You are on page 1of 23

SOALAN TUGASAN

Tajuk Tugasan Projek Kerja Kursus Berasaskan Ilmu Dengan berdasarkan contoh penulisan dalam buku-buku rujukan yang diiktiraf (selepas merujuk kepada pensyarah), tulislah tugasan-tugasan yang berikut, iaitu

i.

Esei berkaitan dengan 5 tajuk daripada tajuk-tajuk yang disenaraikan ini, iaitu minit mesyuarat, surat rasmi, teks ucapan, laporan, kertas kerja berita, rencana, dan pengacaraan majlis.

ii.

Pilih 10 keselarasan vokal dan berikan contoh perkataan yang ditemukan dalam 5 penulisan anda itu. Bagi setiap keselarasan vokal yang berkenaan berikan contoh sekurang-kurangnya 10 patah perkataan.

Panjangnya penulisan anda itu termasuk rumusan (refleksi) mestilah antara 15 hingga 25 muka surat. Tugasan ini mestilah bertaip komputer menggunakan font arial bersaiz 12 dengan jarak 1.5. Sumber rujukan dicatat mengikut system APA. Tugasan anda hendaklah dijilid dan mempunyai:

i. ii. iii. iv.

Soalan tugasan Borang kolaborasi Jadual pelaksanaan tugasan dan Bahan rujukan dengan kadar minimum tiga buah buku.

BAHASA DALAM KOMUNIKASI BERTULIS

SURAT RASMI No 3, Lorong Rahim Kajai 8, Taman Tun Dr Ismail, Jalan Damansara, 60 000 Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur Pengarah, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Cawangan Taman Tun Dr Ismail, Jalan Damansara, 60 000 Wilayah Persekutuan, KUALA LUMPUR Yang Berbahagia Tuan, Aduan Masalah Longgokan Sampah Sarap di Kawasan Perumahan Dengan merujuki perkara di atas, saya selaku setiausaha kawasan perumahan Rahim Kajai 8 ingin membuat aduan tentang masalah longgokan sampah dikawasan perumahan kami. 2. Sejak beberapa bulan yang lalu,saya difahamkan bahawa pihak tuan tidak

8 JULAI 2010

menjalankan tugas memungut sampah ditempat pembuangan sampah yang disediakan. Oleh sebab itu, sampah mulai bersepah-sepah dan bertimbuntimbun.Sampah sarap ini telah bertaburan di atas jalan raya dan menyebabkan jalan raya menjadi sempit. Malah, keadaan ini menjejaskan pemandangan kawasan persekitaran ini yang dahulunya indah. 3. Keadaan ini menyebabkan penduduk di kawasan perumahan ini mengalami

masalah. Antaranya adalah masalah bau yang busuk terutamanya ketika angin bertiup dengan kencang dan berasa tidak selesa terutama ketika waktu makan. Selain itu, masalah ini turut mengundang wabak taun, demam denggi dan keracunan makanan. Ada di antara penduduk di kawasan ini telah di jangkiti wabak taun, demam, muntah dan demam denggi berdarah sehingga mendatangkan maut. 4. Disamping itu, serangga perosak seperti ulat, lipas, lalat dan tikus turut kawasan perumahan. Malah,
2

mengganggu

pembentukan

lopak-lopak

air

mengakibatkan kerosakan struktur jalan raya. Kerosakan struktur jalan raya ini meningkatkan kadar kemalangan dan kerosakan kenderaan juga. Keselamatan penduduk di kawasan ini berada pada tahap yang membimbangkan terutamanya kepada pelajar-pelajar yang berjalan pulang dari sekolah. 5. Kami berharap pihak tuan dapat mengambil tindakan segera dengan

menguatkuasakan undang-undang dan bertanggungjawab menjalankan tugas memungut sampah setiap minggu serta menyediakan banyak kawasan

