You are on page 1of 2

Muhamad Rizal Fahmi Bin Mohd Kassim 900127-06-5121 Pada semester ini, saya telah mempelajari subjek BMM

3114 (Kebudayaan Melayu). Saya telah menerima tugasan kerja kursus bagi semester ini pada bulan Mac. Tugasan ini mengkehendaki kami menghuraikan konsep budaya, masyarakat dan kebudayaan Melayu dari sudut politik, sosial, dan ekonomi.. Tugasan ini memerlukan saya bekerja dalam kumpulan bertiga. Oleh sebab itu, saya telah bekerjasama dengan Amirul Anwar dan Hasanuthin dalam menyiapkan tugasan ini. Secara kesuluruhannya, tugasan ini benar-benar mencabar kerana memerlukan saya memahami dan menganalisis setiap perkara bagi menyiapkan tugasan ini.

Pada semester ini, bagi mata pelajaran ini, ia merupakan mata pelajaran yang belum saya pelajari sebelum ini. Ini merupakan mata pelajaran baharu bagi saya. Saya ditugaskan untuk memilih satu daripada bahan sastera atau bukan sastera dan huraikan aspek sosiopolitik, sosiobudaya dan sosioekonomi yang terkandung dalamnya dan dikehendaki memantapkan huraian dengan mengemukakan sokongan daripada bahan tambahan yang dihasilkan oleh tokoh-tokoh budaya. Saya dan rakan-rakan dikehendaki mengkaji sebuah drama. Kami telah bersepakat memilih drama Keris Hitam Bersepuh Emas. Melalui tugasan ini, saya berjaya memperoleh ilmu baharu yang sangat penting memandangkan saya berbangsa Melayu. Sejarah itu sendiri merupakan perkara penting kerana tanpa sejarah siapalah kita pada hari ini. saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang masyarakat dan kebudayaan Melayu dari sudut politik, ekonomi, sosial dan budaya. Sejarah itu sendiri telah membuktikan bahawa masyarakat Melayu tidak pernah ketinggalan berbanding bangsa-bangsa lain. Hal ini boleh dilihat melalui aspek politik. Sistem pentadbiran telah lama diamalkan oleh masyarakat Melayu. Hal ini telah terbukti melalui zaman kegemilangan pemerintahan kerajaan Melayu Melaka. Dalam pada itu, saya juga berjaya memperoleh maklumat mengenai aspek sosial dan ekonomi. Melalui aspek sosial, dapat dilihat bahawa masyarakat Melayu itu sendiri sememangnya merupakan masyarakat Melayu yang mempunyai adat yang tersendiri. Pelbagai adat resam yang perlu dipatuhi. Selain itu, masyarakat Melayu juga sering kali dikaitkan dengan kuasa-kuasa ghaib. Masyarakat Melayu mempunyai kepercayaan terhadap perkara-perkara ini. Walaupun kadang-kala masyarakat Melayu dikaitkan dengan lemah lembut dan sopan santun namun perkara ini tidak boleh dianggap sebagai melemahkan. Masyarakat Melayu mempunyai jati diri yang kuat. Silat dapat membentuk jati

diri bahkan melambangkan kekuatan masyarakat ini sendiri. Dari sudut ekonomi pula, kita dapat lihat sejak dahulu lagi orang Melayu menjalankan berbagai-bagai pekerjaan untuk menyara kehidupan mereka. Bidang pertanian dan penternakan merupakan antara sumber pendapatan utama bagi masyarakat Melayu tradisional. Sistem sara diri dan barter menjadi asas kepada pembangunan masyarakat Melayu. Penempatan mereka pada masa itu juga dipengaruhi dengan faktor ekonomi ini. Selain itu, saya juga menghadapi masalah kekangan masa. Hal ini berpunca daripada diri sendiri yang tidak cekap dalam membahagikan masa. Tambahan pula, tugasan ini terpaksa disiapkan semasa saya menjalani praktikum fasa 3. Perkara ini tidak mungkin terjadi sekiranya saya telah membuat pembahagian masa yang betul. Saya sepatutnya melaksanakan tugasan lebih awal agar tidak perlu kelam kabut semasa minggu-minggu terakhir dan tugasan ini tidak bertindih dengan kerja-kerja semasa praktikum. Bahan-bahan rujukan yang sukar didapati juga menyukarkan pelaksanaan tugasan ini. Namun begitu, saya dan rakan telah berusaha lebih keras mendapatkan sumber rujukan. Saya dan rakan telah berkunjung ke perpustakaan untuk mendapatkan maklumat. Tugasan ini juga mengajar saya bagaimana untuk bekerjasama dalam satu kumpulan. Tugasan ini menjadi lebih mudah dengan kerjasama secara berpasukan. Tugasan ini dapat dibahagikan kepada ahli kumpulan. Beban yang ditanggung tidak dirasakan terlalu berat kerana ianya dipikul secara bersama-sama. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi berkongsi ilmu mereka dan juga tidak dilupakan kepada pensyarah subjek ini iaitu Dr. Roshani bt Abdullah yang banyak membimbing saya dan rakan dalam melaksanakan tugasan ini iaitu,. Sekian, terima kasih.

You might also like