You are on page 1of 3

REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 1 TAJUK MATLAMAT KURIKULUM SEKOLAH RENDAH

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit Unit ini membincangkan kronologi matlamat pendidikan negara kita yang berubah mengikut,keadaan dan masa.Kurikulum sekolah rendah di negara kita telah mengalami evolusi penting sejajar dengan matlamat yang ingin kita capai bagi negara kita.Dalam bahagian unit ini ia membincangkan beberapa matlamat kurikulum pendidikan negara sebelum merdeka iaitu sebelum Penjajahan Inggeris dan semasa Penjajahan

Inggeris.Sedikit maklumat tentang matlamat pendidikan sebelum Penjajahan Inggeris iaitu pada waktu itu pendidikan bercorak tradisional tanpa premis khusus yang dinamakan sekolah.Semasa Penjajahan Inggeris pula sistem pendidikan telah diubah dengan menubuhkan sekolah-sekolah vernakular.Semasa negara kita mencapai kemerdekaan matlamat pendidikan telah mengalami perubahan sekali lagi.Matlamat pendidikan yang berpandukan Ordinan Pelajaran 1957 adalah bertujuan membina sebuah negara yang bersatu padu melalui kurikulum yang sama.Pada tahun 1974 Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran ditubuhkan untuk mengkaji kurikulum

kebangsaan.Melalui kajian itu Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah diperkenalkan pada tahun 1982 dan 1983.Secara umumnya KBSR dirancang untuk membolehkan setiap murid memperolehi kemahiran,mengembangkan bakat,nilai,pengetahuan,sikap dan amalan yang dikehendaki.KBSR telah dimurnikan sekali lagi pada tahun 1993 dan mata pelajaran Sains dan Kajian Tempatan mula diperkenalkan.Pada tahun 2001 penambahbaikkan telah dibuat dan ia berfokuskan kepada menyediakan murid yang mampu berhadapan dengan cabaran abad ke-21.Selain itu matlamat KBSR juga difahami berdasarkan matlamat setiap mata pelajaran yang diajar disekolah.Mulai tahun lepas iaitu pada tahun 2011 Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) diperkenalkan.Jika kita lihat matlamat KSSR ia berhasrat melahirkan insan yang seimbang,berfikiran kreatif,kritis dan inovatif melaui tunjang-tunjang komunikasi,sains dan teknologi,perkembangan fizikal dan estetika,keterampilan

diri,kemanusiaan dan kerohanian,sikap dan nilai. Apa yang menariknya dalam KSSR ini ia mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO iaitu belajar untuk mengetahui,belajar untuk bertindak,belajar untuk hidup bersama dan belajar untuk membentuk peribadi.

2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya Konsep 1. Falsafah Pendidikan Penjelasan Merupakan perkara penting dalam pelaksanaan sesuatu sistem pendidikan. Ia merupakan satu kepercayaan, pegangan atau prinsip am yang membincangkan pelbagai hal mengenai pendidikan dan pengajaran yang patut dijalankan di sekolah atau di bilik-bilik darjah. Falsafah pendidikan menjadi nadi kepada pelaksanaan pendidikan kebangsaan iaitu sebagai dasar, hala tuju dan panduan kepada segala usaha yang dilakukan dalam sistem pendidikan seterusnya bagi

peningkatan mutu pendidikan negara setaraf dengan negara luar. 2. Sekolah Vernakular Ialah sekolah yang ditubuhkan berasaskan etnik yang

menggunakan bahasa pengantar, kurikulum, buku dan guru masing-masing. Terdapat 3 buah sekolah vernakuar yang ditubuhkan ialah sekolah vernakular Melayu, sekolah

vernakular Cina dan sekolah vernakular Tamil. 3. Modal insan Pekerja yang berpengetahuan produktiviti dan untuk berkemahiran kestabilan bagi politik,

mempertingkatkan

sosioekonomi dan budaya. 4. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Diperkenalkan oleh Menteri Pelajaran bagi menggantikan kurikulum sedia ada. Prinsip-Prinsip KBSR adalah

Perkembangan menyeluruh, Penguasaan kemahiran asas, Pemupukan nilai-nilai murni, Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid, Prinsip mudah ubah, Pendidikan umum untuk semua murid, Pendidikan seumur hidup, Bahasa merentas kurikulum, Penilaian berterusan. Penekanan utama ialah Kemahiran Asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Aspek yang terkandung dalam kemahiran asas ialah 3M ialah kemahiran pertuturan, pendengaran, pembacaan, penulisan serta amalan dalam penggunaan empat operasi matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi.

5.

Pendidikan Tradisional

Pendidikan yang bercorak turun temurun serta diwarisi dari satu generasi ke satu generasi serta melibatkan perkaraperkara asas bagi tujuan kelangsungan hidup dan berkaitan juga dengan budaya dan warisan.

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

Kandungan unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang matlamat kurikulum sekolah rendah yang telah berlaku dari dahulu sehingga kini. Pendidikan di Malaysia kini berada dalam keadaan mantap berbanding sebelumnya. Ini adalah disebabkan oleh pendidikan di Negara ini dari semasa ke semasa berkembang selaras dengan keperluan dan cabaran ke arah yang lebih baik dan cemerlang. Dalam konteks keguruan, setiap lapisan masyarakat mahupun individu haruslah memainkan peranan masing-masing dalam menuju ke arah pendidik dan pendidikan bertaraf dunia. Kita perlu bekerjasama dan berganding bahu dalam melaksanakan dan merealisasikan wawasan negara demi untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, inovatif, kreatif, progresif dan berakhlak mulia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Sebagai sebuah negara yang berkembang pesat dalam berbagai aspek pembangunan, sektor pendidikan perlu berkembang dan mengalami perubahan anjakan paradigma yang dapat merintiskan alaf baru dalam segala aspek. Ianya juga merupakan satu langkah penting bagi mengangkat martabat dan status Malaysia dalam dunia pendidikan di peringkat antarabangsa.

You might also like