pembuangan sampah di tempat yang lebih strategik. Pihak kami berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan cadangan penubuhan Rukun Tetangga atau badan kebajikan penduduk di kawasan perumahan ini untuk menjaga kebajikan penduduk. 6. Pihak kami bercadang supaya pihak tuan menyediakan tempat pembuangan

sampah kitar semula untuk membanteras masalah ini sekali gus menjaga alam sekitar juga. Kami khuatir jika masalah ini tidak dibendung maka pelbagai masalah lain akan timbul seperti penularan wabak. Peningkatan kadar kemalangan akibat daripada sampah sarap yang bertaburan di atas jalan raya dan membahayakan nyawa penduduk terutamanya golongan kanak-kanak juga merupakan kesan daripada masalah longgokkan sampah ini .Diharapkan pihak tuan dapat mengambil tindakan dengan segera. Sekian, terima kasih. Yang Menjalankan Tugas, (FARIS AIMAN BIN MOHD SUKIMI) Setiausaha, Kawasan Perumahan Rahim Kajai 8

SYARAHAN Yang saya muliakan, Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia, Dato Dr Supian b.Mohd Nor, Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Yang berusaha, Pn Soriah binti Abdullah, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Yang dihormati Ketua-ketua Jabatan, pensyarah-pensyarah dan rakan sekalian.

Assalamualaikum dan selamat pagi. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyampaikan syarahan pada hari ini. Saya bersyukur ke hadra Ilahi dengan limpah kurnia-Nya dapat kita bersamasama berada dalam dewan ini untuk mendengar dan menghayati tajuk syarahan saya pada hari ini iaitu Vandalisme dalam kalangan remaja. Hadirin yang saya hormati, Kajian menunjukkan gejala sosial dalam kalangan remaja semakin

meningkat. Peratus tertinggi bagi gejala sosial dalam kalangan remaja ialah vandalisme. Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan vandalisme? Menurut Kamus Dewan edisi keempat, vandalisme ialah perbuatan membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau persendirian. Vandalisme merupakan satu perbuatan yang tidak bermoral. Lazimnya perbuatan ini dilakukan oleh golongan remaja yang bermasalah.Contoh vandalisme termasuklah amalan merosakkan pondok telefon, paip bomba, menconteng dinding bangunan, tandas dan lif. Hadirin yang saya muliakan, Vandalisme berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya adalah faktor kegagalan institusi keluarga. Ibu bapa tidak menjalankan tanggungjawab kepada anak-anak dengan sempurna malah mengabaikan anak-anak mereka. Ibu bapa perlu memberikan kasih sayang dan mendampingi anak-anak mereka supaya tidak berlaku kebosanan dan kekosongan di hati remaja. Apabila ibu bapa mula mengabaikan anak-anak mereka, khususnya golongan remaja, golongan ini akan berasa sunyi dan mula memberontak untuk melepaskan tekanan dan merosakkan harta benda awam bagi melahirkan rasa tidak puas hati mereka. Ibu bapa ialah pendorong kepada sifat vandalisme dikalangan remaja. Sesetengah remaja yang terjebak dalam gejala vandalisme berasal daripada keluarga bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya hidup negatif. Sikap sambalewa ibu bapa
4

dalam aspek didikan agama, rohani dan penekanan nilai-nilai murni telah menyebabkan golongan remaja hilang arah dan panduan hidup untuk membezakan perkara salah dan betul. Hal ini jelas menunjukkan bahawa, kegagalan institusi keluarga merupakan faktor yang mendorong ke arah berlakunya vandalisme. Punca yang kedua ialah pengaruh rakan sebaya. Golongan remaja biasanya lebih mudah meniru dan terpengaruh oleh rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku remaja lebih-lebih lagi remaja yang menghadapi masalah keluarga. Kebiasaanya, golongan remaja yang melakukan vandalisme merupakan remaja dalam kumpulan. Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng dan merosakkan harta awam. Hadirin, Sudah menjadi kebiasaan golongan remaja menjadikan televisyen, internet, radio dan akhbar sebagai hiburan pada masa lapang. Media massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dan sukar dielakkan. Paparan adegan-adegan negatif daripada filem atau rancangan barat dari barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah vandalisme boleh mempengaruhi remaja melakukannya. Golongan remaja lazimnya mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling termasuk media massa apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar yang sewajarnya. Sikap tidak peduli individualistik dan materialistik masyarakat

merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada masalah vandalisme. Sikap sesetengah masyarakat kini yang mementingkan soal kebendaan dan tidak ambil peduli terhadap isu-isu sosial sememangnya merumitkan keadaan. Menurut kajian, masalah vandalisme banyak berlaku di bandar. Di kawasan bandar, sesetengah penduduknya tidak ambil peduli tentang apa yang berlaku di sekelilingnya. Oleh itu, golongan remaja merasakan bahawa diri mereka bebas untuk meneruskan gejala negatif ini tanpa menghiraukan rasa tanggungjawab terhadap harta benda awam. Hadirin yang dikasihi, Adakah Malaysia mampu mencapai Wawasan 2020? Apabila melihat masalah vandalisme yang berlaku, mampukah kita mencapai Wawasan 2020 yang hanya berbaki 10 tahun lagi? Vandalisme telah mengakibatkan kesan negatif.
5

Antaranya imej negara tercemar. Imej negara akan tercemar apabila pelancong melihat kerosakan di merata tempat. Perbuatan vandalisme menyusahkan pelbagai pihak terutamanya pihak berkuasa dan juga masyarakat. Semua kemudahan awam yang dirosakkan memerlukan perbelanjaan yang besar untuk dibaiki atau diganti dengan yang baharu. Orang ramai juga turut mengalami kesukaran untuk menggunakannya terutama ketika kecemasan. Hadirin, Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Bagi mengatasi masalah ini, kerjasama semua pihak amat diperlukan. Kita tidak boleh meletakkan beban ke atas satu pihak sahaja. Ibu bapa berperanan memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja tentang kepentingan harta benda awam. Ibu bapa mestilah memikul tanggungjawab dengan penuh sempurna. Setiap anggota masyarakat perlu bersikap prihatin dan peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Pihak sekolah patut memberikan nasihat dan bimbingan kepada pelajar mengenai kepentingan harta awam. Media massa juga memainkan peranan penting. Selain berfungsi sebagai media hiburan dan sumber maklumat terkini, media massa juga seharusnya mempunyai tanggungjawab sosial terhadap masyarakat. Media massa memainkan peranan dan mempunyai pengaruh yang kuat dari segi menanam kesedaran dan menyampaikan maklumat tentang vandalisme dalam apa-apa juga bentuk rancangan yang tersiar atau terdapat dalam media massa. Media massa juga berperanan membantu pihak kerajaan dari segi mengadakan kempen agar masyarakat lebih memahaminya. Penguatkuasaan dan pelaksanaan undangundang perlu dijalankan oleh pihak berkuasa. Tindakan tegas perlu dikenakan kepada pesalah atau memberikan denda. Hadirin yang saya hormati, Kesimpulannya, vandalisme dalam kalangan remaja semakin meningkat. Setiap pihak perlu memainkan peranan masing-masing untuk membanteras gejala ini. Oleh itu, marilah kita seia sekata untuk bersama-sama membendung gejala ini seterusnya mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas dari gejala sosial dan melahirkan golongan belia yang berkualiti untuk mencapai matlamat Malaysia menuju ke arah Wawasan 2020. Setakat ini sahaja syarahan saya pada hari ini, terima kasih saya ucapkan kerana sudi mendengar dan saya berharap agar pihak
6

anda dapat mengambil iktibar daripada syarahan saya pada hari ini. Saya menyusun sepuluh jari memohon keampunan jika saya terkasar bahasa kerana yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu dari saya sendiri. Sekian, terima kasih.

