurangnya enam (6) bulan sebelum permohonan pengecualian penandaan harga individu barangan dikemukakan. Permohon telah mematuhi kesemua syarat kelulusan menjalankan perniagaan runcit oleh KPDNKK dan telah mematuhi kesemua arahan yang telah dikeluarkan oleh KPDNKK dari masa ke semasa. Pemohon telah mematuhi kesemua klausa code of practice imbasan harga pada masa jualan.

2.

3.

4.

B.

Cara Memohon 1. Permohonan hendaklah dibuat sendiri oleh Ibu Pejabat Syarikat. 2. Permohonan hendaklah dengan menggunakan empat (4) salinan borang BCI bertaip yang boleh didapati dengan percuma daripada Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. 3. Borang BC1 yang telah lengkap diisi serta dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan benar hendaklah dikemukakan kepada alamat berikut:Ketua Pengarah Penguatkuasa, Bahagian Penguatkuasa, Unit Kawalan Harga, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, No.13, Aras 3 Presint 2, Persiaran Perdana, 62623 PUTRAJAYA.

C.

Dokumen-Dokumen Sokongan Yang Perlu Disertakan 1. Maklumat syarikat bercetak (computer print-out) dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). 2. Memorandum of Association of the Company/ Syarikat Perniagaan. 3. Jika ada penyertaan asing; surat kelulusan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) sekiranya pegangan ekuiti asing memiliki 15% atau nilai saham melebihi RM5 juta daripada keseluruhan saham syarikat (bagi syarikat yang ditubuhkan sebelum 1 November 1995). 4. Keterangan menyeluruh mengenai penggunaan alat imbasan harga melalui bar-code pada masa jualan di premis berkenaan.

D.

Syarat-Syarat Kelulusan 1. Pemohon yang layak akan diberikan surat pemberitahuan (Notification) dan ambil maklum oleh Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. 2. Jika berlaku ketidakpatuhan di dalam penggunaan alat imbasan harga melalui bar-code, ia dianggap tidak mematuhi Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993 dan menjadi satu kesalahan yang boleh diambil tindakan oleh Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

E.

Kod Etika 1. Pemohon yang berjaya mesti mematuhi klausa Kod Etika atau Kod Amalan Penggunaan Alat Imbasan Harga Melalui Bar-Code pada masa jualan runcit. Kod amalan boleh didapati di alamat seperti di para F.

F.

Borang Permohonan 1. Borang permohonan boleh didapati di : Bahagian Penguatkuasa, Unit Kawalan Harga, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, No.13, Aras 3 Presint 2, Persiaran Perdana, 62623 PUTRAJAYA. 2. Segala pertanyaan mengenai permohonan boleh dibuat melalui talian telefon seperti berikut:(a) (b) (c) (d) 03-88825500 (Talian Am) 03-88826080 (En.Mohd Nor Iskandar b Zainoor) 03-88826099 (En Azeem Amri bin Md Muzahet) 03-88826102 (Cik Raziatul Akhmar bt Abd Aziz)

You might also like