You are on page 1of 41

PISMP MT SEM 5

Koay Harn Hooi Mohd Fahmi bin Yusof Ooi Wen Bin Siti Noor Sakinah Bt Sh Ismail

Pembangunan sukan merupakan satu proses di mana peluang efektif, proses, sistem dan struktur dirangka untuk memboleh dan mengalakkan individu di dalam semua atau kumpulan tertentu mengambil bahagian dalam sukan dan rekreasi serta meningkatkan mutu persembahan atau bakat mereka ke tahap/level yang diinginkan

( Dr. Ian Thomson, University of Stirling)

Dalam Dasar Sukan Negara telah digariskan beberapa rancangan strategi untuk pembangunan sukan

Sektor "Sukan Untuk Masyarakat" amatlah penting dan hendaklah diberi keutamaan dan penekanan yang lebih daripada sektor "Sukan Prestasi Tinggi". Ia bertujuan untuk mempertingkatkan penyertaan yang aktif di kalangan masyarakat dan untuk mengukuhkan asas atau tapak ke arah melahirkan kemahiran bagi mencapai prestasi yang tinggi. Sebahagian besar daripada tujuan sukan negara akan tercapai melalui sektor "Sukan Untuk Masyarakat".

Bagi pembangunan sektor "Sukan Prestasi Tinggi" yang mengandungi tiga program yang terkemuka, bakat (tidak keseluruhannya), pelapis dan elit, adalah wajar semua jenis sukan yang berjumlah lebih daripada 30 dimajukan serentak tetapi hanya beberapa jenis sukan sahaja diutamakan. Pemilihannya hendaklah berdasarkan kepada faktor-faktor tertentu, seperti mutu semasa dan potensi, persediaan dan perancangan dan multi pengurusan persatuan termasuk teknikal. Penyertaan atlit dan pasukan negara di kejohanan anjuran persekutuan sukan, seperti Sukan SEA hendaklah dihadkan kepada sukan yang boleh memperlihatkan mutu walaupun pendedahan di kalangan antarabangsa terus digalakkan

pengelolaan merangkumi tetapan masa program, kemudahan alatan, jenis-jenis program dan senarai pegawai program. Bahagian-bahagian yang terlibat dalam membantu mengelolakan program pembangunan sukan.
persatuan-persatuan sukan kebangsaan
Komuniti olimpik antarabangsa

Badan yang bertanggugjawab dalam mentadbir program pembangunan sukan


Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menjadi

peneraju utama kearah pembangunan sukan Pada tahun 1965, bahagian sukan dipertanggungjawabkan untuk mentadbir kegiatan sukan pada keseluruhannya sama ada berkaitan sukan berprestij tinggi ataupun sukan massa dan reakreasi

Dalam tempoh rancangan Malaysia ke-8 pula, program pembangunan sukan dilaksana oleh Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri serta sektor swasta dan pertubuhan sukan kebangsaan.

Kejohanan antarabangsa
Sukan SEA Sukan Malaysia

Sukan Kebangsaan
Pesta Sukan Kebangsaan Pesta Sukan Remaja Pesta Sukan Kementerian-Kementerian

Sukan Asia Tenggara (juga dikenali sebagai Sukan SEA), merupakan sebuah temasya sukan dwi-tahunan yang membabitkan 11 negara Asia Tenggara. Sukan ini berada dipimpin oleh Persekutuan Sukan Asia Tenggara dengan kerjasama Komiti Olimpik Antarabangs (IOC) dan Majlis Olimpik Asia.

Sukan Malaysia atau ringkasnya SUKMA adalah satu acara sukan peringkat kebangsaan di bawah anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia, Majlis-Majlis Sukan Negeri, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM), Majlis Sukan Universiti Malaysia, dan Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia.
SUKMA adalah merupakan kejohanan 'beraneka sukan' (multi-sports competition) dan berkonsepkan 'Mini Sukan Olimpik' di Malaysia yang melibatkan atlet remaja. SUKMA diadakan secara dwi tahunan dan berselang-seli mencungkil bakat atlet-atlet remaja di peringkat negeri dan daerah bagi menggalakkan penglibatan secara mendalam dalam sukan yang dipertandingkan.

