You are on page 1of 6

Raja Dato Seri Perwira Gagah Perkasa Prof Madya eden amn.pjk.pismp.ajk,smn,scm.

Nota Spot
1)SEMANTIK DALAM BM Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat dikenali sebagai bidang semantik. Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna. Dalam bahasa kita dapat mengungkap fikiran, perasaan, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia. Definisi daripada segi istilah pula, semantik berasal dari perkataan Yunani semantickos yang bermaksud penting atau bererti. Jika dilihat definisi yang diberikan oleh tokoh bahasa, semantik ialah cabang linguistik yang akan membahas erti atau makna (J.W.M. Verhar, 1996). Selain itu, semantik merupakan bidang pengkajian linguistik yang objek penelitiannya makna bahasa (Abdul Chaer,1994). Menurut Kamus Dewan, semantik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Secara umumnya semantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna, hubungan antara makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat. 2)JENIS-JENIS MAKNA a)makna konseptual Makna konseptual itu merupakan makna konsep makna yang paling penting dalam bahasa. Hal ini bermakna, sekiranya makna sesuatu ayat itu tidak dapat difahami konsepnya makan sebarang analisis makna, maksud makna, ujaran tidak dapat dilakukan. b) Makna Konotatif Apa yang dimaksudkan dengan makna konotatif ialah makna yang ada kaitan dengan nilai rasa. Cntoh : Walaupun perkataan perempuan dan wanita mempunyai makna denotatif yang sama tetapi, kedua-dua perkataan ini mempunyai nilai rasa yang berbeza. Perempuan mempunyai nilai rasa yang rendah manakala wanita mempunyai nilai rasa yang tinggi. c) Makna leksikal bermaksud makna yang terdapat dalam kamus atau makna perkataan yang terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain dalam ayat. Contohnya, perkataan lari, selari, berlari, berlarian, melarikan, larian, pelari dan pelarian memiliki makna leksikal, kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus. Urutan huruf se+, ber+, ber+...+an, me+ (... +kan), +an, pe+, (pe+...) +an tidak memiliki makna leksikal melainkan memiliki makna gramatis.

3)MAKNA SEMPIT DAN MAKNA LUAS Makna Luas : Makna luas merupakan akibat perkembangan makna suatu tanda bahasa. Contoh klasik yang paling populer dalam studi semantik adalah kata saudara, yang tidak hanya bermakna saudara satu bapak/ibu, tetapi juga orang lain yang tidak ada hubungan darah.. Makna sempit :

Raja Dato Seri Perwira Gagah Perkasa Prof Madya eden amn.pjk.pismp.ajk,smn,scm. Makna kitab buku merupakan makna sempit. Kitab yang berarti buku itu tidak lagi sembarang buku. Sekarang kata kitab lebih bermakna buku suci seperti yang tampak dalam pemakaian kitab Al-Quran, kitab Injil, kitab Zabur dan seterusnya. 4)JENIS HUBUNGAN MAKNA a)Polisem : Satu perkataan yang mempunyai banyak makna atau satu set makna yangberlainan. Misalnya, telur boleh bermakna sesuatu yang dilahirkan oleh burung, atau markah kosong, atau benjol, atau hasil,atau sejenis karangan bunga. b)Homonim : Kata-kata yang sama ejaan danbunyi, tetapi berbeza makna, misalnya daki memanjat dengan daki kotoran c)Homofon : Kata-kata yang sama bunyi,tetapi berbeza ejaan dan maknanya.Misalnya, menonton dengan menuntun, dan golongan dengan gulungan. d)Homograf : Kata-kata yang sama ejaan,tetapi berbeza bunyi dan maknanya.Misalnya, semak periksa dengan semak belukar atau kusut. e)Hiponim: Kata yang mempunyai lingkungan atau pemeringkatan dalam struktur makna.Contohnya, kata bunga(bunga mempunyai pelbagai jenis)

5)PERISTILAHAN -TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH


Makna Istilah : Perkataan yang digunakan untuk memperkatakan konsep,nama,aktiviti sesuatu bidang tertentu Tatacara : 1) Kata 2) Kata 3) Kata 4) Kata 5) Kata dalam dalam dalam dalam dalam bahasa bahasa bahasa bahasa bahasa Melayu yang lazim digunakan. Melayu yang sudah tidak lazim digunakan. serumpun yang lazim digunakan. serumpun yang sudah tidak lazim digunakan. Inggeris

6) PROSES PEMBENTUKAN ISTILAH BAHASA MELAYU a)Kata Akar : Kata akar ialah kata yang belum mendapat imbuhan. Misalnya: rumah, asid, algebra. b)Imbuhan dan pengimbuhan : Imbuhan ialah morfem yang digunakan untuk mencipta istilah melalui proses pengimbuhan. Misalnya: ber- (berinteraksi), -an (hasilan), peN...-an (pemprosesan). c)Penggandaan : Penggandaan ialah ulangan kata dasar sama ada sebahagian (rambut_ rerambut) atau seluruh (kacang _ kacang-kacang) untuk membentuk istilah.

