You are on page 1of 3

Gambar-gambar sekitar majlis penyerahan watikah perlantikan Pengawas Pusat Sumber bagi sesi 2011.

Pn.Rosniza memberi penerangan kepada semua murid berkaitan perlantikan dan penyerahan watikah Pengawas PSS.

Cikgu Suhaimi menyampaikan watikah perlantikan pengawas PSS kepada Pengawas PSS.

LAPORAN MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PENGAWAS PUSAT SUMBER

Tarikh : 31.1.2011 Masa : 7.40 pagi Tempat : Dataran Kejat

Satu penyerahan watikah perlantikan Pengawas Pusat Sumber telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran iaitu En.Suhaimi Bin Omar kepada para pengawas Pusat sumber.Majlis dimulakan dengan taklimat daripada Pn.Rosniza selaku Guru Media kepada pengawas pss dan muridmurid yang lain.

Pn.Rosniza telah menjemput Penolong Kanan Pentadbiran iaitu En. Suhaimi untuk menyempurnakan majlis penyampaian watikah perlantikan Pengawas Pusat Sumber kepada 38 orang yang telah dipilih.

Seterusnya ketua pengawas pusat sumber iaitu Azman Bin Rozali telah mengetuai bacaan ikrar pengawas PSS diikuti 37 orang yang lain. Setelah tamat bacaan ikrar maka sempurnalah sudah majlis perlantikan pengawas PSS bagi tahun 2011.

Diharap semua Pengawas PSS dapat menjalankan tanggungjawab sepertimana yang telah diamanahkan demi memberi perkhidmatan yang cepat,cekap dan berkualiti.

You might also like