Pesta Sukan Remaja mula diperkenalkan oleh Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sejak tahun 2002 dan ianya diadakan setiap dua tahun sekali.
Pesta Sukan Peringkat Remaja ini merupakan asas ke arah memenuhi kehendak Dasar Sukan Negara kearah pembangunan Sukan (development sports) dan Kecemerlangan Sukan (Sport For Excellence). Pesta ini dijadikan landasan bagi mengenal pasti dan mencari bakat-bakat yang berpontensi untuk diberikan bimbingan dan latihan secara bersistematik untuk membolehkan mereka di ketengahkan bagi mewakili Negara di perjumpaan-perjumpaan sukan peringkat serantau dan antarabangsa..

ANJURAN DAN PENGELOLAAN

Pesta Sukan Remaja dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan dikelolakan oleh Persatuan-Persatuan Sukan Kebangsaan.

TUJUAN
Sebagai projek pembangunan sukan jangka panjang dan berterusan Jabatan

Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Memberikan galakkan dan dorongan kepada golongan remaja dan belia Negara ini. Untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas, baik dari segi fizikal maupun mental. Untuk mencungkil bakat dan pontensi dikalangan remaja dan belia. Sebagai salah satu usaha kearah persediaan penyertaan Negara di perjumpaan sukan di peringkat serantau dan antarabangsa.

Pesta Sukan Kebangsaan mula diperkenalkan oleh Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sejak tahun 1981.
Pesta Sukan peringkat kebangsaan seperti ini merupakan asas kearah memenuhi kehendak Dasar Sukan Untuk Masyarakat (Sport For All) dan Kecemerlangan Sukan (Sports For Excellence). Pesta ini dijadikan landasan bagi mengenal pasti dan mencari bakat-bakat yang berpotensi untuk diberikan bimbingan dan latihan secara bersistematik untuk membolehkan mereka diketengahkan bagi mewakili negara di perjumpaanperjumpaan sukan di peringkat serantau dan antarabangsa.

ANJURAN DAN PENGELOLAAN Pesta Sukan kebangsaan dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama dan dikelolakan bersama oleh Persatuan-persatuan sukan Kebangsaan.

Tujuan

Sebagai projek pembangunan sukan jangka panjang dan berterusan Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam. Meningkatkan usahasama dan persefahaman dikalangan agensi-agensi kerajaan, persatuan-persatuan sukan kebangsaan dan syarikat swasta dalam memajukan dan meningkatkan mutu sukan negara. Memberikan galakkan dan dorongan kepada semu alpisan masyarakat di negara ini bergiat cergas dan aktif dalam sukan. Untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas, baik dari segi fizikal mahupun mental dan disiplin. Untuk mencungkil minat dan bakat yang berpotensi dikalangan belia mahupun orang dewasa. Sebagai salah satu usaha kearah persediaan penyertaan negara di perjumpaan sukan di peringkat serantau dan antarabangsa.

Pesta Sukan Kementerian-Kementerian Sempena Hari Perkhidmatan Awam merupakan gabungan antara Kejohanan Sukan Kementerian-Kementerian Negara Brunei Darussalam anjuran Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukandan Kejohanan Sukan KementerianKementerian Sempena Hari Perkhidmatan Awamkelolaan Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri.

TUJUAN
Untuk melaksanakan DASAR SUKAN NEGARA khasnya dalam SUKAN

UNTUK MASYARAKAT. Untuk memajukan sukan seiring dengan pembangunan sosial ekonomi dan pembangunan kerohanian. Untuk memberi peluang kepada pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan disemua peringkat dan bahagian supaya bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti sukan secara terpimpin dan teratur. Untuk memupuk semangat perpaduan dan kerjasama dikalangan KementerianKementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan. Untuk mencungkil bakat dan meningkatkan mutu sukan khasnya dikalangan pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan yang sebahagiannya terdiri daripada golongan belia yang mempunyai potensi untuk menjadi ahli sukan negara. Sebagai salah satu usaha Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan untuk menjadikan aktiviti-aktiviti sukan bukan hanya semata-mata untuk kecemerlangan tetapi ianya juga untuk kecergasan, kesihatan fizikal dan mental serta perpaduan.

~ Skim Pekerjaan Jurulatih Kebangsaan

1) PERINGKAT Latihan jurulatih terdiri daripada 4 peringkat: Tahap asas: Jurulatih bertugas dalam kalangan mereka yang baru melibatkan diri dalam sukan. Tahap pertengahan: Melatih peserta di peringkat daerah. Tahap lanjutan: Melatih peserta di peringkat negeri. Tahap tinggi: Melatih peserta di peringkat kebangsaan.

