You are on page 1of 13

MENGANALISIS GRAF GERAKAN

Graf Gerakan dan Persamaan Gerakan 1. Melalui ujikaji kita memperoleh data-data seperti jarak, sesaran, masa dan sebagainya. Daripada data-data ini kita boleh menjalankan analisis untuk memperhatikan sifat-sifat seperti halaju dan pecutan. Analisis gerakan sesuatu objek itu boleh dibuat dengan melakarkan graf berdasarkan maklumat yang diperoleh. 2. Dua jenis graf gerakan yang biasa dilakarkan untuk memudahkan kita menganalisis jenis-jenis gerakan iaitu: (a) Graf Sesaran - masa (b) Graf Halaju - masa

(a) Graf Sesaran - Masa 1. Terdapat beberapa jenis gerakan yang dapat kita peroleh daripada graf sesaran - masa iaitu: (a) Gerakan - Halaju seragam (b) Gerakan - Pecutan seragam (c) Gerakan - Nyahpecutan seragam (d) Gerakan - Sesaran negatif

You might also like