BERITA Kampung Melayu Seharusnya Menjadi Zon Kampung Tradisi

PULAU PINANG 18 Ogos Nasib beberapa kampung Melayu di negeri ini yang hampir tergadai akibat pembangunan hanya dapat diselamatkan jika kerajaan negeri bertindak campur tangan dengan mengisytiharkan kesemua tapak kampung itu sebagai zon kampung tradisi. Bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Syed Amerruddin Syed Ahmad memberitahukan, hanya melalui cara itu sahaja kampung-kampung tersebut dapat terus dikekalkan kerana jika diwartakan, tiada sebarang pembangunan dibenarkan dijalankan di kawasan kampung itu. Beliau berkata, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Wong Hon Wai mempunyai bidang kuasa untuk berbuat demikian. Beliau berkata lagi, perkara ini secara tidak langsung mampu memelihara dan mempertahankan kedudukan kampung berkenaan daripada arus pembangunan sekurang-kurangnya dalam masa 15 tahun dan mengelakkan pemaju yang mempunyai tanah di kawasan itu mengkomersialkan kawasan masing-masing, katanya. Namun demikian, jika itu hanya cakap-cakap kosong di kedai kopi dan di dalam majlis tertentu, hal itu tidak bermakna. Jika mahu mempertahankan kampung Melayu, kerajaan negeri perlu memasukkan perkara ini di dalam pelan kerajaan tempatan mereka. Tetapi yang menjadi masalahnya, sehingga sekarang walaupun hampir dua tahun memerintah, pelan tersebut masih tidak siap dan yang ada hanyalah pelan struktur sahaja. Apabila tidak disediakan sebarang pelan kerajaan tempatan, pemaju yang ada tanah di kawasan yang sebelum ini diwartakan sebagai zon kampung tradisi semasa pemerintahan kerajaan terdahulu boleh memohon pelan kerajaan tempatan

daripada kerajaan negeri baru untuk menukar syarat berkenaan. Keputusan itu akan dibuat oleh Jawatankuasa Perancangan Negeri Pulau Pinang.

Jawatankuasa ini boleh mengubah syarat-syarat terdahulu daripada tidak dapat membuat pembangunan kepada dapat membuat pembangunan. Inilah yang berlaku sekarang. Semua kampung Melayu terdedah kepada ancaman ini. Tidak hanya kepada Kampung Jalan Pokok Asam dan Kampung Tengah di Jelutong dan beberapa kampung lagi di Balik Pulau sahaja, katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan sempena bulan Ramadan anjuran Bahagian

Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang di Teluk Kumbar di sini hari ini. Pada 30 Jun lalu, kira-kira 200 penduduk di Kampung Jalan Pokok Asam hampir diusir apabila sebuah jentolak telah dibawa masuk untuk mengusir penduduk yang rata-ratanya bekerja sebagai nelayan. Walau bagaimanapun, selepas perbincangan diadakan bersama dengan beberapa penduduk dengan pihak pemaju yang diwakili oleh seorang peguam, tempoh pengosongan ditangguhkan selama tiga bulan hingga 13 Oktober depan. Difahamkan, tanah kampung berkenaan akan dibangunkan dengan projek kediaman bertingkat dengan kos lebih RM800,000 sebuah oleh sebuah syarikat pemaju dari Kuala Lumpur. Belum pun selesai masalah penduduk di Kampung Jalan Pokok Asam, sebuah lagi kampung Melayu di kawasan sama bakal mengalami nasib yang sama. Kira-kira 100 buah rumah yang dihuni kira-kira 450 penduduk di Kampung Tengah yang terletak bersebelahan Kampung Jalan Pokok Asam bakal dibangunkan untuk projek komersial oleh sebuah syarikat pemaju lain dalam waktu terdekat.

RENCANA

Penggunaan Telefon Bimbit dalam Kalangan Pelajar Oleh : Nur Nisreen Azhani Bt Muhammad Hidzer

Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sekolah kini menjadi satu trend. Penggunaan telefon ini bukan sahaja dimiliki oleh pelajar sekolah sahaja malah kanakkanak sehingga orang tua juga memiliki telefon bimbit . Oleh sebab itu, barubaru ini jawatankuasa kabinet telah menarik balik kebenaran membawa telefon bimbit ke sekolah. Hal ini disebabkan oleh pelbagai faktor yang menyebabkan penggunaan telefon bimbit di sekolah ditarik balik.