2) BAHAGIAN KURSUS LATIHAN Bhg Pertama Merupakan pengetahuan teknik tertentu, seperti teknik sukan, strategi dan perancangan latihan Bhg Kedua Teori kejurulatihan, seperti psikologi, psisiologi, biomekanik, prinsip latihan, kecederaan ahli sukan, pemakanan dll. Bhg Ketiga Pengalaman amali (bidang yang penting dalam kursus sukan).

3) PENSIJILAN Sangat penting menganugerahkan sijil kepada ahli sukan yang berjaya mengikuti kursus pada setiap peringkat Sijil menjadi perangsang kepada mereka meneruskan latihan. Latihan kejurulatihan menjadikan mereka lebih cekap mengendalikan kegiatan sukan.

Kelulusan Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak Memperlihatkan- 1 skim gaji dan eluan bagi jurulatih tempatan yang ingin menceburi bidang kejurulatihan secara penuh masa ataupun sambilan.

KATEGORI JURULATIH 1. Jurulatih Kebangsaan :

KELAYAKAN SPKK

GAJI / ELAUN (RM)

1.1 Ketua Jurulatih Kebangsaan 1.2 Jurulatih Kebangsaan


2. Jurulatih Negeri:

Tahap III Tahap III

4,000.00-10,000.00 2,500.00 - 8,000.00

2.1 Ketua Jurulatih Negeri 2.2 Jurulatih Negeri 2.3 Jurulatih Sambilan Negeri
3. Jurulatih Sambilan

Tahap II & III Tahap I - III Tahap I - III

2,000.00 - 8,000.00 1,500.00 - 5,000.00 450 600- 750.00 Tahap I 300.00 Tahap II 400.00 Tahap III - 500.00

Pembangunan Akar Umbi Di Peringkat Sekolah (Kementerian Pelajaran Malaysia)

Tahap I - III

Dibangun - Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan melalui Majlis Sukan Negara diperkenalkan kepada semua Persatuan Sukan Kebangsaan jurulatih - dapat didaftarkan di bawah pengkalan data Pendaftaran Jurulatih Peringkat Kebangsaan (PJPK) dan seterusnya diberi pengiktirafan yang sewajarnya.

Objektif = Melatih, melengkap & meningkatkan pengetahuan jurulatih dlm bidang Sains Sukan agar dapat memajukan lagi corak & cara kejurulatihan utk membantu mpertingkatkan lg prestasi dan pencapaian sukan negara. Skim ini terbahagi kpd 3 tahap iaitu Tahap I, II dan III. SPKK mengandungi tiga komponen asas : a. Sains Sukan b. Pengkhususan Sukan c. Pratikum Pengkhususan Sukan

Kursus Sains Sukan Pengajaran tentang prinsip-prinsip asas kejurulatihan dan sains sukan yang dikendalikan oleh Bahagian Kejurulatihan, Institut Sukan Negara (ISN) Kursus Kejurulatihan Sukan Spesifik Ceramah dan pengajaran amali tentang kemahiran sukan spesifik, teknik dan strategi kejurulatihan yang dikendalikan oleh Persatuan-persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) Praktikum Selepas menghadiri kursus kejurulatihan sukan spesifik, calon perlu menyerahkan laporan kejurulatihan setelah mengambil bahagian dalam latihan amali kejurulatihan yang dikelolakan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan masing-masing dalam tempoh masa 3 hingga 6 bulan

Sains Sukan
Perancangan Periodisasi Latihan Peranan Jurulatih Komunikasi Berkesan Perkembangan Kemahiran Analisis Kemahiran Keselamatan & Kecederaan Sukan Perkembangan & Tumbesaran Fisiologi Senam Persediaan Fizikal Psikologi Kejurulatihan Pemakanan dalam Sukan Biomekanik dan lain-lain

Sukan Spesifik dan Praktikum


Organisasi Sukan Peraturan/Undang-undang Permainan Peralatan Falsafah Kejurulatihan Kod Etika Kejurulatihan Metodologi Pengajaran Perancangan Latihan Mengajar Teknik / Kemahiran sukan Taktik & Strategi Kecergasan Sukan Spesifik Sains Sukan Gunaan

