You are on page 1of 2

Rujukan kami : SMKCJP Tarikh : 31 JANUARI 2012 Encik Shamshor Bahrin B.

Shahmin, Yang Dipertua PIBG, SMK Convent Jalan Peel, 55100, Kuala Lumpur. Tuan, MEMOHON SEKOLAH BAYARAN ELAUN JURULATIH PASUKAN BOLA JARING

Perkara di atas adalah dirujuk. 2. Permainan bola jaring telah dipilih menjadi Program Kebitaraan KoKurikulum di SMK Convent Jalan Peel. 3. Sehubungan dengan itu, Kelab Bola Jaring SMK Convent Jalan Peel berhasrat untuk mendapatkan khidmat jurulatih profesional dari Cobra Netball Club, Malaysia bagi melatih pasukan bola jaring sekolah bertujuan memantapkan lagi kemahiran mereka. 4. Untuk makluman pihak tuan, elaun khidmat jurulatih yang dikenakan di peringkat sekolah ialah pada kadar RM 70.00 untuk satu sesi latihan (2 jam). Sebanyak 10 sesi latihan akan dijalankan dan jumlah elaun ialah sebanyak RM 700.00 5. Berikut ialah jadual latihan bola jaring yang diperlukan : BI L 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 HARI ISNIN JUMAAT ISNIN JUMAAT ISNIN JUMAAT ISNIN JUMAAT ISNIN JUMAAT TARIKH 4 FEBRUARI 2013 8 FEBRUARI 2013 18 FEBRUARI 2013 22 FEBRUARI 2013 25 FEBRUARI 2013 1 MAC 2013 4 MAC 2013 8 MAC 2013 18 MAC 2013 22 MAC 2013

6. Kesudian pihak tuan mempertimbangkan dan meluluskan permohonan pihak kami diharap dapat membantu meningkatkan lagi kualiti pasukan bola jaring SMK Convent Jalan Peel. Segala kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menjalankan tugas,

(ASIAH BINTI HUSIN) Pengetua, SMK Convent Jalan Peel, 55100, Kuala Lumpur.

You might also like