Sememangnya, tindakan kerajaan menarik balik kebenaran penggunaan telefon bimbit di sekolah itu adalah wajar. Hal ini demikian kerana ada dalam kalangan pelajar tidak dapat mendisiplinkan diri apabila membawa telefon bimbit ke sekolah kerana pelajar sering membuat masalah yang tidak patut berlaku di sekolah. Hal ini dapat dibuktikan apabila pelajar bergaduh antara satu sama lain sematamata untuk bermain permainan video dalam telefon bimbit tersebut. Semasa waktu rehat, para pelajar sering bermain permainan video dalam telefon bimbit masingmasing. Hal ini dapat menunjukkan bahawa para pelajar hanya membuang masa dengan bermain permainan video dalam telefon bimbit sedangkan masa yang digunakan untuk bermain permainan video itu boleh digunakan untuk menelaah atau mengulang kaji pelajaran serta menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru.

Selain itu, sememangnya wajar tindakan kerajaan menarik balik kebenaran penggunaan telefon bimbit di sekolah kerana telefon bimbit ini dapat membawa kepada perbezaan taraf hidup antara para pelajar. Hal ini demikian kerana bagi sesiapa yang terdiri daripada golongan kaya akan memiliki telefon bimbit yang canggih dan moden manakala bagi pelajar yang terdiri daripada golongan miskin, mereka cuma mampu memiliki telefon bimbit yang murah sahaja. Hal ini juga dapat menyebabkan kecurian berlaku kerana pelajar yang hanya memiliki telefon bimbit murah ini akan berasa kecewa dan iri hati dan pelajar ini juga mempunyai keinginan
10

untuk memiliki telefon bimbit yang lebih canggih dan moden menyebabkan pelajar yang terdiri daripada golongan miskin ini mencuri telefon bimbit pelajar daripada golongan kaya. Di samping itu, proses pembelajaran dan pengajaran tidak dapat berlaku dengan sempurna merupakan tindakan kerajaan yang wajar bagi menarik balik kebenaran penggunaan telefon bimbit di sekolah. Hal ini demikian kerana ketika guru sedang mengajar, pelajar tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pembelajaran kerana pelajar lebih mementingkan permain permainan video dalam telefon bimbit dan menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada rakan lain. Kerajaan mengambil tindakan ini juga kerana tidak mahu pelajar meniru semasa peperiksaan sedang dijalankan. Hal ini dapat dibuktikan dengan pelajar menggunakan telefon bimbit untuk menanyakan jawapan kepada rakan yg lain. Hal ini menyebabkan keperibadian dan sahsiah diri juga tidak dapat maju.

Selain itu juga, tindakan kerajaan menarik balik kebenaran penggunaan telefon bimbit adalah wajar kerana tidak mahu berlaku pembaziran wang, masa, dan tenaga. Hal ini demikian kerana ibu bapa terpaksa berkorban untuk membelikan kad tambah nilai kepada anakanak mereka sedangkan anakanak mereka banyak menghabiskan nilai kredit mereka dengan menghantar SMS kepada teman wanita atau teman lelaki istimewa mereka tanpa pengetahuan keduadua orang ibu bapa mereka.

Sehubungan dengan itu, tindakan kerajaan menarik balik kebenaran penggunaan telefon bimbit di sekolah adalah wajar kerana bimbang pelajar akan melakukan perlakuan yang lebih teruk lagi seperti mempengaruhi rakanrakan yang lain melayari laman web pornografi menerusi telefon bimbit. Seperti yang kita ketahui, telefon bimbit pada zaman yang canggih dan moden ini semuanya di hujung hari. Kemudahan internet yang membolehkan pelajar melayari internet dengan menggunakan sistem generasi ketiga (3G ) atau GPRS. Selain itu, pihak kerajaan bimbang kalaukalau pelajar akan menangkap gambar lucah semasa pembelajaran sedang dijalankan. Hal ini menyebabkan pelajar tidak dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya sebaliknya ketagihan unsur-unsur negatif.