Sijil Penuh SPKK


Kursus sains sukan dan kejurulatihan sukan spesifik SPKK mengandungi 3 tahap pembelajaran. Sijil penuh SPKK yang diiktiraf dan lengkap bagi setiap tahap akan diperolehi : menyempurnakan kedua-dua kursus sains sukan dan sukan spesifik serta telah melaksanakan latihan amali (Praktikum) di tahap yang berkaitan. Sebagai contoh, jurulatih yang lulus Tahap I Sukan Spesifik PSK dan Tahap I Sains Sukan MSN/ISN serta telah menjalani praktikum sukan spesifik akan di beri pengiktirafan Sijil Penuh SPKK Tahap I.

Yuran dan Jangkamasa Kursus Sains Sukan SPKK :


Kursus Tahap I Kursus Tahap ll Kursus Tahap lll RM 75.00 RM 150.00 RM 250.00 28 Jam 32 Jam 40 Jam

Mengulang (semua tahap) - RM 30.00

Pendaftaran Jurulatih Peringkat Kebangsaan (PJPK) Pengkalan data bagi jurulatih SPKK - sijil penuh sekurang kurangnya Tahap I Sains Sukan SPKK dan Tahap I Sukan Spesifik dengan praktikumnya. ahli PJPK perlu sentiasa menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang kejurulatihan serta kemahiran sukan tertentu menerusi Program Pembelajaran Berterusan Jurulatih (PPBJ). Permohonan mestilah melalui Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) . PSK-menghantar permohonan ke Sekretariat Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan dalam masa 2 minggu. Borang - http://www.nsc.gov.my/nsc/coaching. @ bahagian kejurulatihan

Syarat Pendaftaran Jurulatih Peringkat Kebangsaan: i) Memperolehi Sijil Penuh SPKK ii) Bagi sukan air, jurulatih wajib mempunyai Sijil Bantu Mula (dengan CPR) yang masih sah. iii) Umur permohonan ialah 18 tahun ke atas. iv) Pas kerja atau permit kerja sebagai jurulatih asing yang sah. Kad Keahlian - akan dikeluarkan 2 minggu selepas permohonan diterima dari PSK. - Surat rasmi akan dihantar kepada jurulatih yang berjaya - kad keahlian ini hendaklah diambil sendiri di Bahagian Kejurulatihan dalam tempoh masa 3bulan.

Memperbaharui Keahlian

Keahlian boleh diperbaharui dengan syarat-syarat berikut :

I. Telah memenuhi keperluan Program Pendidikan

Berterusan Jurulatih (PPBJ).


II. Mematuhi Kod Etika Jurulatih

III. Wajib bagi jurulatih Sukan Air : Mempunyai Sijil Bantu


Mula (dengan CPR) yang sah. IV. Mempunyai pas pekerjaan atau permit kerja sebagai jurulatih yang sah dari Jabatan Imigresen Malaysia (bagi jurulatih luar negara sahaja)

hantar borang permohonan bersama dengan Buku Log Sistem Perlesenan Kejurulatihan Kebangsaan dan Sijil-sijil Kehadiran yang disahkan untuk memperbaharui keahlian dengan PJPK sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum tarikh tamat tempoh keahliannya. Bahagian Kejurulatihan bertanggungjawab menilai dokumen-dokumen yang dihantar bagi tujuan memperbaharui permohonan tersebut. Yuran untuk memperbaharui kad keahlian adalah RM 10.00. Sekiranya kad keahlian tidak dituntut dalam tempoh masa yang diberikan, surcaj sebanyak RM 10.00 akan dikenakan.

Keistimewaan Yang Diperolehi oleh Ahli Berdaftar PJPK : I. akan diiktiraf sebagai jurulatih kebangsaan yang berdaftar. - meningkatkan kredibiliti anda sebagai seorang jurulatih bertauliah. II. berpeluang mendapat maklumat dan menambahkan pengetahuan serta kemahiran sukan melalui kursus jangka pendek, ceramah, seminar dan bahan-bahan ilmiah anjuran ISN & MSN. III. diberi potongan yuran penyertaan (20-50%) atau kadar yuran penyertaan istimewa untuk menghadiri seminar dan konferen kelolaan ISN & MSN. IV. mendapat potongan yuran penyertaan (5-20 %) bagi kursus jangka pendek, seminar dan konferen yang dikelolakan oleh institusi gabungan ISN & MSN.