Raja Dato Seri Perwira Gagah Perkasa Prof Madya eden amn.pjk.pismp.ajk,smn,scm. d) Gabungan : Gabungan ialah cantuman dua kata atau lebih untuk membentuk istilah melalui proses penggabungan. Contoh: setiausaha, warganegara,bumiputera

7)DASAR PENYERAPAN BAHASA ASING Istilah asing boleh dipinjam atas dasar: (a) sesuai maknanya; (b) lebih singkat daripada terjemahan bahasa Melayunya; (c) istilah asing yang diserap itu mempermudahkan penyelarasan,sekiranya istilah bahasa Melayunya mempunyai banyak sinonim

8)KAEDAH PENGEJAAN ISTILAH PINJAMAN


Ejaan Grafemik : Ejaan istilah pada umumnya hendaklah grafemik, iaitu bunyi yang digambarkan berdasarkan grafem-grafem yang sudah disetujui dalam Sistem Ejaan Baru Bahasa Melayu. Ejaan Etimologi/Asal : Kalau timbul kekaburan seperti dalam hal sepasang istilah yang sama sebutan dan sama ejaan, maka perbezaan bolehlah dibuat dengan mengekalkan ejaan dengan sedikit penyesuaian yang diperlukan kepada salah satu istilah itu. Ini dikatakan ejaan etimologi. Misalnya, bagi media massa, kedua-dua s dikekalkan dalam massa supaya tidak timbul kekeliruan dengan masa. Ejaan Transliterasi : Transliterasi atau alih huruf boleh mengikut perakuan ISO untuk huruf Arab (Perakuan ISO-R233) atau Perakuan ISO-R315 huruf Yunani. Contoh transliterasi Arab: bismillahirrahmanirrahim. Ejaan Transkripsi : Transkripsi ialah penulisan sebutan yang menunjukkan sebutan dalam bahasa yang bersangkutan. Istilah asing yang diserapkan ke dalam bahasa Melayu tanpa diterjemahkan, pada umumnya ditranskripsikan lebih dahulu. Misalnya: bureau biro police polis ambulance ambulans Catatan: Ejaan nama khas, yang dalam bahasa sumber ditulis dengan huruf Latin, tidak diubah. Sekiranya nama khas itu ditulis dengan huruf lain, maka diambil ejaannya yang dalam bahasa Inggeris dan kemudian disesuaikan dengan bahasa Melayu. Misalnya: Baekelund, Cannizzaro, Aquadag, Dacron, Keops, Dmitri Ivanovic Mendeleev, Anton Chekhov, Mao Tze Tung.

9)MAKNA DAN KONTEKS AYAT


Dalam hal komunikasi, konteks merupakan suatu faktor yang amat penting (Leech, Semantics, 1974).Mengikut pengalaman bahasa ada banyak ketika kita rasa bingung akan makna dalam sesuatu ujaran atau tulisan kerana kurangnya

Raja Dato Seri Perwira Gagah Perkasa Prof Madya eden amn.pjk.pismp.ajk,smn,scm. maklumat kontekstual. Dengan mengambil kira konteks, unsur ketaksaan, makna yang pelbagai dapat dielakkan, walaupun ada pengguguran beberapa komponen dalam ujaran atau tulisan kita. Makna sesuatu perkataan yang diujarkan boleh diketahui dengan melihat konteks penggunaannya . Contoh: dalam ujaran, Kamal! Kambing!, makna yang hendak disampaikan ialah Kamal, tolong halau kambing kambing itu yang mungkin mahu masuk ke dalam kebun, rumah, atau tempat, bergantung pada tempat ujaran itu dilafazkan. Konteks memainkan peranan untuk menghilangkan kekaburan dan ketidakjelasan makna. Konteks juga berfungsi untuk menetapkan makna bagi perkataan dalam satu satu ujaran atau tulisan. Contoh: untuk membezakan golongan kata untuk menentukan makna, seperti dalam kata bilas (basuh / cuci) sebagai kata kerja dan bilas (kabur) sebagai kata adjektif. Konteks menjadi amat mustahak dalam hal homonim. Umpamanya, untuk membezakan antara haus sebagai rasa dahaga atau berkurangannya besar kerana tergosok, kita perlu lihat pada konteks penggunaan ayat atau ujaran tersebut. Contoh: Kami semua rasa haus, selepas berjalan kaki ke rumah maknanya ialah rasa dahaga. Makna kata tidak akan menjelma selain dalam konteks pengunaan perkataan atau ayat dalam ujaran atau tulisan. Contoh: ujaran kata cantik, amat kabur maknanya, kecuali dinyatakan dalam satu konteks seperti diucapkan untuk memberitahu orang lain akan kecantikan seseorang atau pandangan, benda dan sebagainya, atau untuk memberi penghargaan . 10 ) FAKTOR MENENTUKAN MAKNA BERDASARKAN KEBUDAYAAN. Bidang makna atau semantik merupakan sebahagian daripada ilmu linguistik yang tidak akan sempurna jika tidak ada kajian makna. Salah satu bidang makna yang dikaji ialah unsur tabu yang terdapat dalam bahasa. Masyarakat Melayu kaya dengan adat dan budaya Timur menjadi pegangan sejak dahulu. Adat, adab, dan budaya yang menjadi tradisi dalam masyarakat ini bukan sahaja menjadi ikutan, malah turut melingkungi masyarakat sebagai peraturan bersama dalam perhubungan sehari-hari. Faktor-faktor kewujudan tabu merangkumi faktor yang berkaitan dengan latar belakang masyarakat itu sendiri. Antaranya adalah seperti berikut: a)Adat dan Kepercayaan : Masyarakat Melayu memiliki khazanah adat dan kebudayaan yang begitu tinggi. Adat dan budaya yang dipegang oleh masyarakat Melayu memainkan peranan penting dalam kehidupan sehari-hari. orang Melayu sebelum memeluk agama Hindu dan kemudiannya Islam, percaya pada semangat, baik pada makhluk bernyawa mahupun tak bernyawa seperti pokok-pokok, kayu-kayu besar, batu, dan sebagainya. Untuk menjaga hati semangat yang ada pada benda-benda tersebut, masyarakat Melayu