11

Di samping itu juga, tindakan kerajaan menarik balik kebenaran penggunaan telefon bimbit de sekolah adalah wajar supaya para pelajar tidak menggunakan ayat sistem perkhidmatan ringkas (SMS) dalam karangan Bahasa Melayu. Seperti yang kita sedia maklum, penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan orang Melayu sendiri semakin merosot. Hal ini demikian disebabkan kerana pelajar yang menggunakan ayatayat sistem perkhidmatan ringkas (SMS) seperti "yg, dn, x" dan banyak lagi menyebabkan Bahasa Melayu yang indah tidak dapat dikuasai dengan baik. Hal ini juga menyebabkan para pelajar mendapat markah yang rendah dalam peperiksaan.

Walau bagaimanapun, terdapat juga kebaikan penggunaan telefon bimbit di sekolah oleh para pelajar seperti para pelajar dapat menggunakan telefon bimbit untuk menghubungi ibu bapa untuk perkaraperkara penting seperti meminta ibu bapa untuk mengambil mereka di sekolah pada awal waktu atau lewat kerana terpaksa menghadiri kelas tambahan yang diadakan. Selain itu juga, bagi para pelajar yang tinggal di asrama, telefon bimbit merupakan wahana antara para pelajar dengan ibu bapa. Hal ini demikian kerana pelajar yang terpaksa tinggal di asrama hanya boleh pulang ke rumah sebulan dua kali sahaja untuk bertemu dengan keluarga. Oleh itu, telefon bimbit dapat mengeratkan silaturahim sesama keluarga bagai aur dengan tebing kerana para pelajar perlukan hubungan yang berterusan untuk mengetahui keadaan ibu bapa mereka.

Walaupun telefon bimbit mempunyai kebaikan, jawatankuasa kabinet telah memutuskan bahawa kebenaran membawa telefon bimbit ke sekolah ditarik balik. Hal ini demikian kerana keburukan membawa telefon bimbit di sekolah lebih banyak daripada kebaikan penggun telefon bimbit di sekolah. Oleh itu, kerajaan perlu menitikberatkan isu ini kerana bimbang seperti pepatah Nila setitik habis merosakkan susu sebelanga. Jadi, sememangnya tindakan kerajaan menarik balik kebenaran penggunaan telefon bimbit di sekolah adalah wajar demi kebaikan diri sendiri, para pelajar, ibu bapa dan juga negara.

12

LAPORAN Laporan Kajian Keciciran dalam Kalangan Pelajar Anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia

Pegawai Penyelidik: Encik Arif Mohd Syarif Tempat Kajian: Semua negeri di Malaysia Tempoh Kajian: Enam bulan

