You are on page 1of 6

2.0 SISTEM LIGA Dalam sistem liga, setiap pasukan akan bermain dengan pasukanpasukan lain.

Perlawanan antara setiap pasukan boleh diadakan sebanyak dua kali, iaitu secara timbal balik. Setiap pasukan yang memenangi sesuatu perlawanan diberikan dua atau tiga mata dan pasukan yang kalah tidak akan dapat sebarang mata; jikalau perlawanan menjadi seri, setiap pasukan akan diberikan satu mata. Jumlah mata keseluruhan setelah semua pemain bertemu sekali atau dua kali mengikut ketetapan yang dibuat akan dihitung. Pasukan yang memungut mata yang terbanyak akan dikira johan atau pemenang, dan jumlah mata kedua banyak dikira pemenang kedua atau naib johan, dan jumlah mata yang ketiga banyak akan dikira tempat ketiga. Jika terdapat lebih daripada satu pasukan dalam kumpulan yang sama memperolehi mata yang sama, pihak penganjur boleh menentukan pemenang dengan dara perbezaan. Adakalanya pula, pihak penganjur akan mengadakan perlawanan ulangan bagi menentukan pemenang jika mata yang sama diperolehi dua pasukan atau lebih.

2.1 Kebaikan Sistem Liga 1. Semua pasukan akan mendapat peluang bertanding dengan pasukan lain samaada untuk sekali atau dua (timbal balik). 2. Menimbulkan peluang kepada pasukan yang kalah sebelum ini untuk bertanding lagi serta berpeluang untuk menang. 3. Memberikan peluang kepada pasukan-pasukan yang mengambil bahagian untuk belajar daripada pasukan sendiri atau pasukan lain dengan menilai cara bermain mereka. 4. Dapat mengekalkan minat pertandingan agar pasukan yang kalah terlebih dahulu tidak putus asa. 5. Dapat menghasilkan pemenang yang memang berpotensi.

2.2 Kelemahan Sistem Liga 1. Memerlukan jangka masa yang lebih panjang bagi menghasilkan pasukan pemenang yang terakhir. 2. Ada kalanya, johan diketahui sebelum pertandingan tamat kerana kekuatan mereka yang ketara dan hal ini akan menyebabkan perlawanan selepas itu kurang menarik.

3.0 SISTEM SEPARUH LIGA Sejenis sistem pertandingan yang menggunakan gabungan sistem liga dan sistem kalah mati. Sistem pertandingan ini menggabungkan sistem kalah mati akan dijalankan pada peringkat suku akhir dan peringkat akhir untuk menentukan johan dalam pertandingan manakala sebelum ini pertandingan dijalankan menggunakan sistem liga. Dengan kata ringkas sistem ini sesuai untuk tempoh pertandingan yang terhad dan bilangan pemain/pasukan yang banyak.

3.1 Pembahagian Kumpulan Pembahagian kumpulan adalah bergantung kepada jumlah pemain yang mengambil bahagian. Kumpulan boleh dibahagikan kepada tiga jika terdapat 8 pemain.

Contoh pembahagian 8 pemain : 1. Peringkat awal dilaksanakan secara liga, iaitu pemain A, B, C, D dan E dalam kumpulan 1. 2. Pemain F, G, H, I dan J dalam kumpulan 2. 3. Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan menuju ke pertandingan secara kalah mati. 4. Johan dan naib johan kumpulan 1 akan bertemu dengan johan dan naib johan kumpulan 2 secara undian.
2

5. Jika terdapat 3 pemain memperoleh mata yang sama tinggi, maka pengadil akan melihat pengalaman dan keputusan lepas mereka ataupun melihat jurang mata dengan pihak lawannya untuk menentukan johan dan naib johan. Jika jurang mata mereka dekat mereka dapat dipertimbangkan terlebih dahulu kerana mereka memang berkebolehan.

3.2 Carta Pertandingan Sistem Liga Cara permarkahan : Menang: 3 mata, Kalah: 0 mata A B C D E JUMLAH MATA A 3-0 (13-9) B 0-3 (9-13) C 0-3 (8-13) D 3-0 (13-12) E 0-3 (12-13) 3-0 (13-9) 3-0 (13-8) 0-3 (7-13) 3-0 (13-11) 0-3 (10-13) 0-3 (10-13) 3-0 (13-8) 0-3 (9-13) 0-3 (12-13) 0-3 (8-13) 0-3 (11-13) 3-0 (13-12) 3-0 (13-7) 3-0 (13-10) 3-0 (13-10) 0 9 6 3 9

Melalui carta di atas, pemain A mendapat 9 mata, pemain B mendapat 3 mata, pemain C mendapat 6 mata, pemain D mendapat 9 mata, dan pemain E mendapat 6 mata.

JUMLAH MATA

3-0 (13-5)

3-0 (13-10) 3-0 (13-8)

3-0 (13-8) 0-3 (10-13) 0-3 (9-13)

3-0 (13-7) 0-3 (12-13) 3-0 (13-5) 3-0 (13-7)

12

0-3 (5-13)

0-3 (10-13)

0-3 (8-13) 3-0 (13-10) 3-0 (13-12) 3-0 (13-9) 0-3 (5-13)

0-3 (8-13)

0-3 (7-13)

0-3 (7-13)

Melalui carta di atas, pemain F memperoleh 12 mata, pemain G memperoleh 3 mata, pemain kumpulan H memperoleh 3 mata, pemain I memperoleh 9 mata, dan pemain J memperoleh 3 mata. Selepas membuat cabutan undian, pemain A akan bertanding dengan pemain I manakala pemain D akan bertanding dengan pemain F dengan menggunakan sistem kalah mati.

3.3 Carta Pertandingan Sistem Kalah Mati

3.4 Kebaikan Sistem Separuh Liga 1. Memberikan peluang kepada semua peserta bertanding antara satu sama lain. 2. Juara yang muncul adalah betul-betul handal dan bukannya tergantung kepada nasib. 3. Minat pertandingan dapat dikekalkan sepanjang pertandingan.

3.5 Kelemahan Sistem Separuh Liga 1. Tidak berpeluang bermain dengan setiap pasukan. 2. Semua pasukan mesti mengekalkan prestasi yang baik pada setiap masa agar tidak disingkirkan.

3.6 Perkara-Perkara Penting Mengikut sistem separuh liga, sepuluh pemain akan bermain sejumlah 23 perlawanan, iaitu: 1. Pusingan awal melibatkan dua kumpulan,Kumpulan 1 akan bermain 10 perlawanan dan Kumpulan 2 akan bermain 10 perlawanan.
5

2. Perlawanan

separuh

akhir

melibatkan

perlawanan.

Perlawanan akhir melibatkan 1 perlawanan. 3. Mengikut sistem liga sekali, sembilan pasukan akan bermain sejumlah 45 perlawanan. 4. Jika mengikut sistem liga dua kali (timbal balik), sembilan pasukan akan bermain sejumlah 90 perlawanan.

You might also like