Raja Dato Seri Perwira Gagah Perkasa Prof Madya eden amn.pjk.pismp.ajk,smn,scm. menggantikan perkataan tertentu yang dianggap tabu dengan perkataan lain yang lebih halus sifat atau lebih tersembunyi maksudnya. Sebagai contoh, kata datuk atau nenek digunakan apabila seseorang melalui tempat tertentu yang dipercayainya wujud penunggu atau hantu. b)Takut : Selain unsur ghaib, masyarakat Melayu juga percaya akan kekuatan semangat binatang liar. Binatang yang biasa menjadi ketakutan masyarakat Melayu adalah seperti harimau, gajah, buaya, babi hutan, ular, dan tikus. Binatang-binatang ini dianggap boleh memberi kemudaratan kepada manusia sekiranya bertembung di hutan. Masyarakat Melayu juga percaya bahawa sekiranya nama binatang seperti harimau, gajah atau babi hutan disebut dengan lafaz namanya yang sebenar, mereka akan bertembung dengan binatang tersebut, dan mungkin akan mengganggu atau membawa kemudaratan kepadanya.Contoh nama binatang yang telah diubah ialah harimau= pak belang , gajah=orang besar ,tikus=cik siti, ular=akar.

c) Unsur seks/lucah/fungsi badan : Soal yang berkaitan dengan tubuh badan, terutamanya yang berkaitan dengan golongan wanita serta hal rumahtangga dianggap tabu oleh masyarakat Melayu. Kata-kata yang berkaitan yang dianggap tabu tersebut digantikan dengan perkataan lain yang dianggap lebih sopan dan halus. contoh perkataan yang telah ditukar ialah : 1)kemaluan = butuh,pantat,puki 2)punggung=jubur,bontot 3)haid=datang bulan,darah kotor 4)bersetubuh=hubungan kelamin 1)Berak=buang air besar 2Kencing=buang air kecil 3)Tahi=najis 4)Kentut=buang angin

11)PERIBAHASA
Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Peribahasa : Simpulan bahasa Perumpamaan Bidalan Pepatah atau Perbilangan Bukan Peribahasa: Kiasan

Raja Dato Seri Perwira Gagah Perkasa Prof Madya eden amn.pjk.pismp.ajk,smn,scm. Metafora Simpulan Bahasa: Simpulan bahasa merupakan ungkapan yang telah mantap dan mempunyai maksud yang khusus.Ia mempunyai maksud yang berbeza daripada makna harfiah kata-kata dalam ungkapan. Perumpamaan ; Perumpamaan tergolong dalam peribahasa berlapis, iaitu mengandungi makna tersurat dan tersirat.Terdapat dua bentuk perumpamaan, iaitu yang menyatakan perbandingan secara terang-teragnan dan yang tidak menyatakan perbandingan secara terang terangan.Perumpamaan yang menyatakan perbandingan secara terang-terangan didahului dengan katakata perbandingan seperti, umpama, bagai, laksana, ibarat dan baik; manakala perumpamaan yang tidak disebutkan perbandingan tidak didahului kata-kata perbandingan tersebut. Contoh perumpaan yang disebut perbandingan a. seperti katak di bawah tempurung b. umpama kaca dengan permata

Bidalan : Bidalan ialah peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat seperti perumpaan, bidalan juga mempunyai maksud dua lapis.Bagaimanapun bdalan tidak didahului oleh kata sendi nama seperti, bagai, laksana dan umpama.Perbezaan antara bidalan dengan pepatah ialah bidalan lebih kerap diguanakan, mempunyai nilai, ilmu dan pengajaran, sedangkan pepatah lebih ringkas sifatnya dan tidak mempunyai pengajaran. Pepatah atau Perbilangan : Pepatah atau perbilangan mempunyai struktur yang hampir sama dengan pepatah dan bidalan melainkan perbilangan disusun berangkap-rangkap seperti ikatan puisi.Setiap rangkai pepatah terdiri daripada dua baris atau lebih dan disebut satu demi satu seolah-olah orang sedang membuat perbilangan atau perkataan.Ia berkait rapat dengan adat istiadat, undangundang atau peraturan masyarakat.

You might also like