Suatu kajian menyeluruh tentang permasalahan dan punca keciciran dalam kalangan murid di sekolah rendah telah dijalankan oleh Jabatan Sekolah, Kementerian Pelajaran dari bulan Julai hingga Disember 2007. Sebagai pegawai penyelidik, saya telah dipertanggungjawabkan menjalankan kajian tersebut. Saya turut dibantu oleh lapan orang pembantu penyelidik yang lain. Hasil kajian selama enam bulan tersebut secara terang-terangan mendedahkan antara punca utama keciciran dalam kaangan murid sekolah rendah ialah faktor kemiskinan, lokasi kediaman di kawasan terpencil yang menyukarkan mereka ke sekolah. Dan sikap segelintir ibu bapa yang tidak mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak. Selain itu, hasil kajian menunjukkan bahawa hampir 40 peratus atau sebanyak 200 000 orang kanak-kanak yang memasuki alam persekolahan gagal mendapat pendidikan prasekolah, sama ada di tadika KEMAS atau tadika yang dikendalikan oleh pihak swasta. Dalam hal ini, suatu tindakan perlu diambil dengan segera oleh semua pihak sama ada ibu bapa, masyarakat atau pihak Kementerian Pelajaran. Namun demikian, sebilangan besar perangkaan ini terdiri daripada anak di luar bandar yang serba-serbi kekurangan. Jika kita dapat lihat, kemiskinan faktor kegagalan anak-anak ini mendapat pendidikan prasekolah. Menurut pasukan penyelidik, sekiranya keadaan ini dibiarkan berterusan tanpa usaha terancang untuk mengatasinya, sudah pasti jurang pendidikan antara anak-anak di bandar dengan anak-anak di luar bandar akan melebar. Statistik daripada Jabatan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian menunjukkan bahawa pada setiap tahun kira-kira 400 000 kanak-kanak layak memasuki sekolah rendah di
13

negara ini, tetapi hanya 97 peratus yang berbuat demikian. Keadaan ini bermakna tiga peratus yang selebihnya atau kira-kira 15 000 lagi terus keciciran. Faktor yang dikenal pasti ialah lokasi tempat kediaman kanak-kanak. Ibu bapa menghadapi masalah menghantar anak masing-masing ke sekolah yang terdekat terletak lima kilometer sahaja dari rumah. Keadaan ini sering berlaku di beberapa bahagian Sabah, Sarawak dan di kawasan pedalaman Kelantan. Seterusnya, kajian ini mendapati bahawa daripada jumlah kanak-kanak yang memasuki Tahun Satu itu pula, hanya 92 peratus berjaya menamatkan pendidikan sekolah rendah hingga Tahun Enam. Fenomena ini terjadi kerana sikap ibu bapa sendiri. Umumnya, para ibu bapa di kawasan pedalaman kurang mementingkan pendidikan sebagai alat untuk menjamin masa depan anak-anak. Bagi mereka anak adalah aset yang dapat membantu mencari sumber rezeki dalam jangka pendek. Berlatarbelakangkan senario ini seolah-olah membayangkan usaha kerajaan untuk membanteras kemiskinan belum begitu berjaya. Namun demikian, kerajaan tidak pernah ketandusan ikhtiar dalam memastikan hak untuk mendapatkan pendidikan agar tidak ada sesiapa yang tersisih, sama ada anak di bandar mahupun di luar bandar. Dalam hal ini, pasukan penyelidik mencadangkan agar Tabung pelajar dapat membantu murid-murid miskin di sekolah rendah untuk membeli buku rampaian, menjelaskan yuran, pakaian seragam, belanja harian dan tambang pengangkutan. Malah jika perlu, murid miskin akan turut dipertimbangkan untuk ditempatkan di asrama. Diharapkan melalui langkah-langkah ini, sasaran keciciran sifar Kementerian Pelajaran Malaysia akan tercapai dalam tempoh tiga tahun akan datang. Disediakan oleh, ............................. (ARIF MOHD SYARIF) Pegawai Penyelidik, Kajian Keciciran dalam Kalangan Pelajar, Kementerian Pelajaran Malaysia. 04 Disember 2007

14

SISTEM EJAAN POLA KESELARASAN VOKAL

BIL

POLA KESELARASAN VOKAL a-a

CONTOH

1.Dalam 2.Kalangan 3.Apakah 4.Awam 5.Tandas 6.Adalah 7.Anak 8.Cakap 9.Sampah 10.Dapat

a-i

1.Balik 2.Semakin 3.Ambil 4.Lagi 5.Jadi 6.Dari 7.Hari 8.Kaji 9.Bagi 10.Jari

a- u

1.Satu 2.Berlaku 3.Mahu 4.Peratus 5.Melayu 6.Selaku 7.Lalu 8.Waktu 9.Tahun 10.Pemaju