V. menikmati potongan harga untuk menjadi ahli Perpustakaan ISN & MSN. VI. mempamerkan pengalaman dan kelulusan anda di bidang kejurulatihan di laman web Bahagian Kejurulatihan, dan membuka ruang yang lebih luas mengenai diri anda untuk diketahui oleh orang ramai. VII. menikmati publisiti melalui ISN di samping meningkatkan imej dan status jurulatih di bawah Pendaftaran Jurulatih Peringkat Kebangsaan.

Beri peluang-peluang pembelajaran bagi

meningkatkan kepakaran jurulatih dapat menyampaikan cara latihan yang bermutu tinggi mengikut tahap-tahap tertentu. Untuk membaharui keahlian jurulatih di dalam PJPK, jurulatih hendaklah mengumpul jumlah bilangan jam/hari pembelajaran dengan menghadiri aktiviti-aktiviti peningkatan ilmu kejurulatihan. ISN, MSN, PSK serta pertubuhan lain akan mengendalikan PPBJ (kursus, konferen, seminar, klinik dan lain-lain lagi aktiviti pendidikan )

Keahlian PJPK ialah 3 tahun. Semasa menjadi ahli, jurulatih perlu memenuhi syarat PPBJ. Terdapat empat jenis status ahli di dalam PJPK:
Aktif Tidak aktif
memenuhi syarat-syarat serta kriteria - oleh PJPK dan pembaharuan keahlian diperlukan dalam masa tiga tahun. memenuhi syarat-syarat dan kriteria yang ditetapkan oleh PJPK, tetapi tidak memenuhi syarat keperluan membaharui keahlian, iaitu gagal memperolehi himpunan bilangan jam/haripembelajaran yang minima.

Keluar dari senarai

gagal memenuhi syarat-syarat dan kriteria membaharui keahlian yang ditetapkan oleh PJPK setelah setahun dari tempoh luput keahliannya. Namanya akan dikeluarkan dari senarai PJPK
Jurulatih atau pun dalam penyiasatan, bergantung kepada Badan Penyiasat Lembaga Disiplin. Kemasukan semula menjadi ahli berdaftar bergantung kepada kes demi kes.

Gantung

Untuk memastikan status AKTIF dalam PJPK, jurulatih hendaklah mempunyai himpunan bilangan jam ataupun hari pembelajaran (bergantung kepada tahap persijilan) dalam jangkamasa tiga tahun seperti beikut :Tahap Masa Pembelajaran Dikehendaki Hari Pembelajaran Dikehendaki

1
2 3

60 jam
90 jam 120 jam

10 hari
15 hari 20 hari

Himpunan jumlah bilangan jam atau hari pembelajaran yang bolehdiambil kira dalam pendidikan kejurulatihan

aktivitiaktiviti pendidikan atau pembelajaran yang mempunyai hubungkait dengan kejurulatihan. merangkumi penyebaran pengetahuan dan kemahiran dari seorang jurulatih kepada jurulatih-jurulatih lain melalui bengkel,symposium, seminar dan konferen atau persidangan.

I. Menghadiri program mengenalpasti bakat (TID) II. Menghadiri program kejurulatihan pembangunan sukan. III. Menghadiri kursus-kursus kejurulatihan prestasi tinggi. IV. Menghadiri kursus pendek / klinik / seminar / ceramah Sains Sukan. V. Menghadiri kursus kepegawaian / pengadil dan lain-lain. VI. Menghadiri kursus Sports Trainer, perubatan sukan dan lain-lain. VII. Mengendalikan kursus-kursus berkaitan bidang kejurulatihan. VIII. Memberi ceramah di seminar dan bengkel kejurulatihan. IX. Pembentangan kertas kerja di persidangan dan seminar. X. Penyumbang artikel dalam jurnal, berita atau buku penerbitan yang relevan (imbuhannya 1-2 hari). XI. Menghadiri mana-mana persidangan sukan antarabangsa, simposium, seminar, bengkel dan kursus-kursus kejurulatihan dan lain-lain di luar negara.

Micop (slide 22 31) Ooi (slide 32-40) Hooi (slide 1-10) Sakinah (11-21)

You might also like