You are on page 1of 1

PENYATAAN SULIT EJEN

Nama Ejen :
Nombor Ejen :
Entiti : ETIQA TAKAFUL KELUARGA BERHAD (EFTB)

Apabila berkhidmat untuk Etiqa, anda sentiasa memerlukan akses kepada maklumat sulit antaranya
termasuk, sebagai contoh:
 Maklumat peribadi mengenai pemegang polisi/sijil takaful, rakan perniagaan dan pemegang
saham yang terlibat dengan urusan perniagaan Etiqa Takaful Keluarga Berhad (EFTB) dengan
Etiqa
 Maklumat berkenaan urusan dalaman Etiqa
 Maklumat peribadi berkenaan rakan-rakan yang bekerja dengan Etiqa

Etiqa adalah komited dalam menyimpan maklumat sulit, dalam usaha untuk melindungi seseorang dan
Etiqa sendiri. “Sulit” bermaksud segala akses kepada maklumat haruslah atas dasar ‘perlu tahu’ dan
mendapat kebenaran secara sah. Anda hanya boleh menggunakan maklumat yang telah diberi
kebenaran secara sah, dan juga bagi tujuan yang dibenarkan. Anda juga harus faham bahawa dibawah
seksyen 5 sub-seksyen 2, Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, akses kepada data peribadi melalui
cara yang tidak sah adalah satu kesalahan jenayah.

Anda haruslah menganggap bahawa segala maklumat adalah sulit melainkan anda tahu bahawa Etiqa
mahu ia dikongsi secara awam. Dengan ciri-ciri kerja anda, dan juga sebagai ejen kepada Etiqa, anda
akan sentiasa mengetahui maklumat terperinci mengenai aspek-aspek kewangan, perubatan dan
kehidupan peribadi pelanggan anda. Ejen Etiqa Takaful Keluarga Berhad (EFTB) seperti juga ahli-ahli
profesional yang lain mempunyai tanggungjawab ke atas pelanggan mereka dan juga dalam
memastikan maklumat sulit pelanggan mereka. Akses kepada maklumat sulit ini memerlukan anda
untuk lebih perihatin dalam menguruskan maklumat. Anda juga harus lebih berhati-hati untuk tidak
mendedahkan maklumat sulit kepada seseorang tanpa mendapat kebenaran atau menyebabkan
kepada pelanggaran keselamatan.

Sekiranya anda tidak pasti samada perlu mendedahkan sesuatu maklumat atau tidak, simpan dahulu
maklumat tersebut sementara menunggu pengesahan dengan pihak berkenaan samada pendedahan
itu adalah sesuai.

Tanggungjawab sulit anda ini akan sentiasa berterusan walaupun anda tidak lagi bekerja untuk Etiqa.

Adalah dimaklumkan bahawa pelanggaran syarat ini boleh menyebabkan tindakan disiplin termasuk
pemberhentian kerja atau perkhidmatan.

Saya dengan ini mengisytiharkan dan mengesahkan bahawa saya telah baca dan memahami
penyataan di atas. Saya menerima tanggungjawab saya berkenaan penyataan sulit.

Tandatangan Ejen: _________________

Nama:

Tarikh:

You might also like