e pepet a

1.Demam 2.Segera 3.Besar 4.Telah


15

5.Dengan 6.Benda 7.Tempat 8.Depan 9.Rendah 10.Membanteras

u-i

1.Murid 2.Pengerusi 3.Institusi 4.Sunyi 5.Murni 6.Peduli 7.Sudi 8.Bukti 9.Mengusir 10.Berfungsi

ia

1.Jika 2.Tidak 3.Ketika 4.Pihak 5.Bimbang 6.Nila 7.Nasihat 8.Terima 9.Sidang 10Sikap

i-u

1.Itu 2.Ibu 3.Hidup 4.Timbul 5.Minggu 6.Tikus 7.Hidup 8.Bertimbun 9.Isu 10.Meniru

i-i

1.Sendiri 2.Setitik 3.Hadirin 4.Sekeliling 5.Jangkiti 6.Tradisi


16

7.Diri 8.Memiliki 9.Bimbit 10.Berkualiti uu

1.Untuk 2.Guru 3.Hujung 4.Susu 5.Buruk 6.Struktur 7.Busuk 8.Turut 9.Tunjuk 10.Rukun 1.Lucah 2.tumpuan 3.Juga 4.Sebulan 5.Hubungan 6.Punca 7.Sudah 8.Murah 9.Cuma 10.Anjuran

10

u-a

17

REFLEKSI INDIVIDU Nama : Nur Aziera Binti Zakaria Kumpulan : PPISMP 3B Ambilan Julai 2009

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-NYA saya berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan ini.Tugasan ini memerlukan saya untuk menyediakan lima esei dengan

menggunakan format dan laras bahasa yang betul.Bagi setiap esei yang dikarang, saya perlu memilih 10 keselarasan vokal dan berikan contoh perkataan yang ditemukan didalam setiap penulisan saya. Semasa melakukan tugasan ini, saya sangat tertekan kerana tidak dapat memahami keselarasan vokal dengan betul.Walaupun saya berasa tertekan untuk menyiapkan tugasan ini, tetapi saya tetap bersyukur kerana di beri bimbingan sepenuhnya oleh pensyarah pembimbing. Bahagian yang saya gemari ialah semasa membuat esei kerana melalui pembinaan esei ini saya dapat menambah input yang berguna seperti penggunaan format dan laras bahasa yang betul. Sejujurnya, saya berasa tugasan ini merupakan pengalaman belajar yang baik kerana saya belajar untuk menjadi seorang yang tabah dan sabar semasa melakukan tugasan.Tugasan ini memerlukan saya untuk bekerja keras dan rajin. Akhir kata,saya mengucapkan terima kasih kepada pensyarah pembimbing dan rakan-rakan terutamanya saudari Nur Nisreen Azhani dan saudara Muhammad Faris Aiman yang membantu menyumbangkan idea dan maklumat tambahan serta tidak putus-putus memberikan semangat untuk saya menyiapkan tugasan ini. Sekian, terima kasih .

18

BORANG KOLABORASI KERJA KURSUS

NAMA PELAJAR NO. MATRIK KUMPULAN MATA PELAJARAN PENSYARAH PEMBIMBING:

: : : :

TARIKH

PERKARA YANG DIBINCANGKAN

T/TANGAN PELAJAR

T/TANGAN PENSYARAH

19

JADUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS


NAMA PELAJAR NO. MATRIK KUMPULAN MATA PELAJARAN PENSYARAH PEMBIMBING: : : : :

TARIKH

PERKARA YANG DIBINCANGKAN

CATATAN

20

LAMPIRAN

21

BIBLIOGRAFI

H.A. Wahab, H.M. Asraf, (2007), Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu, Petaling Jaya Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.

K. Nik Safiah, O. Farid M, H.M Hashim, M. Abdul Hamid, (2008), Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Dewan Bahasa Pustaka.

Siti Hajar Abdul Aziz (2009). Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu 1. Kuala Lumpur:Oxford Fajar Sdn. Bhd

22

Ismail Bin Dahaman (1996). Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

23

You might also like