You are on page 1of 1

Mohd Shafiz Adzhar Bin Mohd Rashid 5 PISMP Pengajian Sosial Ambilan Jan 2011 Institut Pendidikan Guru

Kampus Sultan Mizan 22200, Besut, Terengganu

Ketua Unit Disiplin & Tatatertib Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan 22200, Besut Terengganu. 2 MAC 2013

Tuan, MEMOHON PERTIMBANGKAN ALASAN MASUK LEWAT KE KAMPUS Merujuk perkara di atas, saya seperti nama yang dinyatakan telah melakukan kesalahan berkenaan kemasukan lewat ke kampus dan telah diminta untuk mengisi borang salah laku pelajar. 2. Peraturan menetapkan bahawa kemasukan pelajar ke kampus adalah sebelum jam 11 malam. Tetapi pada 1 Mac 2013, saya telah menghadapi masalah dan terlewat masuk ke kampus iaitu pada pukul 11.25 malam.

3. Hal ini demikian kerana saya telah keluar ke Kota Bharu bagi tujuan membeli barangan keperluan seperti buku dengan menggunakan baucar buku. Saya bertolak balik ke kampus pada pukul 9.30 malam. Tetapi, disebabkan kesesakan jalan yang teruk di Kg.Kemudi, Bachok, saya terperangkap di situ lebih kurang satu jam. Saya tidak tahu di situ terdapat ceramah agama, jika saya tahu, saya akan mengambil jalan lain untuk pulang ke kampus.

4. Saya telah menghantar SMS kepada 2 orang warden iaitu En Hashim dan En Shukreri berhubung kelewatan saya pulang ke kampus tetapi tiada respon daripada mereka. Saya tahu bahawa saya telah melakukan kesalahan tetapi memohon pihak tuan untuk bertolak ansur dalam menjatuhkan denda. Kerjasama daripada pihak tuan, saya ucapkan ribuan terima kasih. Sekian. Yang benar,

(MOHD SHAFIZ ADZHAR BIN MOHD RASHID) 5 PISMP Pengajian Sosial Ambilan Januari 2011 Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.

You might also like